Isnin, 6 Disember 2010

DIMANA MODAL INSAN MAAL HIJRAH?





Jikalau seorang tua
lama hidup banyak makan garam
tentu banyak mempunyai modal insan
tetapi sayang apa yang ada dipergadaikannya.
Islam itu mengatakan
sesama kita semuanya bersaudara
tetapi kerana politik kita  memutuskan
berbeza pendapat mengapa disabitkan agama?
Kerana rasa kepartian
pilitik sanggup membunuh aqidah
kita pun diseranglah penyakit berpecah
maka jadilah bangsa yang mundur dan lemah.
Mengapa kita tidak fikir?
Islam itu membawa erti sejahtera
kenapa adakan persengketaan sesama
sehingga sanggup menolak rasa perpaduan.

Oleh ; Nurimanja,
catatan selepas buka puasa
dan bersamaan satu hijrah 1432




50 ulasan:

  1. ______________________________________________________________________

    CERPEN SIRI KE 5 BERTAJUK : AKU, MAMA, TUGAS DAN ALAM-ALAM OLEH : NURIMANJA SERAWAK.
    ______________________________________________________________________

    Mama maafkan aku, jika melanggar pesan kau dahulu, sebenarnya aku telah dewasa, mama tentu tahu tentang hati seoarang anak gadis seperti aku berusia dua puluh tiga tahun, kalaulah Mama mengerti. alangkah baiknya, aku yakin dan percaya Mama tidak akan marah.

    Mama salahkan aku? Jika menerima perlawaan seorang guru muda yang bertugas sama sekolah denganku, bukan apa cuma sekadar minum bersama di kantin sekolah. Lagi pun bukan sekali dia mempelawai aku, sudah dua, tiga kali, aku menolaknya, tentu dia terasa rendah hati.

    Sebenarnya mama, pertemua itu tidak dirancang, cuma kebetulan aku bersama temanku dipelawanya minum, selepas aktiviti petang sukan sekolah. Tetapi temankulah yang lebih mengenalinya. Dari situlah Mama aku mula mengingatinya.

    Dia merenungku, kemudian bertanya,
    "Em sama dengan Sal?"
    "Ya," Hati; Kenapa kau berdebar-debar? Mata: Kenapa kau takut melihat wajahnya?
    "Minum apa?"
    Mulut: Jawablah pertanyaanya, sebutlah apa air minuman yang menjadi kegemaranku.
    "Sal, tolonglah sebut, kenapa pula diam," bisik hati kecilku.
    Hati: kenapa berbisik saja? Tolonglah Sal, sebut saja, apa yang kau minum aku ikut saja. Mulut: Kenapa kau berat untuk menjawab pertanyaanya? Dada; Kenapa kau berdebar kencang? Ahh! Tolonglah berhenti. janganlah kau takut, dia bukan Jin atau Jemalang.

    "Minuman sejuk? atau orenge boleh?"
    "Boleh juga," Lidah: Kenapa kau berat sangat hendak mengatakan Boleh, Hati: hairan betul bagaimana dia tahu, air itu memang kegemaran aku? Diri; Oh! Apakah dia seorang lelaki yang aku cari, kerana dia mengetahu sesuatu kegemaranku?

    "Kita makan mee goreng? Boleh?"
    "Boleh juga,"
    Mulut: Beratnya kau,
    "Pesan dulu, saya ke tandas kejap!" kata cikgu Salmah,sambil berlalu meninggalkan aku dan dia.
    Hati: Cikgu Sal, kenapa kau pergi pula meninggalkan aku yang berdebar ini?
    "Siapa nama cikgu sebenar dan berasal daripada negeri mana?"
    Diri: Mestikah kau berterus terang, Dia bertanya nama dan asal negeriku, Mulut; Jawablah, jangan malu dan segan, jawab janganlah biarkan dia ternanti-nanti begitu lama.

    "Saya Jamilah, berasal Serawak, kota Semerah."
    "Emmm, Baik sekali nama itu, kalau dalam bahasa Arab, erti cantik, terlalu cantik, seperti orangnya juga."

    BERSAMBUNG......(B)

    BalasPadam
  2. WAHAI ALAM

    tangan itu merapat ke tanganku
    rangkul itu menyelimuti aku
    pandangan selalu memandang aku
    bibir melafaz bahasa langit puitis
    lidah bermain kata merungkai
    setiap sudut ruang cinta dan rindu
    wahai laut yang menghijau biru
    layarkan aku kasihnya nan satu
    wahai langit sungguh melayut disitu
    terbangkan bersama aku
    wahai pasir berdesir
    menangkap irama telingaku
    tarikan dia untuk jiwaku
    agar jiwa-jiwa sentiasa bersatu
    tenang memati dendamnya benci
    melerai reput belitannya kusut
    dalamnya luka kembali bertaut
    menambah cela terukir parut
    meluncur laju menyeret sunyi
    berongga ruang tiada berisi
    dikambus rasa ditimbus gelora
    mewarna cahaya tiada berjiwa


