Rabu, 2 Mac 2011

PARKING



sajak pilihan ahli Cr.


Tempat parking penuh keliling
mengapa sini kau pilih
mengapa di belakang si kecilku
mentang-mentang bawa mercedes
berlagak tinggikan hidung
terimalah hadiah ikhlas
dari hatiku yang panas
dua pucuk paku keramat
buat hiasan bunga tayarmu...

 
Oleh: Brader Joe
kerana berbalahan
dgn penduduk di perumahan
9pagi/2010 Julai 24 06:02
Diterbitkan semula 2hb  Mac, 2011





50 ulasan:

  1. SAMBUNG

    8. Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan UMNO kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS.9. Nik Aziz membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi. Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik. Teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

    10. Lagi pun teguran Nik Aziz menidakkan ke-Islaman saya, satu teguran (lebih tepat lagi satu tuduhan) yang amat serius.

    11. Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting.

    12. Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP.

    13. Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja. Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu. Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan ke-Melayuan mereka. Dan sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi.

    14. Apabila bapa kepada DAP menyarankan supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran Islam, Nik Aziz tidak menolaknya kerana anggapannya yang saranan ini tidak seburuk nasionalisme orang Islam UMNO. Janganlah melenting jika saya kata Nik Aziz sudah terima saranan Lee Kwan Yew supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada Islam kerana ini tidak dahsyat seperti menjadi nasionalis Melayu Islam dalam UMNO.

    15. Sekarang Nik Aziz mahu Melayu diutamakan kerana mereka adalah masyarakat majoriti di negara ini. Bukan masalah orang Melayu yang menyebabkan Nik Aziz mengubah pendirian terhadap bangsanya tetapi kerana Melayu menjadi majoriti dan dianya memerlukan undi orang Melayu, tidak lebih daripada itu.

    16. Kenalilah Nik Aziz, orang yang utamakan hanya undi orang Melayu, bukan keprihatinan terhadap masalah hidup mereka. (BB)

    Berita dari blog mantan bekas PM Dr M

    BalasPadam
  2. ULASAN:

    Brader Joe dengan sajaknya
    yang agak lucu tajuk PARKING dalam kemarahan boleh pula tulis sajak dengan edia nakalnya, mengajar orang yang sumbung dengan dua batang paku apabila merebut tempat letak kerita. Begitu juga di air itam bila ada orang baru sewa flat air itam PP. agak sombong, ini kisah lama dia orang bakar kereta dia. Yang peleknya siapa pun tidak tolong. Jangan sumbong duduk tempat orang.Sepatutnya Berbincang dengan baik dan berhemah. Di khuatiri satu penganianyaan, berdosa pula.

    Oleh; Qalam Mutiara 23 Julai 2010 4:59 PM

    BalasPadam
  3. PADAM API

    terima kasih kerana sepimu
    menjadikan aku
    belajar melupakan dirimu itu.
    terima kasih kerana seksa ini
    menjadikan aku
    belajar mencari silap diri ini.
    bersama gelap kupadamkan api
    tiada wajah bayangmu lagi.
    terima kasih itulah hadiah cintamu
    akan kubawa dalam setiap nafas ini.


    Balqish
    sajak jiwa2 sikit

    BalasPadam
  4. DI PINTU KHALIQ

    di pintu al-Khaliq
    aku menulis pengakuan ini
    sesungguhnya aku manusia
    terzarah dari kewujudan tanah
    seperti siang berapikan haba
    aku tiada tercukup tanpa malam berbulan bintang tenang
    di pintu al-Khaliq
    dalam waktu kian padu ini
    aku memohon suatu penangguhan
    agar kewujudan aku ini
    tercukup sebagai hambaMu
    yang lebih baik.

