Khamis, 3 Mac 2011

WARNA YANG DITEMPAH



buat anak gadis yang memburu kehidupan di kotaraya.


Semalam ada burung putih terbang tinggi
terbangnya sengaja bermain angin kencang
tiba-tiba dia dipukul ribut ganas
lalu jatuh terdampar di laut kota

Hari ini burung putih tak kuasa terbang lagi
hatinya telah terpaku pada keindahan warna
jiwanya telah tertambat pada riak kota
dia ingin memilih emaginasi kehidupan

Esok burung putih memilih jalan sendiri
dilaluinya satu lorong begaris hitam
maka terpalitlah bulu putih kesayangannya
dalam satu kerelaan yang tiada bertepi...


Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda pernah tersiar,
cuma buat contoh kepada ahli/Pb CR.
ditebitkan semula pada Tarikh 3hb/03/2011.






50 ulasan:

  1. BERSAMBUNG.CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA NEGRI CINA BERTAJUK PAPAN MERAH. OLEH: NURIMANJA.
    Dicerita dan ditaipkan semula secara bebas Oleh: TINTA MUTIRA
    Sii ke empat.
    ______________________________________________________________________

    Bila Ah Ling cuba mngamatinya apa yang sedang berlaku. Ternyata anak burung itu sedang menyuap ulat sebagai makanan ke dalam mulut burung but-but tua itu. Ah Ling tersentak, rasa malu kian menebal dimukanya.

    “Aku paling tak berguna!” Bisik hati Ah Ling sendirian. Satu pengajaran yang tidak diduga telah menyentuh hati nuraninya . Hatinya begitu terasa dan tersentuh dengan sikap anak burung but-but itu. Kesedaran panjang mulai menyelinap masuk ke benak hatinya selama ini.

    Ah Liang rasa cukup terharu, dia segera mendapatkan Pak cik Ah Hook yang sedang menyakul di kebunnya itu. Ah Ling terus menceritakan hal itu kepada Pakcik Ah Hook dengan penuh perasaan sdeh dan terharu nampaknya.

    Dengan senyum Pakciknya berkata: “Ah Ling, sudah lama gua tak tenguk lu dating ke kebun? Baru hari ini lu dating. Sedangkan anak brung itu Pakcik lihat dia , setiap hari pergi mencari makan bawa balik ulat untuk ibunya yang sudah tua, itulah caranya anak burung membalas jasa ibunya,“

    Bila Ah Ling mendengar kata-kata Pakciknya itu. Dia terasa mengeletar , insaf diri, terasa bagai bersalah selama ini kepada ibunya yang telah tua. Ah Ling cukup kesal dan malu. Sedangkan saekor anak burung dapat bertimbang rasa dan bekerja mencari makan untuk ibunya yang telah tua. Mengapa aku seperti manusia ini tidak dapat berfikir? Berbagai andaian dan persoalan datang bermain dibenak hatinya.

    Tanpa bercakap panjangAh Ling terus ke kebunanya. Tidak membuang masa dia terus saja mengali ubi kayu dan keletek yang ditanam oleh ibunya itu. Hari itu dia mencari sebanyak mungkin untuk dijual ke pasar pecan kecil yang berdekatan dengen kampungnya itu. Dia brcadang untuk membeli beras dan ikan kering masin unuk ibunya memasak.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. TERIMALAH DAKU

    izinkan aku kawan
    bertamu diruangan ini
    aku datang dengan senyuman ulurkan tangan
    terimalah daku seadanya
    aku tak punya wang berjuta
    aku tak punya pangkat nama
    cuma yang ada padaku
    sekeping hati tulus suci
    buat tautan hubungan hati
    sambutlah hadirku ini
    kita jalin talian murni
    kita simpul silaturrahim suci
    semoa ikatan ini diredhai
    dapat restu dari ilahi
    terimalah daku ini¡­

    Dayang
    sajak simbolik

    BalasPadam
  3. PERMINTAAN TERAKHIR

    mengapakah harus terjadi begini
    inikah balasan setelah ku curahkan
    biarku simpan kenangan cinta kita
    kan ku abadikan di alam hidupku
    relaku lepaskan demi kebahagiaanmu
    untukmu biar ku mengalah
    keangkuhan cintamu
    bukanlah khalayan semata
    kepergian dirimu bukan ku pinta
    permintaan ku yang terakhir
    agar kau damai disisinya
    diiringi doa restu
    semoga kau bahagia selalu
    permintaan ku yang terakhir
    agar kau tidak seperti ku
    walaupun aku masih menyayangi
    ku relakan jua perpisahan ini

