Khamis, 3 Mac 2011

BUKAN SENANG NAK JADI AKU



sajak pilihan ahli Cr.


Menjadi aku kini
Sebenarnya bukan kerja mudah
Kalau orang biasa yang kerja
Memang kerja susah
Kami semua menjaga khazanah mereka
Tapi aku diarah pula pengarah kejam
Paling pedih bukan bila dimarahi
Tapi bila dipaksa kerja tanpa gaji.
Kami terpaksa memakai solekan tebal
Menyembunyikan perasaan kami
Sampai wajah ni tak kelihatan lagi
Jadi topeng tak boleh ditanggal
Jika ditoreh setitik darah sekalipun tak mengalir
Bila tersenyum pula
Dalam hati air mata mencucuri
Terlalu berat sehingga saraf sakit
Ingat menjadi aku kerja mudah
Semoga selamat untuk diri sendiri.

Oleh: Sufian Al Zahri
tertarik melihat maisarah, qulbai, zainal hantar sajak
sy pun ingin mencuba nasib harap en nurimanja x kisah.
serah kepada Qalam Mutiara mengulas..
(sajak ini ditulis selepas sahur)
Diterbitkan semula tarikh; 4/02/2011










50 ulasan:

  1. Bukan Senang Nak jadi Aku sajak keluhan dan rentehan dari penyelaras ataupun Pengelola blog CR ini dan bersama tiga sahabatnya yang terdahulu, walaupun SAZ Cuma sebagai penganti sementara
    kita rasa tertarik juga akan sajaknya yang nampaknya kian tenat dan parah bekerja tanpa imbuhan
    yang sewajarnya. Kalau janji ada rombakan gaji x mengapa juga, jangan diam membantu. Majikan
    sepatutnya ikut cara nabi berpesan, bayarlah upah sesaorang itu, sebelum peluhnya kering.

    Sempati buat sdr SAZ dan rakan-rakan yang lain dari Blog sahabat CR. Semoga di akhir pengorbannan ini ada sinar dihujungnya. Mari kita sama berdoa agar terbuka Hati majikan agar segera melunaikan imbuhan tugas kerja yang tertongak sebelum menyambut Adil fitri yang mulia ini. Amin Ya Rabbal Alamim.

    Oleh: Qalam Mutiara
    16 Ogos 2010 3:14 PM

    BalasPadam
  2. NIRWANA

    klasiknya mendamba melarutkan diri
    dalam pusaran tanpa arti
    aku hanya mengikuti arusnya
    menuju nirwana tempat niscaya hati
    yang terperangkap tak tersentuh¡­
    nyanyian hanya kudengar bisikan
    untaian hanya titik luka
    kirana melati sang pagi
    yang lagi-lagi tanpa arti
    masa beritahu aku
    hakikinya sebuah tandu
    menopang tanpa harap berlebih
    panditaku meraih mahkota di kobaran api lelap lelahnya mendamba
    yang hadir hanya sebersit keharuan
    disisi semunya ceria¡­
    aku hanya bayang membisu

    Pak Kassim
    harap sajak sy kali ni boleh menang

    BalasPadam
  3. ROTAN BERBELANG

    rotan berbelang hitam
    tergantung di tiang seri
    aura hebat terpancar
    tiada mampu kami membantah
    kerana rotan itu
    kami pandai mengaji pandai baca abc
    kami pandai bataskan diri
    segala birat di kaki di tangan
    buat kaki kami lurus jalannya
    buat tangan kami pendek capainya
    mata kami jelas pandangan
    panduan kami jelas terbentang
    dan rotan itu masih kekal di situ
    buat panduan anak kami nanti
    wasiatmu akan kugenggam
    agar mereka jadi sepertiku
    agar mereka jadi sepertimu¡­

    Nabil Quldi
    sajak kenangan

    BalasPadam
  4. UNTUK ADIK-ADIKU

    saat rumah menghantarkan
    kedukaan ke pintunya
    keberanian seharusnya membesar
    bersama-sama anak-anakmu ini.
    barangkali ibu akan bersedih
    meninggalkan kami sebukit kerikil
    buat telapak tiada sepatunya.
    saat rumah ini menghidupkan
    kecintaanmu di banyaknya hari
    kebahagian seharusnya
    meneduhkan hati anak-anakmu ini.
    bukan barangkali lagi
    menjadikan aku seorang Adam
    kuat hidupnya membawa
    sumpah di bibir untuk adik-adikku.

