Jumaat, 3 September 2010

KINI AKU PUN MENGERTI



Dalam percaturan ini,
terasa aku telah tertipu
pada  kata janji manismu
pada  semangat jatidirimu
pada keikhlasan hati nuranimu.

Mengertilah hari ini,
satu yang aku harapkan
kepalsuan dan kecelaruan
susah untuk menganaliliskan
semuanya ada helah tersendiri.

Jika ada  hari esok,
usah lagi kau menunggu
sebuah kemesraan dariku
semua janji hangus terbakar
di api keraguan dan kemusnahan.

Pada hari  hadapan,
pun untuk sanpai bila-bila
aku kini telah pun mengerti
katamu, semangat dan keikhlasan
semunya adalah bicara tiada harga.....

Oleh : Nurimanja,
Jalan Siakap, Kuala Kurau,
27hb Juklai, 1977


26 ulasan:

  1. CERPEN SIRI 4 BERTAJUK : MENEMPAH MASA OLEH: NURIMANJA
    ___________________________________

    Bila dia teringatkan rakannya semua berjawatan dia terasa masa yang dilaluinya dahulu terbuang dengan percuma , dia telah gagal menempah masa yang baik untuk senangdi kemudian hari.

    Salina sudah menjadi guru, Anita kerani di pejabat pos, Shuhada penolong kerani bank, Sofian pula kerani sekolah menengah. Beritulah berita yang didengarnya daripada Dang Anun ahli persatuan Seri kandi di sekolahya dahulu.

    Kini tidak guna difikir lagi, menyesal kemudian tiada gunanya. Nasi sudah menjadi bubur, perkara yang berlaku telah berlalu, tidak akan boleh lagi masa berundur ke belakang semula. Dia terpaksalah mengharungi hidup ini.

    “Keling! Keling! Keling!!!..” Tetiba bunyi locing basikal dari belakangnya. Dia tersentak dari lamunannya, ada seorang tua yang dipanggil Pak Ngah But yang sedang mengayuh basikal begitu pelahan di belakangnya.

    “Hai Husna! Kenapa berjalan kaki?” Sapa Pak Ngah But sambil tersenyum.
    “Oh! Pak Ngah, Ingatkan siapa tadi?”
    “Darimana kau datang ini?” Tanya Pak Ngah, sambil memperlahankan basikalnya.
    “Dari kelinik Bidan ,” jawab Husna rengkas.

    Pak Ngah cuba mencuri pandang, pada bentuk tubuh perempuan muda itu, ternyalah tidak lama lagi anak lelaki kecil itu akan mendapat adik seorang lagi. Dan si kakak yang masih berjalan melawan panas itu terpaksa merebut kasih sayang di anatara dua adiknya itu.

    “Ehh! Mana suami kau, Umar Haslam tak datang ambil ke?”
    “Dia ke sungai, pagi tadi menjala udang galah, Lagi pun dah dua hari tak menoreh getah, hari ini baru cuaca panas sikit,” Jawan Husna bagai memberi penerangan pula.

    “Maaflah ya! Pak Ngah nak beri topang pun, barang banyak di belakang basikal ini.”
    “Tak mengapalah Pak Ngah, tak jauh pun, terima kasih sajak laa..”
    “Pak Ngah pergi dulu ya Husnah,”
    “Baik Pak Ngah!”

    Dalam hati Pak Ngat But dia berkata, kasihan aku tengok anak-anak muda sekarang belum cukup matang sudah berkhawin. Ikut kata nafsu lesu, ikut kata darah muda kita yang binasa. Sedeh aku tengok, mana si kakak yang masih berjalan jatuh, si adik pula masih tercelapak di pinggang ibu. Malah di dalam perutnya nampak pula membusung lagi. Pak Ngah But menggeleng-gelengkan kepalanya.

    “Hai! Umar Haslam buat anak saja kerja kau ini …..kasihan aku tenguk Husna,masih muda lagi, sudah dapat BA lepas itu MA pula. Main anak.

    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  2. KISAH PARA AMBIA CRSIRI 25 SECARA BEBAS.; OLEH NURIMANJA ; BERTAJUK ; FATIMAH SEDEKAH KALONGNYA.

    ___________________________________

    Satu hari Fatimah anak nabi Muhamad saw didatangi seorang peminta sedekah, Fatimah dengan rasa sedih telah menyedekahkan sebuah kalong kesayangannya kepada peminta sedekah itu. Bila peminta sedekah itu memberi tahu kepada
    nabi Muhamad, air mata nabi pun mengalir, lalu sahabatnya yang melihat pun bersedeh.

    Lalu sahabat nabi itu pun bertanya kepada peminta sedekah itu, "Berapa patut jual kalong itu kepada saya?".
    "Dua puluh darham." jawab peminta sedekah itu.
    "Saya akan bayar lebih, seratus Dinar untuk Pak Cik buat beli roti, kain solat dan unta untuk perjalanan."kata sahabat nabi itu, sambil menyerahkan wang dinarnya kepada peminta sedekah itu.