    Hajjah Jamilah
    sajak tentang keinsafan sebenarnya ni sajak suami haji abkam sy tp dia beri kebenaran sy gunakan

    BalasPadam
  5. LETIH

    mungkin aku masih tak pasti¡­
    inikah pilihan hatiku..?
    walaupun aku menyintai sepenuh hati
    seluruh jiwa adakah kali ini
    hatiku benar? memilih insan
    tahu menghargai? atau hatiku
    masih memilihinsan salah¡­
    insan yang melayanku
    seperti di hujung kakinya..
    aku dipijak dipijak dipijak¡­
    dilayan bagaikan sampah¡­??!!
    tak pasti aku kan dicintai¡­
    sepertimana kumencintainya¡­
    biarlah masa menentukan¡­
    hanya masa menentukan
    sama ada aku kekal dengan cintaku
    atau ku kan melangkah pergi
    walaupun sayang masih di hati¡­
    kerna aku bukan seorang gagah lagi¡­
    menghadapi rasa kecewa dan disakiti
    aku letih dengan semua itu..
    letih dengan perasaan itu¡­.

    Ku Dania
    ni bukan sajak sy tp kwn punya dia bukan ahli jd sy ambik sajak dia utk sayembara bulan mac ni

    BalasPadam
  6. DIA BUKAN LAGI

    dia bukan lagi gadis cengeng
    seringkali marah bila tesadung kaki
    dia bukan lagi gadis amarah
    sentiasa memuntahkan lahar
    di setiap kemarahan
    dia bukan lagi gadis manja
    yang meliuk lentok bahasa tubuh
    dia bukan gadis dikenal dulu,
    pada dasarnya luarnya
    fizikal terlihatkan
    diam-diam tembok keras
    mula meninggi dalam diri
    senyap-senyap keras hati
    sudah mula menjadi konkrit
    tak ada lagi hangat diidamkan
    tak ada lagi damai dimahukan


    Puan Rosnah
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

    PADAM API sajak daripada sdri Balqihs ada kepuiisannya sebaik yang termampu kami dapat atau cuba pebtulkan pngucapannya , asalkan maksud dan isi cerita yang hndak disampaikan tidak lari daripada kehendak hati penulis. Walaupun sajak pendek dan ada jiwa-, namun ada kesan yang perlu direnungkan dalam biikan hati si pnulis.Layak dicalunkan setrusnya (TP)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

    DI PINTU KHALIQ sajak olh Pn Hajjah Jamilah ada rasa tarikan untuk khalayak unuk membaca setusnya, walaupun sajak menyentuh perinsip ketuhanan dengan hambanya. Adakekuatan tersendiri pada isi cerita yang hendak disampaikan, sebagai hamba yang memohonagar memberi peluang kepadanya untuk bertaubat dan beribadat dan menyampun segala dosa. Layak dicalunkan seterusnya (TP) telah terpilih atau terpilih.

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

    Perhatian jangan plagiat sajak orang nanti kena saman,kecuali ada kebenarannya atau letak nama pena atau nama penulis asal., kita kena telus kalau mahu jadi seorang penulis. Terima kasih saya kira anda seorang yang ikhlas. Sajak daripada Sdri Ku Dania dan sahabatnya ini LETIH akibat penyeksaan yang terpaksa ditanggung. Jangan jadi cinta moyet, seledik dalu hati budinya sebelum menabur atau memberi cinta sepenuh hati kepadanya. Apa-apa pun ini adalah sebahagian asam garam kehidupan anak muda dini hari yang mudah terpengaruh cinta pandang petama, dan akhirnya banyak merana. Solat itikarah tenguk boleh tahan ke tidak? Atau solat hajat minta tuhan tunjuk kebnarannya. Maaf sajak trpaksa (TK) telah terkeluar atau terkeluar.