    Pak Bostamam
    sajak simbolik

    BalasPadam
  5. BUKANKAH DULU

    bukankah dulu pernah kusebut
    cakap ibu perlu diikut
    tengok sekarang dah kelam kabut
    semua benda jadi serabut
    bukankah dulu pernah kukata
    pinta ayah perlu dikota
    tengok sekarang hidup derita
    akibat terjah membabi buta
    bukankah dulu pernah kuseru
    sentiasa ikut nasihat guru
    tengok sekarang makin celaru
    apa dibuat jadi haru biru
    bukankah dulu pernah kutunjuk
    mintalah petunjuk dari atuk
    tengok sekarang sudah terhantuk
    mana pergi tak habis dikutuk
    bukankah dulu pernah kutanya
    jejak siapa mahu diguna
    tak dengar cakap orang tua
    diri sendiri habis merana
    dengarlah kata orang tua kita
    pasti ada buahnya¡­

    Haji Atang
    sajak nasihat

    BalasPadam
  6. eh! sajak aku plak tersiar klu x salah ni sajak lama ni? hehe thnkz en nuri!

    BalasPadam
  7. sajak warna di tempah ni pasal apa?

    BalasPadam
  8. simbolik jgk warna yg ditempah ni

    BalasPadam
  9. sajak masih xphm la warna ditempah

    BalasPadam
  10. mcm cerita pasal perdagangan manusia je warna ditempah ni

    BalasPadam
  11. sajak agak puitis warna ditempah ni

    BalasPadam
  12. sajak yg menarik warna di tempah

    BalasPadam
  13. klu x silap sajak ni dulu tjuk burung putih?

    BalasPadam
  14. sufian sajak pasal keja blog ke?

    BalasPadam
  15. menarik jgk buat sajak pasal tentang kerja

    BalasPadam
  16. eh! sajak sufian snang je nk phm plak? hehe

    BalasPadam
  17. sajak ahli snang phm sajak en nuri plak susah jgk

    BalasPadam
  18. sajak pasal apa ni en nuri?

    BalasPadam
  19. putig sgt sajak en nuri kali ni

    BalasPadam
  20. sajak berkenaan perempuan yg jual diri ker?

    BalasPadam
  21. sajak utk wanita rupanya

    BalasPadam
  22. kenapa tajuk dia warna ditempah

    BalasPadam
  23. eh! sajak kali ni senang2 je nk phm

    BalasPadam
  24. sufian mengeluh sbb x dpt gaji ke?

    BalasPadam
  25. ni msti sajak masa gaji lambat masuk ni

    BalasPadam
  26. bila baca sajak sufian teringat masa ni maisarah minta berhenti keje

    BalasPadam
  27. sajak snang2 plak kali ni? best2

    BalasPadam
  28. alamak! nampaknya sajak sufian plak? kenapa pilih dia?

    BalasPadam
  29. eh! sajak menarik dua2 sekali ni? hehe

    BalasPadam
  30. sajak sufian plak? kenapa siar sajak dia kan dia dulu musuh citra rasa?

    BalasPadam
  31. sajak best dua2 sekali...

    BalasPadam
  32. kenapa tajuk warna di tempah

    BalasPadam
  33. simbolik sgt sajak kali ni

    BalasPadam
  34. warna di tempah? kenapa tajuk dia pelik?

