Sabtu, 4 September 2010

KENAPA NAMA INI KUPILIH



- citra rasa rengkas bukan puisi.
 
Tahun 1976,
Pada 10 akhir ramadhan
waktu syahor jam 4.30 pagi
di asrama almashoor Pulau Pinang,
semasa aku sedang makan syahor tiba-tiba
datang saekor burung  nuri hinggap di bahuku
lalu  menagkap membelainya begitu jenak dan manja .
 
Beberapa kali aku cuba melepaskannya,
dia datang kembali betambah mesra dan manja,
aku jadi terharu, tidak sampai hati melepaskannya
aku tidak tahu siapa yang punya , lalu aku memasukkannya
ke dalam beg  plastik, esok aku hantar ke rumah  bapa angkatku
di Perak Road, Beberapa minggu aku pergi bertanya, kata bapa angkatku
burung nuri itu telah terlepas terbang menghilangkan diri entah kemana…….
 
Aku pun terharu, saekor burung yang cantek berwarna warni,
disebut  orang si burung nuri,  kecewa tidak dapat memeliharanya,
kerana aku semasa itu maseh  seorang pelajar yang tinggal di asrama.
atas mengenangkan namanya, aku meletakan nama penaku  NURIMANJA,
(Nasri Mahmud) . sehingga kini mudah dikenali dan senang diingati oleh sahabat CR.
 
Oleh; Nurimanja,
Catatan 10.00 malam,
BBTK. Bayan Lepas, Penang.
1hb, Oktober, 2009.
 

50 ulasan:

  1. TERKENANG KE MASA DULU, HATI MERASA RINDU : WAKTU AKU KECIL DAHULU
    ___________________________________

    WAKTU aku kecil dahulu, mak suka taruh jambul di depan kepalaku, kerana panas barangkali,aku juga selalu sakit kepala, dan pening, bila kepala botak, aku cuma dapat tarik jambul saja.Bila ayah bawa tengok wang pacak cerita tamil di estate. jin kepala botak itu ada jambul. aku rasa seperti aku berlakun.

    Aku juga suka membayangkan sesuatu yang indah. Bila balik tengok wayang itu.. Aku fikir aku
    hero dalam filem itu. Bila aku lihat M.G.R dagu berlekok, aku pun cuba picit-picit dagu aku depan
    cermin tak mahu berlekok pun. Orang kata lelaki dagu lekok ini, ramai perempuan minat.

    Tetapi aku tak kusah , asalkan heronya seperti berlakun dengan aku sudah cukup. Aku rasa
    naik kuda berlawan pedang gengan M.G.R. Aku tikam dia mati. Akulah dapat heroen itu. Angan-angan macam ini selalu bermain dalam kepala otak aku. waktu seorang diri. waktu bangun pagi.

    Kadang aku mencangkung di tepi sungai dengan kain pelekat berselepang di dada berjam di
    di situ, cuma nak basuh muka, tetapi tak juga basuh, bila mak memekek dua tiga kali barulah
    aku basuh muka, buang tahi mata yang bertempek dekat mata.

    Satu yang aku paling seronok mendengar cetera atau cerita kata aruah tuk embing. "Siapa nak
    dengar cetera, mari sini, tolong gobek sireh aku ini, baru atuk cetera kisah Tuk nadok berkajang
    kain"

    Kadang-kadang cerita puteri buih, kata tuk Embing, Pulau Pinang dengan Pulau Jerejak itu berasal
    dari dua ekor naga, Pulau Pinang naga jantan, Pulau Langkawi naga betina yang turun dari tanah
    besar negara cina. Bila berlaku gerak gempa yang dahsat.

    BERSAMBUNG DEKAT SAJAK KEDUA.

    BalasPadam
  2. KISAH PARA AMBIA CRSIRI 26 ; OLEH NURIMANJA ;KISAH NABI ISHAK DENGAN TIGA ORANG PEROMPAK.(B)

    ___________________________________

    Nabi Ishak telah dirompak dua ketul emasnya oleh tiga orang perompak, sewaktu mereka melarikan diri, mereka bercadang hendak memberi emas itu sama rata, Tetapi mereka ada bertiga. timbul rasa tamak.

    Dua orang cuba mencari akal meminta seorang daripadanya pergi membli roti, sekembalinya dari kedai, mereka bercadang hendak membunuhnya, agar dua ketul emas itu boleh dibahagi sama rata.

    Si bembeli si beli roti, dia bercadang hendak membunuh dua sahabatnya dengan meletakan racun pula ke dalam dua ketul roti yang dia beli kepada sahabatnya.Sewaktu dia pulang, kedua kawannya itu pun
    segera membunuhnya. kemudian kedua mereka makan roti yang beracun itu, akhirnya keduanya pun matilah.

    Kemudian nabi Issa pun mengambil semula dua ketul emasnya yang cuba hendah dirompak itu kembali.

    Pengajaran;
    Orang yang tamak selalu rugi, seperti bunyi pantun, dalam semak ada duri, Ayam putih buat sarang, orang tamak selalu rugi, seperti anjing dengan Bayang-banyang. kalau bukan rezeki kita barang dalam mulut pun boleh jatuh semula ke tanah.

