Khamis, 2 Disember 2010

PAGI PETANG DUDUK BERSIDAI





Apa lagi hendak dikata,
pagi petang duduk bersidai
bukan anak kecil atau anak dara
malah, mak, atuk, nenek pun ada.
ramai suka bersedai di tepi jalanraya.

kini siapa salah siapa?
Ada juga yang mengandung
bersidai melihat gelagat orang ramai
bila lahir anak cucu suka bersedai juga
kerana mak, atuk, nenek ajar suka bersidai.

Siapa perlu disalahkan,
semacam menjadi tiada kerja
bila berjumpa berkumpul,  bercerita
tak mengumpat,  mengata,  reka cerita,
semuanya ini akan menambahkan lagi dosa.

Apa jadi dengan budaya kita?
sudah sebati dengan penyakit bersidai,
kalau tidak pagi, waktu petang pun jadi juga
perlu nilai diri sendiri, baru nilai anak cucu kita
marahlah  diri kita sendiri sebelum marah mereka.

Oleh: Nurimanja,
catatan di petang hari,
dari jendela kaca, 02/12.2010.


50 ulasan:

  1. INFO TERKINI: BUDAYA LEPAK DIKALANGAN MASYARAKAT MELAYU KITA


    Kita sering memperkatakan anak muda melayu dengan budayanya suka melepak. Kenapa dan mengapa?
    Setelah diperhati dan diamati ternya ada beberapa sebab yang perlu ditangangi terlebih dahulu, sebelum kesalahan hendak di lemparkan kepada budaya kenapa anak muda melayu suka berlepak di pinggir jalan?

    Di kampung mungkin kebosanan dengan suasana kegelapan, selepas bekerja penat membanting tulang
    empat kerat menolong ayah ibu di sawah atau di kebun getah dan sebagainya. Malam ingin melepaskan
    rasa keletihan berjumpa rakan sebaya menceritakan isu semasa perkembangan cerita di bandar ataupun kisah filem atau artis kegemaran mereka, atau pun perkembangan bola sepak sukan tanah air.

    Ini bagi mereka yang tidak sempat membaca, Yang membaca akan menceritakan apa dia baca, seperti ANJ dia rajin baca semua akhbar, kemudian dia berfikir dengan kepala dan melihat dengan mata, mana satu yang benar, dan yang mana pula banyak pembohong dari merakah, atau propaganda sahaja. Budak muda ini mudah saja terpengaruh. kekadang menyokong membabi buta. Sebab itu ada setengah kutua parti mengharamkan ahlinya membaca akhbar yang benar realitynya.

    Begitu juga dengan lepak orang tua -tua yang banyak memghabiskan masa di kedai kopi, sehingga menghalangi
    orang lain hendak minum,berjam-jam lamanya, sehingga meremaskan hati tauke kedai kopi. Di sini lagi banyak cerita, keraja setiap sudut meja berbagai cerita ada. tambah pula dengan akhbar harian yang tersedia di atas meja, berbagai isu dan info boleh di buat cerita. kekadang boleh mengalah dewan rakyat, walaupun di meja bulat.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. MENGHILANGKAN KEDUT

    Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

    BalasPadam
  3. PAPAN KEKUNCI

    Karat kaku jari enggan bergerak
    menekan huruf di papan kekunci
    putih dan lusuh enggan mengorak kata bercerita mandom
    hidup yang kini ceria gembira
    tidak berduka paling lantas
    tidak bingung dengan diri
    kini entah siapa
    biar kasihku tebal.
    biar sayangku menggunung.
    biar cintaku dalam.
    tetapi andai hatimu ku lukai
    berulang kaliaku rela kau pergi.
    terus disakiti oleh aku ini,
    paranoid menghantui diri.

    Dang Anum
    perak
    1ptg

    BalasPadam
  4. BINGKAI

    Dalam bingkai itu ada cerita
    kisah aku kisah engkau
    kisah mereka kisah kita
    tapi satu orang tak tahu
    dalam bingkai cerita kita
    aku tidak pernah ada
    kerana aku, jurugambarnya.
    adanya aku, sepertinya tiada.
    memori pernah tercipta
    dibingkaikan tanpa aku didalamnya.
    sengaja aku biar
    darah terus mengalir
    luka tikaman di belakangku
    kerana aku tidak berniat sembuh;
    terus merasa peritnya.
    agar aku ingat dan berjaga-jaga
    tikaman sama. walau cuma luka
    hasil seni seorang sasterawan


