Rabu, 1 Disember 2010

GAGAK RIMBA



wahai merak kayangan
mengapa kau datang lagi
mengapa bertamu di sini
sudah berkali ku katakan
aku cuma gagak rimba
langsung tiada sepadan
tidak mungkin kita seiring
pergilah kau ke sana
bersama teman merakmu
usah kau jejaki lagi aku
kita tak mungkin bersatu
aku tak mungkin jadi merak
tolonglah fahami sedalamnya
bukakan segala kewarasan
bentangkan akal luasmu
pandang jauh ke hadapan
bulatkan mata seluasnya
lihatlah siapa aku
aku gagak rimba
hanya layak di sisi gagak


Oleh: Petualang Tiga
UiTM
2.7.2010/2010 Julai 10 11:16







50 ulasan:

  1. 2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

    Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

    Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

    3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

    Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!

    (dpd: blog AiMaN)

    BalasPadam
  2. PETUA MASUK RUMAH BARU
    Amalan khusus rumah baru
    Bagi salam setiap kali masuk ke dalam rumah.

    Bacalah bismillahiraahmaanirrahim 786 kali dalam rumah baru
    Al-fatihah 41 kali
    Ayat-Qursyi 5o kali
    2 akhir ayat Al-Baqarah
    Al-ikhlash- 3 kali
    Al-Falaq dan an-Naas- 3 kali

    BalasPadam
  3. huh! petua lelaki je pmpuan pnye xde ke?

    BalasPadam
  4. SESAT SEMUA

    bila hukum jadi mainan
    bila akal lebih dipuja
    bila nafsu kuasa segala
    bila syaitan terbahak ketawa
    sesatlah kita mereka sudah sesat
    apa mahu sesat bersama
    sesat di jalan sesat
    lagi menyesatkan
    usah lagi sesatkan kami
    pancarkan sedikit cahaya suci
    agar ternampak sinar penyuluh
    agar mata kami celik
    pilih lurusnya jalan
    pimpin kami ini
    kami tak rela lagi
    sesat dalam terang...


    Atan Yahoo
    sarawak
    4pagi

    BalasPadam
  5. TOYOL SUDAH DATANG

    ada toyol di mana mana ada toyol
    toyol kecik toyol besar
    toyol tua toyol kepala hitam
    toyol bodoh toyol berijazah
    muncul di mana sahaja
    menyeringai tak kira masa
    toyol kampong curi getah beku
    toyol Bandar curi motor kereta
    toyol dahulu telanjang bulat
    curi duit celah bantal
    di malam buta toyol sekarang
    berkot bertali leher
    curi duit berjuta di siang hari
    toyol sudah datang...


    Salam
    teluk kumbar
    3pagi

    BalasPadam
  6. SUAMIKU NELAYAN

    3 malam aku tunggu
    3 malam jugak aku jemu
    3 malam tanpa kau
    3 malam jugak macam kena pukau
    3 malam hidup sorang
    3 malam jugak gila bayang
    tapi lepas tu bila tiba siang
    aku kena lagi
    kena tunggu kau 3 siang
    kena hidup tanpa kau 3 siang
    kena hidup sorang 3 siang
    kau? asyik keluar keluar!
    keluar! tangkap ikan-ikan.
    oh patutlah,kau nelayan.


    Mak Mah
    kampung nelayan
    8pagi

    BalasPadam
  7. astik petua laki je? petua pmpuan xde ke?

    BalasPadam
  8. alamak! mcm2 jgk rahsia lelaki di bocorkan!

    BalasPadam
  9. kenapa sajak aku ada plak? hehe sajak terbaik ke ni?? hehehe sebenarnya ni bukan hasil karya saya ni atuk sy yg buat masa tu tp dia bagi guna karya dia atas nama sy.... hehe

    BalasPadam
  10. eh! geng pang8 petualang tiga dapat sajak terbaik!

    BalasPadam
  11. wetewtewgtesgfdsgdfhd

    BalasPadam
  12. nampaknya sy lepas ulasan yg ada dulu mmg x sampai 50 wlpn sy tunggu 12 jam lain kali en nuri letak sajak seperti biasa semula...

    BalasPadam
  13. ada org hntr info jd harap2 boleh cukupkan 50...

    BalasPadam
  14. sajak petualang tiga dapat! peghh!!

    BalasPadam
  15. untung petualang tiga dapat sajak di citra rasa!

    BalasPadam
  16. sajak petualang ni mcm sajak politik jer?

    BalasPadam
  17. lps ni sajak siapa plak dapat di siar di citra rasa...

    BalasPadam
  18. Sajak Atan Yahoo bertajuk: SESAT SEMUA, pengucapannya mengingatkan kita .dan cuba menyedarkatkan kita. Apakah kita akan ikut, bila sesaorang itu dikira pada pandangan umum/ramai dan agama sudah diperkudakan oleh syaitan yang suka sesat dan menyesatkan, perlukah kita sokong dan mengikutnya? Bertekad sajalah PRU 13 nanti, jangan diberi undi untuk petualang ini. Percayalah bila wang kerajaan negeri sudah habis, mereka akan tinggal begitu saja. Selamatkanlah ketuanan melayu kita. Amin.

