Selasa, 7 Disember 2010

BAPAK KUCHING DAN TIKUS MONTOK





Entah! sampai  bila  pun cerita tidak akan selesai
selagi bapa kuching dan juga tikus mondok
macam ada pakatan kerjasama rahsia sulit,

Bila anak-anak tikus kasturi mula berpesta
rempit, rokok, gam, dadah, kelsum dan sabu
pembekalan disediakan oleh tikus mondok,

Bila khalayak buat aduan pada bapa kucing
segera mengarah anak-anak kucing meronda
tetapi kena ikat locing sairen kecil dilehernya,

Bila anak-anak tikus kasturi dengar habis lari
kerana anak-anak kucing telah dibekal sairen
yang kenyang bapa kucing dan tikus mondok,

Entah! Sampai bila pun cerita ini tidak akan selesai
selagi ada suapan tikus mondok masih berluasa
 bapa kucing tidak serius mengarah anak buahnya.
menangkap tikus kasturi yang selalu berpesta.

Oleh: Nurimanja,
ketika malam hari jam 3.00 pagi
nampak kereta polis berhenti, 12/2010



.

50 ulasan:

  1. ____________________________________________________________________

    CERPEN SIRI KE 6 BERTAJUK : AKU, MAMA ,TUGAS DAN ALAM-ALAM OLEH : NURIMANJA, SERAWAK.
    _________________________________________________________________________________________________________


    "Ya Allah! Dia memuji namaku. Apa betulkah aku ini cantik? Hati; dan Diri; Kenapa kalian semua diam? Betulkah kata-kata dia itu, aku kurang yakin dan percaya, Mulut; pastikah kau mengaku?

    "Terima kasih, Emmm, saya orang Serawak, tinggal Kota Semerahan,"
    Hati; tanyalah pula dia berasal darimana, sudah berapa lam dia tinggal di sini.

    "Oh! Kota Semerahan, saya pernah ke sana. Emm Saya dari Perak, sudah hampir lima tahun di bahagian ke enam ini."

    Ahh! Anih belum pun aku bertanya dia sudah menjawab dan bersama penerangannya sekali. bagai dia tahu sahaja, Ahh, anih.

    "Bagaimana keadaan kelas?"
    "Baik..."
    "Cikgu mungkin berusia 22 tahun, pandai melukis, menyanyi dan menari?"
    "Tak ada lah, sikit-sikit saja,"
    Eh! Eh! Bagaimana dia tahu semua ini? Adakah dia mempunyai ilmu pirasad. Oh tajam sekali penglihatannya. malah dia membuat andaian yang tepat.

    Kemudian datang pelayan yang membawa makanan dan minuman yang diminta di letakannya di atas meja , kini makanan telah pun tersedia di hadapan mereka berdua.pelayan pun berlalu.

    "Silakan!" Dia mempelawa aku makan.
    Perut; Kau sesungguhnya cukup lapar, tengah hari tadi tidak sempat makan, ahh capailah botol orenge itu, ambil gelas yang berisi ais batu itu, tuangkan segera, Ayuh! tangan, tarik pinggang mee goreng itu, angkat sudunya.

    "Sila makan!" ulangnya lagi
    "Sekejap, tunggu Salmah," Jawabku.
    "Ohh! Hampir lupa saya, maaf, maafkan saya,"
    Seketika cikgu salmah tercegat disisiku sambil tersenyum,sambil menghenyakkan pinggulnya di kerusi kayu.
    "Ehh! Kenapa tak makan lagi? Makanlah,: kata cikgu Sal.

    Dia membaca bismillah dan doa makan, kami mengaminkannya, selesai doa dia mempersilakannya.

    "Sila makan!"
    Tangan; Cepatlah angkat sudu itu, dia mula makan itu, Bismillah hirrahman nirrahhim. Sal, kau mulalah dulu, nanti aku ikut, dia dah makan tu. Tekak; Kenapa pula kau rasa tersumbat? Bukankah ini semua makanan dan minuman yang menjadi kegemranku selama ini.

    BERSAMBUNG........

    BalasPadam
  2. ANGANKU

    jauh anganku melilau
    segenap ruang merayau
    meninggalkan sebuah hakikat
    tentang dalamnya luka di hati
    melilau dan terus merayau
    menyaksi gelagat meligat
    menyusuri lamunan
    tersentak aku seketika
    ngilu menekan dada
    rupanya parah bernanah lagi
    melimpahkan hanyir rasa
    memuntahkan gelora jiwa
    akhirnya aku tewas
    pada igauan dan bayangan itu
    rebah aku melurut kasih
    lara berdarah kukucup pilu
    menyentap igau melilau
    kerna lamunan itu
    mengkhabarkan duka
    bayangan indah semalam menghantui
    hingga berasa aku sendiri
    seakan tenggelam dimamah realiti

