Jumaat, 9 April 2010

DALAM KEHIDUPAN INI


Dalam kehidupan ini,
lakukanlah apa saja
yang kamu suka buat
tetapi perlulah  ingat
setiap perbuatan kamu
ada pembalasannya.

Dalam kehidupan  ini,
carikanlah apa  saja
yang kamu mahu dapat
tetapi perlulah  ingat
penghujung pencarian ini
ada hari menantinya.

Oleh; Nurimanja,
BBTK bayan Lepas,
30hb, September, 2009.

46 ulasan:

  1. BAB 6 siri 2 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK

    Mat Asaari kawan-kawan panggil dia mat katek anak yatim, anak ibu tunggal,kesian,Anak menakan ustaz Sabran,setelah dia gagal mendapat kerja di Malaysia kerana gagal SRP. tetapi , gajinya lebeh besar dari guru agama di Malaysia.dah kaya dia semua keluarga dia hantar Pergi kerja haji di Mekah.Nasib dia anak yatim dulu.

    Waktu di pondok Aziz dan Hamzah selalu saja kena marah dengan Aruah Ustaz Idris ,mudir sekolah SMW kerana tidak pergi solat subuh, duduk dalam pondok, tidak masuk kelas, buat surat cinta, kacau pelajar perempuan, semuanya kena marah, yang anehnya orang lain semua berulang alek dari rumah ke sekolah,cuma kami berlima sahaja tinggal di pondok usang itu kerana pondok usang itu hanya ada tinggal lima buah saja dtepi tali air itu.

    Ini pun kebetulan juga rumah kami tinggal jauh dari sekolah. Pagi aku belajar selang seli Agama dan Akedemik, sebelah malam kebetulan Masjid Tanjung Piandang itu di tepi sekolah kami, sebelah malam ada saja orang alim baca kitab aku ambil kesempatan untuk tumpang mendengarnya , aku selalu membawa buku catatan, dari Ilmu usuludin ,ilmu Fekah, ilmu Tasauf, Tafsir Al Quran dan Al Hadis. Bermula dari sinilah aku mula cintakan agama dan berminat pula belajar dengannya.

    Aku maseh ingat jasa mereka yang mengajar aku, Ustaz Ideris, Ustaz Haji Lebai Noh, Ustaz Haji Mat Ketam, Ustaz Sabran, Ustaz Haji Zakaria, Ustaz Ramli, Ustaz Man, Ustaz Saad, Ustaz Salleh dan Ustaz Abdullah, Cikgu yang mengajar akedemik Cikgu Halim, Cikgu Mahmud, Cikgu Hamid, Cikgu Ahmad, Cikgu Omar Dan dan Cikgu Mat Noor kadangkala beberapa orang tenaga pengajar dari UKM cuti semester datang membantu.

    Selepas Aku Lulus SRP pamgkat A aku dapat sambung pelajaran di SM AL Mashoor Pulau Pinang, Tiga tahun aku di situ, setelah tamat Tingkatan lima, aku baru boleh sambung pelaran Rabek Shanawi (Empat Shanawi) waktu itu subjek Akademek tidak dicampur dengan subjek Aliran Arabic, aku pening.
    Aku terpaksa korban masa di Al Mashoor, kena baling dua ekor burung dengan seketul batu kata ckgu Omar Dan .

    Diasrama aku dapat banyak juga pengalaman, sikap kawan-kawan dari seluruh semanjung tanah Malaysia, termasuk pelajar dari, Sabah, Serawak, Singapure, Tahiland, Komboja dan Berunei. Aku terima kejutan budaya kota dan budaya pelajar dari negeri dan negara lain.

    Aku adalah orang yang paling kurus sekali, sehingga Ustaz Bhukarry al hafiz, tanya aku, Anta makan ayam atau daging sebulan berapa kali? Aku jawab , aku tak makan daging ayam atau lembu, kerana kalau makan kenyang, nanti aku akan mengah,akhirnya aku semput, lebih baik tak usah makan.

    BERSAMBUNG ESOK.

    BalasPadam
  2. Budaya atau khilap tok guru atau
    ustaz mudir kata sapa nak buat wakap derma khairat dekat sekolah, boleh derma sebatang dua pokok kelapa di kebun mereka bagi pada sekolah, dekat batang pokok kelapa ditulis pada tin besar wakap untuk sekolah.

    selagi pokok kelapa itu berbuah hasilnya untuk sekolah. kalau sepanjang parit tali air itu
    ada tuan 100 atau 200 orang pakat
    derma dua tiga batang pokok kelapa sudah berapa? lepas upah orang kait
    untung bersih sekolah punya. dapat
    juga pahala khairat. kalaulah si penderma sudah mati pahalanya masih sampai.inilah namanya derma khairat.

