Selasa, 7 Disember 2010

ALAM KATA





menangkap hal-hal separuh wajar
kukurung di dalam rasa
kemungkinan berbisik perlahan
kebebasan mula meresapi hidup
siang dan malam
aneka kata wangi
selainnya mencari arah
aku tahu ketenangan sudah menunggu

Masuk ke dalam kata
bermalam dalam keanekaannya
memetik wangi
lalu disuap ke indera.
segar jagat jasad
menghulur ke luar jangkauan
sesekali menyentuh
dan memeranjatkan orang
tersenyum batinku.

Oleh:Penyajak istana  (10)n1
Tanggal, 23.12.2009





50 ulasan:

  1. AKU MATIKAH?

    Menanti detik
    waktu bagai siput
    bergerak bagai tidak
    sedang aku semakin
    kaku bagai batu
    aku melihat tubuhku
    dikelilingi ramai,
    kemudian akan dikuburkan,
    aku melihat aku mati dalam penantian yang panjang ini
    bagaikan tiada akhir
    atas nama janji
    yang dimungkiri
    rupanya semua itu hanya mimpi


    Fatima Al Zahra
    Johor

    BalasPadam
  2. HATI TERBELAH

    pada belahan hati
    tidak berkurang kasih
    sepertimana terdahulu
    ketika saat memetik bunga
    rumput-rumput dihalaman
    hati dan jiwa kita bersatu
    kaulah yang satu

    pada belahan hati lain
    tidak berlebih cinta padamu
    sepertimana ketika ini
    atau selepasnya nanti
    sebagaimana memetik rindu
    di langit awan kelabu
    kaupun yang satu


    Mawar Baiduri
    Sungai Petani

    pada belahan hati ini
    jika bulan matahari bersatu
    engkaulah dan kamulah itu
    bintang-bintang
    menghias langit malamku
    mendakap mimpi
    membuai rindu

    BalasPadam
  3. KU LIHAT SEKELILING TANPAMU

    hari ini hari baru aku melihat
    sekeliling tanpamu
    aku telah pergi
    jauh tinggalkan kamu atau
    engkau yang meninggalkan aku
    hari ini hari baru
    ya, hari ini hari baru
    aku melihat sekeliling tanpamu
    alam sekeliling dilihat tanpa aku


    Panglima ketot
    mengenang kisah lama

    BalasPadam
  4. KELAM TIADA CAHAYA

    Jiwa yang hanyut bermimpi
    Bunga bunga pantas berlari
    Mengejar aku mengejar dia
    Hingga terjatuh kelembah yang gelap
    Terdiam tersepi tanpa biaca
    Aku bertanya pada diri
    Kemana hilangnya cahaya tadi
    Bersinar memancar warna
    Warna membentuk benda
    Aku cuba mencapai tali itu
    Payah tiada arah Aku keletihan
    Bertemankan air mata penyesalan
    Yang mengalir bila gelap melanda
    mengalir tubuhku bermandi darah
    Yang mencari tali bila aku terjatuh
    Aku sesat mengapa baru menangis
    Mengapa lupa pada semalam
    Waktu aku berlari riang
    Waktu aku bernafas senang
    Aku zalim pada diri sendiri
    Andainya ini mimpi yang panjang
    Kejut kan aku wahai teman
    Biarkan cahaya itu melalui mata
    Biarkan cahaya masuk kehati
    Biarkan terang menyuluh jalan

    Ustaz Deraman
    Perlis
    2.12.2010

    BalasPadam
  5. CARA BUAT AYAM PAPRIK


    * 1/2 ekor ayam
    * [ Bahan kisar ]
    * 1 inci kunyit
    * 2 batang serai
    * 10 biji cili padi
    * 3-4 ulas bawang putih
    * 1 inci lengkuas
    * sedikit belacan
    * [ Bahan hias ]
    * 4 helai daun limau purut
    * 1/2 biji bawang besar dihiris nipis
    * sedikit garam, gula dan perisa
    * 1 keping asam keping

