Khamis, 25 November 2010

NAH! SIAPA YANG MELUDAH?






 Nah!
Kalau dulu ada orang meludah,
kini tertimpa atas batang hidung sendiri.

Nah!
Kalau dulu ada kerja  berkeroni,
kini  berlaku dalam keluarga diri sendiri.

Nah!
Dimana lagi mahu muka diletak?
paling keji kita menghina negara sendiri.

Nah!
Mengapa lagi anda tidak berfikir?
tinggalkan luncai dengan labunya sendiri.


Oleh: Nurimanja,
Dengar kata mantan Tun. Dr. Mahatdir.
23hb, November, 2010 tv malaysia.





50 ulasan:

  1. ___________________________________

    CERPEN LAGENDA SIRI KE 5 : BERTAJUK : PENYEKSAAN OLEH ; Nurimanja, Lembah Belut Pahang. 1983.
    ______________________________________________________________________

    Hingus Pak Ngah Arif keluar bercucuran, dia mengesat lagi dengan tuala kecilnya. Lalat-lalat hitam berterbangan di sekitar Pak Ngah Arif, kemudian hinggap di cawan kopi dan pering ruti, sisa serbuk ruti bertaburan di atas lantai, air kopi Pak Ngah Arif tiada lagi cuma cawannya yang terbalik, sadikit daripada serbuk kopi itu tumpah ke lantai, lalat-lalat hitam bagai berpesta berterbangan, lalu turun hinggap dan menjilatnya.

    Bau air kencing dan ludah Pak Ngah Arif dari lubang tempat dia membuang najis menyerbu masuk dibawa angin , kemudian menyucuk ke lubang hidung Ustaz Kamal, sesekali menjadikan Ustaz Kamal susah hendak bernafas.

    "Pak Ngah dahulu bersekolah dimana?" Tanya Ustaz Kamal. Agak lama baru Pak Ngah Arif menjawabnya.

    "Sekolah Agama Simpang Bukit," Jawab Pak Ngah Arif, bagai benar-benar dia pernah bersekolah bersama dengan aruah ayah ustaz Kamal, setahu Ustaz kamal, ayahnya tidak pernah pula menceritakan hal tersebut.

    "Aku bersekolah sama ayah kau, setelah tamat tiga senawi di SASB, kami berdua menyambung pelajaran di sekolah menengah agama Pekan pula." Pak Ngah Arif, mengaru-garukan kepalanya, seperti sedang berfikir.


    "Ha ha ha haa..:" Pak Ngah Ketawa,
    "Aku masih ingat lagi, waktu sekolah dulu, Musa dengan Berahim dua orang anak Tuk Mudin kampung ini, bodoh sesungguh, tak boleh jawab lansung, waktu pereksa, mereka meniru aku, ha ha ha balik nanti minta duitlah sebagai upah....ha ha ha.."Pak Ngah Arif ketawa lagi, geli sungguh hatinya.

    Ustaz Kamal menggeleng-gelengkan kepalanya, dia tahu penyakit Pak Ngah Arif ini semakin teruk, bukan sahaja penyakit lumpuh sekerat pinggang yang dialaminya, malah otaknya juga telah terganggu. Cakap-cakapnya banyak yang tidak betul lagi, Hati ustaz Kamal kini, kian bertambah terharu.

    "Kenapa Musa, Jali, Jusof dan Munah, membiarkan Pak Ngah menderita begini teruk?", bisik hati kecil Ustaz kamal sendirian.

    "Pak Ngah, maafkan Kamal, Kamal nak balik ini...." kata ustaz Kamal sambil bangun menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Pak Ngah Arif sebelum memohon pergi.

    "Kamal...Emmm...Emmmm.." Pak Ngah Arif menangis lagi.

    "Aku pun begitu, Mal... Hai entahlah, jika aku mati tak berjumpalah kita, aku ini seksanya hidup, bagai dalam neraka rasanya, aku tahu, aku dulu sombong, angkuh dan .... emmm.. emmm" Pak Ngah Arif menangis lagi.

    "Bersabar sajalah Pak Ngah... Ingatkan Allah selalu. berastaffar banyak-banyak Pak Ngah ....."

    "Yalah, selamatlah kau di negeri orang tu ...emmm.. Ayah kau dengan aku dulu kawan baik. macam adik beradik..emmm.." Pak Ngah Arif terus menangis lagi .

