Sabtu, 9 Oktober 2010

DISELUBUNG TIGA MIMPI NGERI





Tetiba berada dibumi Indonesia,
ziarah melihat sawah padi nan hijau
sambil melawat tempat ukiran seni kayu
terpegun kulihat kalimah Allah dan Muhamad.

Tetiba saja dunia menjadi lumpur,
semua pepokok bukit gunung runtuh
hanyut cuma tinggal kawasan aku berdiri
aku menjadi panik menunggu apa saja terjadi.

Tetiba saja pintu langit terbuka,
berbagai benda berhemburan keluar
diri rasa seperti berada dalam kawah nasi
aku sendiri menjadi panik dan cemas melihatnya.

OLEH : Nurimanja,
Itulah tiga mimpi yang ngeri,
 tanpa catatan tarikh dalam hidup.(B)


50 ulasan:

  1. CERITA SAKA BAGAIMANA BABI UTAN PUN TUNDUK DENGAN ILMU AJARAN SAKA.

    Sewaktu saya masih kecil , atuk saya pernah bercerita; Pada satu hari dia seorang diri melalui satu lorong kecil bersebelahan dengan kebun getah yang semak tidak terjaga oleh tuannya. Sewaktu dia berjalan itu, tetiba ada saekor babi hutan jantan terus menyerbu ke arahnya. Atuk saya berlari menyelindungi dirinya di sebalik pohoh getah tua itu.

    Ruapanya si babi hutan jatan ini , apabila dia menyerang kedua belah matanya terpejam, apa bila sasaran tidak mengena, babi jantan ini tersus terabas.Apabila matanya celek kembali, babi jantan ini sambil menghidu cuba mencari sasaran semula. Atuk saya berdiri di hadapan babi jantan itu, di belakangan ada perdu batang getah tua.

    Apabila babi jantan itu memejamkan matanya untuk menyerang , atuk saya pun mengelak. sasaran babi jantan itu mengena batang getah tua yang disondol dengan
    hidungnya kemek itu. memekek babi hutan jantan itu kerana kesakitan domoinya menghentam tunggul getah tua.

    Babi hutan jantan itu kian naik minyak, cuba mencari atuk saya, dalam ketakutan yang amat sangat atuk saya cuba melarikan diri selit menyelit di celah pokok getah tua, agar babi hutan jantan yang lari lurus itu sering saja terbabas. dan bertambah marah.

    Sewaktu atuk saya kehabisan tenaga. Dia tersandar di batang perdu getah tua, nafasnya turun naik menyelak dari serangan babi hutan jantan itu. Tetiba ada orang menepok bahunya dari belakang, semacam ada suara berkata;
    "Hai! kau lupakah, apa yang aku ajar dulu?" terasa semacam ada teman berbual walaupun tidak nampak sesiapa.

    Atuk saya pun segera membaca , apa yang diamalnya dulu, tetiba babi hutan jantan yang naik minyak dengan mata merah dengan dengkus nafasnya yang mengerunkan itu. bagai terhenti, lalu tundukan kepalanya, memusingkan badan
    nya lalu berlari anak meninggalkan atuk saya. seolah semacam kena ilmu penunduk. terus lari tidak angkat kepala lagi.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. KUALA LUMPUR 7 Okt. - Kekecohan serta ugutan oleh sekumpulan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) hingga
    menyebabkan bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman membatalkan
    sidang akhbarnya semalam jelas membuktikan PKR merupakan sebuah parti gengster.

    Sehubungan itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip meminta polis membuat siasatan terperinci serta mengenakan tindakan terhadap mereka yang terbukti membuat kecoh serta mengugut Muhamad Rahimi dalam kejadian itu semalam.

    Beliau berkata, insiden tersebut tidak boleh dibiarkan kerana jelas mereka menghalang Muhamad Rahimi
    daripada membuat sidang akhbar melalui cara kekerasan.

    ''PKR kata mereka juara kebebasan bersuara. Mengapa apabila Muhamad Rahimi hendak mengadakan sidang akhbar, ada ahli-ahli PKR dan penyokong Anwar cuba menghalang beliau dan paling dikesali mereka berlagak samseng.

    Bekas Tun Dr Mahathir kata politik yang bersih x ada saman, kecuali dia berasa bersalah, belum dedah
    sudah pakat nak saman, ini mumkin belajar dengan negara jiran sebelah.

