Sabtu, 10 April 2010

TIADA JALAN LAGI


Kalau di dunia ini,
boleh lagi berdolak dalik,
tetapi di akhirat tiada jalan lagi.

Ujung keengkaran,
Tiada lagi ada kemaafan,
sepert pokok padi telah potong.

Jadi  waspadalah,
pada tatacara berhemah,
tiap perbuatan yang kita dilakukan.

Oleh ; Nurimanja,
pagi bumi bergoyang acheh,
tujuh,tiga, duapuluh sepuluh.

41 ulasan:

  1. BAB 6 siri 3 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK

    Kawan yang paling rapat Hasan dari Kulin Kedah,Sebelum Hamsin, Manaf, Dan Eshan dari Perak .Bol Hasan , Hendred , Amat Natu,Abang Arabik, Abang Arfaee dan Haji mursidi dari Serawak.Bujang Kasim Dari Sabah, Samsudin Negori Sembilan, Rasid Pahang, Safee dan Nordin Kealatan, Arifin Melaka, Huzir Penanti, Mukti , Tahir, ada dua tiga orang lagi aku dah lupa, Murad dan seorang Ah Chog dari Kota Singapore.yang lain minta maaf aku tidak ingat.

    Aku dilantik ketua Asrama, tapi yang pelik ini asrama kami ini ramai orangmenumpang, sebab pelajar tak ramai, katil banyak lebih, jadi ada pula buda Maktab harian pulau pinang, budak pejabat pendaftaran, budak tingkata 6 St, Georges pun ada, ini mesti ada ustaz yang sewa dekat depa, mudah saja mereka masuk..Aku tak boleh kata apa.tanya pengawas sekolah.

    Asrama itu jadi darca murba aku rasa, aku duk bayar sebulan sepuluh ringgit, ada kawan aku tak bayar, sebab dia selalu pergi tolong mudir GB ganti baca khutebah jumaat dekat masjid kelawai.

    Orang yang karang khutebah itu aku, sebab mudir sekolah aku itu orang Arab BM dia teruk sikit, tiap lepas sekolah dia panggil aku tolong betul bagi bahasa yang baik, baru jumaah tidak tidur, dia bayar aku tujuh ringgit. Malam aku jadi guru sementara orang tua yang tak lulus SRP.selalu cikgu Ghapuor keturunan mamak ini tak bayar gaij aku, dia duk minum air kencing syaitan.

    Tamat sekolah di Al Mashoor aku balik tolong berniaga di Bazar Mara Bagan Serai, Keputusan SPM aku kurang baik, selalu sakit, aku cuba sekali lagi , dapat pangkat ke tiga, siar dalam STAR, kerana aku ada empat shanawi dan SMP waktu itu aku layak jadi guru, di samping itu aku jadi guru sementara di tempat aku belajar dahulu SM AlWataniah Tanjung Piandang.

    Pernah hari raya, sekolah kerajaan ada gaji, kami sudahlah sekolah rakyat bantuan kerajaan negeri , bendahari sekolah itu pergi mana tak tahu,gaji tiga bulan tak dapat. Aku terpaksa jual kad selamat hari raya dan kain baju, Aku ambil dekat kedai mara abang ipar aku bawa pergi jual, dapatlah sikit.

    Bila hari sabtu dan Ahad aku pergi berniaga di pasar malam, gaji di SMW ini kadang dapat kadangakala smpai tiga bulan tak ada gaji, aku tak tahan, Akhirnya aku dapat tawaran jagi Guru Agama KDC Di Serawak, oparasi isi penuh, tanpa temuduga aku bersama tiga ratus orang guru-guru agama Semanjung Malaysia di hantar ke Malaysia Timur. BERSAMBUNG ESOK.

    BalasPadam
  2. INFO SUKAN BOLA OH BOLA OLEH VIGER
    ______________________________________________________________________

    Perlawanan yang tidak dijangka telah melompat ke separuh akhir bila dua jaguh tumbang, Selangor
    dan Terangganu. Kini kejuaraan milik yang tinggal Kedah dan Nogeri 9. Pada pandangan mata kasar,

    Kedah jika hendak menang guna sepak jauh sebagai mana orang kedah main bola dalam bendang.
    rembuk dari jauh, padang becak banyak air, guna sepak jauh dekat gol lawan, sambung tahan kepala
    terus masuk gol . jika tak cara lain sakit nampak. sebab si rusa dulu pernah kecewa gergasi merah!

    Buat orang nogeri Hobeng jang Hobeng harapan kuat mereka pada si kembar dua beradik ini, jika kedah gagal kawal dua beradik ini, hancur kubu kenari, selain si rusa punya pertahanan yang kebal, penjaga golnya juga kental dan sukar dibolosi. Masuk sebiji pertahan, lepas itu sepak keluar bagi habis masa.