    Cara-cara

    1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Lumurkan dengan sedikit garam.
    2. Goreng ayam sehingga separuh masak
    3. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing
    4. Masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, bawang besar, garam, gula dan perisa serta sedikit air.
    5. Masak sehingga ayam masak sepenuhnya

    BalasPadam
  6. LAKU MATIKAH? Sajak daripada Fatimah Al Zahra,terasa ada satu persoalan bagai mimpi atau di dalam mimpi di dunia fatasinya. Memaparkan cerita kematian yang dialaminya nampak semacam realiti. Walaupun sebagai mimpi, tetapi tiap mimpi yang ngeri pastinya ada hikmah dan ramalan yang menginsapkan, semoga kembali bertaubat pada jalan yang benar. Semoga Allah swt merahmatinya Amin.

    BalasPadam
  7. Mawar Baiduri dengan sajaknya bertajuk: HATI TERBELAH. Pengucapannya bagai ada perasaan jiwa-jiwa sadikit. Membuktikan kesetiaannya hatinya yang tidak berbelah bagi pada si dia yang mungkin tidak boleh lagi bertukar ganti. Bersatu dalam jiwa dan raga. Kesetiaan begini jika dimusnahkan oleh orang ketiga, pasti diantara satu akan menerima hati luka parah. Justruitu peliharalah akan kemesraan yang sedia ada,Amin

    BalasPadam
  8. KU LIHAT SEKELILING TANPAMU sajak daripada Panglima Ketot kali ini Mengenang sebuah kisah memory lama agaknya. Pengucapannya terlalu biasa, Berbicaraan pendek dan berbicaraan yang berulang. Terasa jiwa sepi dan hilang bila melihat si dia sudah tiada, tidak seperti hari-hari ulang tahun perayaan hari jadi dan sebagainya.Si dia tidak ada, sama dia yang melarikan diri atau sebaliknya. Ternya si dia tidak ada lagi kini. Semoga dapat diperbetulkan . Amin.

    BalasPadam
  9. KELAM TIADA CAHAYA Sajak daripada utara tanah air Perlis: Ustaz Deraman. Pengucapan sajaknya bagai terperangkap dalam keadaan yang agak mengecewakan hati nuraninya. Kini ingin kembali pada landasan yang sebenar, jika dulu terasa cukup mengasyikan kini semuanya bagai satu permainan yang dirasakan cukup mengecewakan rasa bagai menzalimi diri dan hatinyasendiri .kini minta sesiapa saja mengulur tali agar menariknya kembali pada ruang gaung yang dia jatuh dalam kegelapan, semoga dia dapat mengapai tali demi dapat melihat kembali cahaya kebenaran. terasa ada berbau politik agaknya. Semoga dapat kembali seperti sedia kala ,. Amin.

    BalasPadam
  10. nnt nk suruh bini aku buat la ayam paprik ni...

    BalasPadam
  11. ayam paprik la best saizul bgi nasi goreng plak?

    BalasPadam
  12. ayam paprik plak!! perghh!!

    BalasPadam
  13. esok kena cuba ni ayam paprik

    BalasPadam
  14. nasi paprik aku thu la ayampaprik xpnh dgr pun...

    BalasPadam
  15. ayam paprik ni mcm ayam lada hitam ker?

    BalasPadam
  16. ayam paprik ni asal dari negeri mana?

    BalasPadam
  17. mmg chef yg hebat la yusri nawab ni..

    BalasPadam
  18. ayam paprik plak! perghhh!! sedap tu...

    BalasPadam
  19. esok kena cuba resepi bru ni...

    BalasPadam
  20. oh.. mcm ni buat ayam paprik rupanya...

    BalasPadam
  21. xde la susah sgt snang je buat ayam ni.....

    BalasPadam
  22. salam maaf hijrah semua!

