Rabu, 24 November 2010

BILA JANJI TIDAK DITEPATI




Kini akar umbi
telah pun mengerti,
ramai ketua gila kuasa
apa kerja yang mereka buat
rakyat sudah mula naik meluat.

Bila semua janji
tidak dapat ditepati,
ingat kedudukan kerusi
empuk  lembut akan hanyut,
tunggu saja hari  PRU ke 13 nanti.

Dahulu kita ajar
akar umbi demontrasi,
sekat pengundi tidur dijalan
menjerit repormasi demi keadilan,
konon kerajaan zalim melaku kejam.

Kini  lihat bukti
repormasi makan diri,
penyokong mula membantah
bukan lagi bersorak di jala raya,
di  depan bangunan pejabat mereka.

Oleh: Nurimanja,
Catatan tv melaporkan
dua tiga hari lalu November,2010.





50 ulasan:

  1. CERPEN SIRI KE 4 : BERTAJUK : PENYEKSAAN OLEH ; Nurimanja, Lembah Belut Pahang. 1983.
    ______________________________________________________________________

    Aruah ayah dan mak memang tidak mahu masuk campur dalam hal rumah tangga keluarga Pak Ngah Arif, kerana kalau tersilap memberi nasihat nanti mereka pula jadi sasaran, itulah sikap Pak Ngah Arif sememangnya susah ayah hendak faham .Pernah satu hari ayah ada mengeluh kepada ustaz kamal.

    "Susah hendak berkira dengan Pak Ngah Arif kau ni Mal, aku dengar orang kampung bising, jikalau ada ayam, itil, kambing, lembu dan kerbau masuk saja ke kawasan tanah dia, jangan harap lagi dapat lepas, tetapi bila binatang peliharaannya tidak mengapa pula, masuk merosak tanaman orang, inilah yang susah," kemudian ayah menggeleng-gelengkan kepala.

    "Biarlah dia buat begitu, dia fikir hidup ini nak menongkat lagit,"jelas mak pula, "abang tengok sajalah, kalau bercakap ikut sedap hati dia sahaja,macam hidup ini tak ada hari kiamat," tambah mak lagi, agak kesal dengan sikap pak Ngah Arif.

    Pada masa itu: Pak Ngah Arif seorang yang kaya raya di dalam kampung itu, hasil peninggalan harta aruah ayahnya, dia juga amat dikenali oleh orang ramai dan orang besar di kalangan pegawai kerajaan kerana suka belamja makan di kedai kopi, malah apa saja kata-kata Pak Ngah Arif boleh dipercayai dan diterima pihak atasan. dia juga ada sadikit pendidikan, boleh membaca jawi dan rumi.

    Bila Pegawai Daerah bersetuju melantek Pak Ngah Arif menjadi ketua kampung, belang dan taring Pak Ngah Arif kian bertambah terserlah, keangkuhannya kian menjadi-jadi, kawan-kawan Pak Ngah Arif semuanya pegawai=pengawai kerajaan, kadangkala terdapat juga seorang dua bergelar YB dan menteri.

    Hari itu memang takdir tuhan hendak tunjuk; Tengah solat jumaat, Pak Ngah Arif jatuh tersepok macam ayam kena sembeleh, Masa itu Pak Ngah Arif baru sedar tentang kebesaran Allah, bila dia terasa sebahagian angotanya dari sekerat pinggang hingga ke dua belah kakinya menjadi lemah, hingga tidak terdaya lagi hendak berdiri. Mukanya menjadi pucat, lidahnya menjadi kelu seketika, selesai saja solat jumaat, para jumaah segera mengusung Pak Ngah Arif ke rumah sakit.

    Berbulan-bulan Pak Ngah Arif tinggal di rumah sakit, wang ringgitnya telah banyak yang habis dibelanjakan, harapan penyakitnya untuk sembuh amat tipis, anak-anaknya yang berempat itu juga jarang pula mengunjunginya, akhir dia meminta kebenaran daripada doktor yang mengubatinya untuk pulang ke rumahnya saja.

    Hari ini bila Pak Ngah Arif hendak kencing atau buang air besar, dia mengesut ke lubang dengan mengunakan kedua belah tapak tangannya, jika ada Mak Ngah Siah dia yang akan teruk mengangkat dan membawanya ke lubang, kemudian dengan rela Mak Ngah Siah membasuhnya.

    "Engkau dulu tamat empat senawi Mal?"
    "Tamat Pak Ngah,"
    "Aku dulu, tak sempat tamat, orang tua nak bagi aku kawin cepat sangat," Pak Ngah Arif ketawa berderai. kemudian Pak Ngah Arif menyambung kembali "Ayah kau dulu, kawan baik aku, kami sama belajar di sekolah agama rakyat kaki bukit tu," Pak Ngah Arif terdiam sebentar, kemudian dia tersenyum dan sambung kembali.

    "Ayah kau pasal bab usulludin nomber wahid, aku ini, kalau feraid dan usul fekah itu, bolehlah...."kata Pak Ngah Arif menceritakan sesuatu kepada Ustaz kamal.

