Rabu, 23 Jun 2010

PEDULI APA ORANG LAIN KATA


Bila ada ilham untuk menulis
tulislah apa yang kau rasakan
tidak perlu kisah siapa kita,
bukanya seorang penyair Agong
atau meniru gaya siapa-siapa;
tulis apa yang kau  mahu tulis
ilham itu hanya pemberian tuhan
mengapa kita mesti berkira-kira
siapa yang kepenging membacanya
silakan,ambillah tulisanku ini
bukannya aku ada menanggung rugi,
ilham pasti datang bila jiwa tenang.
aku sekadar suka-suka untuk berbicara
dengan kawan-kawan,teman dan sahabat
kerana tuhan mempersuaikenalkan kita
diruang blog gurau senda berbual mesra
aku tidak akan rugi atau pun muplis
kerana ilham itu bagai laut yang luas
terlalu sukar untuk kita keringkan
walaupun panas seribu tahun lamanya
atau bila engkau ceduk setimba darinya.
dan ikan juga tetap tawar di laut masin
aku pun rasanya kepengin jadi begitu....
.
Oleh; Nurimanja,
waktu ketiadaan idia
kita pun terasa gelisah
jun, 2010 ahad, hujung minggu

30 ulasan:

  1. ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 9 23/6/201(B)


    GAMBARAN 4.

    Nabi Muhamad saw melihat manusia yang memecahkan kepalanya dengan batu(makudnya menghantukkan kepalanya ke batu yang keras)


    Solat ini amat berat walaupun ambil masa cuma lima enam minit sahaja, tetapi mengerjakannya amat berat? contoh solat subuh.
    pahala paling banyak solat subuh berjumaah, nombur dua, solat assar, zohor ,issa dan maghrib pahala sadikit, tetapi solat
    inilah yang paling ramai orang mengerjakannya.kerana dilihat orang, takut ada perasaan riak. itlah ditambahkan dengan solat
    sunat dan ceramah atau baca Quran.dlln.

    Bukankah waktu ebuh kita sedang enank tidur, lalu kata dalam bang subuh, solat itu lebih baik dari tidur...Tetapi kepala masih berat untuk diangkat. Sebenarnya ada tiga ikatan sewaktu manusia itu tidur oleh iblis, Bila kita membaca doa bangun tidur terbuka satu ikatan, ambil pula wuduk terbuka ikatan kedua, kerja solat subuh, terbuka semuanya ikatan, dan kita pun kembali segar. Amin


    ikhtibar dari peristiwa i i:


    1. Balasan yang dahsad kepada orang yang malas dan berat kerja solat.

    2. Solat adalah ibadat wajib, diutamakan bagi setiap individu muslim.

    3. Setiap orang Islam mesti utamakan ibadat dan memelihara solatnay dalam keadaan apa juga sekali pun


    Dalil Al Quran suah Al Ankabut ayat 45 kira etinya;

    Dan dirikanlah solat, sesunguhnya solat itu dapat mencegah perkara yang keji dan mungkar,


    BERSAMBUNG ESOK.

    BalasPadam
  2. CERPEN BERSIRI 1 BERTAJUK : MENCARI KETENANGAN OLEH: NURIMANJA BROWN GARDEN. GELUGUR, PULAU PINANG.
    ____________________________________________________________________



    SELEPAS solat issa, aku malas untuk menunggu jamuan makan malam jumaat: Begitulah keadaan penduduk di taman perumahan ku, setiap malam jumaat ada sahaja kenduri tahalil dan doa selamat
    dilaksanakan.


    Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku terasa hendak segera bergegas pulang. Tidak seperti malam-malam jumaat yang lalu atau lainya, aku akan duduk dulu berbual-bual , atau bertanya kabar dengan kawan dan kekadang bertanya hukum hakam kepada Pak Haji atau pun Pak Lebai.


    Aku menghidupkan enjin kereta, memandu dengan pelahan, kemudian meninggalkan pekarangan masjid, meredah malam yang mula berlabuh itu. Dikiri kanan jalan raya, lampu-lampu masih terpaksang, terang benderang. Orang ramai masih lalu lalang, mungkin hendak pulang ke rumah masing-masing.


    Di sebatang jalan yang memisahkan tanak kebun dengan perkampungan Melayu yang tinggal sadikit sahaja lagi itu, Aku lihat ada bayang-bayang hitam yang berdiri dan merentang jalan di hadapanku.


    Aku memberhentikan kereta. Dalam kekalutan berfikir, lembaga itu jatuh dan tersungkur ditepi jalan raya itu. Hatiku bertambah cemas. Peluh keharuan membasahi tubuhku.


