Sabtu, 1 Mei 2010

INGINKU CERITAKAN

-buat rangmuda kini-

Hari-hari yang mendatang
dan hari-hari yang pergi,
semuanya telah meninggalkan
sebuah cerita beban yang berat
untuk rangtua memikulnya,
kini terasa penat dan lelah
bagai tidak terdaya lagi,
badan pun perlu rasanya
ingin bersandar di kerusi malas
bagi membuang sisa sisa keletihan.

Kini biarkanlah rangmuda
menyambung segala perjuagan
yang dikira belum lagi selesai,
rangtua pun telah  mengisut usia
cukuplah sekadar sebagai penasihat
bagi mengalakan dan membetulkan
untuk menolong apa yang kurang,
kerana rangtua kini disalut kedhaifan
tidak akan terdaya lagi menilainya
segala masalah yang datang mencurah.
pada bumi yang penuh bergolak ini.

Oleh : Nurimanja,
waktu  senja merah semalam,
di kaki langit di lautan tenang, 30/12/2009

9 ulasan:

  1. SEORANG PENGMBARA DENGAN NENEK TUA.


    Seorang pengembara menjual kain di daerah pendalaman dia singgah di sebuah kampung. Sehingga hujung senja Pengembara tumpang menginap di sebuah rumah nenek tua di hujung kampung itu

    Sewaktu makan malam nenek tua menyediakan makanan ala kadar yang ada, disebabkan terlalu leteh dan lapar nasi yang disediakan telah habis dimakan, si pengembara itu ingin menambah nasi yang dimakan, hendak diminta terasa malu, lalu dia memanggil nenek tua itu dan menunjukkan pinggan nasi yang telah kosong itu, sambil berkata. Berapa harga pinggan kosong ini?

    Nenek tua ini tahu akan muslihat, bahawa Si pengembara ini ingin menambah nasi lagi , sedangkan nasi di periuknya telah habis,

    Kemudian nenek tua itu pun segera kedapur diangkatnya periuk kosong dan ditunjukannya kepada si pengembara sambil berkata, Pinggan kosong itu sama harganya dengan periuk nasi kosong ini.
    TAMAT.

    BalasPadam
  2. CACI MAKI AKU TETAP DISINI

    herdik pekik Maki caci
    Kalau itu yg kau mahu
    Aku tetap di sini

    Caci maki pekik herdik
    Kalau kau puas buat begitu
    Aku tetap di sini

    Pekik maki herdik caci
    Kalau itu cara kau memaafi
    Aku tetap di sisi

    Maki herdik caci pekik
    Kalau itu kata hatimu
    Aku tetap di sini
    Di sini.. Tetap disini..


    Putera Damien
    ada masalah sikit dengan aweks
    3ptg

    BalasPadam
  3. ULASAN


    Caci maki Aku tetap Disini. Sajak Putera Damien, Pengunaan bahasa yang agak piutis dan berirama. Cuma penceritaannya yang kau maksudkan agak jiwajiwa kekecewaan dengan seorang yang kurang senang dengan sikap kau. Kau sumbat saja telinga dengan kapas, biarlah dia
    muntah metedarah berapa karung dia maki hamun pun kau tak tahu apa. Tapi kau masih setia dengan aweks begini. Atau kau yang buat hal, pastilah dia naik hot.kalau salah
    minta maaf, pujuk ...

    BalasPadam
  4. Dalam sajak tambahan ini, sayaletekan
    sajak legenda,dan cerita tauladan utk
    mengisi ruang ulasan.

    Cerita Tauladan ini disusun secara
    bebas, cerita ini pernah tersiar dlm
    blog 1001 sadikit masa dulu.crita ini
    saya tulis bersama biodata saya pada
    2002.

    BalasPadam
  5. pandai org tua tu? ade chemistry je dgn anak muda yg dtg umah dia tu..

    BalasPadam
  6. klu aku la pengembara tu angkat pinggan tanya harga aku kata je rm2!! hahaha

    BalasPadam
  7. eh! nenek tu paham plak? pengembara tu angkat pinggan? hehe

    BalasPadam
  8. huh! nenek tu pandai plak thu2 je pengembara tu nak tambah nasi lagi? hehe

    BalasPadam
  9. siapa yang ingin mengikuti sadikit latar belkang Pak Ndak Mahmud,
    sila baca cepwn : HATI ORANG KAMPUNG.
    dalam ruagan NSCR 1.

    Sekian buat manda yang masih sedia
    bersama blog CR ini Thank you.dan terima kasih kembali Selamat bersantai.

    BalasPadam