    Salam
    ketika di gerai awie 3 pagi

    BalasPadam
  3. EPISOD KITA

    kiranya ini malam
    aku dalam kelam
    bercerita dalam khayalan
    kuhimpunkan semalam
    memeluk seraut bayangan
    tak lena biarpun rapat kupejam
    rupanya ada dalam fikiran
    tak hilang biarpun jauh kulemparkan
    rupanya ada dalam hati

    aku ingin pergi pergi sepertimu
    telah lelah aku melangkah
    masih lagi di sini
    kematu bukan lagi di kaki
    tapi hati sabar
    itu pesanmu memang sabar
    kekadangnya tercabar

    terjadi tetap terjadi
    itu katamu aku pegang
    yakin kau kan kembali
    cuma aku meronta lagi
    bila episod bersambung lagi
    dan kita terus begini


    Pagok Lana
    Kuala Lumpur
    3.12.2010

    BalasPadam
  4. ULAT BULU TUA

    Kisah si ulat bulu
    Makin lama makin berbulu
    Ikut semua kehendak nafsu
    Hingga tak sedar diri kematu
    Tidak cukup barang yang satu
    Si dahi licin habis diburu
    Perangai tak ubah sejak dahulu
    Jenis muka tak reti malu
    Siang malam tak kira waktu
    Apa melintas habis disapu
    Hitam putih tak pilih bulu
    Asal puas nafsu yang satu
    Hidup dah jadi haru biru
    Semua orang jadi seteru
    Anak isteri dah naik malu
    Sembunyi muka belakang pintu
    Kata sepakat sudah setuju
    Semua angkut kain baju
    Baru tersedar merayu-rayu
    Seorang diri akhirnya terkedu


    Siti Nurbaiyah
    sajak utk bos di tempat sy kerja

    BalasPadam
  5. SUMPAH KERAMAT IBLIS

    Aku lebih mulia kenapa harus tunduk
    Siapa adam? asal tanah hitam
    Mana sebanding denganku
    Aku dari api tak layak sama sekali
    Maka sumpah keramat tercetus
    Sumpah iblis terhadap tuhan
    Sesatkan adam dan anak cucu
    Ramaikan pengikut di neraka
    Ramai tertewas tertunduk
    Empat penjuru semua di redah
    Kiri kanan depan belakang
    Menyelinap ke segenap daerah
    Ulama alim ramai tertewas
    Yang bodoh jahil apatah lagi
    Tewas dengan pujuk rayu
    Tewas dengan pujukan mendayu
    Sumpah keramat kekal selamanya
    Kekal hingga hari kebangkitan
    Selamatkah kita?


    Ustazah Janariah
    ketika mengajar anak2 tentang iblis dan syaitan

    BalasPadam
  6. Sayur Keladi Masak Asam Rebus.

    Bahan-Bahan :
    1) sayur keladi
    2) lada kering
    3) bawang besar
    4) bawang putih
    5) belacan
    6) ikan bilis
    7) asam keping
    8) garam
    9) ajinomoto
    10) air

    Bahan-Bahan :
    1) masak air di dalam periuk. tunggu sehingga air mendidih, masukkan sayur keladi.
    2) tunggu sehingga sayur keladi lecur, buang air di dalam periuk.
    3) kisar bawang besar, bawang putih, belacan dan ikan bilis.
    4) masukkan ke dalam periuk yang berisi sayur keladi tadi.
    5) masukkan asam keping, garam, ajinomoto dan air mengikut kehendak.
    6) tunggu sehingga mendidih. Sayur Keladi Masak Asam Rebus telah siap untuk dihidangkan.

    BalasPadam
  7. ANGANKU sajak daripada Salam. Pengucapannya pieo loghat pulau pinang. Kau hentam sajaklah. Asalkan ada rasa luahan hati dalam sajak jiwa-jiwa anda. Mungkin cerita kisah lama yang agak kecewa, merebut seorang kekasih , tetapi telah pun di rampas olegh orang lain, amat terasa kecewa hingga hati luka parah, sehingga sampai terganggu mimpi malam dan menghantui ruang tidur. Agak tenat dan parah, cuba solat istikharah atau hajat minta pertunjuk, bagi jalan yang benar, jangan fikirkan perkara yang lalu,kerana kegagalan itu, semoga ada hikmahnya. Amin

    BalasPadam
  8. Pagol Lana dengan sajak jiwanya bertajuk: EPISOD KITA. Pengucapannya cuba mengibaskan kembali cerita lama yang agak sukar dilupakan, walaupun cupa dilempar jauh keanngan itu masih mahu berbunga kembali. Setelah ada sadikit kemesraan perasaan hambar dan sepi menghantui lagi. Sampai bila anda hendak meluahkan perasaan . Teruskan , sama ada suka atau tidak, agar senang buat kira. Jika tidak bertambah luka perasaan anda. , semuka jangan malu dan segan, agar mati tidak meragan. Amin.