    BalasPadam
  19. TOYOL SUDAH DATANG. Sajak hasil karya Salam teluk kumbar, menceritakan Tentang terlalu ramai orang yang suka menyamar sebagai Toyol, mengelap dan mengebas akan wang siapa saja untuk kepentingan dirinya sahaja. Mereka yang suka mencuri ini tidak kira peringkat usia, atau pun kedudukan, pangkat dan darjat, kira masuk, boleh rempuh, sekaut sebanyak mana mungkin yang boleh! Kehidupan orang sebegini biasanya tiada asas agama,aqidahnya juga lemah,tentang wujudnya balasan hari akhirat oleh Allah swt. Amin.

    BalasPadam
  20. Mak mah dengan sajak kesedihannya bertajuk: SUAMIKU NELAYAN. Mungkin nelayan morden agaknya. Kerisauan yang bergayut di tangkai hatinya bermalam –malam. Penuh sabar menunggu dengan hati seorang isteri. Setelah bertemu, masih kena menunggu pula bersiang-sing lagi lama nya. Itulah tugas seorang nerlayan, dan kesabaran menunggu itulah hati buat seorang isteri nelayan. Dengan kata lain, di laut suami mencari memungut rezeki, di rumah si isteri gelisah menanti. Inilah ujian nilai keimanan. Amin.

    BalasPadam
  21. petua masuk rumah baru pun ada!

    BalasPadam
  22. utk apa petua ni sulaiman embong???

    BalasPadam
  23. sy selalu beli rumah xpnh baca apa2 plak?

    BalasPadam
  24. sy beli rumah doa selamat atau apa2 pun upah kepada org surau la..

    BalasPadam
  25. kenapa kena baca semua tu?? tkut rumah masuk hantu ker?

    BalasPadam
  26. yg aku thu doa selamat je yg lain2 xthu plak?

    BalasPadam
  27. mana dapat pasal info ni sulaiman embong???

    BalasPadam
  28. surah apa plak sulaiman embong bagi ni???

    BalasPadam
  29. mana plak nk cari surah2 ni sulaiman embong?

    BalasPadam
  30. bismillahiraahmaanirrahim 786 kali biar btol sulaiman?? en nuri pecaya x?

    BalasPadam
  31. dekat2 1000 jgk kena baca bismillah...

    BalasPadam
  32. baik buat doa selamat je nk kna baca sampai 700 kali lama tu!

    BalasPadam
  33. sulaiman embong dpt mana plak? yg aku thu buat doa selamat jer...

    BalasPadam
  34. boleh dipercyai ke petua sulaiman embong ni???

    BalasPadam
  35. sulaiman embong ni byk ilmu jgk sy pun dh lupa pasal ni...

    BalasPadam
  36. sulaiman embong ni keje pejabat agama ke???

    BalasPadam
  37. sulaiman embong byk jgk ilmu agama dia...

    BalasPadam
  38. laki x ska ke pmpuan mcm tu???

    BalasPadam
  39. bila plak sy sumbang info pasal ni lelaki dan wanita ni????

    BalasPadam
  40. aku sokong lelaki mmg x suka di kongkong! hehe

    BalasPadam
  41. hebat jgk aiman ni smua hal lelaki dia thu??

    BalasPadam
  42. aiman ni dr motivasi ke?

    BalasPadam
  43. aiman pun sumbang info jgk!

    BalasPadam
  44. best jgk tgk org ramai sumbang sajak....

    BalasPadam
  45. boleh ke kalau ahli nk sumbang info?

    BalasPadam
  46. RAMAINYA

    Di sofa pendek ketat dengan kayu.
    Sopan kaki menggeletar sayu.
    Bising-bising kotak peti.
    seluruh warga tiada pergi.
    Cuma yang disini masih disini.
    Melihat lagi rakan-rakan berfoto.
    Ramai sekali. Melihat lagi.
    Ada rakan-rakan bergambar.
    Asyik nya. Melihat lagi.
    Ada rakan-rakan ketawa.
    Suka nya. Aku bila lagi.?
    Menangis bersama pabila sedih.
    Ketawa juga pabila gembira.
    Pantun ku selalu tersedu.


    Ibnu Siddiq
    Terengganu
    1pagi

    BalasPadam
  47. Sajak Ibnu Siddiq ini nampak gayanya dia sendiri yang faham, Biasanya kalau QM baca dua tiga kali dia x dapat tangkap dia bagi dekat saya untuk ulas. Saya pun main hentam keromo, Maaf Ibnu Siddiq, maksud yang ada kau seorang yang faham, dan kata kawan saya, kau tulis kau baca, kau gantung dekat dinding, orang tenguk cuma geliling kepala. Sebab tidak tahu maksud dan maananya. Ayat pun lompat-lompat, hendak kata tekateki jauh sekali. (cerita macam kisah orang nak korban, tak begitu tepat, macam majlis perkhawinan sikit-sikit ada. Yang pelik ada menangis ada pula
    ketawa) kalau kau niat nak pekena QM, dia pun tiada ada keikhlasan untuk cuba mengulasannya. (aku cuma buat andaian sahaja, macam mereka juga GD) harap makluk.

    BalasPadam