Rabu, 2 Mac 2011

HIDUP MENGUMPUL HARTA



 sajak warna yg ditempah esok diterbitkan


Sesiapa yang menyimpan harta menimbun
dia akan diikut oleh ular berkepala botak
dengan dua taringnya yang panjang berbisa
kemana sahaja si pengumpul harta akan pergi
sehingga dia dapat mengigit tangan sampai patah.
buat pembesar dan raja-raja perentah negara


Begitu juga golongan rahid dan ulama jahat
dengan kedudukan mengumpulkan harta benda
mereka ini sebenar sedang dibakar api panas
pada dahi, perut mereka  dan pada buntut punggungnya
kerana gagal membelanjakan pada jalan kebajikan
dan mengeluarkan zakat harta kepada yang layak.


kata nabi: Celaka siapa menyempan emas dan perak
lalu ramai para sahabat nabi menjadi resah gelisah
Apakah yang sebaiknya daripada mengumpul harta?
Hati perlu bersyukur dan lidah sentiasa berzikir
jangan terlalu menyimpan harta benda berlebihan
ternyata menjadi haram dan memudaratkan dirisendiri
kecuali seniasa mengeluarkan zakat harta bendanya.

Oleh: Nurimanja,
Catatan ceramah bebas
tanggal sehari yang lalu /Feb,2011.





50 ulasan:

  1. BERSAMBUNG.CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA NEGRI CINA BERTAJUK PAPAN MERAH. OLEH: NURIMANJA.
    Dicerita dan ditaipkan semula secara bebas Oleh: TINTA MUTIRA
    Siri ketiga.
    ___________________________________


    “Beras tak ada Ah Ling,” Kata ibunya terketar-ketar ketakutan, bila melihat mata Ah Ling yang merah macam biji saga itu
    “Kenapa tidak cari?” Tempek Ah Ling
    “Aku sakit Ah Ling, “ jawab ibunya pula.
    “Ahh! Sakit. Sakit. Baik mati lagi bagus. Aku mahu pergi kebun sekarang. Mak mesti masak nasi , jika tak ada nasi atau bubur, aku balik kebun nanti, aku bunuh Mak,,”
    “Tetapi… Beras tak ada.” Kata ibunya lagi, terketar-ketar ketakutan .
    “Aku tak perduli..” Sergah Ah Ling.
    “Dimana mak nak cari?” Kata ibunya lagi.
    “Ahhh! Aku tak perduli . Mak boleh pinjam atau utang dekat kedai dulu. Aku nak pergi kebun ini, cari ubi untuk dijual. Aku nak buat modal, main judi esok. Kali ini aku mesti menang. Ayam aku pun dah mati, tak guna,” kata Ah Ling sambil meludah ke tanah berlalu pergi.

    SETIBANYA Ah Ling di kebun. Dilihat Pak Cik Ah Hook SETIBANYA Ah Ling di kebun. Dilihat Pak Cik Ah Hook tidak berbaju , sudah lama bekerja . Badannya berminyak basah memandikan peluh. Tiba-tiba sewaktu Ah Ling melangkahkan kakinya masik ke dalam kebun itu. Dia bagaikan tersentak bila melihat ada saekor anak burung but-but masih belum kuat bulunya terbang membawa saekor ulat di mulutnya.

    Kemudian anak burung but-but itu turun tidak jauh dari kebunnya yang semak dengan rumput panjang Kerana tidak pernah ditebas. Ah Ling cuba menghampirinya. Sambil terhendap-hendap dia membungkok cuba melihatnya: Alangkah terkejutnya Ah Ling melihat ada saekor lagi burung but-but tua yang tidak terdaya lagi terbang kerana terlalu tua bulunya pun tinggal sadikit.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. SAYANG JUMPA LAGI

    baunya, aku suka
    dinginnya, aku puja
    gelapnya, aku rasa
    hadirnya, sekali sekala
    setiap bersamanya kehangatnya
    nikmat aku suka sekali
    tapi pagi tadi
    bila aku bangun dia sudah pergi
    dengan pesanan di cermin
    sayangku Rakasha nanti
    kita akan jumpa lagi
    aku check dompetku hilang!
    aduh! cis aku ditipu lagi!