    Ustaz Kamal tersentak dari lamunannya.Tanpa disedari dia telah melayani pertanyaan Pak Ngah Arif yang tidak menentu dimana tajuk persoalannya.

    " Ayah kau dulu penakut, kalau ada orang nak tumbuk dia, pasal mengorat pelajar perempuan, akulah orang yang akan melawannya, ha haha...Balik nanti dia belanja aku, ha ha ha....Kami memang kawan baik dulu..." Pak Ngah Arif terus ketawa, macam ada sesuatu yang cukup mengelikan hatinya.

    BERSAMBUNG....

    BalasPadam
  2. PERKOSAAN VISUAL
    Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang


    Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

    Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?.

    Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing : LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI) Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah !

    Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL"

    Para wanita : beri tahu teman-teman anda yang lain.
    Para lelaki: beri tahu istri, anak perempuan atau teman wanita anda



    Jejak Jari:
    1. Badan ku seksi. Ada ke orang nak tengok? hehe
    2. Memang tidak bermoral memasang cermin dua arah ni kat tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
    3. Harap info ini boleh dikongsikan bersama
    4. Sekarang ni semua tidak selamat. Walaupun dalam bilik pun, orang boleh letak CCTV. kan

    BalasPadam
  3. MENADAH AIR HUJAN

    Air hujan menitik
    dari hujung atap rumah,
    aku tadah dingin rebut
    terjamah aku ludah.
    Subuh ini tak lagi lari,
    Jadi aku kembali.
    Di dalam petir kilat,
    cergas aku tak penat,
    embun semalam aku hembus
    biar berkabus yang ada
    tinggal sejemput tanah basah,
    nyanyian cengkerik di dalam rumah.
    kau baja hati dengan kasih cumbu,
    kau siram jiwa dengan pujuk rayu,
    harapan diam tak berteman,
    siang tertunggu-tunggu,
    malam berdondang-sayang,
    mimpiku hilang,kau pun terbang


    Dam Catur
    terengganu
    1pagi

    BalasPadam
  4. KENANGAN DISEKOLAH RENDAH DULU

    Aku masih ingat saat itu,
    Saat kau ingin sesuatu
    Untuk ketatkan kain longgarmu
    Sebelum persembahan tari Hari Guru.
    Kau hampiri aku dan mohon
    Untuk pinjam tali pinggang ku
    Tapi tersimpan dalam beg masa itu.

    Tanpa ragu,ku hulur ia padamu
    Kerna niatku,cuma untuk membantu.
    Selesai tarian mu kau tanya aku,
    Jika dipulangkan esok hari.
    Namun esok tali pinggang aku perlu.
    Aku cuma ada yang itu.

    Kau lalu gegas ke tandas, bersalin
    Sambil aku di luar, menunggu.
    Hari itu kau pulang tali pinggang
    Sambil menawar ku memilih satu
    Apa yang ada dalam kotak Donuts.
    Aku menolak sopan pemberianmu
    Dan tersenyum tersipu malu...


    Panglima Ketot
    kenangan masa di sekolah rendah dahulu

    BalasPadam
  5. TAK BOLEH TIDUR

    Aku tak boleh tidur
    kelam kabut dunia
    sampai masa ada pelita
    membakar dirinya
    pergi kau katakan padaku
    biar aku matisendiri
    terlalu tua untuk kau peduli
    mampuskau jerit padaku
    hanya pondok usang
    rumahmu lampu kecil
    cahayamu pendosa dunia
    tak mampu tidur lagi
    Kau ku lihat bibir
    tersenyum luas sempurna semuanya
    bukan lagi janji kau tunggukan
    Aku sentiasa mengingin
    selalu mahu terkadang mengidam
    apa yang kau ada
    bertuah punya Aku
    tak mungkin akan ada
    mimpi itu aku manusia kecil hati


    Ustazah Janariah
    11malam
    kuala lumpur

    BalasPadam
  6. Dam Catur dengan sajaknya bertajuk: MENADAH AIR HUJAN. Terasa cerita lama atau kenangan waktu dulu bagai dalam mimpi. Bagai seorang perantau yang pulang ke kampung sendiri.Dalam kesusahan pahit getel, digagahi membawa sadikit nafas cergas, kerana rindu pada kampung halaman (cerita orang atau si penulis) melihat kampung atau tanah yang telah tinggal sadikit, dulu ada ketenangan, suara cengkerik, ada kasih sayang dan kemesraan daripada kawan-kawan, kini semuanya telah membawa haluan sendiri, bagai mimpi yang terkejut jaga, lalu hilang dan semuanya telah terbang. (Cuma andaian saja) Amin.

    BalasPadam
  7. Sajak Panglima Ketot bertajuk KENANGAN, rengkasnya sebaik mungkin bagi tajuk. Pengucapannya menceritakan kenangan lama sewaktu dibangku sekolah dahulu, kerna menolong kawan, memijamkankan tali pinggang, untuk persembahan hari guru, Sewaktu memulangnya di hadiahkan pula sesuatu dalam kotak donuts, tetapi anda menolaknya. Mungkin malu. (sajak ini kalu dapat diolak dengan baik mungkin lebih berkesan tidak terlalu berprosa). Usaha lagi Panglima Ketot.sajak memory lama agaknya. Amin.

