Ahad, 2 Mei 2010

GUNUNG GANANG ADALAH PASAK BUMI


Kejahatan tangan manusia yang cuba merobek
menarah dan menggondolkan gunung bukit bukau
amat keterlaluan rasa lewat kebelakangan ini,

Gunung ganang adalah paku atau pasak bumi
1/4 sahaja yang diperlihatkan oleh Allah
3/4 lagi masih terbenam jauh di perut bumi
jangan kalian ubah cengkaman kedudukkannya,

Allah telah mengaturkannya dengan tersusun
di tengah pulau banyak bukit gunung ganang
di utara dan selatan nampaklandai dan pantai,

Dari jauh nampah tegak orbit di tengah laut
supaya tidak terasa goyang dan gongcangan
kerana tidak mengubah struktur semulajadinya
kecuali taqdir Allah yang telah ditentukan.

Oleh : Nurimanja,
Catatan Penceramah Bebas.
lewat pertengahan April 2010.

19 ulasan:

  1. CERPEN ANAK PEREMPUAN SIMPANAN SIRI AKHIR : NURIMANJA.

    MAM juga terkenang Abang Muda yang baik hati itu, terasa Man mahu mengikut Abang Muda pergi ke mana sahaja. Tetapi man tidak pernah berkata begitu kepada Abang Muda.

    Man benci tengok muka mama yang garang tidak tentu pasal.Man tahu dia selalunya tidak bersalah, tetapi Mama tidak mahu fakir itu semua, jika orang lain yang buat salah, Man juga yang menerima sasaran daripada Mama.

    Man hairan kenapa Mama tidak beri berkwan dengan Matnor, Ali, Usof , Yati, Nora dan Mimi itu. Mereka bukannya budak jahat, mereka baik juga dengan Man. Tetapi Mama yang selalu marah.

    Man tidak boleh tidur malam itu, menjelang tengahmalam, Man dengar ada orang ketuk pintu , tetapi tidak kuat, seketika Mama pergi membuka pintu dan kembali semuala ke bilik tidur.

    Man yang bersembunyi di bawah katil sejak petang tadi, kian bertambah takut, kalau Mama menceritakan apa yang berlaku kepada papanya. Man terus mendiamkan diri seperti tikus.

    Hampir lewat waktu pagi Man terasa perutnya memulas dan ditekan rasa kelaparan yang amat sangat, telah beberapa kali perutnya berbunyi, Man tekan dengan jari-jarinya. Man bercadang hendak keluar dari bawah katil itu.

    Man merangkak pelahan-lahan , sewaktu kepala Man terjengul keluar
    Man cuba curi pandang di atas katil itu. Dari cahaya lampu yang samar-samar menerjah masuk kebilik itu. Man nampak ada dua batang tubuh tidur berpelukkan tidak berbaju.

    Bila Man cuba bangun untuk menolak daun pintu bilik itu, Man terpaku
    Memandang. Man menjadi bertambah hairan, semua bertanyaan bagai
    bersarang di benak hatinya.

    Man perhati betul-betul siapa lelaki yang tidur di atas katil bersama Mama nya itu. Sesudah Man perhati dan amati, Langkah Man bagai terhenti . Man tidak dapat berkata apa-apa, dia berlari keluar.

    Alangkah terkejutnya Man , rasa bagai tidak percaya, mahu dia memekek sekuat hatinya, dan tidak mahu melihat dan tidak sepatutnya di ketahui oleh kawan-kawannya, Bahawa batang tubuh lelaki yang tidur bersama Mamanya itu adalah Abang Muda.

    SELESAI. (Ahad)

    Anda boleh membuat andaian apa sajak? Apakah pengajarannya dan kesan yang parah pada Man. Fikir-fikirlah bagai seorang ibu. Ini cuma satu renungan !,

    BalasPadam
  2. AKU TAK MAMPU

    Teriknya mentari
    Panas membahang
    Bagai membakar kulitku
    Membuatku lesu kepenatan
    Berteduh aku
    Dipohon menghijau
    Dan aku terfikir
    Bagaimanakah nanti
    Sanggupkah aku menghadapinya
    Panas tak terkira di akhirat sana
    Oh aku tak mampu

    Oh tuhan
    Aku menggalas dosa
    Banyak tak terkira
    Dan aku menambah dosa
    Hampir setiap masa

    Tuhan
    Jadikan taubatku dan air mata ini
    Buat membasuh dosa penyejuk jiwa
    Jauhkan aku dari azabMu
    Kerana aku tak mampu menghadapinya
    Oh aku tak mampu


    Bob Kuli
    selepas berhenti dari kerja pub
    skrg penjual goreng pisang
    1.5.2010

    BalasPadam
  3. dah agak dh abg muda dgn man ade skandal...

    BalasPadam
  4. eh! jahat jgk abg muda ni! esok cerpen apa plak?????

    BalasPadam
  5. sian man sedih plak akhir sekali ni...

    BalasPadam
  6. patut tjuk dia anak pmpuan simpanan? hehe

    BalasPadam
  7. abg muda ni jahat rupanya? tp baik plak dgn man?

    BalasPadam
  8. baik lg abg muda lagi dr papa man? hehehe

    BalasPadam
  9. mcm dh dpt thu je kesudahan cerita ni... hehe

    BalasPadam
  10. btol tekaan sy abg muda ni langgan mak man... hehe

    BalasPadam
  11. mak man ni pelacur? btol la sy agak selama ni...

    BalasPadam
  12. cerpen apa plak esok? ape2pun cerpen ni menarik...

    BalasPadam
  13. tjuk dia pun dh tau mak man ni pelacur? heheheh ape2pun syabas cerpen best!

    BalasPadam
  14. boleh tahan jgk cerpen ni? ape2 pun x sabar nk tunggu cerpen seterusnya,...

    BalasPadam
  15. teruklah dorg ni asyik mengondolkan hutan jer...

    BalasPadam
  16. ape2pun hrp2 manusia tahu mengahrgai alam sekitar ni asyik menoreh jer? lama2 xde pasak bumi nnt..

    BalasPadam
  17. alamak! sajak ni mcm perli sy jer? tp nk buat mcm mne en nuri dh tugas sy sebagai arkitek nk bina bangunan kena tarah gunung...

    BalasPadam
  18. ape2pun smoaga bumi selamat! sbb dh byk dorg tarah bukit...

    BalasPadam
  19. ULASAN
    Bekerja sendiri lebih baik daripada menjadi kuli, nabi Daud pun kerja sendiri jadi tukang besi, seungguhnya tangan yang keras kematu itu, bila ditunjukkan di hari akhirat nanti sebagai bukti, Bob Kuli kerja keras cari rezeki memberi makan anak dan isteri.dikira sebagai ibadat dan pahala sebagai seorang perniaga. Amin.

    Kesusahan sebagai satu ujian Allah menilai keimanan kita, ubat paling keramat jangan lupa solat 5 waktu, berusaha dan berdoa, selalulah solat dhuha, nescaya Allah akan beri rezeki tanpa disedari (Antara kelebihannya rezeki di 7 lapis langit diturun, dalam 7 lapis bumi dikeluarkan, rezeki jauh beribu batu didekatkan, rezeki yang haram dihalalkan,rezeki yang susah datang dipermudahkan.) Insyaallah. Buat Bob Kuli. Amin!

    BalasPadam