Selasa, 23 November 2010

BILA ALAM MULA MARAH





Sesiapa tidak boleh menduga
bila alam ini mulai rasa marah
lihatlah pembagunan mencakar
kurang teliti perancangan laluan
pada air, pada angin dan  jamadat
sesekali dia pun akan bertindak.

Bukankah asia kawasan periuk api
gempa bumi, tsunami, rebut taufan
lihatlah Sydney, Pilpina, Vietnam,
dan Padang selepas semoa dan Tonga.
Semuanya dilanda musibah Allah.

Alam marah ke atas pencabulannya
kerana kemusnahan bukan lagi ukuran
manusia perlu berfikiran yang matang
membina pembangunan tanpa hiraukan
akibat bincana yang akan mendatang.

Oleh; Nurimanja,
2hb, Oktober, 2009.
Selepas baca Akhbar Cosmo.



50 ulasan:

  1. ______________________________________________________________________

    CERPEN LAGENDA . SIRI KE 3 : BERTAJUK : PENYEKSAAN OLEH ; Nurimanja, Lembah Belut Pahang. 1983.
    __________________________________________________________________________________________________________________________________________


    Ustaz kamal teringat kepada kepada emat orang anak Pak Ngah Arif itu, lalu bertanya kepada Pak ngah Arif.

    "Mana Jali, Musa, Jusof dan Munah? Tak datng ke, tengok Pak Ngah sakit ini?"
    "Hemm. .. Baik tak usah datang,"
    "Kenapa pula?."
    "Buat sakit hatu aku..."
    "Kenapa?"
    "Mereka selalu memarahi aku, serba tak kena dibuatnya, maklumlah aku dah tua, sakit pula tu, anak-anak pun tentulah benci melihat aku," Pak Ngah Arif menangis lagi, air matanya pelahan-lahan jatuh berderai ke atas ribanya, Pak Nagh Arif mencapai kain tuala kecil yang telah lusuh itu, kemudian mengesat air matanya.

    Ustaz Kamal teringat kisah silap, waktu Pak Ngah Arik masih muda dan kuat dahulu, waktu itu Ustaz Kamal maseh kecil hendak masuk belasan tahun, sedang menjala ikan di parit anak kaki bukit.

    "Hei! Kamal , siapa suruh kau menjala ikan dekat sini ha? Tak tengok aku tahan bubu dekat situ!. Celaka! Anak haram menyadah! Nak mampus dengan aku ha.., Bawa jala kau kemari! Sergah Pak Ngah Arif begitu menginga sekali. Ustaz kamal terketar-ketar ketakutan, jala di tangan Ustaz Kamal dirampas dengan kasar,kemudian dicincangnya habis koyak rabak dengan golok butanya. Ustaz Kamal cuma menangis, kemudian pulang dalam keadaan ketakutan.

    Itulah amalan Pak ngah Arif , tidak boleh salah sikit, semua oarang akan kena maki hamunnya, tetapi aruah ayah Ustaz kamal dahulu seorang yang menyabar dan tidak suka bergaduh, dia cuma mendiamkan diri saja.

    "Biarlah Mal, kalau nak ikutkan hati, bukan aku saja, ramai lagi orang kampung ini yang marah, malah tiap-tiap hari ada sajalah pergaduhan dengan Pak Ngah Arif kau tu." kata ayah sedih nampaknya.

    Ustaz Kamal juga masih ingat lagi; Bagaimana satu pertengkaran telah berlaku di antara Mak ngah Siah dengan Pak Ngah Arif. Orang-orang kampung mengelar rumah mereka sebagai kem tentera Jepun, kerana setiap hari tidak kira malam atau siang sering saja memekek, memerentah anak isterinya.

    'Abang memang tak patut, buat Siah dan anak-anak macam hamba abedi di rumah ini, ikut suka hati abang saja, nak sepak, nak tentang, nak pukul, nak cekek, nak maki hamun." Bentak Mak Ngah Siah yang selama ini sering mendiamkan diri. Ini mungkin kesabarannya tidak dapat dibendung lagi.

    Anak-anak Pak Ngah Arif yang empat orang itu lari bertempiaran di belakang rumah, menyerok di perdu pisang dan jambu. Bila melihat Pak Ngah Arif membelasah Mak Ngah Siah dengan tali pinggang kulitnya sehingga pecah kedarah dan lebam tubuh.