    BalasPadam
  3. HUTANG ALONG

    sebuah hutang wujudnya mencengkam
    sebuah hutang adanya mengancam
    seorang lelaki terbelenggu
    ke mana arah kakinya menapak
    saat bayang keruntuhan ekonomi
    mengejar dan menerkam..
    masih adakan lagi mentari siang
    menutup gelap bayang itu
    masih adakah mentari siang
    membawa sinar harapan baru..
    datanglah ayat ini
    kami bukan along
    cuma mahu tolong
    tolong tanam bunga
    bunga tahi ayam
    kalau tak cukup bulan
    bagi kami jari tangan
    potong buat hidangan
    kami bukan jahat
    cuma mahu berkhidmat
    bagi khidmat nasihat
    tolong cari tanah
    buat kubur sendiri
    kami tolong gali
    kain kapan semua percuma
    tolong tadah air mata
    air mata anak isteri
    buat siraman di pusara nanti...


    Pak Awang
    mengenang nasib jiran yang berhutang dgn along

    BalasPadam
  4. SIAPA MUHAMMAD

    siapa Muhammad? ramai sudah lupa
    siapa Michael Jackson? ramai puja
    lupa asal kita lupa petunjuk kita
    sudah moden katakan
    zaman sudah berubah
    tak releven lagi
    ummati...Ya ummati
    sampai akhir hayat
    sampai akhir kalimah
    masih ingatkan kita
    ummat akhir zaman
    capati...ya capati
    apa mahu makan nanti
    siapa mahu dimakan nanti
    lapar serba serbi lapar harta
    lapar pangkat lapar dunia
    roh terus kelaparan
    tak sempat diberi makan


    Ustaz Deris
    sedih apabila ada pelajar saya tak menghormati nabi muhamad

    BalasPadam
  5. DIA CUMA MANUSIA

    bila dia bersuara kau pekak telinga
    kau anggap suara dia tak berharga
    dia ingin kau tahu apa dia rasa
    tapi kau palingkan muka
    kau rasa kau berkuasa banding dia
    bagi kau apa kau lakukan betul
    apa ada pada dia cuma sekadar biasa
    berkali-kali kau lukakan hatinya
    tapi dia buat seperti tiada apa-apa
    kerana bagi dia kau segalanya
    di dalam dia sudah banyak derita
    apa kata sekali cuma,
    kau berikan dia ruang berharga
    kerana dia bukan sekebal waja
    boleh diketuk diguna sesuka
    dia cuma manusia.


    Puteri Bunian
    Kuiss
    11malam

    BalasPadam
  6. Kisah hutang along semacam menjadi budaya kehidupan masyarakat hari ini, Susah saja , cari along minta tolong, jalan pentas dan cepat. Sebenar jalan cepat masuk jerat.

    Dengan bunga yang berganda, anak isteri, harta benta, malah silap langkah nyawa pula jadipertaruhan. Mengikut iklan memamng sedap : Jalan Mudah Jika Susah. Sila datang jumpa along kami ada wang kami boleh tolong. Bila sudah teperangkap susah hendak cakap. Barulah tahu siapa along. Bila sudah berutang , banyak peras ugut dan Bulan lagi hendak tolong. Itulah orang yang sudah kena penangang utang dengan along.

    BalasPadam
  7. Ustaz Deris dengan rasa kekecewaannya dengan gelagat anak sekolah dinihari, mereka lebih mengenali penyanyi dan pelakun dari mengenal dan mencontohi nama nabi dan sifat baik yang patut dicontohi yang di bawa oleh nabi dan para rasul.

    Sajak ustaz Deris bertajuk Siapa Muhamad anak Abullah? Seorang yang sayang dan mengenang umatnya hingga sampai akhir hayat dia masih menyebut berulang kali kerana cintanya kepada umatnya. Sedangkan lewat kebelakangan ini untuk menyebut nama nabi pun susah, bagaimana mungkinuntuk berselawat ke atasnya. Dan bagaimana mungkin untuk mendapat safaat nabi di hari akhirat nanti? Ibu bapa perlu mendidik dari sekarang selain dari guru yang mengajar membantu apa yang kurang.Amin.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  9. Sudah pun dibuat ulasannya tetapi hilang pula. Aneh juga. Megesahkan kehidupan Seorang isteri mungkin di pergunakan oleh sang suami yang bagai tidak memperduli akan pendapat dan pandangan isterinya, Di perlakukan si isteri bagai barang mainan, Suka dipakai tidak suka mahu dilemparkan saja begitu, langsung tidak ada rasa sifat perikemanusiaan.