    Penyajak Istana
    dalam perjalanan pulang selepas selesai menjaga exam SPM

    BalasPadam
  5. RANTAI KUNCI

    rantai kunci dengan sayu
    ku beri kepada sahabatku
    dengan segunung harapan
    dia boleh menjaganya
    seperti aku menyimpannya
    ku tak sanggup melihat
    rantai kuncinya lagi
    luka perit pedih tertusuk
    sahabat tak tahan melihat gundah
    rantai kunci kau hadiah
    tanpa pengetahuan si dia
    walau sebenar tersimpan
    aku tetap puas
    melihat dia menerima rantai kunciku
    menatap penuh bercahaya
    aku tersenyum seribu bahagia
    walau kau tak sedar itu hadiah aku
    namun ke mana hilang rantai kunci
    mangapa tak pernah kau memakainya
    apa kau tahu itu aku empunya
    entah..semua jadi rahsia
    misteri duka tak upaya ku rungkai
    mengerti engkau amiruddin bulanku…


    Julia
    ketika mengenang sesuatu

    BalasPadam
  6. TIADA KU CARI GANTI

    risaumu dalam hati
    aku pertama kau cari
    sedihmu dalam diri
    aku pertama kau nanti
    riangmu dalam hidup ini
    aku pertama yang kau mahu kongsi
    tangismu berjurai di pipi
    aku pertama yang kau temui
    dan untuk cinta yang hakiki
    akulah yang terakhir serba serbi
    yang kau tidak cari tidak nanti
    tidak kongsi ditemui tidak hakiki
    tiada nada mahu aku lagukan
    tiada skrip nak ku lakonkan
    aku tahu aku ini tak punya apa
    sedang aku kemaruk dalam segala
    melontar bait kata sumbang berirama
    tari dalam gerak kaku tak berjiwa
    mumur hati aku berlagak mati
    dalam warkah ku coret semua
    tentang aku tentang semua


    Puteri Bunian
    KUISS
    5ptg

    BalasPadam
  7. PAPAN KEKUNCI sajak Dang Anum menceritakan kegelisahannya dengan dunia terkini, hidup bersama laptopnya , berbual dan bercerita , menerima dan menolak kekasih sayang dan cinta , semuanya boleh berlaku. Dunia cangih menguasai diriku. Justeru itu berapa banyak teman dan kawan boleh didapati, sekadar berbicara tetapi tidak begitu mahu mendekatinya. Entah siapa agaknya? Kini hati kekadang mulai rasa bosan menghatui diri sendiri . Entah kenapa? Bolehkah seterusnya hidup begini? Berfikirlah dengan matang. Amin. (cuma andaian sahaja).

    BalasPadam
  8. Sajak Penyajak Istana bertajuk: BINGKAI. Memory lama dalam mengenangkan kembali, bila melihat gambar yang cantik di antara kawan-kawan seperjuangan. Tenyata dalam bingkai ada cerita kita semua tetapi yang tiada gambar juru kemranya. Mungkin ada cerita yang kurang menyenangkan, ada kekasih diambil orang agaknya? Walaupun bergambar ini cerita lama yang telah bertukar ubah, namun cerita lama agar tidak beriulang lagi, dan perlulah berhati-hati.kini cuma semandi sebagai kenang hasil seni seorang guru berminat dengan dunia seni photo.barangkali. Amin

    BalasPadam
  9. Terasa semacam sajak jiwa-jiwa nampaknya, Julia dengan sajak bertajuk RANTAI KUNCI. Mungkin Julia ingin menceritakan satu kenang penuh rahsia , di atas pemberian rantai kunci (key-chain) sebagai hadiah untuk dia menerima dan memakainya. Walaupun rantai itu amat disayangi, tetapi alangkah sedihnya bila rantai itu tidak dipakai malah langsung tidak nampak lagi di tangannya. Berbagai andaian mula Datang, adakah sudah tidak sudi lagi.atau membencinya, ataupun hilang entah kemana? Perlu diselidik tidak berburuk sangka. Amin.

    BalasPadam
  10. Sajak jiwa-jiwa, kisah rang muda punya biasa.Sajak daripada Puteri Bunian dengan alam fantasinya dunia kecintaannya. Yang merah itu saga, yang cantek itu kendi, Yang indah itu bahasa, Yang cantek itu budi, biarpun dia terbalik tonggang langgang, bila hati sudak suka semuanya indah saja. Bila mata berkata ya, hati biasanya tidak lagi memperdulikan lagi menilai miskin atau kaya. Begitulah keadaannya. Semoga sukses dengan pelajaran. Amin.

    BalasPadam
  11. teluk kumbar org paling byk bersidai! haha

    BalasPadam
  12. masa aku dok KL dulu xde nmpk oun org dok bersidai bila pindah teluk kumbar mmg byk kaki melepak!

    BalasPadam
  13. jd xleh salahkan siapa isu melepak ni sbb mak bapak pun sama...

