Jumaat, 8 Oktober 2010

LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN




Dahulu kita pengajur repormasi,
kini bersebati dengan darah daging
lalu bila berlaku ketidak puasan di hati
tercetuslah budaya yang dulu anda pelupori.

Jangan amal budaya hipokirit,
salah sendiri menyalahi orang lain
kalau ramai rakan dan teman tarik diri
pastikanlah rakyat boleh menilainya sendiri.

jangan ghairah memukul gong,
tong kosong pun dipalu bunyi kuat
jangan lagak hidung tinggi melambung
ditakuti  nanti pelanduk yang lupakan jerat.

Oleh: Nurimanja,
enggan mengaku kesalahan
jangan baling batu sembunyi tangan
cerita dua  minggu yang lalu Oktober, 2010 



50 ulasan:

  1. ORANG DULU MEMANG SUKA MENUNTUT BERBAGAI ILMU KEBATINAN KONON UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI
    ___________________________________

    1.SAKA SAKAT

    Saka mungkin ilmu yang mereka tuntut dahulu atau membuat sumpah perjajian dengan jin atau syaitan, apabila mereka mati tidak sempat membuangnya, Belaan ini akan mencari penganti, biasa anaknya terdekat, atau cucu yang dikasihi. Sebabnya bagi siapa yang selalu berdampingan dengan orang membela atau menuntut itu akan dicari sebagai penganti, tempat mahkluk itu bertinggek atau buat sandaran.

    Biasanya orang yang sangup ini akan boleh menjadi seorang bomohyang terkenal. Seperti filem dan drama melayu terkini yang pernah kita tontoni, banyak cerita misteri dan seram. kekadang kena buat kajian dan rujukkan sadikit
    baru kita boleh bandingan benar atau salah. saya menulis ikut pengalaman dengar dan cerita orang sepanjang apa yang saya hayati di dunia ini.

    Apa yang menjadi masalah, bila tuannya mati, dia tidak ada tempat untuk menumpang dia akan menjadi marah dan menganggu keluarga yang ada, sama ada isteri anak dan siapa saja yang lemah anggota tubuh badan mudah saja dia memasukinya. lalu berlakulah berbagai cerita, saeloknya kena buag segera, ada orang tertentu atau bomoh yang pandai membuangnya (Jika tidak, itu yang dikatakan Saka telah menyakat ganggu anak cucu pembelanya)
    maka dikata oranglah SAKA SAKAT.

    besambung esok

    BalasPadam
  2. KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA

    Ada tiga solat sunat yang patut kita lakukan, selain solat mengiringi solat lima waktu.
    solat sunat tahajud atau qiamullai, dan solat sunat dhuha waktu matahari naik segala,
    kita jam tujuh setengah pagi pebih hibgga jam 11 atau 12 tengah hari.

    Kelebihan solat sunat dhuha cara rengkasnya. Rupanya dalam tubuh badan kita ada mengandungi 360 urat sarap salah satu urat-urat ini menuntut kita mengerjakan solat
    dhuha. jadi kalau badan rasa sakit dan lenguh dan bisa-bisa , eloklah kerjakan solat sunat dhuha.

    Di anatara kelebihan yang lain, doa solat dhuha ini, mempercepakan apa yang kita mahu hajatkan. Demi waktu dhuha, cantikan, kuatkan, engkau samapikan, datanglah kebaikan. rengkasnya apa yang saya fahamkan kata ustaz Idris guru saya telah kembali (alfatihah).

    katanya: kalau reziki kita di atas langit yang tujuh lapis Allah akan turunkan, kalaulah di dalam perut bumi tujuh lapis , Allah keluarkan segera, kalau rezekikita jauh , Allah akan perdekatkan, rezeki yang susah terhalang, Allah akan permudahkan. reziki yang jauh , Allah akan perdekatkan. rezeki yang haram Allah akan membersihkan.

    Begitulah lebih kurang. kalau anda tahu lebih lanjut lagi cari saja buku fadilat sunat2 solat. mana yang tahu selamat yang belum tahu kita khabarkan dan kongsi bersama pengetahuan kelebihan solat sunat dhuha ini. amin

    BalasPadam
  3. Mr Nurimanja tell the story, there seems to curse? because when we read the crowd had a lot of strange events occur and the staff saw all sorts of women and there are also to be hysterical and the most frightening kind of Jalal also raved beam due time I phoned him earlier ( Fata Fat )


    Mr Nurimanja bercerita, tampaknya ada kutukan? kerana ketika kita membaca massa sudah banyak kejadian aneh berlaku dan kakitangan melihat segala macam wanita dan ada juga harus histeria dan jenis yang paling menakutkan daripada Jalal juga meracau angka masa kerana sebelumnya saya menelefonnya (terjemahan dari laptop)