    BalasPadam
  23. x sabar nk tunggu 10 muharam... heheh

    BalasPadam
  24. harap2 masjid kt tmpat aku buat bubur...

    BalasPadam
  25. x sabar plak nk tunggu 10 muharam sbb nk cuba bubur asyura....

    BalasPadam
  26. nampaknya boleh la aku makan bubur nnt... hehhee

    BalasPadam
  27. salam maal hijrah semua!

    BalasPadam
  28. selamat menyambut maal hijrah semua!

    BalasPadam
  29. xde ke sejarah tentang maal hirah en nuri???

    BalasPadam
  30. apa bnda plak maal hijrah ni???

    BalasPadam
  31. apa bndalah maal hijrah ni semua org heboh2 pasal ni..

    BalasPadam
  32. org bkn islam boleh sambut x maal hirah ni en nuri???

    BalasPadam
  33. sajak jiwa2 plak penyajak istana ni...

    BalasPadam
  34. sajak penyajak istana ni langsung aku xphm,...

    BalasPadam
  35. sajak en nuri lagi senang dari sajak2 ahli...

    BalasPadam
  36. sajak pasal apa plak penyajak istana ni?

    BalasPadam
  37. penyajak istana ni ahli jgk ke???

    BalasPadam
  38. esok sajak sapa plak en nuri???

    BalasPadam
  39. sajak2 dari org koperat xde ke en nuri?

    BalasPadam
  40. sajak ahli semua byk xphm la....

    BalasPadam
  41. penyajak istana ni mcm penyair agung sajak susah nk phm...

    BalasPadam
  42. sajak kali ni pun susah nk fahami la mskudnya...

    BalasPadam
  43. cikgu ni dia masih bujang ke?

    BalasPadam
  44. cikgu dalam cerpen ni anak tunggal ke???

    BalasPadam
  45. eh! panjang lagi ke cerpen ni...

    BalasPadam
  46. jamilah?? ada ke nama ahli jamilah??

    BalasPadam
  47. esok sajak sapa plak yg diterbitkan ahli bru ke lama plak?

    BalasPadam
  48. SADIKIT PENERANGAN RENGKAS ERTI MAAL HIJRAH

    Buat bukan beragama Islam atau saudara baru (Maal Hijarah) bearti menyambut tahun baru bersama perpindahan nabi berhinjrah dari kota Mekkah ke madinah. Dalam Isam sebagai hari tahun baru 1431-1432.

    Banyak juga peristiwa yang berlaku dalam bulan Muharam 9n9, lebih menarik lagi pada 10 haribulan Muharam. berbagai peristiwa berlaku, Di Iran mereka menyabut
    cara besar-besaran.

    Kebanyakan kepercayaan kaum setiap peristiwa perayaan ada cerita yang hikmat dan cerita yang tersembunyi pada hari tersebut. Dalam Islam apa yang penting,erti maal-bersama dan hijrah itu -perpindahan. maksud dini perubahan, sikap, semangat, dan kehidupan.

    Contoh: Kata Nabi Muhamad saw. Sesiapa yang mahu berjaya berpindahlah, contoh:Semacam orang kelantan negeri dia susah tak ada banyak kerja pindah ke negeri lain,
    Macam nabi nak berdakwah di mekah kaunnya tak berapa mahu terima, dia pergi ke kota Madinah ada sambutannya.

    Macam harimau berantai dia betul menyambut maal berhijrah, pindah ke P. Pinang. duduk tempat baru Gertak Sanggul, cuma rumah saja yang buruk atau lama agaknya.
    Apa yang menarik dia berhijrah merubahkan kehidupannya.

    Apa-apa pun sebaiknya kita kena berubah, agar hari ini lebih baik dari semalam, dan tahun ini lebih baik dari tahun lalu. yang baik muga bertambah baik, yang buruk sikapatau perangai, berubahlah menjadi baik dan elok. Amin!

    BalasPadam