Jumaat, 2 Julai 2010

KISAH SELOKA IMAM AL GHAZALI ramullah



Apakah satu kian jauh dengan kita?
Berbagai jawapan murid-muridnya benar
paling benar sekali kenangan masa lampau.

Apakah satu kian dekat dengan kita?
Berbagai jawapan murid-muridnya betul
paling betul sekali datang hari kematian.

Apakah yang paling besar di dunia ini?
Berbagai jawapan murid-muridnya tepat
paling tepat sekali rasa hawa nafsu besar. 

Seloka soal jawap imam al ghazali,
citera penuh maana dan sinis yang tajam
buat pengertian dan tatapan sebuah kehidupan.


Oleh: Nurimanja
Catatan Penceramah disurau.
diolah secara bebas untuk renungan,
tanggal 10 Rejab 4031h/diterbitkan 2/7/2010.

26 ulasan:

  1. PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 18 : TARIKH 2/7/2010

    GAMBARAN 13.

    Nabi Muhamad saw terdengar panggilan disebelah kanan (panggilan Yahudi) dan panggilan di sebelah kiri (pangilan Nasrani)
    Gambaran peritiwa ini, bagaimana budaya hari ini kita umat Islam telah pun terpengaruh dengan cara hidup orang Yahudi dan juga Nasraani. Contoh mudah: makan di atas meja kaki berjuntai, main bola sepak, rumah dua tingkat, makan dengan sudu,dan minum dengan stero.Pakaian yang bergantung dalam ala mari itu adalah tempat sarang yaitan dan iblis. rumah yang di petekkan getar itu tiap kali dipetek dimainkan sekor iblis akan lahir. bertopi sodok atau cap bukan berserban. buang janggut dan misai, ibubapa jadi hamba abdi kerana menjaga cucu kerana anak menantu semuanya keluar pergi bekerja.dan banyak lagi dlln.


    Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-


    1. Yahudi dan Nasrani adalah musuh ketat dan tradisi bagi orang Islam

    2. Golongan ini sentiasa berusaha membuat berbagai peranannya untuk
    menghancurkan umat Islam dengan berbagai pengaruh yang melekakan.

    3. Setiap orang Islam mesti peka dan waspada dengan taktik dari kedua gelongan ini cuma ntuk memesungkan akidah agama kita.

    Firman Allah dalam Al Quan surah Al Baqarah ayat 120; Kira ertinya:

    "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan meredhai engkau, sehinga engkau mengikut jejak langkah mereka (iaitu cara hidup mereka hari ini)"

    Sebab mereka dahulu pernah jadi bangsa yang ditindas, merempat tiada negeri,hari ini mereka bangun untuk menjadi bangsa yang akan menindas bangsa di dunia.
    khususnya umat Islam.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. SIRI 3 CERPEN: PERGINYNYA BERSAMA INGAUAN OLEH: NURIMANJA
    ___________________________________


    KEMUDIAN Tuk Wan Durani menyambung kembali kerja itu, dia meraut lagi bilah-bilah buluh yang belum dirautnya itu, mana yang telah siap disusun mengikut saiz dan dikara jumlahnya, barulah diiakt diletak di tepi dinding.


    Sesekalu Tuk Limah terdengar suara Tuk Wan Durani bagai menempek atau mengeluh serta mengertap gigi dan bibinya, jika bilah buluh yang dirautnya itu ada patah ataupun sayong. Hal ini amat difahami oleh Tuk Limah.


    Pada satu ketika , Tuk Limah nampak wajah Tuk Wan Durani begitu berseri-seri rupanya, lalu dia menghampiri Tuk Limah, lantas berkata; “Limah ini wangnya, harga bubu yang aku jual tadi, tidak banyak cuma tiga puluh ringgit sahaja, kau belilah apa yang patut,”


    Tuk Limah menyambutnya dengan kedua belah tangan,berseta hatinya gembira, lantas Tuk Limah mencium wang kertas itu, seolah seperti dia beryukur kepada Alah swt atas rezeki yang diberi, kemudian dimasukkannya dibawah lipatan kain.


    “ Pagi-pagi esok aku nak menorah getah , ambil upah di hujung kampong, Sebelah petang aku nak mencari buluh buat bubu lagi di kebun seberang.” Kata Tuk Wan Durani kepada Tuk Limah di satu malam


    Begitulah sikap Tuk Wan Durani selalunya. Hasil ambil upah potong getah dan jualan bubunya itu diserahkannya kepada Atuk Limah. Dia meletakan penuh harapan soal belanja dapur dan peralatan rumah kepada Atuk Limah.