    Abe Wan
    kelantan
    11malam

    BalasPadam
  3. SABAR ITU TEMAN

    sabar itu teman bak nyawa kita,
    maka genggam dan jagalah ia,
    sebarkan juga ia pada hati,
    pada jiwa, dan pada rasa,
    kerna sabar itu teman,
    adalah senjata paling ampuh,
    hingga bisa membuat
    rintangan yang sukar,
    menjadi rapuh, lalu luluh.
    aku mahu peneman.
    agar sunyi itu hilang.
    Tetapi yang tersedia setia disisi,
    tanpa mahu curang,
    adalah dugaan
    tak pernah mahu pergi.
    Serta tanggungjawab
    semakin memberat.
    tak mahu mengeluh apa-apa,
    itu Tuhan punya rencana

    Al Miftah
    Pahang
    3pagi

    BalasPadam
  4. BERTANYA

    Bertanya ku pada hati..
    Mengapa tercipta persinggahan ini
    Mengapa hadir kau menanti...
    Sedang aku di layaran sepi...
    Kini air mata bukan teman disisi
    Usikkan mu menyeri sanubari...
    Senyuman kini menghiasi pipi....
    Taman langit bukan lagi fantasi...
    Bertanya ku pada dia..
    Mengapa keindahan begini tercipta.
    Sedang kau aku dua alam berbeza...
    Kaca di lautan silau mentari senja
    Mengaburi pancaindera...
    Tercipta butir pasir kenangan kita
    mustahil terpatri di alam nyata..
    Mungkinkah cinta senipis maya...
    Bertanya aku pada cinta..
    Dimanakah nilai setia...
    Di manakah tanda kekal selamanya...
    Mengapakah bertemu sementara
    Kerna esok atau lusa...
    Cinta ini akan pergi jua...


    Keringat Syahdu
    Selangor
    10malam

    BalasPadam
  5. LANTAK

    Bagai pandai tapi melantak
    Banyak melantak lalu terlantar
    Terhempas mati tiba melanting
    Melentur badan sambil mengesak
    Kesah terkapai menggapai-gapai
    Menghulur suara dongengkan cereka
    seperti memberitakan asli
    Hanyut melantak mungundang pekak
    Semak kepala mencanak canak
    Mata mendelik merah menyala
    Menyentap hati menerkam pandang
    Tertimbul dendam sejenak tenang
    Mensimulasi hati suci namun curang
    Aku beredar kau pon pergi
    Hamparan bodoh tak henti-henti
    Esok resah coba kembali
    Sakitnya jiwa sakitnya hati…
    Kau melantak lagi aku pun lantak
    mengulangi kisah sampai mati…


    Rembulan Senja
    ketika di tempat kerja

    BalasPadam
  6. NASI GORENG

    * 4 biji lada merah
    * 6 biji cili api
    * 4 cawan nasi putih ( sejuk )
    * 3 ulas bwg putih
    * 4 ulas bwg merah
    * 1 genggam ikan bilis ( direndam air 5minit )
    * 3 biji telur
    * 1 btg timun
    * garam & ajinomoto
    * 5 sb minyak

    Cara-cara

    1. Dlm lesung batu masukkan cili api,lada merah dan 1/2 st garam. Tumbuk separuh lumat. Masukkan pula bwg merah dan bwg putih, tumbuk hingga lumat. Masuk pula ikan bilis, tumbuk hingga ikan bilis separuh lumat.
    2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan2 tumbuk dan goreng selama 10 minit dengan api perlahan.Masuk 1st garam dan sedikit ajinomoto.Kacau rata.
    3. Masuk pula nasi putih dan kacau rata. Biarkan selama 10minit dan dikacau sekali sekala.
    4. Di tgh2 kuali, kuak nasi ke tepi utk buat ruang kosong. Masukkan telur dan besarkan api,biar sekejap. Bila telur dah masak separuh,kacau hingga telur hancur. Kemudian baru digaul sekali dgn nasi.
    5. Kecilkan api.Rasalah nasi,jika tawar blh tambahkan sikit garam. Biar nasi masak selama 10minit lagi.
    6. Sedap di makan bersama timun.

    BalasPadam
  7. Sajak Abe Wan daripada Kelantan bertajuk: WAHAI ALAM dengan sajak jiwa-jiwanya, pengucapannya mengusik jiwa, bagai mengenang kisah lalu, bersama dengan laut, pasir. awan dan angina yang menjadi saksi, tetiba terasa curiga dan mengelirukan, hati bagai luka, mungkin rasa cinta dan cemburu agaknya, Kini amat mengharap kemesraan bersama berbuput dan bercantum kembali, agar kekosongan jiwa rasa dapat kembali di isi. Amin

    BalasPadam
  8. SABAR ITU TEMAN oleh Al Miftah daripada Pahang dengan sajak peringatan dan ketuhanan. Bagai berfelasafah untuk mengatakan sesuatu, kerana setiap perjalanan dalam hidup ini tidak mungkin sunyi dengan segala pacaroba yang mesti dilalui atau ditempuhi, susah dan senang, suka dan duka, Kita sebagai manusia setelah beriktiar dan berdoa dan bertawakkal, kini sekadar menyerah keatas segala ketentuan Allah swt. Amin.

