Khamis, 1 Julai 2010

DAILOG TIGA EKOR HAIWAN



Waktu maghrib telah masuk
azan pun berkumandang di udara
di tengah padang permainan bola
kelihatan anak muda masih bermain
dilihat:lembu, kambing dan kucing

lembu berkata kepada manusia:
"Cukuplah tu bermain bola.!
 Esok pula sambung semula!!"

Kambing pun menyampok:
"Bila hendak balik?
 Maghrib dah nak habis!!"

Kucing pula berkata;
"Tak solat tak risau?
 di akhirat nanti baru kacau"

Maka berkata ketiga haiwan itu:
"baik manusia menjadi haiwan,
 kami pula jadi manusia,
 akan kami tunduk dan patuh
 kewajiban kami kepada Allah swt.".

Oleh: Nurimanja,
catatan lama tiga empat tahun lalu
ketiga mendengar ceramah di sksa 2002.

35 ulasan:

  1. ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 17 : TARIKH 1/7/2010

    GAMBARAN 12.

    Nabi diperlihatkan gambaran Lembu yang berbadan besar keluar dari lubang sempit, kemudian bersusah payah ingin memasukxannya semula ke dalam lubang sempit yang tempat dia keluar tadi.Perbandingan gambaran ini bila saseorang yang suka bercakap besar, sumbung dan angkuh tehadap orang lain, pastinya bila dia ingin menarik balik katakata dan sikapnya selama ini memang sukar dan payah diterima,oleh masyarakat umum.
    Jadi kalau boleh, janganlah suka bercakap besar ataupun takbur.kata orang terlajak perahu boleh dibeluk, terlajak kata padah jadinya.



    Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-

    1.Sikap cakap besar, angkuh dan menyumbung diri ditegah dalam Islam.

    2.Sikap mazmumah ini boleh memutuskan tali silatun rahim sesama manusia.

    3.Setiap muslim patut menjauhi sifat mazmumah (terkeji) dan tidak sesuasi.


    Firman Allah alam Al Quran, surah Loqman ayat 18. kira maksudnya:

    Dan jangan kamu berpaling mukamu kepada manusia (miskin) dan jangan kamu berjalan di muka bumi ini dengan gaya berlagak sombong dan angkuh. Sesungghnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong,takbur,lagi suka mendabit dada dan membanggakan diri.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. SIRI 2 CERPEN: PERGINYNYA BERSAMA INGAUAN OLEH: NURIMANJA.
    ___________________________________________________________________


    Dari tanggunjawab ini jugalah yang membuat Tuk Limah dan Tuk Wan Durani bekerja keras tanpa mengenal penat lelah, malah lebih cegal dan gigih mencari rezeki setiap hari.

    Berbagai usaha dan kerja dilakukannya untuk menadapat rezeki bagi menanpong perbelanjaan hidup mereka empat mulut , agar tidak mati kelaparan dan kebuluran.Demi menyambung sisa-sisa hidup yang tinggal sadikit saja lagi.

    Di sebelah malam Tuk Wan Durani membuat bubu ubluh untuk kegunaannya dan sebahagian lagi dijualkannya ke pasar hari, jika ada orang menempah, Tuk Wan Durani akan membuat sebanyak mngkin yang terdaya olehnya.

    Di siang hari Tuk Wan Durani akan berhmpas pulas di kebun getahnya yang sudah tua dan malas pula mengeluarkan hasil susunya lagi.
    Tetapi kerana Sanah dan Suria, Tuk Wan Durani tidak menenal erti penat dan lelah.

    Kekadang Tuk Wan Durani tidur telalu sadikit, sehingga ayam berkokok dua tiga kalibaru dia masuk tidur dan merebahkan diinya sebentar.Tetapi sebelum murai berkicau Tuk Wan Durani telah bangun bersiap sedia keperluan barang pergi ke kebun.

    Tepat jam empat atau empat setengah pagi Tuk Wan Durani telah turun dengan bekalan lampu luhnya meredah kabus pagi menyembah pokok getahnya unuk memungut hasil toresan getah tua di kebunya, kerana waktu begitulah ada banyak sadikit getahnya mengalir.

    Tuk Limah terasa semacam ternampak Tuk Wan Durani tercatuk di hujung anjung rumah mereka malam itu. Tuk Limah Nampak Tuk Wan Durani seperti membilang-bilang bilah buluh yang telah dirautnya.

    Seperti biasa Tuk Wan Durani akan berhenti seketika bila terasa jari tangannya lengoh dan letih.
    Tuk Wan Durani akan membuka celepak rokok daunya.Pelahan-lahan dia akan mngeluarkan rokok daun nipah bersama tembakau lambak kegemarannya. Kemudian membauat sebatang rokok daun nipah dan mengisapnya.