    BalasPadam
  3. WUJUDNYA KAU DAN AKU

    wujudnya aku mengisi juga menemani
    wujudnya kau untuk melindungi
    aku isi hidup kau
    aku teman sepi engkau
    agar kau tahu aku mahu kau lindung
    agar kau tahu aku mahu sembunyi
    di kala hujan luka cederakan aku
    selama itu aku masih mahu engkau
    masih menagih engkau
    cuma aku perlu waktu
    untuk memberi kesanggupan
    untuk mencurah pengorbanan
    sampai keyakinan itu datang
    kau hanya perlu ku jemput
    untuk pujakan aku buat selamanya
    untuk sama2 warnakan kasih kita
    namun cepat benar
    kau robohkan tempat kita
    apa salahku dalam mencari waktu?


    laila mellisa
    3pagi
    2.9.2010

    BalasPadam
  4. Sajak yang sadikit menyentuh jiwa-jiwa alam kerumajaan diantara penantian dan Penilaian mencurah dan menilai kasih di antara satu sama lain, tetapi panas yang disangkan hingga ke petang tapi rupanya hujan ditengah hari.Itulah antara sinosis Pengucapan sajak bertajuk wujudnya kau dan aku oleh Laila Mellisa, buat pertama kali menghantar sajak ke blog ini. Sebab itu berkata orang dahulu kala jika berkasih biar satu, jika bertunang jangan lama-lama. Dikuateri akan ada balamusibahnya. Jika sudah menjadi suami isteri biasanya akan datang cinta sejati. Kebanyakkan orang dahulu tidak pernah bercinta pilihan orang tua saja, bila berkhawin kekal pula. Amin

    BalasPadam
  5. padan muka dorg! skrg samua xdpt! haha

    BalasPadam
  6. yup! org tamak mmg akan rugi! hehe

    BalasPadam
  7. kesimpulan cerita ni nabi isa jgk yg untung! hehehe

    BalasPadam
  8. mmg klu dh tgk duit kwn pun tgk mcm musuh jer...

    BalasPadam
  9. sian plak baca kisah nabi isa ni? padan muka 3org perompak tu!

    BalasPadam
  10. perompak yg rugi nabi isa yg untung! hehe

    BalasPadam
  11. eh! xkn mak en nuri tarah sampai botak?

    BalasPadam
  12. wah! kuat jgk imaginasi en nuri msa kcik2 dulu...

    BalasPadam
  13. eh! dagu berlekuk ramai org minat ker?

    BalasPadam
  14. eh! en nuri berangan jd jin plak? hahaha

    BalasPadam
  15. dulu bkn slalu dorg tayang cerita bobby ke?? kenapa MGR plak?

    BalasPadam
  16. MGR dagu berlekuk ke? xprasan plak slama ni? hehhe

    BalasPadam
  17. eh! kenapa x cukur botak trus? kenapa simpan jgk jambul sikit? hehe

    BalasPadam
  18. eh! kenapa potong rmabut smpai botak en nuri? xde la nmpk seni.. hehe

    BalasPadam
  19. wah! dagu berlekuk ramai pmpuan minat ke? biar btol!

    BalasPadam
  20. sy pun dagu berlekuk jgk tp xde plak peminat?

    BalasPadam
  21. wah! kecik2 lagi en nuri dh menunjukan imaginasi yg tinggi! patutlah en nuri boleh tulis mcm2 cerita..

    BalasPadam
  22. bercangkung tepi sungai pun boleh berimaginasi jgk? hehe

    BalasPadam
  23. bahaya berkhayal tepi sungai takut terjatuh plak dlm sungai? hehe

    BalasPadam
  24. eh! yg cerita byk2 en nuri tulis ni kebanyakan cerita tok embing ke???

    BalasPadam
  25. eh! nnt en nuri tulislah cerita tok embing cerita dulu??

    BalasPadam
  26. eh! pulau pinang dgn pulau jerejak betina dgn jantan ker?

    BalasPadam
  27. puteri buih? eh! ceritalah sikit en nuri cerita tu...

    BalasPadam
  28. alamak seram plak baca penang dgn pulau jerejak kepala naga? betol ke?

    BalasPadam
  29. eh! sy dok penang dh lama xpnh dgr plak cerita pasal kepala naga ni???

    BalasPadam
  30. huh! klu gobek sirih bru dia cerita? susah gak tu...

    BalasPadam
  31. byk jgk kisah2 tok embing cerita kt en nuri....

    BalasPadam
  32. cerita pasal penang kepala naga tu cerita dogeng ke btol pnya?

    BalasPadam
  33. en nuri! nnt cerita tok nadang berkajang kain! mcm best je...

    BalasPadam
  34. best jgk baca kisah2 tok embing tu dia byk pengalaman btol...

    BalasPadam
  35. wah! cerita kecik2 en nuri penuh dgn imaginasi rupanya... hehe

    BalasPadam
  36. rupanya asal usul nama en nuri dari mana burung nuri ke?

    BalasPadam
  37. ingatkan dapat spontan nama nurimanja rupanya ada kisah tersendiri...

    BalasPadam
  38. kisah nama en nuri ni bkn dh pnh siar ke?

    BalasPadam
  39. burung tu ada lagi x en nuri?? pelik btol...

    BalasPadam
  40. kenapa x bela burung tu burung ajaib tu...

    BalasPadam
  41. burung tu jelmaan wali agaknya? hehe

    BalasPadam
  42. eh! x sangka dgn kehadiran burung nuri en nuri dpt nama...

    BalasPadam
  43. sblm ni en nuri gna nama ape?

    BalasPadam
  44. burung nuri? sajak lama nmpaknya sbb dh pnh baca tp xpa bgi peluang ahli baru baca....

    BalasPadam
  45. oh.. mcm tu ke kisah nama en nuri yg sebenar?

    BalasPadam
  46. selamat burung nuri yg datang klu burung hantu???? jd hantu manja la nampaknya... hehe

    BalasPadam
  47. eh! burung tu jinak plak? pelik btol...

    BalasPadam
  48. burung nuri selalunya susah nk jinak dgn manusia...

    BalasPadam
  49. burung tu kaler ape? betina ke jantan?

    BalasPadam
  50. burung tu mngkin dari kayangan agaknya?

    BalasPadam