    Cerita en nuri nampaknya bagai ada kemarahan dari hantu jirat cina atau hindu itu, kerana semasa kami membacanya banyak perkara aneh berlaku, ada kakitangan kami yang melihat berbagai rupa perempuan, malah ada yang kena rasuk (hysteria). Malah lebih menakutkan lagi bila saya menelephon jalal dia pun cakap meracau. (terjemahan en nuri)

    BalasPadam
  4. ADA AKU KISAH?

    berkepuk berkompang orang kampung malam ini anak cik jijah
    naik pelamin buat kali kedua
    Suaminya yang dulu entahlah
    suami sekarang pun tak tahu
    kerja apa? gaji berapa? kereta apa?
    entah apa hebatnya bukan dia berkawin kali pertama.
    tiba-tiba mulut kampung malam ini
    mengata anak dara
    cik senah masih andartu.
    Bukan aku sudah sampai 30
    Aku baru 28 jadi boleh tunggu lagi?
    Mereka mula mengumpat mengatakan
    Aku ada sial mengata aku pula!
    anak kau apa kurangnya cik jijah!
    bersepah-sepah tak tentu hala
    yang lelaki semua penagih
    yang perempuan pula
    tatkala orang kampung leka
    dibawa laki orang masuk ke rumah.
    Jadi jangan mengata orang saja


    Seri Suri
    bila balik kampung ada saja suara sumbang

    BalasPadam
  5. BANGUNAN USANG

    Banggunan usang sudah gelap.
    Ditelan terik matahari.
    Dimamah titis hujan.
    Sedikit-sedikit dikunyah usia.
    Banggunan usang Tingkap patah Cermin pula pecah Dinding musnah.
    Persinggahan untuk menumpang.
    Hanya kenangan tinggal kenangan.
    Motel kecil,dimamah api.
    Pada api yang jadi saksi
    Pada kaki ku yang turut berdiri
    Agar tidak jatuh menyembah bumi
    Supaya tegap melaungkan sepi
    Memekik menjerit berkata sendiri
    Pada batu ku pikul ringan
    Pada tangan tangan ku sentuh lembut
    Kerana mata ini jua menonton
    Saksi saksi bicara bisu
    Bisik bisik penonton haru
    Agar terdengar kata hati buntu


    Roslan Bidin
    Di dalam bilik
    9pagi

    BalasPadam
  6. Cerita balik kampong, sajak seri suri bertajuk Aku ada kisah. (kau x khawin pun x apa, nama kau memng dah jadi suri, suri rumah) Gurau! Mengentuh tentan penceritaan isi sajak Seri suri kali ini,kehidupan masyarakat kampong yang suka umpat cerita mencerita akan hal diri orang lain. Tetapi diri sendiri seperti anjing menyalak bukit ekor bergelumang tahi. Malah lebih dahsat orang yang diceritakan atau diperlekehkan, istilah untuk dapat dosa (mengumpat) malah lebih berani bawa jantan yang sudah berbini masuk rumah. Apa-apa pun jangan perduli apa orang lain kata, soalnya kita perlu ikhlas dengan Allah, insyallah , Allah akan tetap bersama orang yang bersabar. Amin. Usaha lagi.

    BalasPadam
  7. Roslan Bidin seorang penulis buku cerita kanak-kanak kalau tak salah saya.Menulis satu anugerah yang diberi tuhan yang tidak perlu pengetirapan sesiapa. Cukup sekadar bersyukur kepandaian yang dipinjamkan sementara, thaniah buat anda.

    Menyentuh tentang sajak bertajuk : Bangunan Usang. Mengenangkan kembali akan rasa nostalgia yang dulu mungkin ditinggalkan, kini bila melihatnya akan terakam kembali diruang mata kisah-kisah lama. Mungkin di sini tempat lahir, bermain dan membesar, setelah kian lama ditinggalkan , sesekali datang melihat betapa sayu hati, melihat keadaan yang menyayatkan, kerana segalanya tidak seindah seperti dulu lagi, sama seperti seorang muda yang kini sudah tua tidak sekacak masa mudanya dahulu. Setelah dimakan masa, dan ditelan zaman. Agar kita dapat mengambil pengajaran dari perbandingan ini, amin usaha lagi.

    BalasPadam
  8. DALAM NEGERI
    Jauhi penggadai bangsa – Sultan Sharafuddin (petekan UM)

    SHAH ALAM 7 Okt. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah meminta rakyat menjauhi pihak
    yang menggadai bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan diri dan mencapai
    cita-cita politik mereka.

    Baginda turut menasihatkan pembesar daerah yang dilantik tidak memihak kepada mana-mana
    parti politik dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

    “Pembesar daerah perlu memastikan mereka menjadi tempat orang ramai mengadu dan pembesar
    daerah juga perlu memainkan peranan sebagai mata dan telinga pihak istana untuk kemajuan
    masyarakat,” titahnya.

