Selasa, 22 Jun 2010

PUISI ORANG BERIMAN


Buat orang beriman
Banyak muhasabah diri
Sehari semalam baginya
cuma ada tiga waktu sahaja
Siang bekerja bersama keluarga
malam menulis mencatat peristiwa
bangun malam menyerah kehujung pagi

seorang iman Attabari
tidak ada masa memfitnah
membuat perkara yang laghou
apatah lagi maksiat dan mungkar
sesungguhnya Allah tidak menjadikan
sesuatu itu bukan perkara yang main-main
kerana ada syuga dan neraka bukannya sia-sia.



Oleh : Nurimanja,
jumaat pagi jam 9.00
waktu Malaysia Barat 2010.

35 ulasan:

  1. ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 8 22/6/201(B)


    GAMBARAN 3.

    Ada bau wangi kubur tukang sisir rambut anak Firaun (Masyita) dan anaknya.Bagaimana ceita Masyita,
    suatu hari dia sedang menyisir rambut anak Firaun,sikatnya patah dia menyebut kalimah Allah, bila anak Firaun itu tahu dia memberi ahu ayahnya,Fiaun marah kerana dia menyangka dirinya Tuhan , tiada tuhan lain lagi. Keluarga Masyitah dan anaknya di hukum masukkan ke dalam kawah air panas sehingga mati.


    Cerita tambahan: untuk menilai kimanan dan ketauhidan seorang itu;Pada zaman dahulu seorang raja yang begitu kuat kusaanya
    telah menyerang sebuah kampung yang beriman, seorang daripanya penduduk kampung itu tidak mudah mengalah,sehingga ditangkap
    dan dibawa hadapat raja kapir, dia dijatuhkan hukuman pancung kepalanya, tidak jadi apa, kebal. Akhirnya dia berkata, kalau benar
    tuanku mahu tahu kekebalannya , sediakan kain putih yang panjang dan lebar, dan pacunglah kepalanya,
    dan lihatlah darahnya, setelah dipancung darahnya pun memancut keluar, lalu tertumpahlah ke ataskain putih itu, kemudian terbentuklah kalimah syahadah.
    Raja kapir itupun terpegun..Bawaha ada kekuasaan Allah.


    iktibar dari peristiwa ini.

    1.Keimanan yang teguh perisai bagi menghadapi sebarang ujian dan dugaan

    2.Allah akan melipat gandakan pahala ke atas orang yang mempertahankan keimanan di hadapi peretah yang zalim,

    3.Kemuliaan seorang terletak di atas kekuatan keimannya.

    Dalil Al Quran; Al Ankabut ayat 2 dan 3;

    Kira maksudnya:.
    Bolehkah seorang yang berimanan dengan berkata; Kami sesungguhnya beriman, tetapi tidak dilakukan ujian keimannan keatasnya.
    Allah telah menguji iman orang terdahulu, untuk mengetahui kimanan mereka kepada Allah atau sekadar mereka berdusta saja.

    Allah tidak akan mengiktirap iman sesaorang itu sebelum dia diberi ujian yang setimpal dengannya.

    BERSAMBUNG ESOK.

    BalasPadam
  2. CERPEN:AKHIR KEMBALINYA SEORANG MUALLAF OLEH; NURIMANJA.


    KURANG lima belas minit masuk waktu maghrib , kini sampai ke senja matari hari itu tidak menampakkan dirinya. Kerana hujan renyai-renyai masih menguasaai suasana di tanah prkuburan itu, malah nyamok dan agas sudah mulai mencari mangsa.

    Semua orang kampong telah mulai menuju ke majid dan bebrapa orang pemuda India di estate itu, bersama Nyonya Chu Thou dan anak lelakinya pun berangkat segera pulang.Umai dan Harban Sing , Fatimah dan dua anaknya telah pulang ke rumah peningalan aruah Mahmood.

    Setibanya di persimpanngan jalan Wak Jawa dan isterinya telah menjemput Fatimah dan anak-anaknya tinggal bersama mereka. Sebelum mereka pergi Umai sempat pula menghulurkan wang sebanyak lima puluh ringgit, bersama wang derma orang ramai dari estate, seratus lima puluh ringgit kepada Fatimah kakak iparnya

    Umai juga berjanji akan membantu mereka sekluarga dengan memberi belanja setiap bulan bila dia mendapat gaji nanti. Umai berasa sayu dan sedih melihat kedua anak saudaranya itu, namun kehendak tuhan tidak siapa yang tahu.

    Hampir jam sepuluh malam setengah barulah Umai dan Harban Sing pulang
    ke rumah bujang mereka di estate. Walaupun dalam keadaan hujan masih renyai-renyai yang masih lagi belum berhenti.

    Setibanya di rumah , Umai tidak dapat tidur sehinggalah ayam jantan berkokok dua kali,baru saja dia terlelap, dia terkejut semula, bila suara murai berbunyi dan kokok ayam bertalu- talu menganggu cuping telinganya.

    Di luar rumah hujan pagi mulai beransur-ansur reda. Sang matahari mulai menampakkan dirinya, dengan hati yang sedih bercampur duka. Umai bangun perlahan-lahan , lalu membuka jendela biliknya dan menungkat dagu dia bermenung panjang.