    BalasPadam
  9. Siti Nurbayah dengan Sajaknya yang bertajuk: ULAT BULU TUA. Bagai terasa juga, pengucapannya agak tegas dan marah nampaknya, Inilah yang selalu berlaku, ramai yang secara diam tukar kerja atau berhenti kerja, kerana ada gangguan seksual. Tidak kira melalui pandangan jelingan yang menghairahkan atau percakapan yang melucahkan, atau Sentuhan yang tidak sengaja, atau sengaja. Semuanya dikira ganguan.Akibatnya jika dilayan hurahara jadinya. Tidak kira suami atau anak bini orang. Cukup mencabar perkara sebegini. Hanya dengan keimanan yang tebal dan ketakwaan kuat kepada Allah, dapat menghendar daripada gejala social ditempat kerja ini. Amin

    BalasPadam
  10. Sajak Ustazah Janariah bertajuk: SUMPAH KERAMAT IBLIS baik saja di beri tajuk: SUMPAH LAKNAT SANG IBLIS. Pengucapannya menceritakan tentang keangkuhan Iblis yang Allah jadikan dari Api sedangkan makhluk yang lain untuk dihormati, cuma dijadikan dari tanah bagi manusia dan cahaya bagi para malaikat. Ini yang menyebabkan Allah murka, namun Iblis tetap dg keanguhannya untuk mengoda manusia, agar mereka di humban bersama ke dalam neraka. Justeruitu, manusia mesti ingat apa saja yang dilarang Allah, jika hati ingin buat, adalah godaan iblid, jika imantidak kuat, nescaya tersungkurlah kita. Minta dilindungkan Allah. Amin.

    BalasPadam
  11. nnt nk cuba resepi pak ngah but ni...

    BalasPadam
  12. sayur keladi?? sedap jgk tu....

    BalasPadam
  13. sayur keladi masak asam pedas? sedap ker???

    BalasPadam
  14. pak ngah bagi resepi apa plak ni? xpnh dgr pun..

    BalasPadam
  15. alamak! pak ngah but bg makanan kmpung plak? x minat la,...

    BalasPadam
  16. sayur keladi tu mcm mana rupa dia?

    BalasPadam
  17. makanan kesukaan sy tu pak ngah but bagi ni...

    BalasPadam
  18. terima kasih pak ngah! sy ada jgk nk buat tp x jd skrg dah ada resepi sy dh thu mcm mana nk buat lps ni...

    BalasPadam
  19. makanan org lama pak ngah but bagi ni...

    BalasPadam
  20. bdk2 muda msti x thu resepi pak ngah but bagi ni...

    BalasPadam
  21. errk!! sedap ke pak ngah but?? semacam je tgk resepi dia...

    BalasPadam
  22. xpnh dgr pun resepi pak ngah but ni?? resepi bru ker????

    BalasPadam
  23. kena cuba resepi pak ngah ni bru thu mcm mana....

    BalasPadam
  24. rasa apa plak resepi pak ngah but bagi ni?

    BalasPadam
  25. pak ngah but ni bgi makanan pelik2 la...

    BalasPadam
  26. cikgu tu puji jamilah cantik plak?? hehe

    BalasPadam
  27. cikgu muda ni lain macam je dia ni?

    BalasPadam
  28. cikgu muda ni apa plak nama dia?

    BalasPadam
  29. wah! romantik plak baca kisah cikgu jamilah ni...

    BalasPadam
  30. aku rasa last sekali cikgu tu kwin dgn cikgu jamilah la....

    BalasPadam
  31. cikgu lelaki tu sapa en nuri ker????

    BalasPadam
  32. cikgu ni msti mengajar pendidikan seni sbb pandai melukis..

    BalasPadam
  33. alamak! ada babak romantik plak dalam cerpen ni...

    BalasPadam
  34. sorg sarawak sorg lagi perak?

    BalasPadam
  35. mngkin jodoh cikgu kamilah dgn cikgu muda tu kot...

    BalasPadam
  36. cikgu laki ni xde nama ker?

    BalasPadam
  37. cikgu laki ni mcm nk jual minyak jer?

    BalasPadam
  38. cikgu muda laki ni asal perak sebelah mana plak?

    BalasPadam
  39. alamak! nampaknya ulat bulu dah naik daun... hehee

    BalasPadam
  40. sajak ni mcm cerita tom and jerry jer?

    BalasPadam
  41. sajak kucing ni mcm ada simbolik jer...

    BalasPadam
  42. en nuri tuju kpd siapa sajak ni?

    BalasPadam
  43. sajak ni mcm sindir polis je en nuri? bahaya ni,....

    BalasPadam
  44. ingatkan sajak ni pasal kucing dan tikus rupanya ada maksud tersirat....

    BalasPadam
  45. tikus dan kucing ni sapa dia en nuri?

    BalasPadam
  46. sajak ni agak sinis jgk...

    BalasPadam
  47. sapalah en nuri gambarkan dalam sajak ni....

    BalasPadam
  48. sajak en nuri perli sapa plak

    BalasPadam
  49. sajak yg agak simbolik agak dalam maksudnya...

    BalasPadam
  50. agak pening sajak kali ni...

    BalasPadam