    "Baik abang bunuh saja Siah dengan anak-anak kita semua, dari dipukul, sepak tendang terajang begini. bunuhlah abang, bunuh semuanya , biar senang hati abang..." Pekek Mak Ngah Siah dengan penuh sedu sedannya.

    BERSAMBUNG..

    BalasPadam
  2. POHON KENANGAN

    di tepian sungai yang keruh
    dalam sabar menanti
    bersaksikan pohon kenangan
    hijau telah mula pudar dan layu
    ku lihat kau makin hanyut
    ke muara ampangan yang jauh
    airnya sekeruh gelodak jiwaku kini
    lelah hanyut ke muara tak bernama
    meninggalkan aku sendirian
    setia di tebing mengharap
    kau disisi namun musim berganti
    sungai kekeringan pohon kenangan
    makin hilang keteduhan
    aku kedinginan tetap tidak kembali
    akhir cerita bawah pohon kenangan
    kini telah gugur daun
    malahan reput rantingnya
    dalam penantian yang abadi
    takdirnya terkuburlah aku di situ.


    Puteri Salju
    kota belud
    11malam

    BalasPadam
  3. LAGU TUHAN

    menjelang senja ini
    dalam sayup lagu tuhan
    bergema memanggil aku pulang
    dari 1400 tahun berlalu
    masih melodi dan lirik itu
    telah aku hafal bersama-sama
    hadir tenang dan sunyi
    menyahut panggilanNya
    agar sujud ku tetap pada waktu
    pagi ini pagi yang sakit
    berkelana aku di atas
    rimbun awan kelabu
    dari titis-titis embun kelmarin
    air mata duka di bawah
    sayup hijau basah bumi tuhan
    pagi ini seperti pagi-pagi lain
    tikus berkejaran rian
    antara reroda rapuh
    pipit berkiung girang
    antara bebukit merah
    kucing masih enak di sangkar mimpi
    di sini tika semut gula nya diambil orang
    pantas teh itu kubancuh
    perlahan dengan sisa2 airmata duka
    dengan iringan sayup doa
    moga pagi ini tidak lagi sakit
    ia bisa sembuh kerna sesungguhnya
    yang sakit itu adalah aku...


    Aziz Moktar
    Terengganu
    2pagi

    BalasPadam
  4. LAIN

    Ketika waktu terhenti
    menyata cintaaku tercela
    dimaki kenapa tak pernah aku
    membuat kau merasa tercantik
    kenapa aku tak pernah
    percaya kenapa mungkin
    kita tak pernah jadi
    terlalu banyak alasan
    tapi semua itu salah
    aku sendiri melepaskanmu
    dari genggamanku dengan harapan
    kau kan bahagia dengan yang lain
    lain dari yang lain agaknya
    mengapa begitu terjadi
    sungguh berbeza dari yang lain
    di harap kau juga tak begitu

    Pengembara Masa
    10pagi
    sungai petani

    BalasPadam
  5. Sajak jiwa-jiwa juga dari Putri Salju Sabah bertajuk: POHON KENANGAN isi penceritaan berkaiatan dengan penantian sesaorang yang begitu lama bagaikan menyepi seribu bahasa. Namun tetap juga begitu sabar menanti, Terasa seandainya daun telah gugur layu, ranting pun telah reput, jiwa juga bagaikan gelodak air dimuara keruh dan hanyut. malah hari pun berganti. Namun si dia tidak juga kembali Mungkinkah sampai terkubur cinta suci? Begitu pengucapan Puteri Salju yang setianya menanti , Perlulah anda menyiasat agar tempua tidak bersarah dua. Amin.

    BalasPadam
  6. LAGU TUHAN sajak dari Aziz Mohtar Terangganu pengucapannya bagaikan mengenangkan kembali kisah lama, kini mulai sedar akan lagu Tuhan yang sentiasa berkumandang yang sekian lama, lima kali sehari, kini benar-benar mengejutkan rasa hati mungkin dulu tidak begitu perduli. Setelah hati sedar akan kebesaranMu dan air mata keinsafan mulai mengalir, menghitung segala dosa, kini mulai bertaubat , mengharap Tuhan mengampun segala dosa. Mungkin belum terlewat, kerana tuhan masih saying kepada kita. Amin