    Begitulah sajak Puteri Bunian dengan sajaknya Dia Cuma Manusia , mungkin ingin mahu menceritakan penderitaan seorang isteri yang dirundung malang , hasil ketidak
    Perdulian atau memberi perhatian kepada isterinya..Semoga tidak begitu, Amin

    BalasPadam
  10. atuk en nuri baca apa plak?

    BalasPadam
  11. tinggi jgk ilmu atuk en nuri...

    BalasPadam
  12. ayat apa plak yg dia baca tu?

    BalasPadam
  13. eh! doa apa yg dia baca????

    BalasPadam
  14. atuk en nuri msti pengamal silat ni... sy pun ada ajar kat anak murid sy tentang ilmu penunduk babi hutan ni...

    BalasPadam
  15. babi hutan tu mcm bodo jer... hehehe

    BalasPadam
  16. babi hutan tu mmg serang mcm tu ke? pakai serbu je? hhahaha

    BalasPadam
  17. mengelak sikit je babi hutan tu xdpt? hahaha

    BalasPadam
  18. bodo btol babi tu serang pejam mata plak? hehe

    BalasPadam
  19. atuk en nuri pegi cari apa plak kat pokok getah tu?

    BalasPadam
  20. sapa plak yg cakap kat belakang dia tu??

    BalasPadam
  21. TAJUK SAKA MENUNDUK BABI HUTAN? TP DALAM CERITA XDE PUN SAKA???? SILAP TAJUK KE???

    BalasPadam
  22. huh! ayat apa dia baca plak? misteri..

    BalasPadam
  23. en nuri xnk kongsi ke ayat yg atuk en nuri baca tu???/ sy nk thu jgk sbb sy selalu masuk hutan memburu...

    BalasPadam
  24. byk ilmu jgk atuk en nuri tu...

    BalasPadam
  25. hebat jgk atuk en nuri tu klu sy rasa dh lemah lutut dh...

    BalasPadam
  26. tenang saja atuk en nuri tu klu dh dh gelabah jgk nmpk babi hutan rupanya ada cara nak menundukan babi hutan...

    BalasPadam
  27. atuk en nuri turun x ilmu dia kat en nuri?

    BalasPadam
  28. hebat atuk en nuri! atuk sy hanya thu berkebun saja eh! jom tukar atuk nak x? hehehe melawak je ustaz jgn marah... hehe

    BalasPadam
  29. atuk en nuri tu yg cerita tok sidek ke??

    BalasPadam
  30. mcm mimpi hari kiamat jer...

    BalasPadam
  31. seram plak baca mimpi en nuri ni...

    BalasPadam
  32. mimpi en nuri mcm petanda hari kiamat plak?

    BalasPadam
  33. en nuri dh dpt petunjuk dalam mimpi smoga kita semua sedar dan insaf...

    BalasPadam
  34. sah! mimpi en nuri pasal hari kiamat la...

    BalasPadam
  35. tahun bila en nuri mimpi pasal bencana alam ni?

    BalasPadam
  36. meremang bulu roma baca pasal mimpi ngeri en nuri...

    BalasPadam
  37. en nuri xtnya org alim ke tafsir mimpi en nuri tu?

    BalasPadam
  38. berderau jgk darah sy baca mimpi en nuri... takut...

    BalasPadam
  39. en nuri ada tanya x apa ayat yg dia baca tu?

    BalasPadam
  40. atuk en nuri pengamal saka jgk ke?

    BalasPadam
  41. rasanya msti wali yg tegur atuk en nuri tu...

    BalasPadam
  42. saka dia kot yg tegur dia masa tu?

    BalasPadam
  43. terrer atuk en nuri selalunya org tua2 ni byk ilmu dorg....

    BalasPadam
  44. en nuri mimpi pasal apa la agaknya?

    BalasPadam
  45. en nuri mmg 1 dlm sejuta sbb di beri petunjuk olehNya pasal hari kiamat...

    BalasPadam
  46. en nuri ada tanya x ayat apa dia baca utk menundukan babi hutan? klu ada bagithu la kt kami jgk... hehe

    BalasPadam
  47. kenapa x tulis sekali ayat yg di bca tu en nuri???? hehe

    BalasPadam
  48. atuk en nuri ni msti bomoh ni...

    BalasPadam
  49. atuk en nuri tu pengamal perubatan tradisional ke???

    BalasPadam