    Baginda bertitah demikian selepas menyerahkan watikah pelantikan Orang Besar Petaling yang
    baru kepada bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Emran Abdul Kadir
    yang menggantikan Datuk Abu Bakar Abdul Hamid di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

    Hadir sama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    Titah sultan Selangor, patut ambil perhatian , jangan masuk telinga kiri, keluar pula telinga kanan.
    semat dalam hati berfikir dua kali, jangan ikut lambang mata satu.

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  11. saka dgn hantu raya bukan sama ke?

    BalasPadam
  12. aku ingatkan saka dgn hantu raya sama rupanya ada beza..

    BalasPadam
  13. mana en nuri thu psal hantu ni? en nuri ni dulu bekas bomoh ker?

    BalasPadam
  14. en nuri ni msti dulu keja di perubatan tradisional islam ni...

    BalasPadam
  15. mcm mne en nuri thu psl hantu2 ni????

    BalasPadam
  16. en nuri ni guru silat ke dulu?

    BalasPadam
  17. tinggi jgk ilmu en nuri pasal hantu saka ni..

    BalasPadam
  18. suku sakat? pelik betol asal usul hantu ni... hahaha

    BalasPadam
  19. patutlah saka atok sy dtg kat sy? sbb sy mmg rapat dgn arwah atok sy....

    BalasPadam
  20. wah! byk jgk info psal saka ni..,

    BalasPadam
  21. kenapa org mlyu saja yg ada saka cina dgn india xde ke?

    BalasPadam
  22. seram dgr psal saka ni... naik bulu roma...

    BalasPadam
  23. saka ni selalunya org tua2 ska bela...

    BalasPadam
  24. sdih tgk bila org tua2 meninggal yg mana bela saka dorg meninggal ngeri

    BalasPadam
  25. sy pnh menolong org buang saka dulu tp skrg xde dh...

    BalasPadam
  26. saka ni dari jin ke setan?

    BalasPadam
  27. dulu atuk aku ada bela saka tp selamat dh dibuang dh...

    BalasPadam
  28. sy pnh bela saka dulu msa tu muda2 x thu ape2 skrg dh buang sbb kita akan x lalu makan sbb setiap hari kena bagi dia hisap darah di ibu jari kita...

    BalasPadam
  29. dulu di kmpung sy ada org bela saka wlpn dia dh meninggal dorg msih nampak saka dia...

    BalasPadam
  30. seeloknya buang saka ni awal2 jgn di biar lama2 bahaya..

    BalasPadam
  31. saka? setakat ni kt kmpung sy xde lagi belaku masalah saka ni jd sy pun x thu nk kata apa..

    BalasPadam
  32. EH! DALAM KELUARGA EN NURI DULU ADA JUGAK KE YANG BELA SAKA? SBB EN NURI ARIF JUGAK TENTANG NI..

    BalasPadam
  33. saka klu buang masa org tu masih hidup lagi susah ke bila org tua mati lagi susah??

    BalasPadam
  34. bahaya jgk saka ni... harap kita x kena saka....

    BalasPadam
  35. minta2 di jauhkan saka2 ni menremang bulu roma baca..

    BalasPadam
  36. atok sy dia x bela saka tp dia kwin dgn org bunian? xthu nk pcya atau x? ataok sy yg kata

    BalasPadam
  37. saka ni dgn hantu rasa 1 spesis jgk ke? atau lain?

    BalasPadam
  38. aku selalu dgr psal hantu raya je? saka x pnh dgr plak?

    BalasPadam
  39. saka ni asal dari mana? mana dorg dapat?

    BalasPadam
  40. saka? apa itu saka? xpnh dgr pun...

    BalasPadam
  41. solat dhuha ni bukan lama pnya ke? mcm pnh baca jer..

    BalasPadam
  42. lps ni kena selalu practice solat dhuha ni...

    BalasPadam
  43. byk kelebihan solat dhuna ni amat rugi sapa yg x buat?

    BalasPadam
  44. menarik cerita pasal solat dhuha ni? sy nk copy boleh? nk cerita di perhimpunan...

    BalasPadam
  45. best lagi baca cerita hantu en nuri dari tgk filem seram mlyu... hehe

    BalasPadam
  46. menarik kisah pasal solat dhuha ni lps ni kena selalu buat...

    BalasPadam
  47. bunyi mcm suku sakat plak? rupanya saka sakat... hehe

    BalasPadam
  48. cerita pasal hantu je bulan 10 ni... hehhehe

    BalasPadam
  49. sambung lagi kisah saka ni! best! menarik baca..

    BalasPadam
  50. byk jgk pasal saka aku dh thu dulu thu sikit2 je tu pun dgr org yg cerita...

    BalasPadam