    BalasPadam
  7. Sajak bertajuk: LAIN daripada Pengembara Masa pengucapannya memceritakan satu kekesalan pula di atas keterlanjuran melepaskan kekasihan kepada orang lain, sadikit ada jiwa-jiwa. Mungkin dahulu si penulis memandang rengan dengan cinta suci si dia. Atau mungkin kurang memberi perhatian, bila hatinya terluka minta dilepaskan, kini si dia telah pun menjadi hak orang lain, kini kegelisahan mulai menjelma, tetapi tidak ada erti lagi kerana cintanya kita dimiliki oleh orang lain., Semoga carilah yang lain sebagai penganti, walaupun sesukar seperti yang dulu. Amin

    BalasPadam
  8. fghgfhgfhgfhrtgtyerte

    BalasPadam
  9. pak ngah arif ada anak rupanya...

    BalasPadam
  10. ingatkan pak ngah arif ni xde anak...

    BalasPadam
  11. sian kat pak ngah arif ni...

    BalasPadam
  12. sorg anak2 pun xdtg melawat dia ker?

    BalasPadam
  13. anak2 suka marah kat pak ngah arif ker?

    BalasPadam
  14. anak2 suka marah kat pak ngah arif ker?

    BalasPadam
  15. 4org anak 1 pun x boleh di harap ke?

    BalasPadam
  16. x sangka org yg di dok marah2 msa kecik yg lawat dia...

    BalasPadam
  17. tu la kdg2 x tentu jgk kdg2 org yg kita sangka jahat tu yg baik...

    BalasPadam
  18. huh! x berdendam plak ustaz kamal?

    BalasPadam
  19. ustaz kamal x ambik ati plak dgn pak ngah?

    BalasPadam
  20. nk menjala pun x boleh? teruk jgk pak ngah ni...

    BalasPadam
  21. sian hbis di cincang jala ustaz kamal...

    BalasPadam
  22. ZAMAN DULU BOLEH LA BUDAK BILA KENA MARAH JE NANGIS ZAMAN SKRG KALAU KENA MARAH SIKIT MULA LA BAWAK GENG..

    BalasPadam
  23. ayah ustaz kamal baik jgk?

    BalasPadam
  24. ayah ustaz kamal kwn baik pak ngah ker?

    BalasPadam
  25. jahat jgk pak ngah ni...

    BalasPadam
  26. patutlah tuhan bagi pembalasan kat dia sbb dia masa muda jahat...

    BalasPadam
  27. giler dayus punya pak ngah ni..!

    BalasPadam
  28. truk btol pak ngah ni keja nk dera bini dia jer...

    BalasPadam
  29. patutlah anak2 dia benci dia sbb dia kejam sgt...

    BalasPadam
  30. pak ngah ni kejam sgt ptut smua org bnci dia...

    BalasPadam
  31. anak2 dia bnci dia sbb mngkin dia garang sgt kot?

    BalasPadam
  32. xptutlah anak2 pulaukan dia lagipun pak ngah ni bapak dorg jgk...

    BalasPadam
  33. selalunya ayah yg terbiar ni sbb ayah dorg dulu garang sgt agaknya?

    BalasPadam
  34. sepatutnya tajuk dia jd pembalasan....

    BalasPadam
  35. sian kalau pak ngah mati nnt msti terbiar mcm tu jer?

    BalasPadam
  36. pak ngah patutlah kena pulau sbb muda2 dulu sombong sgt...

    BalasPadam
  37. kenapa x ceraikan je mak ngah tu dari dia bersngka buruk jer...

    BalasPadam
  38. masa muda2 dlu sombong sgt skrg bru nk menyesal....

    BalasPadam
  39. sajak tsunami ke alam marah ni?

    BalasPadam
  40. alam ni mcm hidup jgk klu dia marah hbis semua...

    BalasPadam
  41. sajak lama kan kalau x salah alam mula marah..

    BalasPadam
  42. tkut plak dgr pasal bencana alam ni...

    BalasPadam
  43. skrg pun bencana alam menjadi2....

    BalasPadam
  44. sajak pasal bencana alam plak?

    BalasPadam
  45. gerun baca sajak alam mula marah

    BalasPadam
  46. alam hanya marah byk bencana alam berlaku klu alam mengamuk kiamat la jawabnya...

    BalasPadam
  47. alam pun ada perasaan jgk rupanya...

    BalasPadam
  48. alam pun dh bosan dgn manusia sbb asyik merosakan jer...

    BalasPadam