Sabtu, 1 Mei 2010

PEKERJAAN MENGIKUT KEHENDAK PENYESUAIAN ALLAH


Hari ini kita perlu merenung untuk muhasabah diri
setelah kerja yang kita lakukan dengan niat ikhlas
buat mengingati akan pekerjaan yang kita lakukan ini
mestilah bertanggunjawab dan iklaskah dengan majikan?
dengan rasa ihsan membuat kerja kita  lebih berjaya
dan mendapat keredhaan Allah dan ganjaran pahalanya.

Setelah anda diberi tanggungjawab sesuatu jawatan
kena jaga; pertama hak Allah kedua hak masyarakat
pelu ada kualiti dan semangat jatidiri yang tinggi
bekerjalah dengan bersunguh-sungguh tekun dan teliti
mengikut peraturan beriplin, memberi mamfaat amanah
upah yang kita terima menjadi darah daging keluarga.

Oleh ; Nurimanja,
Sempena hari Pekerja,
Selamat Buat Warga Pekerja
satu Mei, 2010 Salam 1 Malaysia.

31 ulasan:

  1. CERPEN ANAK PEREMPUAN SIMPANAN OLEH : NURIMANJA.SIRI 9


    SAMPAI saja ke depan pintu, Mama tolak pintu tak berkunci dengan kaki,sekali gus Mama humbam dengan Man tersunbgkur ke atas lantai. Man diam, tidak berani bersuara atau menangis.


    Kemudian Mama cekak baju Man di tengah belakang, Mama tarik Man hingga ke bilik tidur papa. Mama tolak lagi muka Man ke lantai, Mama capai rotan yang tersangkut di dinding, Mama sentap seluar Man sehingga bogel, lalu Mama mulalah
    belasah buntut Man macam orang setengah gila.

    Man memekek minta ampun, kerana terlalu sakit menerima beberapa kali lembasan rotan.dari sasaran Mamanya.

    “Ampun Mama! Ampun!! Man tak buat lagi!”
    “Anak tak tahu di untung!” Sergah Mama Man.

    Beberapa kali lagi rotan itu hingap melayang hingap ke buntut Man yang terdedah itu,ada dua tiga jalur merah merentangi buntutnya. Man menekup dengan kedua belah tangannya kerana terlalu sakit, sambil memekek minta ampun.

    Jiran-jiran yang ada di sebelah menyebelah rumah setingan tempat Man tinggal Cuma diam sahaja mendengar pekekkan suara Man itu, mereka tahu bahawa Man kena pukul lagi.

    Selain buntut Man , badan Man juga penuh dengan calar bilar bekas kena lebas dengan tali pinggang Papanya, Man mengerang rasa sedih dan tertiarap di atas lantai menahan kesakitan,seluar bajunya berselerak di atas antai dalam bilik itu.

    “Anak tak dengar kata, Mama cakap jagan berkawan dengan budak-budak itu, kau degil, tak mahu dengar kata!!” Marah Mama geram, Selepas itu Mama mengunci pintu bilik. Man terkurung di dalamnya.

    Hari itu sampai ke malam, Man tak makan sabiji nasi pun, Man merajuk tak mahu makan. Mama pun tak panggil Man untuk makan, Man hanya menyembunyikan dirinya di bawah katil dengan hati pilu dan sedih.


    Memang dibawah katil itulah tempat Man menyembunyikan diri selama ini.
    Bila dia dirotan atau dilebas dengan tali pinggang,Man terkenang Papanya yang sudah tiga hari tidak pulang, kalau ada Papa tentu dia akan panggil dan bujuk Man untuk makan. Man berharap dan menunggu Papanya cepat pulang.


    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  2. ape2pun aku akan keje dgn ikhlas lps ni sbb slalu ponteng dan lepak hisap rokok dgn mmber? rasa mcm mkn gaji buta plak? ape2pun kena keje leklok lps ni... thnkz en nuri!

    BalasPadam
  3. sajak ari perkerja! thnkz en nuri!!!