    Awas! Jaga kubu masing-masing, Selamat anda berjuang! Harap jangan tertekan untuk jangan bungkus!

    Saya sokong dua-dua sekali, bukan menang cara raja lawak! banyak undi. Ini cara kalah mati, menang
    senang, jika kalah lelah. Hidup bola sepak sukan negara ! Satu rencana saya tentang sukan dan kerjaya, anak nuri jantan sudah terdelet, patutlah tak siar. saya dah berbulu tunggu punggung naik kematu.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. BUKAN SEKALI DIA MEMUNGKIRI JANJI

    Bukan sekali dia mungkiri
    Sebuah janji yang terpatri
    Berulangkali menabur janji
    Sesal di hatiku menggunung tinggi

    Namun dirinya tidak mengerti
    Mengapa dia masih begini
    Semakin hari makin bertambah
    Beratnya dosa yang dia galas

    Oh tuhan
    Kurniakanlah dia hidayah
    Bantulah dia untuk berubah
    Dia insan yang lemah

    Air mataku menjadi saksi
    Biar penyesalannya sepenuh hati
    Biar dia berjanji takkan mungkiri
    Dan lepas ni takkan di ulangi


    Bulan Terang
    buat orang penting dalam pembangkang
    6.4.2010

    BalasPadam
  5. byknye nama2 kwn2 en nuri?? masa mula2 cerita ni? en nuri ingat lagi... kuat ingatan en nuri...

    BalasPadam
  6. org pun msuk jgk?? dorg x buat kaco ker???

    BalasPadam
  7. en nuri ketua asrama ker? wah! hebat en nuri...

    BalasPadam
  8. mne adil! ade setngah bayar ade plak yg x bayar? en nuri x repot pihak atasan ker?

    BalasPadam
  9. huh! katil byk prg xde plak? pelik... ape2pun tiap2 mlm boleh tukar2 katilah bila tido? hehehe

    BalasPadam
  10. mne boleh mcm tu en nuri? dia slalu bca khutbah x bermaksud leh terlepas dr bayaran asrama? mmg x adik! provokasi!

    BalasPadam
  11. ade plak mcm tu? bila baca khutabh x pyh byar yuran? mne boleh... msti dorg belaja x berkat nnt...

    BalasPadam
  12. dorg teruklah en nuri di anak yatimkan plak? ade en nuri je kana byr org lain x pyh bayar yuran?

    BalasPadam
  13. cis! tu nama dia kurang ajar en nuri!!! ada ke en nuri yg karang khutbah? org lain dpt nama? mna boleh!!!! en nuri x mengeras ker?

    BalasPadam
  14. lembu punya susu? cap teko dapat nama? bidalan sahaja... tp mana boleh mcm tu! sepatutnya en nurilah yg x bayar bayar yuran!!!

    BalasPadam
  15. dorg mcm pekena en nuri saja? apa2pun tuhan tu ada harap2 dorg x lulus periksa! hahaha

    BalasPadam
  16. ni x patut la en nuri mne boleh mcm tu! mne adil! en nuri yg susah2 karang org lain yg dpt???

    BalasPadam
  17. en nuri sepatutnya complain la en nuri ade hak! sbb en nuri yg karang khutbah tu...

    BalasPadam
  18. eh! nama ustaz tp minum air kencing setan!! ape pasal? sepatutnya en nuri repot kat pengetua! mne boleh ustaz minum arak plak...

    BalasPadam
  19. 3 bulan xde gaji! mmg kena naya! agak2 la klu sy? dh lama sy bakar pejabat tu...

    BalasPadam
  20. 3 bulan xda gaji? tu mcm nak penaya org jer? sebulan xda gaji pun dh susah inikan pula 3 bulan... tp sy tabik en nuri tetap bersabar...

    BalasPadam
  21. mcm2 pengalaman en lalui? mmg en nuri sorg yg tabah klu org lain termsuk sy? mngkin jd gila dh...

    BalasPadam
  22. 7 ringgit je dia kasi kt en nuri? sikitnyer tp beli air kencing setan tu boleh plak? ape nk jdlah dgn ustaz ni...

    BalasPadam
  23. mcm2 dugaan en nuri lalui! ape2pun sy respek en nuri.....

    BalasPadam
  24. wah! berniaga plak? pandai en nuri cari duit sampingan? klu sy rasanya dorg dh main no atau merompak? hehehe

    BalasPadam
  25. viger ni mcm pengulas sukan plak? boleh ganti hasbullah awang ni...

    BalasPadam
  26. rasanya kedah menang kot? sbb n9 menang ari tu pun nasib jer....