    Dalam hatinya berkata:
    “Papaku sudah tiada lagi. Abangku sudah kembali. Mereka semua telah kembali dalam keadaan mualaf, Aku juga seorang malaf, Apakah aku juga akan kembali seperti abang aku. Kembalinya seorang Mualaf,”


    SELESAI. OLEH: NURIMANJA 23.June, 2010.

    BalasPadam
  3. KU SELUK PEKASAM KU CIUM KASTURI

    Berakit kehulu berenang ketepian
    Itu pesan kurun berzaman
    Kadang dipegang kadang hilang
    Adat susah bergaul resah
    Payah pun payah
    Susah pun susah
    Tiada endah demi tuju jalan satu
    Jalan janji temu syurga
    Biar bergolak kata hati
    Ku seluk pekasam
    Namun pasti kucium kasturi
    Alang menyeluk ke pangkal lengan
    Biar wangi seluruh alam
    Semerbak harum
    lahir sejuta rasa sayang
    Menimbus segala benci dan caci
    Menimbul segala iri hati
    Ku seluk pekasam
    Namun kasturi tegap kasturi
    Biar janji tiada tinggal janji
    Jadi bukti dengan segala jadi
    Kuseluk pekasam kucium kasturi..


    Abang
    Terangganu

    BalasPadam
  4. ULASAN:

    Abang dengan sajaknya Kuseluk pekasam kucium kasturi. Mengisi uang sajak Cr kali ini, Abang menceritakan semangat cikal hati untuk mencapai cita-cita, biarpun begadai bergolok demi mencapai wawasan hati dan cita usaha terus diburu, kini tidak hairanlah bau pekasam yang diperam sekian lama menghasilkan bau kasturi yang harum. Agak ada sedikit perbidalan Alang-alang menyeluk pekasan biar sampai panggal lngan, alang-alang kita mandi biar basah bandanku ini Tahniah Abang seorang anak murid en nuri! Agaknya.

    BalasPadam
  5. wah! mmg akhir cerpen ni mmg menarik! :)

    BalasPadam
  6. umai insyaallah anda akan matis sebagai mualaf klu anda x masuk agama anda semula... hehe

    BalasPadam
  7. sian anak dn istri mahmod....

    BalasPadam
  8. org mualaf klu mati masuk surga klu x silap sy sbb mereka bagai bayi bru lahir....

    BalasPadam
  9. smoga roh mahmod dicucuri rahmat... amin...

    BalasPadam
  10. sian umai... jgn risau kamu jgk akan masuk surga....

    BalasPadam
  11. smoga umai tabah hadapi smua ni...

    BalasPadam
  12. sian umai skrg tinggal sebatang kara la...

    BalasPadam
  13. aku rasa msti umai kwin dgn kakak ipar dia nnt...

    BalasPadam
  14. sian umai... mmg sedih cerpen ni...

    BalasPadam
  15. umai ni x kwin2 smpai hbis cerita ni.... kesian...

    BalasPadam
  16. cerita btol ke ni? mmg sedih giler.....

    BalasPadam
  17. eh! patutlah tajuk dia perginya seorang mualaf?

    BalasPadam
  18. wah! smpai mcm tu sekali kejamnyer firaun!

    BalasPadam
  19. jahatnyer firaun! org sebut kalimah Allah pun dia marah!

    BalasPadam
  20. agak2 la nak sebut kalimah Allah pun x boleh ker?

    BalasPadam
  21. eh! xkn sebut kalimah Allah pun firaun nk bunuh! jahatnyer...

    BalasPadam
  22. eh! mmg ajaib! smpai darah pun ada kalimah Allah..

    BalasPadam
  23. eh! mmg besar kuasa Allah darah pun ade kalimah Allah! masyaallah...

    BalasPadam
  24. kubur bau wangi??? wah! ajaibnyer....

    BalasPadam
  25. firaun dan tutankhanun ape beza???

    BalasPadam
  26. gila apa firaun ni? ada plak nak serang kmpung org alim... gila mmg gila!

    BalasPadam
  27. firaun mmg org xde otak ikut kepala dia jer! mcm bdk2 di flat saizul jgk! bongek!

    BalasPadam
  28. gila firaun keja nk pancung org je! mmg bodo!

    BalasPadam
  29. firaun ni katogori mcm hitler jgk la... kejam! hehe

    BalasPadam
  30. sedihnyer sebut nama Allah je kena humban dalam air panas! aduh...

    BalasPadam
  31. aku xpnh jmpe org mcm firaun! mmg jahat giler firaun ni!

    BalasPadam
  32. best cerita israk mikraj... sambung lagi en nuri....

    BalasPadam
  33. kubur anak firaun bau wangi?? pelik jgk...

    BalasPadam
  34. panjang jgk cerita israk mikraj ni....

    BalasPadam
  35. Kavin Chong!

    Kubur yang wangi itu keluarga masitah dan anaknya bukan anak firuan.

    Sebab anaknya juga dimasukan ke dalam priuk air panas itu sebelum
    dia dihumankannya.

    BalasPadam