    Mr Casanova
    maaf qalam sajak agak 18sx sikit hehe

    BalasPadam
  3. Sohibul Wakdiamin3 Mac 2011 pada 1:04 PG

    JELAGA

    masa itu tiba mulutku
    tak mampu berucap
    tangan tak mampu terkepal
    kaki tak mampu melangkah
    mata tak mampu menatap
    samar ku lihat
    jiwaku melayang jauh
    mengobati patah sayap
    tegar membawaku terbang jauh,,,
    sejenak siulan seruling
    melumatkan lautan merah menggumpal
    tak tersentuh kecuali ketakutanku
    tak ada menjawab tanyaku¡­..
    tak pernah ada sebuah ayat cinta
    tergenggam di lusuhnya kain putih
    sebuah maha karya karangan
    maha agung tertuang didalamnya
    cerita tentang hari ini
    hari dimana aku tak mampu
    membersih jelaga memekat dihatiku

    Sohibul Wakdiamin
    walaupun xde dalam senarai sayembara utk bulan mac aku nak join jgk jd aku singkirkan ziarah makrifat sbb dia kan dh menang sayembara bulan febuari

    BalasPadam
  4. URAT NADI

    Rasa membaluti
    aku kemas seperti menjerut
    mahukan aku sesak
    tercincang halus urat nadi
    yang mengikat pedih ngilu
    persis sebuah kematian
    yang tidak diundang
    terkujur sebuah jasad
    yang terkebil terpinga
    kelansungan tiada degup lelap mati

    Mat Noh
    ketika menunggu mayat setelah selesai gali kubur

    BalasPadam
  5. MULA KENAL

    ingat tak saat kita mula kenal?
    mungkin kau tak ingat lagi
    tapi sewaktu kita mula kenal
    kita macam dah lama kenal
    macam dah biasa
    dulu kita gaduh
    bagi aku itu bukan gaduh
    bagi aku itu cuma salah faham
    bagi aku itu adalah gurauan
    kau sering hadir dikala aku ditimpa
    kau sering mbantu dikala aku susah
    kau banyak memberi nasihat kepadaku
    kau adalah kawan benar memahami aku
    tidak terbalas dengan kata-kata
    semoga persahabatan kita berkekalan


    Jalil Janggut
    sajak utk kwn sy yg skrg kami lama x berhubung

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

    Mr Casanova dengan sajak Sayang jumpa lagi. Penceritaannya bagai sedutan dari episud sebuah drama ranjang filem 18sx yang tidak seharusnya ditonton oleh kanak-kanak. Apa-apa pun ini cerita yang biasa brlaku dan tr berlaku selagi manusia ada hawa nafsu yang ditewaskan oleh syaitan yang mengoda, Kekadang oang yang beriman juga boleh tersungkur bila gagal untuk melawan godaan syaitan, sebaiknya jauhkan daripadanya. Maaf terpaksa ditolak (TK)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

    Tajuk sajak JELAGA oleh Pb sdra.Sohibul Wakdiamin semacam menanggung beban dengan dosa-dosa yang digalas, terasa bila saat kematian yang akan hamper semuanya bagai tidak dapat lagi untuk diucapkan dan segala keagungan dan kemewahan di dunia duhulu terhenti, ketika mana kain putih membalut tubuh.lalu dibawa bersama dosa yang berjelaga memekat dihati diatas dosa-dosa yang dilakukannya. Cuma andain saja, ada unsur keagamaan , layak dicalunkan seterusnya (TP)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

    Mat Noh dengan URAT NADI seorang penggali kubur yang sesekali pada pengucapannya Bagai terasa dirinya sendiri pula yang akan mati, bagaimana keadaannya, Mat noh cuba mendedahkan kisah alam ghaib yang sukar dinilai dengan mata kasar. Apa yang kita tahu roh kita akan melihat jasad kita yang terbujur kaku bilamana rohatau nyawa keluar daripada badan atau tubuh sesaorang itu , menangis dan tinggallah semuanya. Layak dicalunkan seterusnya. (TP)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