    Tuk Limah masih ingat lagi, bagaimana Tuk Wan Durani meletakan penuh kepercayaan kepadanya, sehingga tembakau lambak kegemaran rokok daun nipah Tuk Wan Durani dia yang membelinya.


    Tuk Wan Durani tidak pernah makan atau minum di kedai kopi, tidak pernah membeli sesuatu yang sia-sia, Malah apa yang dibeli olh Atuk Limah , itulah yang diterima, termauk juga pakaiannya , Tuk Wan Durani tidak pernah membantah.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. KOTA KATA

    terbina kota
    di atas kata-kata
    bagaikan mahligai indah
    dalam impian
    dapat dipandang
    namun bukan untuk dipegang

    tiada janji
    tiada harapan ditaruhkan
    semuanya bagai angin
    serta membiarkan takdir
    menentukan arahnya sendiri
    yang tak pasti

    tangan kiriku
    mengenggam bara
    tangan kananku
    entah mengenggam apa
    ada terdengar suara
    tapi entah dari mana
    entah suara siapa

    kota diatas kata
    didalamnya sebuah cinta
    hangat dan membara
    seperti 7 lautan api
    kemudian sepi
    kemudiannya mati


    Guest
    5pagi
    kota kinabalu

    BalasPadam
  4. ULASAN:

    Sajak Guest jauh kau mengembara rombongan ke? Kota Kata sajak kedua agaknya,Pengucapannya bagai menagih janji , biasanya bila kita berkata, kena kota apa saja yang dikata. Walaupun dalam bentuk khayalan, belum lagi terluah oleh hati, tetapi jika sudah ada punbercita-cita untuk dikata dan dikotakan , teruskan, jika kita mengingat tuhan Pasti suara yang datang dari bisikkan hati yang baik untuk mencari pasangan. Agar ada tempat untuk berbual mesra, Allah gemar melihat akan hambanya berpasangan dengan jalan yang diredhai.Bukan berlalu sepi dan mati. Amin.

    BalasPadam
  5. eh! kiri kanan plak bisik? yahudi dan nasrani?

    BalasPadam
  6. nasrani bangsa apa plak???

    BalasPadam
  7. eh! yahudi dan nasrani nak goda nabi muhamad ke?

    BalasPadam
  8. eh! byk jgk budaya yhudi dan nasrani kita ikut?

    BalasPadam
  9. wah! menarik byk jgk gambaran yahudi ni...

    BalasPadam
  10. byk jgk budaya mereka yg kita ikut? berdosa x?

    BalasPadam
  11. alamak! smua perkara yahudi dan nasrani ke ni? kna elak ni..

    BalasPadam
  12. bagus btol tok wan durani ni.....

    BalasPadam
  13. sian tok limah kisah org tua2 rupanya cerpen ni...

    BalasPadam
  14. duit dia bgi kat bini dia smua! wah! bgus btol tok wan durani ni... nk kena contohi dia...

    BalasPadam
  15. tok limah ni xde anak ke?

    BalasPadam
  16. tok wan durani bg duit kt bini dia? aku xpnh plak bagi duit kt bini aku sbb bini aku keje lagi tinggi dr aku? hehehe

    BalasPadam
  17. eh! bgus pnya suami snggup bagi smua duit dia kat bini.... suami mithali ni..

    BalasPadam
  18. sdih plak baca cerita org tua2 ni? sayu hati...

    BalasPadam
  19. kisah seloka iman ghazali ni mcm pnh baca jer...

    BalasPadam
  20. sajak imam ghazali? mcm pnh baca je en nuri tukar jd sajak ke?

    BalasPadam
  21. mmg menarik sajak ni byk pengajaran la...

    BalasPadam
  22. btol apa yg dikata oleh imam ghazali ni kita kna ambik iktibar...

    BalasPadam
  23. sajak yg ringkas tp bermanfaat..

    BalasPadam
  24. akhir cerpen ni mcm mne la msti tok limah mati merana?

    BalasPadam
  25. tok limah sorg2 je ke? xde sapa ke bantu dia?

    BalasPadam
  26. sian tok limah xde sapa ambil peduli ke kt dia?

    BalasPadam