Jumaat, 26 November 2010

IBUBAPA PATUT DIPULIHKAN





Kesilapan anak muda kini,
kesalahan ibubapanya sendiri
contoh: lihat cerita anakku sazali
ibubapa memberi kebebasan melampau
menjadikan anaknya berani mendurhaka.

Di sini ada banyak penilaian,
kesilapan anak-muda dini hari
rokok, gam, dadah, lepah dan rempet
ibubapa patut dipanggil diberi pemulihan
agar rasa malu tidak dibebani anak-anaknya.

Pemerentah senang tangani,
jika dikenakan pemulihan ibubapa
takut malu, jaga anak dengan sempurna
jika anak ditangkap ibubapa patut dihukum,
barulah ada kesedaran meruah pun terjaga
negara pun aman, bila hukuman pun saksama.

Oleh: Nurimanja,
melihat belia kini melampau
kesalahan ibubapa mendidiknya. 2010.




50 ulasan:

  1. ___________________________________

    CERPEN SIRI KE 6 (AKHIR) : BERTAJUK : PENYEKSAAN OLEH ; Nurimanja, Lembah Belut Pahang. 1983.
    ______________________________________________________________________


    KETIKA Ustaz Kamal keluar dari halaman rumah itu, dia bersua dengan Mak Ngah Siah yang sedang memasuki pintu pagar, di tangannya terbinbit sebuah raga rotan, di dalamnya berisi barang-barang berbungkus dengan kertas surat khabar lama..

    "Assalamualaikum Mak Ngah Siah ?"
    "Waalaikummussalam.... Hai Kamal , bila balik?" tanya Mak Ngah Siah.
    "Sudah dua tiga hari, Emm Mak Ngah ni dari mana?"
    "Kedai tadi cari barang sikit,"
    "Patut tak ada tadi di rumah,"
    "Sudah kau tengok Pak Ngah?"
    "Sudah, lama juga Kamal berbual dengan Pak Ngah tadi, kasihan Pak Ngah Arif, tidak berkurangan penyakitnya," kata Ustaz Kamal.

    "Buat kebelakangan ini, dia cakap pun banyak yang tak betul Kamal, aku ini setiap hari dia cemburu saja, kononnya nak cari jantan lainlah, jumpa kekasih lamalah, Mat Teberau, katanya," kata Mak Ngah Siah, agak kecewa hatinya.

    Ustaz Kamal tersenyum mendengar kata-kata Mak Ngah Siah itu,

    "Bersabarlah Mak Ngah Siah, mungkin inilah ujian dan cabaran hidup, Allah hendak menilai keimanan kita, banyaklah bersabar,"

    "Itulah Mal.... Kalau Mak Ngah tak sabar , dah lama Pak Ngah kau tinggal seorang diri, cemburunya berhatu,,," runggut Mak Ngah Siah.

    "Bersabarlah Mak Ngah, mengucap dan berastaffar banyak-banyak... "

    "Kau nak kemana dengan parang menebas ni?" tanya Mak Ngah Siah, seperti mengubah perbualannya untuk menyembunyikan rasa penderitaan dirinya.

    "Cadang nak menebas rumput di tanah dusun aruah ayah di kaki bukit itu, waktu melintas tadi dengar suara Pak Ngah Sarif duduk memekek, singgah sekejap.."
    "Ohh.. Begitu.."

    "Minta maaflah Mak Ngah Siah,minta diri dulu ..."
    "Baiklah Kamal ,"

    Ustaz Kamal berlalu dari situ dalam hatinya masih terasa sayu dan sedeh mengenangkan nasib malang yang menimpa keluarga Pak Ngah Arif itu.

    "Apakah ini satu penyeksaan atau pembalasan kepada Pak Ngah Arif semasa muda-muda dahulu? Kerana sikap angkuh dan sumbung dengan orang-orang kampungnya.

    Atau satu pembalasan ke atas Pak Ngah Arif yang dahulu selalu memaki hamun serta menyepak menendang Mak Ngah Siah isterinya seperti bola." Bisik hati kecil Ustaz Kamal sendirian.

    Ustaz kamal menggeleng-gelengkan kepalanya, tanda kesal dengan sikap Pak Ngah Arif sewaktu mudanya dahulu, tetapi terasa simpati pula bila mengenangkan dia tidak boleh berjalan bagai satu penyeksaan yang diterimanya.

    "Astaffarullah hal azimmm..."
    Ustaz Kamal melafaskan kata-kata itu beberapa kali, tanda zuhudnya kepada Aallah swt yang telah menjadikan sesuatu itu dengan kuderat dan iradatNya.

    S E L E S A I .

    BalasPadam
  2. 3 RAHSIA LELAKI YANG WANITA MESTI TAHU (Dari blog ziarah)


    1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?

    Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

    Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

    Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

    sambung esok.