    Sahabat nabi kemudiannya segera menyerahkannya semula kepada Fatimah kalong kesayangannya itu. nabi amat terharu,Bagaimana Allah mengerakkan hati sahabat nabi untuk membelinya dengan harga yang lebih tinggi, dan menyerahkan
    semula kepada Fatimah.

    Pengajaran;

    Seorang yang membantu walaupun dengan benda kesayangannya. Allah akan membantunya kembali dengan keikhlasan. Jika sesuatu benda itu masih rezeki kita, biar bagaimana susah pun dia tetap akan menjadi hak kita juga.janganlah bersedih setiap yang miskin atau kaya itu mesti ada hikmahnya disisi Aallah SWT. Amin...

    -saya juga pernah hilang cicin kesayangan lebih dua tahun, bila piala dunia bermula, saya jumpa kembali cicin suasa batu delima merah itu di bawah cabenet Tv, saya bersyukur memang hak saya. Amim

    BalasPadam
  3. IKUT AKU BERLARI

    mari sini semua
    ikut aku berlari
    kita kejar cita murni
    kita redah sengketa nesta
    ayuh teruskan langkah
    perjalanan masih jauh
    usah putus harapan
    bulat tekad impian
    andai aku rebah
    kamu teruskan jua
    jalan lurus terbentang
    panduan Allah dan Rasul
    aku pasti turuti
    walau dalam merangkak
    walau dalam mengengsot
    pasti sampai ke sana...


    Saiful Bukhari
    puasa yg ke 25
    12mlm

    BalasPadam
  4. ULASAN;
    IKUT AKU BERLARI tajuk menjadi tanda tanya? agak apakah andaiannya. Oleh Saiful Bukhari abang kepada Mozaire, bagai mengajak kita mencari sesuatu yang benar dan diredai di sisi Allah swtdan rasulnya. Contohnya soal ibadat bagi mereka yang tahu sanggup datang merangkak ke surau atau masjid untuk melakukan ibadah. Kepada Allah. Begiti juga dengan para dakwa dan tabligh mereka sanggup tinggalkan rumah dan anak bini ikut rombong usrah dan dak’i mereka ke pelusuk tanah air . jihat untuk menyebarkan agama Allah swt. Tak akan berhenti sambung menyambung jadi adanya. Amin

    BalasPadam
  5. eh! kenapa en nuri terbit lagi cerpen husna ni?

    BalasPadam
  6. aik! ade lagi cerpen ni? bkn semalam episod last ker?

    BalasPadam
  7. rasanya ni msti nuri jantan terbit lagi sekali cerpen...

    BalasPadam
  8. mcm mne ade lagi cerpen ni bkn dh hbis ke semalam?

    BalasPadam
  9. alamak! mcm dh pnh baca je cerpen ni...

    BalasPadam
  10. ade lagi cerpen ni bkn smlm dh last ke? masa husna smpai rumah...

    BalasPadam
  11. wah! x sangka boleh dapat balik kalung dia...

    BalasPadam
  12. eh! derma punya derma dapat balik plak? hehe

    BalasPadam
  13. wah! sapa yg untung agak2 dalam sedekah ni? hehe

    BalasPadam
  14. untung peminta sedekah tu? hehehhee

    BalasPadam
  15. wah! fatimah dapat balik peminta sedekah plak dpt duit? hehe

    BalasPadam
  16. eh! kebetulan plak? dapat balik bila dh disedekah...

    BalasPadam
  17. x sangka dapat balik kalong tu...

    BalasPadam
  18. klu zaman skrg klu sedekah sah xkn dpt balik pnya... hehe

    BalasPadam
  19. wah! untung fatimah melayang duit nabi... hehehe

    BalasPadam
  20. pusing pnya pusing semua org dapat pahala dalam cerita kalong ni... hehehe

    BalasPadam
  21. kini aku mengerti sajak pasal apa?

    BalasPadam
  22. kini aku pun mengerti??/ pelik sajak ni...

    BalasPadam
  23. kini aku mengerti? saya baca x mengerti la...hehe

    BalasPadam
  24. sajak aku pun mengerti ni sajak jiwa2 ke ketuhanan?

    BalasPadam
  25. alamak! x phm la mksud sajak ni... aku pun mengerti? mengerti apa?

    BalasPadam
  26. Sajak ini berbentuk sinis berkaitan dengan cerita parti politik terkini.

    Sayang seorang pun tidak dapat menangkapnya isi maksud apa yang
    tersurat dan tersirat.

    Ini menjadikan en nuri selalu buat
    sajak yang lebih mudah difahami oleh khalayak .

    BalasPadam