    BalasPadam
  35. sajak pasal keja blog plak sufian kali ni?

    BalasPadam
  36. apa plak sufian buat sajak ni itu dulu pnya cerita skrg office kita dh normal semula

    BalasPadam
  37. sajak agak menarik dua2 sekali

    BalasPadam
  38. info semasa xde ke en nuri?

    BalasPadam
  39. sajak je isu politik mne?

    BalasPadam
  40. alamak! sajak je kat ruangan ni ker?

    BalasPadam
  41. menarik sajak warna ditempah ni pasal org kmpung ke bandar ker?

    BalasPadam
  42. eh! mne siu politik xde ker?

    BalasPadam
  43. sajak mmg best kali ni

    BalasPadam
  44. sajak sufian sapa plak yg pilih dia?

    BalasPadam
  45. sufian pnya sajak plak? sepatutnya kena banned dia

    BalasPadam
  46. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG

    Nirwana sajak mengenang kehidupan lama dan kini agaknya, seperti mencari seuatu yang samar dan masih meraba-raba, maksud dan isi penceritaannya , kabur yang bukan simbolik, tersembunyi yang susah buat si pembaca untuk faham dan jauh sekali untuk menangkap isi maksud dan sukar dimengertikan. Apakah erti nerwana yang dicritakan. Tidak tahu dimana message atau pengajaran yang hendak ditinggalkan. Apa yang anaian kami dapatnyatakan
    Sakadar kekeliruan yang sering menguasai hidup si peulis, bagai mencari sesuatu entah apa. Maaf pak kasim terpaksa (TK)

    BalasPadam
  47. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

    Sajak mudah ditagkap senang dibaca dan punya pengertian dan pengajaran, sembolik ceritanya
    pada rotan berbelang hitam. Mungkin itulah yang telah atuk ayah tinggalkan masih tersankut di tiang seri mngkin anjung rumah dan dengan rotan itulah telah mengajar kami mngkin keluarga si penulis sedikit mengenal erti peraturan, dengan displen mereka boleh membaca dan menulis dan mengenal Agama tuhan. Dan peraturan hidup ini Layak dicalunkan untuk seterusnya(TP) oleh Viger,

    BalasPadam
  48. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

    Maaf Pak Bostaman, kalau Qalam Mutiara mungkin dia akan teruja dengan pengucapan anih dan puitis yang ramai pembaca lain asyik tertanya-tanya apa maksud dan isi cerita yang mahu disampaikan oleh penlis, mungkin kami genarasi yang baru mahu tepat dan nyata, sadikit ada jiwa-jiwa, sinis dan simbolik, comedy atau berbau politik. Amat resah dengan pengucapan ini. Kami mungkin gagal mencari apa yang tersirat dan tersurat. Sekadar buat andaian pengorbanan seorang abang kpada adik-adiknya kerana mngkin ayah telah tiada dan ibu mananggung derita. Tetapi mungkin anak yang sulong si abang mengambil alih semuanya demi membesar adik-adik bagi menyenangkan hati seorang ibu tua. Terpaksa dicalunkan sterusna (TP)

    BalasPadam
  49. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

    Sajak Pak Haji Atang walaupun berbenuk semacam pantun berirama sambung menyambung ada pengajaran dan mesij yang sepatutnya hendak siampaikan. Setidak-tidaknya ada inti pati yang hendak disampaikan , walaupun dalam bentuk seloka, itulah hasil karea si penulis mesti ada sesutu yng hendak disampaikan dalam tlisannya.sama ada cara simbolik, bidalan, sinis atau sendiran, lawak, atau tersembni terang atau nyata. Kemudian disusuli dengan pengucapannya yang biasa bersahaja, boleh meninggalkan kesan. Layak dicalunkan seterusnya . Tetapi ada persaingan pula dengan kepuitisan sajak Pak Bostaman kata Qalam, Maaf, terpaksa (TK)

    BalasPadam