    Jalil Janggut degan sajak MULA KENAL kawan lamanya yang baru jmpa begitu mesra Biasalah orang yang betugas dengan perkhidmatan awan sering berjumpa dengan ramai orang Dan mejaga kedai makan contonya, mesti telah tebiasa dengan pelanggan atau orang ramai.Jadi tidak hairanlah sesiapa pun bagai kawan biasa. Maaf terpaksa ditolak (TK)

    BalasPadam
  10. ingatkan pak ngah but? rupanya burung but but? hahaha

    BalasPadam
  11. ah ling ni lbih teruk dari binatang!

    BalasPadam
  12. sian mak dia bila ah ling tu nak mati? x sabar plak aku nk tgk watak dia mati dibunuh

    BalasPadam
  13. masih pening lagi kena tajuk papan merah?

    BalasPadam
  14. agaknya mak dia dapat papan merah ajaib kot agaknya?

    BalasPadam
  15. papan merah tu apa bnda?

    BalasPadam
  16. papan merah klu x silap sy org buat basuh baju klu zaman sy dulu

    BalasPadam
  17. kenapa tajuk papan merah sampai skrg xde pun cerita pasal papan?

    BalasPadam
  18. papan merah ni berhantu ker?

    BalasPadam
  19. gila sampai nak bunuh mak dia plak!

    BalasPadam
  20. bagi mati la watak ah ling ni meluat plak sy baca tantang watak dia

    BalasPadam
  21. ah ling ni akhir sekali dia mcm tu ke berubah?

    BalasPadam
  22. agaknya ah ling ni mati kot akhir sekali?

    BalasPadam
  23. celaka pnya anak ah ling ni!

    BalasPadam
  24. ah ling sama itu anjing dia lagi teluk

    BalasPadam
  25. teruk btol ah ling ni sedangkan binatang pun sayang mak dia

    BalasPadam
  26. ni anak patut mak dia patyut kasi gugur sebelum lahir dulu

    BalasPadam
  27. ah ling labih teruk sama itu babi di kandang sy pnya apa sbb babi pun sayang mak dia...

    BalasPadam
  28. rasa mcm mau bunuh itu ah ling cincang sampai lumat!

    BalasPadam
  29. wujud x ah ling ni? klu wujud minta alamat rumah dia sy nk bunuh dia skrg jgk! celaka pnya manusia mcm ni

    BalasPadam
  30. ah ling silap2 kalau mati tanah pun xnk terima

    BalasPadam
  31. ah ling x layak di panggil manusia ni

    BalasPadam
  32. sapa plak ah look tu?

    BalasPadam
  33. ah pook tu sapa plak? ada watak baru la

    BalasPadam
  34. rasanya ah ling nk pergi belasah ah hook plak kot?

    BalasPadam
  35. kenapa ah ling tgk burung pun nk terkejut?

    BalasPadam
  36. burung tu jelmaan kot?

    BalasPadam
  37. ahh hook sapa? burung tu kenapa plak?

    BalasPadam
  38. eh! ah ling kenapa terkejut

    BalasPadam
  39. ah ling x berperikamusian la

    BalasPadam
  40. teruk btol pnya anak mcm ni

    BalasPadam
  41. ada anak pun susah xde anak pun susah jgk

    BalasPadam
  42. eh! ah ling ni akhir sekali dia mati ke dia sempat kwin?

    BalasPadam
  43. mcm cerita si tanggang jer ah ling

    BalasPadam
  44. si tanggang versi cina ke cerita ni?

    BalasPadam
  45. sajak ni mcm pasal org yg tamak jer?

    BalasPadam
  46. jgn kumpul harta kumpul jgk amal... mngkin ni pengajaran sajak en nuri ni

    BalasPadam
  47. hidup kumpul harta sajak baru ker ni?

    BalasPadam
  48. takut jgk ada harta byk2 ni

    BalasPadam
  49. sajak politik ke ni?

    BalasPadam
  50. lps ni sy nak mula mederma la..

    BalasPadam