Selasa, 1 Mac 2011

BERKATA POKOK GETAH TUA





Dahulu aku tidak diperdulikannya
kini bila ada harga, aku dibanggakan
aku didekati saban hari pagi petang
malah batangku ditorehnya berkali-kali
sehingga ada tiga pot pada satu batang

Begitulah keadaannya dunia dini hari
jikalau tiada harga hidup kita dicerca
bila ada memfaatnya dibelai dan dipuja
kerana nilai susu getahku terlalu tinggi
 semuanya memuja aku seluruh dunia

Inilah gambaran kisah hidup kita di dunia
kata orang: Hina besi kerana berkaratnya
dan hina manusia pula kerana hidup melarat
tetapi, getah muda dijaga dan dipelihara rapi
 pokok getah tua di toreh  tiga kali sehari

 
Oleh: Nurimanja,
catatan  berita diudara
dua tiga hari lalu /Feb. 2011.





50 ulasan:

  1. BERSAMBUNG.CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA NEGRI CINA BERTAJUK PAPAN MERAH. OLEH: NURIMANJA.
    Dicerita dan ditaipkan semula secara bebas Oleh: TINTA MUTIRA
    Siri keua.
    ______________________________________________________________________
    Pada suati hari Ah Ling menerima kekalahan teruk. Ayam sabungannya kalah, Wang pertaruhannya lesap. Dia menjadi marah-marah dengan tidak menentu, kemudian dia pulang ke rumahnya. Dengan wajah muram dan bengis dia masuk ke rumahnya.

    Ah Ling terus menuju ke dapur untuk mencari makanan. Tetapi ternyata di dapurnya tidak ada sebiji beas pun unuk dimasak, malah kayu api pun tidak kelihatan. Ah Ling bertambah marah, mukanya nampak menyinga.

    Dia mencari ibunya di sekeliling ruang dapur sehingga ke belakang rumah, tetapi tidak ada, dia melaungIbunya di kebun , juga tidak menjawab, cuba lagi maseh sepi, tidak seperti hari-hari yang lalu, sekali panggil ibunya akan berlari datang dan bertanya apa saja mahunya.

    Akhinya dia masuk semula ke dalam rumah dan mencarinya di bilik tidur. Dia cuba hendak menghampiinya. Dengan kasar dia menendang pangkin tempat ibunya sedang terbaring itu. Dengan bngis dia berkata; “Hey! Orang tua! Apa lu buat? Tidur saja saty hari. Mana nasi gua? Kenapa tidak masak? Jahanamm! Kenapa lu tak masak.?” Begitu kata Ah Ling kepada ibunya yang sudah tua itu.

    “Gua tak sihat, gua ada sakit ini hari sama emalam, tolonglah Ah Ling jangan bikin mama ini macam, Meniang lu punya pak, mesti banyak susah hati,” Terketar-ketar nyonya tua itu menjawab untuk minta rasa simpati kepada Ah Ling.

    Kerana pernah juga Ah Ling memukul dan menendang ibunya., bila dia kalah berjudi atau ayamnya mati di gelangan sabungan . Masa itulah Ah Ling akan jadi seorang yang pembengis dan marah-marah. Ibunya selalu dihimpit ketakutan dengan sikap Ah Ling itu.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. AKU NI SIAPA?

    aku perantau tiada kampung
    asalku dari tanah
    maka tanahlah kampungku
    aku pengemis cinta
    dari dia ku kenal rindu
    tapi sayang dia tak kenal aku
    seketika aku lihat haiwan jadi
    aku kasihkan haiwan
    anjing itu ku beri makan
    ketempat kerja di temannya aku
    semoga dia mengkaguumi bakatku bermain piano terulung
    tapi dalam mimpi saja selalu dapat

    Mei Ling
    sajak angan-angan saya

    BalasPadam
  3. BULAN KITA

    bulan itu bulan kita
    tersipu ia di balik awan kelabu
    tak segan pula memalit sinar
    di hening wajahmu
    tatkala kau terleka merenung takdir
    pada kerdip bintang-bintang jauh
    aku di tingkap mimpi
    terdengar mereka nyanyi
    senandung cinta kita
    dalam dingin embun malam itu
    kita pun terlena nun di awan
    bulan dan bintang sama tersenyum
    cahaya mereka selimut kita..