    BalasPadam
  9. Keringat Shaydu daripada Selangor dengan sajaknya bertajuk: BERTANYA. Pengucapannya terasa bagai ingin bertanya kepada alam kejadian ini, Bagaimana dia boleh berjumpa dan bercinta, ada sadikit jiwa-jiwa,tetapi masih berwaspada, apakah ini satu reality atau sekadar fantasi sahaja. Kerana kalau bertanya pada cinta, pastinya semua indah sahaja, tetapi bagaimana kekadang cinta juga terbang dan hanyut begitu
    saja. Mungkin cerita dalam pertemuan singat agaknya? cuma andaian saja .Semoga sukses.Amin

    BalasPadam
  10. Sajak Rembulan Senja bertajuk LANTAK daripada negeri mana? Pengucapannya yang saya dapat tangkap, ada rasa ketidak puasan hati dalam perjuangan yang sadikit di dunia ini. Ada unsur politik juga agaknya? Memperkatakan sesuatu yang rasanya
    Bagai tidak jujur dan ikhlas, memainkan sandiwara dalam memperlihatkan perjuangan yang cuma bagaikan bertoping untuk menutup segala kelemahan. Oleh sebab itu perkataan lantak, atau maksud tertentu, mungkin biarkan, atau kau makanlah. Aku tidak nahu bersama lagi, aku dan kawan-kawan akan pergi meninggalkan kamu. Semoga kebenaran menyebelahimu . Amin

    BalasPadam
  11. nasi goreng pun ada?? hahaha

    BalasPadam
  12. senang je buat nasi goreng ni... haha

    BalasPadam
  13. nasi goreng ayam xpe jgk ni nasi goreng biasa je ke saizul?

    BalasPadam
  14. nasi goreng senang sgt la nk buat saizul...

    BalasPadam
  15. ingatkan nasi goreng ape td? rupanya nasi goreng biasa jer...

    BalasPadam
  16. ni klau bini ko xde rumah ko mkn nasi goreng je la? hahaha

    BalasPadam
  17. esok sy cadang nak sumbang nasi goreng cina plak..

    BalasPadam
  18. nasi goreng biasa je ke?? ingatkan nasi goreng kmpung...

    BalasPadam
  19. nasi goreng ni aku pun thu buat saizul....

    BalasPadam
  20. bagi la nasi briyani ke? nasi goreng senang sgt la

    BalasPadam
  21. nasi goreng kosong ke saizul?

    BalasPadam
  22. nasi goreng?? beli je kt kedai.. haha

    BalasPadam
  23. nasi goreng ni kalau x salah makanan aku masa bujang dulu... hehe

    BalasPadam
  24. nasi goreng pun ada jgk??? makanan ringkas jer ni...

    BalasPadam
  25. 23thn dh jd cikgu??? mudanya....

    BalasPadam
  26. muda lagi ingatkan dekat2 30 cikgu ni...

    BalasPadam
  27. jamilah rupanya nama cikgu ni?? mcm nama isteri sy saja..

    BalasPadam
  28. aku rasa last sekali cikgu ni kwin dgn cikgu laki tu kot?

    BalasPadam
  29. cikgu laki tu mcm nk ngorat jer....

    BalasPadam
  30. cikgu laki ni sapa plak?

    BalasPadam
  31. cikgu laki tu xde nama ker?

    BalasPadam
  32. 23thn muda btol dia jd cikgu...

    BalasPadam
  33. cikgu ni anak mami ker?

    BalasPadam
  34. sal ke jamilah nama cikgu ni?????

    BalasPadam
  35. sal sapa? jamilah sapa plak?

    BalasPadam
  36. cikgu ni org mana?

    BalasPadam
  37. cikgu ni org sarawak rupanya tp mengajar di skola mana ni???

    BalasPadam
  38. cikgu muda btol dh jd cikgu....

    BalasPadam
  39. eh! xde dh cerita pasal anak murid dia?

    BalasPadam
  40. dulu tnsion sgt sbb anak murid skrg pasal cikgu muda plak?

    BalasPadam
  41. cikgu muda tu xde nama ke?

    BalasPadam
  42. jamilah je nama dia?? kenapa xpilih nama ahli citra rasa...

    BalasPadam
  43. sajak baru rupanya pasal maal hijrah...

    BalasPadam
  44. apa bnda maal hijrah tu??/

    BalasPadam
  45. maal hijrah ni xde sembelih lembu ker?

    BalasPadam
  46. maal hijrah ni apa dia?? pelik jgk...

    BalasPadam
  47. selamat menyambut maal hijrah semua!

    BalasPadam
  48. nmpknya kena buat bubur asyura la lps maal hijrah ni... hehehe

    BalasPadam
  49. harap2 thn ni dorg buat bubur asyura mcm thn lps jgk...

    BalasPadam
  50. sekejab je dh masuk thn bru islam...

    BalasPadam