    Sesekali Tuk Limah terdengar air dari dapur jatuh ke limbah. Mungkin Tuk Wan Durani membuang air kecil agaknya. Sesekali terdengar pula bunyi cawan berlaga dengan piring, ini mungkin Tuk Wan Durani sedang menghirup kopi panas yang telah tersedia isi di dalam plas, kerana untuk menahan dari mengantok bila hari jauh malam.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. SUTERA PUTIH

    Lahir bermandi darah
    Sutera putih tiada merah
    Corak kian ditarah
    Petak segi bagai
    Sutera putih itu
    Jalur dicorak
    Jalur tercorak
    Bulat dicorak
    Bulat tercorak
    Namun sutera putih itu
    Ada hati
    Ada nyawa
    Ada naluri untuk bicara
    Biar ada rasa
    Sutera putih itu
    Tiada harus bisu
    Di sayang..ditatang
    Bagai minyak yang penuh
    Bagai beras segantang..
    Sutera putih itu..
    Sayang..


    Tetamu Malam
    12malam
    sabtu

    BalasPadam
  4. ULASAN:

    Sutera Putih sajak daripada Tetamu Malam, Sajak ini agak menarik kita boleh membuat dua andaian satu mungkin: menceritakan sesuatu tentang lambang dibuat
    dari kain sutera putih, dijalurkan dicorakan, kemudian diberi maana atau pun pengertian, Setiap sembul dan corak dan jalur mengikut keadaan sebuah negara dan situasi bangsa dan kaum atau agama yang dianutinya dan perlu dijaga sebagai lambing kebanggaan sebuah negara. Dan andaian yang kedua: Mungkin dimaksudkan, di sini seorang bayi yang baru lahir bagai kain putih,di asuh dan dididik, mereka punya hati dan peasaan.
    Minta disayang dan serta ditatang,seperti jaga minyak yang penuh, jika kita tersalah corak, jadilah mereka Majusi atau pun Nasrani. Sebab kanak-kanak itu bagai kain putih. ibu bapalah yang perlu pandai mencoraknya, amin, Cuma andai sahaja.

    BalasPadam
  5. eh! gambaran lembu tu sbb org ske cakap besar rupanya...

    BalasPadam
  6. isk... seram dgr lps ni x boleh ckp besar dh....

    BalasPadam
  7. smoga kita smua x tergolong dlm gambaran yg nabi nampak ni...

    BalasPadam
  8. eh! kenapa plak kali ni gambaran lembu plak?

    BalasPadam
  9. byk jgk gmbaran nabi tgk ni smua menakutkan plak?

    BalasPadam
  10. mmg menginsafkan gambaran2 nabi nmpk ni...

    BalasPadam
  11. mmg sian tok limah ni... sayu je hati bila baca....

    BalasPadam
  12. mana anak2 tok limah dorg x tolong ker?

    BalasPadam
  13. xde dialog plak cerpen tok limah ni?

    BalasPadam
  14. cerita psl org tua2 plak kali ni? mmg best...

    BalasPadam
  15. smoga anak2 yg mengabaikan ibu bapa insaf baca cerpen en nuri ni...

    BalasPadam
  16. sedih dan insaf baca cerpen en nuri kali ni....

    BalasPadam
  17. jiran2 x tolong ke? sian smua keje tok limah buat sendiri?

    BalasPadam
  18. wah! sekali binatang pun bersuara! hehe

    BalasPadam
  19. sajak kali ni lain dari yg lain.. syabas!

    BalasPadam
  20. teruskan menghasilkan sajak2 yg pelik2 mcm ni beu best baca.... hehe

    BalasPadam
  21. ape2pun mmg malu manusia kpd haiwan sbb haiwan lebih mengerti....

    BalasPadam
  22. haiwan pun tahu azan kena smbhyg manusia! adoi... lalai....

    BalasPadam
  23. malu plak baca sajak en nuri mcm kena kat aku je? malu btol kt binantang mcm ni...

    BalasPadam
  24. binatang lagi tahu hormat azan manusia siap boleh main bola lagi bila azan? adoi...

    BalasPadam
  25. lps ni kena lebih peka dgn azan sbb kdg2 aku pun terlupa jgk bila dh seronok main bola...

    BalasPadam
  26. klu binatang tu boleh cakap la? mmg dorg tegur manusia yg lalai... menarik sajak ni...

    BalasPadam
  27. smoga sajak kali ni memberi iktibar kpd kita semua...

    BalasPadam
  28. sajak kali ni mengingatkan kita tntang solat.. terima ksih...

    BalasPadam
  29. ape2pun lps ni kena lebih pndai! hehe klu azan smua keja buat kena berhenti....

    BalasPadam
  30. sajak binatang brcakap plak? wah! sajak menarik! thniah!

    BalasPadam
  31. aku pun katogori lalai jgk ni? adoi.. malu aku kt binatang sbb dorg lebih arif...

    BalasPadam
  32. dulu en nuri suka buat sajak binatang lps tu behenti sekejab ni smbung balik plak? hehhee

    BalasPadam
  33. dunia azkhir zaman mnusia alpa! malu dekat binatang dorg lagi thu...

    BalasPadam
  34. binatang lebih pandai hal2 azan ni manusia terbalik skrg,... adoi...

    BalasPadam
  35. walau sebanyak dan sebesar mana sekalipun dosa kita, Allah akan ttap mengampunnya,jika ada kemahuan taubat.Kecuali syirek (duakan Tuhan)
    nyawa di khalkum, hampir Qiamat.Dosa yang lain insyaallah akan diampun...

    BalasPadam