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

    DIA BUKAN LAGI sajak Pn Rosnah membicarakan halkeadaan seoang mungkin anak gadisyang sedang meningkat dewasa dengan dunia setngah matang, kekadang ada angin baik dan kekadang sebaliknya. Ini adalah sebahagian juga asam garam kehiupan anak muda jiwa umaja dini hari. Sebenarnya mereka sedang menjana minda untuk mencari keyakinan diri sebagai diadan dirinya yang sebnar. Maaf terpaksa dikeluarkan kerana ada dua peangan yang lebih puitis dan mencabar minda pembaca. Sama seperti nasib mei ling (TK)

    BalasPadam
  11. giler kejam pnya brader joe! hahaa

    BalasPadam
  12. xkn sampai mcm tu sekali brader joe?

    BalasPadam
  13. dia saman ko bru ko thu brader joe..

    BalasPadam
  14. hahaha sian org tu apa la brader joe! hahaha

    BalasPadam
  15. huh! sajak aku yg ni plak tersiar? hahaha org yg aku paku tayar dia tu skrg dh pindah dh

    BalasPadam
  16. huh! kejam sgt la tindakan ko ni brader joe

    BalasPadam
  17. msti dia x boleh pergi keja sbb tayar dh pancit? haha

    BalasPadam
  18. hbis akhirnya dia thu x ko buat tayar dia x brader joe?

    BalasPadam
  19. eh! dia tu org mana brader joe?

    BalasPadam
  20. cina ke india ko bagi pancit tayar dia?

    BalasPadam
  21. mcm bdk2 la ko ni brader joer.. haha

    BalasPadam
  22. msti ko dendam giler dgn dia kan?

    BalasPadam
  23. xkn xde parking tempat lain brader joe?

    BalasPadam
  24. aku berebut jgk parking tp xde sampai nak pancitkan tayar plak? hahah

    BalasPadam
  25. kenapa ko benci sgt dgn dia tu brader joe?

    BalasPadam
  26. eh! brdosa la brader joe aniaya org mcm tu

    BalasPadam
  27. parking la tempat lain xkn xde tmpt lain kot?

    BalasPadam
  28. sian org tersebut kena ganti tayar mahal tu

    BalasPadam
  29. sajak brader joe smua senang2 patutlah susah nk menang? hehe

    BalasPadam
  30. klu dia sumpah ko bahaya brader joe

    BalasPadam
  31. nasib baik aku x tinggal dekat dgn brader joe... hehe

    BalasPadam
  32. brader joe tinggal apartment mana ni?

    BalasPadam
  33. klu dia buat bomoh mampus ko brader joe

    BalasPadam
  34. klu dia sembahyang hajat x leh duduk diam ko nnt

    BalasPadam
  35. apa jd kat brader joe? org tu buat bomoh x?

    BalasPadam
  36. nik aziz kata diri dia nabi? gila btol

    BalasPadam
  37. nik aziz kata diri dia tu nabi? dh mcm ayah pin plak

    BalasPadam
  38. nik aziz sedap2 je kata org kafir

    BalasPadam
  39. org kata klu dh nynyuk mcm tu x lama la nik aziz tu...

    BalasPadam
  40. ha! aku ada dulu sekali berguling kat depan istana tp masa tu aku bodoh lagi skrg bila di pikir balik mmg memalukan diri sendiri

    BalasPadam
  41. org PAS ni smua muka xthu malu la..

    BalasPadam
  42. PAS ni hanya org islam je sokong bkn islam mne sokong

    BalasPadam
  43. nik aziz ni sapa plak?

    BalasPadam
  44. nik aziz ni sapa plak? yg sy kenal Dr mahatdir dan Najib jer

    BalasPadam
  45. apesal teruk sgt nik aziz ni...

    BalasPadam
  46. nik aziz dan hadi awang ok la hadi awang dari nik aiziz

    BalasPadam
  47. eh! nik aziz ni dh gila kuasa la nampaknya

    BalasPadam
  48. nik aziz ni nampak mcm alim tp ribut

    BalasPadam
  49. rasanya x lama lagi tersungkur la nik aziz nnt

    BalasPadam