    Siti Hajar
    harap menang sbb sajak kali ni terhabis puitis sy buat hehe

    BalasPadam
  4. APA KAU DAH LUPA

    apa kau dah lupa
    aku ini kawanmu
    selalu jalan seiring
    pembantu di saat genting
    penawar di kala rungsing
    penenang di waktu melenting
    peneman ketika terasing
    apa kau dah lupa
    aku ini sahabatmu
    selalu ketawa bersama
    banyak sama diratah
    sikit sama dicubit
    bagai isi dengan kuku
    laksana belangkas kembar
    kau sudah lupa
    sudah dapat gading bertuah
    tanduk tiada guna lagi
    tidak mengapa kawanku
    tidak rugi walau sekelumit
    bahkan kau yang rugi
    hilang sahabat sebaikku....

    Julia
    sajak utk kwn lupa kwn

    BalasPadam
  5. MONTEL

    secara tiba-tiba kurasakan
    ada semacam dua macam rasa
    membingungkan benak fikiran
    serba tidak kena duduk meniarap tidak kena duduk terlentang
    lagi tidak kena
    duduk mengiring sama juga
    akhirnya aku tertonggeng
    fikiran melayang ke daerah lama
    saat si mata sepet pipi kembung
    masih setia berlarian mengejarku
    hulurkan pipi mahu ku cubit
    sebagai balasan tembikai merah
    buat santapan di waktu petang
    masih ingat kita senantiasa bersama
    menari dan menyanyi lagu berdua
    lagu riang penyubur jiwa
    sambil kau memetik gitar
    dengan gaya unikmu bagaikan seorang bintang
    kita sememangnya bahagia
    ke mana sahaja pasti kita bersama
    kita tetap dalam dunia kita
    dunia bagaikan milik kita berdua
    di sini inginku katakan pada dunia
    aku bahagia bersama montelku
    kita tetap kan bahagia selamanya

    Nurul Husna
    sajak kenangan dulu semasa kecil

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

    AKU INI SIAPA? oleh Pb. Mei Ling sajak ini walaupun fantasi pada pemulaan penceritaannya baik, tetapi pada pertengahan dan penutup atau akhirnya bagai kurang manyakinkan. Jadi longar pada pemantapan pengucapannya sebagai puisi yang diharapkan . Harap berusaha lagi Sekadar , maaf terpaka di tolak (TK)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

    BULAN KITA di ini membicarakan kisah hidup anak muda yang sering dimaun asmara dana. Begilah keadaannya,mereka selalu memandi cahaya bulan, menyedut udara malam, bermain embun jantan, memuja keindahan alam, menyanyi lagu cinta, membilang bintang dilangit, tidak bisa jemu-jemu, sebagaimana hebatnya cinta mereka. Kekadang boleh terlena di awan biru, sehingga Bintang dan Bulan yang nik aziz puja pun boleh jadi saksi percintaan mereka.layak dicalunkan (TP)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

    APA KAU DAH LUPA Sajak Julia pencritaannya semacm tegas dan menyesal akan sikap sesaoang kawannya yang mudah lupa atau sengaja lupa. Melayu mudah lupa. Bila sudah ada pangkat atau pun kedudukkan baik dari kawan lain, Begitulah keadaannya selalu, kecuali yang beriman sentiasa rendah diri dan ingatkan tuhan . mengtakan hidup ini Cuma sementara Walaupun kurang kepitiannya,tapi ada pengajarannya buat meeka yang mudah lupa. layak dicalunkan setrunya (TP)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

    MONTEL Tajuk sajak ini semacam melucukan daripada sdri Nurul Husna ,mungkin kisah mesra
    memory lama . Nasib baik tajuk sajak ini tiak dituliskan tertonggeng. Begitu teruk rasanya sesaorang itu mengenang masa silam sewaktu kecil dahulu bersama seoang kawan sepermainan bukan sbangsa atau seagama, begitu mesra kemana saja, malah terasa dnia bagaikan mereka yang ampunya, hebat sekali kemesraan mereka agaknya. Cuma memori, pengcapan biasa. Maaf layak untuk (TK)

    BalasPadam
  10. Minum Banyak Air

    Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air keluar dari sistem tubuh Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

    Mengurang Pengambilan Garam

    Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas menimbulkan penggelembungan.