    BalasPadam
  3. MALAM CELAKA

    malam celaka berlalulah segera
    bawa pergi kemelutku
    bawa pergi bersamamu malam
    sumpah celaka si durjana itu
    memberi perit di hati ini
    memberi sesak di nyawa ini
    bibir ku tak bisa tersenyum
    suara ku tidak mahu menyanyi
    sumpahkan dia sumpahkan dia
    duhai tuhan sekalian alam
    datangkan lah sinar
    tatkala bulan berubah hitam
    tika bintang tidak lagi bersinar
    datangkan lah wahai tuhan
    ketenangan di iringi sabar
    kerana aku ini masih belum upaya
    tidak mencelakakan mereka..


    gelora maya
    Kedah
    1pagi

    BalasPadam
  4. SALAM ORANG DISANA

    apa sudah hilangkah rindumu...
    hingga tak sempat tinggal pesanan
    tak ingin lagi bersama disitu...
    atau tak ingin difikirkan....
    dia sentisa mencari..
    bayangan dan kata-kata indah...
    dia sentiasa menanti...
    gurauan serta luahan madah...

    seolah-olah hanya
    dia seorangberdiri...
    sedangkan orang itu
    diam jauh berlari...
    mungkin ini hanya bisikan naluri...
    tapi dapat kurasakan
    diri ini makin sepi...
    jika ini satu langkah
    orang itu menjauhi...
    dia terima rendah hati...
    siapa lah dia terus disisi...

    dia akan terus menanti...
    dia akan terus mencari...
    makna cinta dan hati...
    makna perkahwinan dalam duniawi...
    walaupun tiada keyakinan diri.....
    dia yakin ia pasti dimiliki...


    Imtiyaz
    11malam
    Kuala Lumpur

    BalasPadam
  5. SEMUDAH SEHARI

    Jika aku punya sehari cuma
    Aku mahu dipelukmu tanpa bicara
    Biar degupan jantung kita seirama
    Untuk kali terakhirnya sebelum aku
    lelapkan mata selamanya
    Aku mahu berikan senyuman bahagia
    Agar tenang aku pergi ke sana.
    Kau hanya perlukan percaya.
    Itu buat aku mati dalam senyuman.
    Itu cukup buat bekalan
    hidup sepanjang zaman.
    Tapi bukan mudah pada kau.
    Aku bukan mencabar kau
    Tapi tak mudah bagi aku menyerahkan
    Perkara yang semudahnya.
    Takkan pernah mudah.


    Orang Lama
    Kuala Kangsar
    3ptg

    BalasPadam
  6. MALAM CELAKA: nukilan sajak daripada Gelora Maya kali ini bersama rasa al marahnya pada sesuatu kejadian yang telah melibatkan dirinya. Perselesehan dan persengketaan ini nampaknya berat. Mungkin politik atau keluargaan atau sahabat. terasa bibie pun engan senyum.apa tah lagi untuk bersuara, kerana kemarahan yang amat sangat terlalu sukar dibendung. Di satu malam yang penuh celaka dan sukar pula untuk dilupakan.Kini sekadar mengharap jika Allah mengalihkan keadaan dan semoga dengan ini dapat memulihkan keadaan yang buntu dan mengcengkam hati. dan hanya doa dan usaha dengan kesabaran dapat mengatasi segala keadaan jika kita benar Allah akan bersama. Insyaallah. Amin

    BalasPadam
  7. Sajak Imtiyaz bertajuk: SALAM ORANG DISANA. Pengucapannya bagai kecewa dengan perpisahan yang tiada khabar berita. Perginya tiada meninggal pesan. Ada rasa sedih buat orang kedua, (dia) menanti, dan merindui ditempat selalu bertemu.terasa diri semakin sepi , menyedari dirinya mungkin orang tidak sudi,namun hati si dia tetap juga terus menanti, jika takdirnya tidak bersama kekasihnya. Diharap mungkin ada orang lain yang mengantikan tempat cinta dihatinya.Begitulah keyakinan si dia di sini. Semoga Dipertemukan kekasih yang lain oleh Allah swt.

    BalasPadam
  8. Hasil nukilan Orang lama yang lama tak nampak di blog CR ini Datang dengan tajuk: SEMUDAH SEHARI. Pengucapan Orang lama bagai meminta kepada saseorang atau mungkin bekas isteri anak keluarga yang pernah disayanginya dahulu. Buat sekitika ataupun sehari cukup sudah memadai bersamanya untuk melepaskan rindu yang dulu-lulu sewaktu mungkin muda dahulu, buat kali terakhir, sebelum dia dijemput pergi, bersama senyuman yang terakhir, sebagai bekalan azimat padanya. Agar dapat mengukir senyum sepanjang zaman.Begitulah harapan rindu (jiwa seorang tua) Orang Lama yang cukup mengharap pada si dia (jika masih hidup ) datanglah sebelum dia melelapkan matanya buat selamanya. Semoga harapannya dapat dikabulkan. Amin

    BalasPadam
  9. Sajak Imtiyaz bertajuk: SALAM ORANG DISANA. Pengucapannya bagai kecewa dengan perpisahan yang tiada khabar berita. Perginya tiada meninggal pesan. Ada rasa sedih buat orang kedua, (dia) menanti, dan merindui ditempat selalu bertemu.terasa diri semakin sepi , menyedari dirinya mungkin orang tidak sudi,namun hati si dia tetap juga terus menanti, jika takdirnya tidak bersama kekasihnya. Diharap mungkin ada orang lain yang mengantikan tempat cinta dihatinya.Begitulah keyakinan si dia di sini. Semoga Dipertemukan kekasih yang lain oleh Allah swt. Amin. (Imtiyaz menceritakan diri orang lain, tapi pada bait yang lain memasukkan aku) Tapi dapat kurasakan, dan Diri ini mangkin sepi? Ini bagai penulis pun terlibat bersama. Bagai cinta tiga segi Cuma andaian. Semuga sukses! Amin

    BalasPadam
  10. patutlah x hbis lagi cerpen ni sbb dia blum jmpa mak ngah lagi...