    "Bersabarlah Pak Ngah... Kamal balik ni.."
    "Yalah,, yalah .."
    "Asalamualaikum Pak ngah!"
    "Waalaikummussalam..." Jamab Pak Ngah Arif, kemudian menangis lagi sekuat hatinya. Sesekali Ustaz kamal terdengar Pak Ngah Arif merunggut sesuatu yang tidak menentu hujung pakal kata-katanya itu.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. .Tandas lambang peribadi rakyat sesebuah negara
    KUALA LUMPUR 19 Nov. - Jika tidak mahu dilabel sebagai masyarakat yang selekeh dan pengotor, rakyat Malaysia perlu memberi tumpuan kepada aspek kebersihan tandas terutama tandas awam kerana ia melambangkan peribadi rakyat sesebuah negara. (petekan akhbar UM)


    Ada lagi manusia tahu guna tak tahu nak cuci tandas. Mahu tangkap kurung dalam bilik jamban sehari dua. Baru dia sedar sikit. Tidur dengan ketul tahi sendiri. GP.

    BalasPadam
  3. SAJAK UNTUK BANGSA MELAYU

    Ini amuk dalam jiwa
    Ada kecewa dalam rasa
    Nafas aku seolah terkandas
    Cetek benar otak-otak berfikir
    Marah bila dikata tidak maju
    Melenting bila dikata malas
    Meraung meludah bila ditindas
    Tapi tak ganjak merentas perubahan
    Ini Melayu? Enak bermain kata
    Enak memberi makna
    Enak menabur janji dusta
    Ini dunia Melayu
    Sinonim dengan subsidi
    Pijak semut pun tak mati
    1 Malaysia cuba direaliti
    Tapi Melayu bertikam
    sesama sendiri ini Melayu?

    Cina kaya
    Melayu biasa-biasa
    Mula tercetus perang bangsa
    Melayu gaduh Cina gembira
    Kerana tak lama lagi
    Malaysia mereka punya
    Bukalah mata bukalah minda
    Apa guna bersengketa
    Kita masih pijak pada tanah sama
    Rasa aku ini Pasti ada yang sangsi
    Tapi aku tak peduli
    Kita sering berbeza pendapat
    Hanya kerana aku Melayu minoriti.


    Ustaz Rahman
    Penang
    8malam

    BalasPadam
  4. KERTAS PERTAMA

    siang malam bersengkang mata
    demi kertas pertama
    hidup bercatu segala
    hinga badan lembik tak berdaya
    semuanya demi kertas ni
    kerana ia si kertas pertama
    dengan harapan segalanya berjaya
    tapi punah di minit pertama
    dimana silapnya?
    kurang menelah
    kurang berserah?
    Entahlah semuanya
    semoga markah ku penuh
    tapi cuma bergantung kepada Allah


    Ummu Akilah
    ketika menjawab soalan SPM

    BalasPadam
  5. PERHIMPUAN HARAM

    Pedih. seluruh mata dan hidung.
    Air memercik keluar.
    Sakit. asap yang gatal.
    Seluruh wajah ku bukan kebal.
    Bagai nangis menunjuk rasa sebenar.
    Sehingga ke hari ini.
    Aku janji takkan ke situ lagi
    Dulu aku tersesat dengan harapan
    Semua tipu belaka!
    Sekarang semua lepas tangan
    Aku di tinggal keseorangan
    Di tangkap diseksa!
    Ni semua kerana dia
    Dialah sesumpah punya angkara
    Kau berlakon rentak hidup
    Kau khabarkan konon serupa.
    Segambar dengan cereka.
    Tapi kau tidak tahu.
    Arus zaman yang telah ditinggalkan
    merubah segala minda cetek.
    dan satu lagi sekarang semua
    orang tahu kau si bangsat Negara!
    Dan kau tak pernah memahami sesiapa


    Bumi Hijau
    kuala lumpur
    2.11.2010

    BalasPadam
  6. Ustaz Rahman dengan sajaknya Khas bertajuk: SAJAK UNTUK BANGSA MELAYU . Pengucapannya meminta merenung dan berfikir sejenak. Muhasabah diri dengan sikap orang melayu sendiri. Hentilah sikap busuk dan iri hati ini. minta yang pecah itu eloklah bersatu bubarkan parti yang menyusahkan, tinggalkan si luncai dengan labunya. Antara lain sajak yang bersemangat rasa hendak marah dan sedeh pun ada dari Ustaz Rahman. Renungilah untuk anak cucu masa depan , tahu salah kita tikut dan buat juga 10 dosa, mahukah anda diheret bersama? Semoga kembali sedar. Amin! Dan hanya orang beriman kembali sedar…semoga mereka dapat pertunjuk.Amin.

    BalasPadam
  7. KERTASA PERTAMA ummu Akilah. Kau tak tanya petua en nuri, walau pun en nuri pernah tolong bantu seorang cikgu BM di st Xavier ajar karang saja 40 orang yang dapat A, kebanyakkan budak cina dan india, melayu tak ramai. Harap pilih tajuk yang ada kemampuan untuk menulis, yang pentingnya isi. pembukaan dan penutup. Kalau kemas Insyaallah lulus dalam tangan. Jika dah berusaha kita berdoa dan berserah kepada Allah. Ada satu petua, Waktu duduk pereksa. Minta ibu atau ayah tolong baca yasin di rumah, beberapa kali sehingga habis pereksa. Insyaallah anda akan nampa jawapannya. Ini petua orang banjar sewaktu en nuri di kerian Perak dulu.Amin. semoga sukses! Amin!!