    Makan perlahan-lahan

    Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

    Awasi Ubat-Ubatan

    Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

    Bersenam

    Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

    BalasPadam
  11. getah pun boleh berkata2? menarik jgk ni? hahhaa

    BalasPadam
  12. tiga jalur torehan di pokok getah tu mcm kena kat saya saja sbb sy mmg buat mcm tu utk dpt susu byk sikit

    BalasPadam
  13. skrg mcm2 cara org buat utk dapat getah byk ni

    BalasPadam
  14. susu getah skrg mahal toreh la sampai 3 sekali?> hehe

    BalasPadam
  15. betol apa yg dikatakan dalam sajak ni dulu smua org hina skrg smua org suka plak?

    BalasPadam
  16. mcm tu jgk manusia klu dh kaya smua org mengaku sedara klu miskin sebelah mata pun x pandang

    BalasPadam
  17. eh! smua org nk kaya susu getah jd mangsa

    BalasPadam
  18. toreh sampai 3 klu hbis nak toreh mana plak?

    BalasPadam
  19. getah 3 kali torej nnt cepat hbis getah pokok tu plak?

    BalasPadam
  20. sajak nmpknya macam lawak tp ada pengajaran jgk

    BalasPadam
  21. kat malaysia je ke ada pokok getah negara lain xde?

    BalasPadam
  22. susu getah skrg org sanngup buat apa saja nk mendapatkannya

    BalasPadam
  23. skrg ni susu getah dpat smbutan

    BalasPadam
  24. skrg nk susu getah sampai 3 kali toreh sian pokok tu?

    BalasPadam
  25. manusia semakin tamakkan susu getah

    BalasPadam
  26. smua pakat gila susus getah plak skrg ni?

    BalasPadam
  27. skrg musim susus getah nampaknya

    BalasPadam
  28. sian mak ah ling ni

    BalasPadam
  29. ah ling ni x berperikemanusian la

    BalasPadam
  30. ni macam punya anak kasi bunuh saja ma

    BalasPadam
  31. talak guna ini macam punya anak baik talak anak lagi baik

    BalasPadam
  32. ah ling ni anak derhaka la nampaknya

    BalasPadam
  33. cerita ni masih xdpt tangkap sebenarnya pasal apa?

    BalasPadam
  34. kenapa tajuk papan merah sepatutnya letak ah ling anak derhaka

    BalasPadam
  35. ni mcm cerita si tanggang jgk ke dia di sumpah jd batu nnt?

    BalasPadam
  36. kenapa tajuk dia papan merah mcm xde kena mengena jer?

    BalasPadam
  37. cerita ni pasal apa sebenarnya msih misteri ;la

    BalasPadam
  38. dua watak saja ke ah ling dgn mak dia jer?

    BalasPadam
  39. cerita ni pasal hantu ke? pelik jgk

    BalasPadam
  40. mcm cerita jiman je ah ling ni

    BalasPadam
  41. mcm cerita sebelum ni pun en nuri tulis pasal anak derhaka jgk

    BalasPadam
  42. cerpen ni msih samar2 pasal apa sebenarnya ni?

    BalasPadam
  43. mmg kena baca sampai hbis cerpen ni sbb misteri jgk

    BalasPadam
  44. rasanya msti mak dia mati nnt

    BalasPadam
  45. akhir sekali mcm mana la nasib ah ling ni

    BalasPadam
  46. ah ling ni berubah x akhir sekali?

    BalasPadam
  47. apa jd kat ah ling nnt? x sabar nk thu jgk

    BalasPadam
  48. ah ling ni umor brapa?

    BalasPadam
  49. dah masuk 2 episod x thu lagui cerpen ni pasal apa

    BalasPadam
  50. tjuk mcm xde kena mengena je dgn cerpen ni sbb xde pun papan merah

    BalasPadam