    Jalan di sini agak lengang sadikit. Kebimbangan kian bersarang di hatiku, Aku cuba memberanikan diri dengan pelahan aku memberhentikan enjin keretaku, kemudian menolak pintu kereta, aku turun untuk menhampirinya.


    Aku menapak pelahan-lahan sambil memerhati kiri dan kanan , tidak ada siapa pun disitu. Lalu aku cuba menghampiri lemaga itu biar lebih dekat lagi. Ahh! Alangkah anihnya. Dan terkejutnya aku; Apa yang aku lihat seorang anak gadis Cuma berpakain baju tidur dalam keadaan tidak sedarkan diri.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. TAK PEDULI

    biar saja aku menjerit
    sedih dan pedih
    runtuhkan gunung jadikan gaung
    curam dalam meniupkan ribut laut
    hanyutkan pulau karang
    peduli apa lagi?
    aku sudah tak peduli diri
    kelak bila aku mula lupa
    pada siapa namamu,
    apakah pada suatu waktu
    kita pernah bertemu?
    untuk apa lagi ambil peduli
    pada jiwa sepi yang mati?
    jika ini suratan
    kita hanya ditemukan
    satu titik digarisan bersilang
    jika suaraku juga tidak akan ada
    sesiapa ingin mendengari


    Musafir Jalanan
    Di kaki Lima
    9pagi

    BalasPadam
  4. ULASAN:

    Sajak daripada Musafir Jalanan .Adik beradik ke dengan Penyaer Jalanan? Tak ada. Sajak Engkau kali ini menyentuh tentang peribadi hal kehidupan sehariaan. Maaf Engkau memang anak jantan. Engkau buat apa saja yang engkau rasa betul dan diredhahi Allah. Jangan peduli apa orang lain kata. Kerana sesuatu yang susah dan yang menanggung derita adalah anda. Jika sekadar mempu begitu, teruskan. Dan sesungguh Allah amat pengetahui ke atas umatnya yang susah dan yang senang.amin!

    BalasPadam
  5. eh! solat subuh pahala byk ke? alamak! aku jarang jgk solat subuh ni... hehhee

    BalasPadam
  6. klu x smbhyg akhirat dia akan hentak kepala di batu ker? alamak!

    BalasPadam
  7. lps ni kena rajin la solat... hehhee

    BalasPadam
  8. panjang jgk cerita israk mikraj ni...

    BalasPadam
  9. bahaya jgk org yg mlaas solat ni... adoi... byk dosa aku ni...

    BalasPadam
  10. alamak! solat tu pnting jgk ya? lps ni aku kena selalu solat ...

    BalasPadam
  11. wah! menarik info ni... smoga kita smua dapat iktibar...

    BalasPadam
  12. lagi lama baca lagi byk pengajaran dapat dalam israk mikraj ni....

    BalasPadam
  13. huh! klu x solat akhriat kita akan hentak kepala kat batu ker? seram plak dgr...

    BalasPadam
  14. huh! aku dalam cerita ni en nuri ker??? wah! pmpuan tgh mlm! perghh!! klu sy jd en nuri x thu la... hahahahhaa

    BalasPadam
  15. aku rasa pmpuan tu lari dari rumah sbb ayah tiri dia nk rogol dia kot? hehhe

    BalasPadam
  16. misteri jgk tetiba ada pmpuan tgh2 malam ni?

    BalasPadam
  17. ni cerita en nuri ker??? seram plak cerita ni...

    BalasPadam
  18. pmpuan malam2??? pontianak kot???

    BalasPadam
  19. wah! pmpuan malam2 pakai bju tido?? aku rasa pmpuan gila la...

    BalasPadam
  20. tgh2 mlm plak ada pmpuan???? sah! tu langsuir!!!!

    BalasPadam
  21. eh! berani plak en nuri turun malam2 tgk? klu sy blah mcm tu jer....

    BalasPadam
  22. eh! en nuri siap turun lagi tgk! bahay en nuri mne thu dia tu perompak ker....

    BalasPadam
  23. klu aku jmpe pmpuan malam2 mcm tu? sah aku ambik bawak balik umah! hahahahhaha jahat btol aku...

    BalasPadam
  24. sapa pmpuan tu? roh ape?

    BalasPadam
  25. aku rasa pmpuan tu mngkin lari sbb ade org nk bunuh dia kot? mcm dalam drama jgk la...

    BalasPadam
  26. misteri plak ada pmpuan mlm2??? sapa pmpuan tu?

    BalasPadam
  27. masa ni en nuri pergi jamuan ape????

    BalasPadam
  28. aku rasalah pmpuan tu msti ade kat jamuan makan sebelum ni...

    BalasPadam
  29. malam jumaat plak buat kenduri? wah!

    BalasPadam
  30. ade jamuan mkn malam kat masjid ker?? kenduri doa selamat ker?

    BalasPadam