    BalasPadam
  4. ape2pun hari ni la dpt rilex sikit sbb cuti... hehehe selamat hari perkeja en nuri!!!!

    BalasPadam
  5. sajak menarik! ape2pun berkeja dgn ikhlas...

    BalasPadam
  6. selamat hari perkeja! smua msti pergi balik kmpung ni maklumlah cuti...

    BalasPadam
  7. berkeja krna Allah! jgn berkeja utk kepentingan sendiri mcm sipolan tu...

    BalasPadam
  8. sajak best! selamat hari bercuti buat smua perkeja!!! uwaa!!! aku je yg x cuti? adoi yela klu aku cuti sapa nk mnguruskan syarikat bas bpk aku ni adoi..

    BalasPadam
  9. berkeja dgn ikhlas! aku ingat smpai bila2... ape2pun thnkz en nuri!!!

    BalasPadam
  10. smua yg berkerja ikut en nuri berkeja dgn ikhlas! kecuali aku sbb aku blaja lagi.. hehe

    BalasPadam
  11. en nuri keja lagi ke? ape2pun ucap kat en nuri jgk hppy laboar day! heheh

    BalasPadam
  12. selamat bercuti semua! cuma je aku x cuti adoi..

    BalasPadam
  13. ari ni aku nak ke padang kota! dgn bini aku! haha hppy sungguh dpt cuti sbb sblm ni kena keje jer..

    BalasPadam
  14. sian man teringat aku masa kecik2 dulu slalu gak kena pkul sbb slalu berkubang kat sawah... hehee

    BalasPadam
  15. sian man jd mangsa dera kalau jiran repot polis sah keluarga man masuk jail...

    BalasPadam
  16. mak man x patut la pkul tanpa usul periksa....

    BalasPadam
  17. sian man? kalau aku jadi man aku lari dr umah jer... hehhee

    BalasPadam
  18. malang nasib man... sedih baca...

    BalasPadam
  19. aku rasa man nnt bunuh diri la sbb tertekan....

    BalasPadam
  20. mna abg muda x tolong ker?

    BalasPadam
  21. sian man ape pnya malang nsib dia...

    BalasPadam
  22. aku rasa man mati kelaparan la nnt...

    BalasPadam
  23. rasanya man msti lari dari umah ape...

    BalasPadam
  24. sayu je baca cerita en nuri ni.. ape pnya mak bapak la...

    BalasPadam
  25. mati anak dia bru dia thu... astik pukul jer...

    BalasPadam
  26. org lain kali usul periksa dulu sebelum pukul adoi...

    BalasPadam
  27. man msti bila besar dia akan jd jahat.... sbb kecik2 dh tekanan..

    BalasPadam
  28. kalau aku jadi man? masa tgh2 malam aku bunuh je dorg hahahahha kejam btol aku ni...

    BalasPadam
  29. ana rasa nnt 1 hari man bunuh mak dia mngkin...

    BalasPadam
  30. MALAM SERAM

    remang roma
    Sayup kedengaran
    Laungan anjing sialan
    Renyai hujan membasahi bumi
    Dingin menusuk rusuk
    Angin meniup
    kedengaran bagai mengilai
    Kilat menyilau
    Guruh mengaum
    Betapa hati terlalu
    inginkan pagi ketika ini


    Penglipur Lara
    di kampung atok
    2pagi

    BalasPadam
  31. ULASAN

    Malam Seram!
    Sajak Penglipur Lara, anjing belum menyalak kau dah seram dulu, kau x bias masuk kampung ke? Kau boleh tanya kaki hantu dengan hatu raya, mereka pakar hal hantu.Anda punya fantasi ini kuat juga, boleh buat filem seram. En nuri ada tulis satu drama radio yang pernah saya dengar, bertajuk Lembaga Putih Di Kolam Ikan, Seram juga tetapi
    Komedi lah ..Engkau pun boleh tulis. Penglipur Lara.

    BalasPadam