    Sarah
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  4. BARU TUMBUH

    baru tumbuh lawa ingin mencuba
    kehulu kehilir menunjuk di pinjam pandangan sinis menjeling
    aku punya!! lantas terus berlari
    kecacian membuatkan menjauhi diriku
    sanggupkah memandang diriku?
    menjauhi dari diriku?
    sanggupkah melupakan antara kita?
    soalan itu terlerai dengan jawapan.
    jawapan memilukan hatiku,
    merana hatiku menghayati
    setiap perkataan namun,
    jauh dilubuk hatiku,
    hanya kau dapat
    mengubah personaliti daripada terus tercalar tercemar.
    hanya kau mampu mengubah cintaku.
    hanya kau mampu mengubah
    jalan cerita kehidupanku.
    semua itu hanya mampu
    tidak dapat dimampukan.
    semua itu telah berakhir
    dengan cerita pilu meranakan jiwa.
    Hari ini adalah hari itu
    membuatkan aku
    mengimbas kembali kenangan itu.
    terbuai aku dalam diam,
    terbuai aku dalam cinta,
    terbuai aku dalam tangisan,
    terbuai aku dalam keindahan arus cerita kita bagai air terjun di temani batu pasir tersemat kenangan itu pada hari ini.
    memoir itu akan kembali lagi
    apabila tiba hari ini
    pada hari akan datang.


    Kasih Abadi
    sajak kenangan dulu

    BalasPadam
  5. KAU KEKASIHKU

    telah ku siapkan satu daerah sunyi
    dalam hati untuk kau kasih
    kau penuhi kemuliaan seorang wanita
    kau mengerti dengan kelembutan
    kau hargai dengan kasih sayang
    ku ingin kau jadi wanita mulia
    tahu harga budi dan hati
    seorang lelaki bernama kekasih
    kerana kau kasihku
    ingin kau mengerti bahawa hidup ini tak semudah kita janjikan


    Dang Anum
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  6. oh! patut la dia tersentap rupanya burung lebih sygkan mak sndiri

    BalasPadam
  7. patut kena contohi burung ni

    BalasPadam
  8. burung lbih mulia dari ah ling

    BalasPadam
  9. malu manusia kpd burung but2

    BalasPadam
  10. manusia lebih hina dari seekor burung

    BalasPadam
  11. malu la dekat burung tu sbb dia pun thu syg mak

    BalasPadam
  12. baru dia tahu nk insaf

    BalasPadam
  13. sebelum lupa skrg bru nk insaf

    BalasPadam
  14. ah ling ni insaf btol ke?

    BalasPadam
  15. buat malu kat bintanang je ah ling ni!

    BalasPadam
  16. ini anak patut di bakar hidup2 talak guna! insaf pun susah mau percaya

    BalasPadam
  17. eh! x sangka burung bagi pengajaran kat dia

    BalasPadam
  18. rasanya burung tu jelmaan kot?

    BalasPadam
  19. eh! burung tu wali kot?

    BalasPadam
  20. x sangka burung yg bagi dia pengajaran

    BalasPadam
  21. ah hook tu kenapa x kwin je dgn mak ah ling?

    BalasPadam
  22. selamat dia x cangkul kepala ah hook tu

    BalasPadam
  23. ah hook ni hantu ke? entah2 jelmaan agaknya

    BalasPadam
  24. padan muka ah ling bila dia nak mati aku x sabar ni

    BalasPadam
  25. klu og mcm ah ling jd baik sekalipun aku pandang dia jijik

    BalasPadam
  26. sian mak dia masih sempatkah?

    BalasPadam
  27. entah2 mak dia mati bila dia balik nnt

    BalasPadam
  28. rasanya dia x sempat nk minta maaf kat mak dia la

    BalasPadam
  29. entah2 dia balik nnt tinggal mayat je

    BalasPadam
  30. apa pnya anak la ah ling ni!

    BalasPadam
  31. x guna pnya anak ah ling ni!

    BalasPadam
  32. ah ling ni dah tua ke muda lagi ni?

    BalasPadam
  33. ada ke pmpuan yg nk kat dia nnt?

    BalasPadam
  34. sian mak dia sanggup ah ling buat mcm tu

    BalasPadam
  35. x sangka burung mcm tu kecil lebih mulai dari ah ling

    BalasPadam
  36. isu politik mne en nuri?

    BalasPadam
  37. mana isu politik ni?