    BalasPadam
  14. malu tgk bangsa lain xde plak melepak ni?

    BalasPadam
  15. kdg2 ikut keturunan kalau atuk kaki melepak? bapak dan anak pun akan ikut sekali...

    BalasPadam
  16. sy xmahu ulas pasal isu melepak ni sbb sy pun melepak jgk selalu tgh2 malam kat kedai awie... hehehe

    BalasPadam
  17. aku melepak jgk tp xde la kat kedai kopi? kedai moto jer... hehe

    BalasPadam
  18. alamak! mcm kena batang hidung sndiri plak? sy pun kaki melepak jgk... hehe

    BalasPadam
  19. apa nk jd dgn bangsa mlyu ni malu kat bangsa lain...

    BalasPadam
  20. selalunya melepak ni mlyu je cina dgn india xde plak?

    BalasPadam
  21. kdg2 tu sian pun ada? mcm xde mak bapak je dorg ni...

    BalasPadam
  22. sy pun melepak jgk tp kat parking kereta flat sy bkn apa atas flat panas sy dok rumah tgh plak?

    BalasPadam
  23. klu melepak kat tempat teksi tgggu pelanggan pun kira bersidai jgk ke??

    BalasPadam
  24. aku masa skola pun kaki lepak jgk tp bkn lepak kt tepi jalan selalu lepak kat supermarket jer... hehe

    BalasPadam
  25. mngkin dorg tekanan kot? dlm rumah adik beradik byk?

    BalasPadam
  26. kdg2 bdk yg suka lepak ni sbb tekanan mngkin kt rumah parent suka bergduh

    BalasPadam
  27. SY PNH JGK TANGKAP BUDAK LEPAK MASA SY JD GURU DISPLIN THN LPS TP SY TANGKAP PUN X HANTAR KE POLIS TP SY CUMA NASIHAT DAN CUBA KOREK RAHSIA KENAPA MEREKA SUKA MELEPAK? KEBANYAKAN IKUT KWN? ADA JUGAK NK TENANGKAN FIKIRAN MASALAH KAT RUMAH BYK? ADA JUGAK YG KATA KAT LUAR LEBIH SELESA DARI DUDUK RUMAH? DAN MCM2 LAGI LA ALASAN BDK2 LEPAK NI...

    BalasPadam
  28. bdk2 skrg mmg dh jd gejala mmg suka melepak? pelik...

    BalasPadam
  29. kt skola sy pun ramai jgk bdk2 suka melepak sbb alasan dorg berkumpul dan bersembang ramai2 rasa seronok

    BalasPadam
  30. kt teluk kumbar 2 ni lagi kdg2 sy buat aktiviti di luar jmpa jgk anak murid sy x pegi skola? ingatkan mereka deman rupanya elok dok bersidai nk marah mereka tegur menjerit nama sy plak...

    BalasPadam
  31. mak mah ni msti muda org muda ni sbb dia thu tips elakan kedut? hahaha

    BalasPadam
  32. kedut2 tu perkara biasalah mak mah bagi org dh berumur ni....

    BalasPadam
  33. mak mah kalau cuba petua mak mah ni muka boleh jd 20thn muda x? hehe

    BalasPadam
  34. sy x cuba kot petua mak mah ni sbb muka sy byk kedutan rasanya susah nk hilang ni...

    BalasPadam
  35. apa la mak mah ni bagi petua nk hilang kedut plak? hehe

    BalasPadam
  36. nk try la nnt petua mak mah ni harap2 sy jd muda semula... hehe

    BalasPadam
  37. bahan2 pun snang nk cari kena cuba petua mak mah ni....

    BalasPadam
  38. mak mah ni msti muka org muda ni... hehe

    BalasPadam
  39. mak mah ni xde gambar plak klu x nk tgk jgk muka mak mah ni? hehe

    BalasPadam
  40. boleh percaya ke mak mah?? was2 jgk sy ni..

    BalasPadam
  41. petua org dulu2 ke mak mah?

    BalasPadam
  42. senang pakai je krim pelembab... hehe

    BalasPadam
  43. byk plak org sumbang info skrg ni...

    BalasPadam
  44. klu x jd mcm mana mak mah????

    BalasPadam
  45. aku takut klu try muka nnt tumbuh jerawat plak? hehehe

    BalasPadam
  46. mak mah ni bgi jaminan x? hehe

    BalasPadam
  47. aku nk cuba jgk nnt klu x jd saman mak mah ni....

    BalasPadam
  48. mak mah ambik mana petua ni?

    BalasPadam
  49. was2 jgk takut jadi lain nk cuba petua mak mah ni...

    BalasPadam
  50. petua nak hilangkan uban ada x mak mah atuk sy tnya....

    BalasPadam