    BalasPadam
  11. mak ngah bru balik sedangkan suami dia terlantar sakit???

    BalasPadam
  12. mak ngah ni pegi kedai ke melencong tmpat lain ni? hehe

    BalasPadam
  13. mak ngah pegi kedai rupanya x baik pak ngah sangka lain...

    BalasPadam
  14. ingatkan watak mak ngah xde rupanya akhir sekali...

    BalasPadam
  15. ingatkan ada 2 watak je rupanya ada org ketiga?

    BalasPadam
  16. cemburu buta rupanya pak ngah ni...

    BalasPadam
  17. susah jgk nak percaya kata mak ngah ke pak ngah???

    BalasPadam
  18. inilah pembalasan ke atas pak ngah masa muda2 dulu...

    BalasPadam
  19. kena baca kedua2 belah pihak bru thu siapa btol siapa salah...

    BalasPadam
  20. pak ngah ni mcm dh nyanyuk jer...

    BalasPadam
  21. silap2 boleh jd gila pak ngah ni...

    BalasPadam
  22. mak ngah baik je pak ngah ni megelamun agaknya...

    BalasPadam
  23. BETOL KATA MAK NGAH KALAU IKUT LOGIK KALAU MAK NGAH NI DGN MAT TEBERAU MSTI DIA MINTA CERAI..

    BalasPadam
  24. cerita ni cerita btol ker???

    BalasPadam
  25. esok cerpen apa plak en nuri?

    BalasPadam
  26. cerita hantu xde ke en nuri???

    BalasPadam
  27. cerpen kali ni menarik jgk ada byk suspen...

    BalasPadam
  28. cerpen kali ni byk cerita pasal flash back...

    BalasPadam
  29. en nuri skrg cerpen byk berkisar tentang flash back jer...

    BalasPadam
  30. eh! cerpen ni hbis mcm tu je ker?

    BalasPadam
  31. pak ngah ni hidup lagi ke skrg en nuri?

    BalasPadam
  32. cerpen kali ni mcm mana pak ngah dia meninggal ke???

    BalasPadam
  33. cerpen yg menarik jgk...

    BalasPadam
  34. x sabar plak nak baca cerpen yg seterusnya

    BalasPadam
  35. esok cerpen bru ke cerpen lama jgk en nuri?

    BalasPadam
  36. cerpen fantasi macam harry potter ada x en nuri???

    BalasPadam
  37. esok cerpen lama lagi ke en nuri?

    BalasPadam
  38. cerpen lama2 ni kdg2 best jgk baca balik...

    BalasPadam
  39. cerpen penyeksaan ni lagi best dari 2 alam....

    BalasPadam
  40. cerpen kali ni mmg berkesan mmg menginsafkan...

    BalasPadam
  41. cerita ni berlaku kat negeri mana en nuri????

    BalasPadam
  42. thn bila pnya cerita ni???

    BalasPadam
  43. mmg kali ni cerpen agak mengancam jgk...

    BalasPadam
  44. cerpen apa plak lps ni?? x sabar plak nk thu...

    BalasPadam
  45. cerpen kali ni tajuk mula2 ingat dh thu cerita dia tp jangkaan meleset sbb sy pikir cerita lain...

    BalasPadam
  46. penjaga blog dtg jgk saja nk tumapng toi hehehe

    BalasPadam
  47. agaknya mcm mana lah nasib pak ngah dalam cerpen ni kalau cerpen ni kisah benar,...

    BalasPadam
  48. kebanyakan cerpen en nuri ni semua kisah benar ker????

    BalasPadam
  49. Qalam Mutiara Ulas sikit


    Pak Ngah Arif ini dah tenak,cemburu kuat, otak dia pun dah rosak, akibat serangan angin ahmarnya. Dia sebenarnya tidak belajar pun di sekolah agama, dia khayal sendiri. Sebab itulah ustaz Kamal geleng kepala, lagi pun ayah uztaz kamal pun tak pernah cerita pasal pak ngah arif bersekolah samanya...

    Cerpen ini berlaku di felda lembah belut, Pahang. harap ustaz kamal
    atau kawan-kawang di pahang dapat
    mengikutinya. harapan en nuri.

    BalasPadam
  50. "anak nuri jantan: kau masih x lepas anak anjing lagi ? Kasihat!!! "(sesungguhnya ko ni manusia yg tak bertamadun... masuk blog org mengata org mcm ni.. jgn mengaku diri pendidik sblm kau dpt didik diri sendiri)

    BalasPadam