    BalasPadam
  38. kenapa kali ni isu politik xde?

    BalasPadam
  39. hanya ada cerpen je? isu semasa xde?

    BalasPadam
  40. eh! ah ling dh mula nak insaf ker?

    BalasPadam
  41. insaf btol2 ke main2 je ni?

    BalasPadam
  42. boleh ke org mcm ah ling nk insaf semula ni?

    BalasPadam
  43. eh! ah ling x balik rumah ke kenapa jmpa ah hook dulu?>

    BalasPadam
  44. rasanya dia x sempoat nk minta maaf la

    BalasPadam
  45. mati kot mak dia nnt

    BalasPadam
  46. 1.Musssti baca..!!! Blogger PAS hina Orang Pahang/Felda di Kerdau..!!!

    Saya ada "melawat" blog-blog pro-PAS yang menulis tentang PRK di DUN Merlimau dan Kerdau. Bukan apa, saja saya melawat untuk melihat "melihat tahap mentaliti" blogger-blogger PAS ini.

    Namun, apa yang mengejutkan ialah tentang blog ini yang terang-terang marahkan DAP, tapi dilepaskan kemarahannya pada rakyat Pahang, khususnya di Felda.

    Dengan membahasakan diri bagaikan orang Arab, "Ana", blogger ini sangat marah pada Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah, kerana bercuti ke Chiang Mai. Dia menuduh Leong cuba mensabotaj kempen PAS di Kerdau. Dia turut mempersoalkan kerjasama yang sepatutnya dihulurkan DAP Pahang pada kempen PAS di PRK Kerdau.

    Pendapat blogger ini turut disokong oleh blogger PAS lain seperti Gerakan Timur. DAP dituduh memboikot PAS dan tidak setia pada rakan Pakatan Haram itu.

    Tapi, yang peliknya, MENGAPA PULA KEMARAHAN ITU DILEPASKAN PADA RAKYAT PAHANG, KHUSUSNYA DI KERDAU?

    Antara ayatnya ialah...

    BalasPadam
  47. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011

    TERIMALAH DAKU Sajak Dayang yang ingin bertamu alam blog ini mengharap ahli semua dapat meneimanya kerna dia datang dengan pnh kemesraan dan tulus khlas hati mngkin ingin mengnal sapa atau bertegur sapa. Dngan merendah ii mngatakan dia tidak punya harta an pangkat dan kedudukan atau nama yang lebih dikenali. Berharapa dapat jali kemesraan persahabatan yang sebaiknya diredhai Allah swt. Amin Layak dicalunkan seterusnya (TP)

    BalasPadam
  48. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011

    Sajak putus cinta dan kekasih berpaling tadah atau pun meninggalkan dirinya yang telah setia sekian lama, setelah kaih dicurah, kekaih pula berpaling tanah atau mempunyai kekasih yang
    Lain, maka makan hati berulam jantung lah di dara yang mendrita, malah trus merelakan pula semuanya kisah biasa, jika pengucapannya ada membawa pada kelaianan isinya pasti akan menarik hati kami memperbaiki atau menerimanya. Harap maaf terpaksa ditolak (TK)

    BalasPadam
  49. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG

    Kasih Abadi, sajak bertajuk BARU TUMBUH, penyusunannya agak kacau berserabut dan lari isi dan rasa kepuitisanya.Sajak ini kalaulah direngkaskan sadikit pengucapannya pasti menjadikan ia lebih mantap dan lebih berkeyakinan, terlalu banyak kata ulang, yang ertinya idak jauh berbeza. Walaupun isi ada rasa semacam kisah cinta dan pepisahan, ini kisah biasa dalam kehidupan , tetapi kalau kena gaya dan caranya akan lebih lagi menghidupkan penyampaian ceritanya. Maaf terpaksa ditolak (TK).

    BalasPadam
  50. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011
    Dang Anum dngan sajak jiwa-iwa yang pengucapannya agak ikhlas banyak pmbetulan yang terpaka diperbetulkan kerana isi penceriaannya baik jika dibandingkan dengan dua lagi sajak lain. Penucapan si penulis mengharap seorang lelaki yang bernama kekasih dapat menilai akan erti seorang kelembutan seorang wanita yang perlu kasih sayang dan kemeraan yang disediakan di ruang sudut hatinya benama cinta untuk diisi. Janganlah dipersiakan. Apa-apa pun sesuatu yang apa yang diharapkan mungkin sukar dicapai dalam hidup ini sebagai impian. Layak dicalunkan (TP

    BalasPadam