    BalasPadam
  27. aku rasa kedah menang 2-0! sbb tgk ari tu dorg lwn tganu pun hebat jgk...

    BalasPadam
  28. n.9 memang ko! 3-0! sebab pertahanan n.9 kuat susah klu dorg nk kalah...

    BalasPadam
  29. viger ni jurulatih ker? mcm thu2 je selok belok tentang bola sepak?

    BalasPadam
  30. aku rasa n.9 menang sepakan penalti! korg tgk je la sbb dua2 pasukan pertahanan kuat...

    BalasPadam
  31. n.9 dgn kedah? aku rasa kalau pengadil berat sebelah kedah akan kalah? hehehehehehehehehe

    BalasPadam
  32. aku rasa n.9 menang kot! hoben jang hobin!!!!

    BalasPadam
  33. n.9 menang! sbb dorg ade 2 kembar yg hebat! kedah ade sapa??????

    BalasPadam
  34. aku sokong n.9 menang! sbb pertahanan n.9 kuat...

    BalasPadam
  35. sajak politik jgk ke en nuri? ape2pun sy sokong je...

    BalasPadam
  36. sajak hari ini psl apa plak??? kurang phm la

    BalasPadam
  37. sajak mcm pasal ketuhanan sikit2? ada tambah politik sikit? ade betol aku kata bah?

    BalasPadam
  38. sajak politik kan en nuri?? ape2pun teruskan perjuangan anda... sy sentiasa sokong!

    BalasPadam
  39. ULASAN

    Sajak Bulan Terang bertajuk BSMJ.
    Qalbu ertinya berubah-ubah. Saya teringat satu cerita, seorang tuan besar yang membeli saekor kambing meminta orang gajinya memasak bahagian daging yang sedap dimakan untuk dibuat sup.Acap kali dia beli mesti bahagian hati dan lidah saja dihidangkan kepada tuannya. Kenapa hati dan lidah saja sedap?.
    Tanya tuannya. Jawab tukang masa sebab lidah dan hati inilah yang selalu membidas orang lain , tidak tepat janji, hati pula suka rasa marah dan dendam. Semoga dapat pertunjuk. Amin!

    BalasPadam
  40. -Hamba Allah yang minum air kencing
    syaitan itu bukan ustaz,cikgu biasa.

    -Pak Awang x bersalah dia cuma buat
    andaian saja, kekadang saya pun ada
    juga begitu. harap maaf.

    -Semua cerita biography ini sekitar
    tahun 1976, KOMTAR belum wujud.masa
    saya belajar mereka tengah nak pajak
    tiang, gum gam gum gam bising.

    BalasPadam
  41. Sulaiman Embong berkata...
    eh! semalam bukan org dh hntr sajak? kenapa en nuri buang?? nnt takut org terkilan...


    70.RAJA BERDEBAT(B)

    ku ingatkan kau hebat berdebat
    tapi bila dengar kau bercakap
    tak kurang macam budak-budak
    tapi aku pun sedar
    aku langsung tak setanding kau
    aku setakat ijazah
    kau hanya membangkang di depan kaca
    tapi sekurang kurangnya aku menerima fakta
    daripada aku mendengar khabar angin
    berita di kedai kopi
    sumber di dada akhbar
    maklumat di kaca tv
    sikit pun aku tak heran ada fakta
    mesti ada bukti
    bukannya main presepsi
    sampai bila pun tak jadi realiti
    yang depan mata kenapa tak perhati
    masa yang lama kenapa di bazirkan
    tu dah lebih dari presepsi
    siap sekali dengan bukti
    tapi sayang seribu kali sayang
    kau memang tak layan bukti
    lebih baik auta dari fakta
    lebih elok presepsi dari bukti
    mungkin cara ni kau dapat phd
    kalau macam tu lebih baik ajak warga emas berdebat
    pasti kau akan tergagap dan terkejut beruk
    bila orang felda berhujah berdasarkan fakta konkrit


    Sulaiman Embong
    5.8.2010
    Terengganu 2010 April 10 14:07

    ULASAN(TUB)
    Ternyata pengucapannya banyak penyesalan oleh Sulaiman Embong, dengan sajak bebasnya: RAJA BERDEBAT. Tidak siapa dapat menapikan, bila tiba waktu dan masanya, Ia akan terbongkar, lebih parah lagi mereka yang pernah memberi sokongan peribadi, telah dipermainkan, pastilah geram dan marah ,kerana niat baik mereka kini telah dicelarukan danmengeret pula untuk bersekokol menghidupkan satu budaya phd untuk mencapai hajat dan dendamnya selama ini . Kini orang-orang tanah felda perlu berhati-hati, kerana kini telah ada gelombang tomahan dan fitnah akan melanda di bumi anda.

    BalasPadam