    BalasPadam
  8. Sajak Bumi Hijau bertajuk: PERHIMPUNAN HARAM . ternyata pengucapannya ada
    Rasa kesal kerana melibatkan diri dengan kecelaruan minda mendengar cerita dan hasutan dari kuncu-kuncu petualang negara. Kesalahan yang tidak tahu rasa tidak rasa
    Berdosa, tetapi apa yang Allah murka buat mereka yang tahu, tetapi masih juga ingin bersekongkul, azablah padahnya. Tak usah kata rakyat Malaysia Bush pun dia perkena…Tak perlu lagi bagi dunia. Orang sudah tahu siapa kita sebenarnya. Siapa yang meludah kelangit…kini sudah terkena tempiasnya. Semoga Bumi Hijau kembali Subur. Amin.

    BalasPadam
  9. alamak! geli plak baca sajak pasal ludah ni...

    BalasPadam
  10. sajak psal ludah plak? tiba2 teringat kahak? hehe

    BalasPadam
  11. sajak ludah plak? eee.... geli plak...

    BalasPadam
  12. sajak ludah ni yang kembang tekak aku baca ni...

    BalasPadam
  13. sajak ludah??? berkenaan psal apa plak ni?

    BalasPadam
  14. ingatkan sajak lama rupanya sajak bru ludah ni...

    BalasPadam
  15. sajak ludah ni mcm di tujukan kepada sesorang jer...

    BalasPadam
  16. sajak ni umpama mengata org paku serpih....

    BalasPadam
  17. sajak ni en nuri perli sapa plak? hehe

    BalasPadam
  18. sajak sinis yg agak tajam ni... hehe

    BalasPadam
  19. alamak! baca sajak ada pasal ludah cerpen plak ada hingus??? x lalu nk makan plak pagi ni...

    BalasPadam
  20. kesian tgk pak ngah terbiar dia...

    BalasPadam
  21. sian pak ngah hidup melarat....

    BalasPadam
  22. alamak! najis pun ada!! eee.e...

    BalasPadam
  23. byk pahala ustaz kamal sbb wlpn tmpt tu bau busuk dia tetap nk singgah jgk...

    BalasPadam
  24. pak ngah ni skola agama rupanya????

    BalasPadam
  25. pak ngah sekola agama tp x reti agama masa muda2 dulu asyik nk kutuk org jer...

    BalasPadam
  26. patutlah pak ngah baik dgn ustaz kamal sbb ayah ustaz kamal kwn pak ngah....

    BalasPadam
  27. cis! nak meniru pun kena upah ker??? hahhaa

    BalasPadam
  28. pak ngah ni 1 sifat x baik bila dia buat jahat dia ketawa plak?

    BalasPadam
  29. mana anak2 pak ngah ni??

    BalasPadam
  30. tu la sombong sgt jgn kata masyarakat anak sndiri pun benci...

    BalasPadam
  31. sian pak ngah duduk kat tenmpat kotor plak?

    BalasPadam
  32. mmg menyedihkan baca kediaman pak ngah ni...

    BalasPadam
  33. xde sapa ke kesian dgn nsib pak ngah ni?

    BalasPadam
  34. kencing? perak dan ludah semua 1 tampat ker???

    BalasPadam
  35. kenapa x ambik ustaz kamal jd anak angkat dia...

    BalasPadam
  36. mana anak bini ustaz kamal?

    BalasPadam
  37. ingatkan cerpen dh hbis? rupanya ada lagi...

    BalasPadam
  38. sian pak ngah tu la dulu muda2 riak dan takbur sgt...

    BalasPadam
  39. ni la yang di katakan hukum karma oleh pak ngah...

    BalasPadam
  40. patutlah busuk semua berak dan kencing x bsuh....

    BalasPadam
  41. eh! pak ngah ni masa muda ligat jgk? hehe

    BalasPadam
  42. semoga aku x jd mcm pak ngah dh la aku jaga pub malam ni...

    BalasPadam
  43. semua ni pembalasan tuhan oleh pak ngah,.,

    BalasPadam
  44. pak ngah ni adik pak ngah but ke? hahaha

    BalasPadam
  45. ada lagi ke sambungan? ke mana plak ustaz kamal ni pergi?

    BalasPadam
  46. sdih plak baca cerita pak ngah ni...

    BalasPadam
  47. pak ngah ni skola agama rupanya tp kenapa dia ckp mcm org x skola agama jer...

    BalasPadam
  48. semoga kita semua xjd mcm pak ngah jgk...

    BalasPadam