    BalasPadam
  8. Sajak Ustazah Janariah dengan tajuk ; TAK BOLEH TIDUR. Pengucapannya bagai terganggu dari tidur bila memikirkan sesuatu yang agak merisaukan hati dan diri sendiri, terasa bagai mimpi yang datang menyupah seranah pada diri, terasa bagai mahu mati sahaja. Dengan ejekan kata nesta dan dosa.Sesuatu yang diharapkan bagai di permainkan sahaja tidak ada tindak balas, malah lebih bersahaja, bagai mimpi yang telah terkejut jaga. Lalu mengisapi diri, aku manusia sekecil ini yang sering disakiti hati.. Semoga kembali sadar mencari realiti (kebenaran) Amin.

    BalasPadam
  9. hamzah ni sapa plak?? xpnh tgk pun?

    BalasPadam
  10. hamzah ni bkn suami kak mardiah ke?? mcm mana dia pun msuk blog en nuri? xku x promosi pun kt dia...

    BalasPadam
  11. cerita pasal perkosa plak hamzah ni? hahaha

    BalasPadam
  12. huh! bahaya jgk cermin dua sisi ni...

    BalasPadam
  13. lps ni kena berhati2 dgn cermin dua sisi...

    BalasPadam
  14. cermin dua sisi??? kat balai polis mmg ada....

    BalasPadam
  15. CCTV skrg ada di mana2 jd berhati2 la..

    BalasPadam
  16. cermin dua arah??? ni pertama kali aku bru dgr...

    BalasPadam
  17. selalunya bila polis nak soal siasat penjenayah mmg ada cermin dua sisi ni...

    BalasPadam
  18. cermin kat flat aku pun ada jugak dua arah... hehe

    BalasPadam
  19. letak kuku kt cermin?? xberapa paham la...

    BalasPadam
  20. mcm mana boleh thu dgn letak kuku jer?

    BalasPadam
  21. apa fungsi kuku kpd cermin dua muka tu?

    BalasPadam
  22. bila baca cerita hamzah ni rasa takut nk tgjk cermin plak?

    BalasPadam
  23. mmg bahaya cermin dua arah tu....

    BalasPadam
  24. rasanya kalau kt balai polis je yg ada cermin tu...

    BalasPadam
  25. aku pnh jgk masuk balai polis utk soal siasat mmg ada cermin tp aku xthu plak tu cermin dua arah...

    BalasPadam
  26. cermin dua arah tu boelh tempah ker?

    BalasPadam
  27. cermin dua sisi?? mcm cermin ajaib jer...

    BalasPadam
  28. cermin dua sisi tu kalis perluru ker?

    BalasPadam
  29. patutlah semua org benci pak ngah sbb dia ikut kira dia jer...

    BalasPadam
  30. kalau masuk tanah dia pak ngah tu buat apa?? msti dia sembelih ni...

    BalasPadam
  31. pak ngah ni org buat salah kat dia x boleh dia buat salah boleh plak?

    BalasPadam
  32. susah btol kalau nak berkira-kira dgn pak ngah ni...

    BalasPadam
  33. binatang perliharaan org kmpung pun xleh masuk tanah pak nagah? tu teruk sgt dh...

    BalasPadam
  34. kurang ajar jgk pak ngah ni masa muda2...

    BalasPadam
  35. patut pak ngah sombong sbb dia kaya pd org lain...

    BalasPadam
  36. pak ngah anak org kaya rupanya mcm mana dia boleh jtuh miskin...

    BalasPadam
  37. tuhan nak tunjuk kat pak ngah sekuat-kuat dia pun boleh jtuh,...

    BalasPadam
  38. pak ngah ketua kampung??? ingatkan pak ngah halim td...

    BalasPadam
  39. hahaha ayah ustaz kamal penakut ke?

    BalasPadam
  40. la..rupanya ayah ustaz kamal kawan baik pak ngah...

    BalasPadam
  41. pak ngah arif ni baik dgn ayah ustaz kamal ingatkan dia jahat...

    BalasPadam
  42. dia kawan baik ayah ustaz kamal ke???? tp kenapa dia asyik marah kamal masa kecik2 dulu...

    BalasPadam
  43. sian duit hbis sbb berubat jer...

    BalasPadam
  44. apa pnya nasib pak ngah tu...

    BalasPadam
  45. mcm mana boleh jtuh?? setan tolak agaknya...

    BalasPadam
  46. ustaz kamal ni dah kwin ke blum dalam cerita ni xnmpk pun anak bini dia?

    BalasPadam
  47. ustaz kamal ni umor brapa dalam cerita ni?

    BalasPadam
  48. dia dtg sorg je ke ustaz kamal ni? tak bawak ke anak dgn isteri sekali?

    BalasPadam