    BalasPadam
  3. SUPERHERO

    aku ingin menjadi transformer
    yang boleh bertukar menjadi kereta dan robot semula
    supaya boleh aku memandu kamu ke majlis tari menari

    aku ingin menjadi superman
    yang kuat boleh ku menjagamu,
    dan peluk kau disaat diserang kesulitan

    aku ingin menjadi power ranger
    yang boleh menentang kejahatan

    aku ingin sekali menjadi pari-pari
    yang bercerita tentang kisah indah sehingga membuat hatimu tersenyum

    aku ingin sekali menjadi perwira
    yang menyelamatkan hati kamu dari lemas di laut dalam
    tapi hakikatnya aku cuma aku
    yang mampu menunggu kamu
    dan terus menunggu
    dan terus menunggu
    dan terus menunggu



    Awang Leman
    11mlm
    4.4.2010
    Simpang Pulai

    BalasPadam
  4. xde dh ke sajak2 politik???

    BalasPadam
  5. sajak ni mcm pnh baca saja?? bkn ke ni sajak en nuri dulu..

    BalasPadam
  6. mne sajak2 politik? xkn dh xde en nuri??? sajak politik en mmg menarik2...

    BalasPadam
  7. dia gagak SRP tp kaya??? dia keja ape?

    BalasPadam
  8. sian dia mat katek dorg pggl? katek sgt ke dia? hahaha ape2pun dh kaya dia skrg keja apa????? menyeludup ker?

    BalasPadam
  9. eh! ade 5 pondok jer?? misteri la... berani betol en nuri...

    BalasPadam
  10. entah2 pondok tu umah hantu ape? tetiba ada 5 buah jer? mmg pelik...

    BalasPadam
  11. ha! pondok ade 5 jer??? sorg 1 ke dok? x takut ker?????

    BalasPadam
  12. en nuri berani tinggal sorg2 dlm pondok kt hutan? x takut ker?

    BalasPadam
  13. byk betol ustaz yg mengajar en nuri??? patutlah en nuri byk ilmu..

    BalasPadam
  14. kenapa ambik sorg 1? kenapa x dok ramai2?? ape2pun en nuri mmg berani......

    BalasPadam
  15. berani cikgu dok sorg2 dlm pondok? macam sy 1 pondok ade 4org xde la takut sgt....

    BalasPadam
  16. hahahaha apalah dorg ni! wlpn blaja skola pondok pun sempat lagi mengorat pmpuan...

    BalasPadam
  17. en nuri al mashoor ker??? sy pun pnh belaja di sana...

    BalasPadam
  18. di luar negara pun dtg jgk??? wah! serata negerilah kwn2 en nuri...

    BalasPadam
  19. dgn plaja2 luar negara en nuri berkomunikasi bahasa apa? arab ke? bahasa omputih...

    BalasPadam
  20. la... en nuri x pnh makan ayam dan daging??/ ruginya...

    BalasPadam
  21. en nuri dulu skola pondok? wah! en nuri msti skrg ustaz x pun tok imam....

    BalasPadam
  22. rajin en nuri tiap2 hari pegi dgr ceramah smbil bwk buku cacatan! en nuri mmg bgus! ni la org kata betol2 nk blaja...

    BalasPadam
  23. sian en nuri byk mknan sedap2 x leh mkn???

    BalasPadam
  24. en nuri paling kurus??? msti en nuri nmpk muda dikalangan rakan2 sbb slalu org kurus muka muda dr usia sebenar... hehehe

    BalasPadam
  25. pangkat A!!wah! pandai giler en nuri....

    BalasPadam
  26. mana sajak2 en nuri yg bru? ni mcm sajak lama saja....

    BalasPadam
  27. sajak en nuri xde ke berunsur politik??? x bestlah esok letak sajak politik en nuri...

    BalasPadam
  28. khilap? dgn wakaf sama ke en nuri???

    BalasPadam
  29. info yg menarik tentang wakaf! terima kasih en nuri!!!

    BalasPadam
  30. wakaf? kira mcm sedekah jgk ker?

    BalasPadam
  31. brulah paham sedikit tentang wakaf setelah en nuri beri penerangan disini... sbb slama ni kdg2 sy pening jgk...

    BalasPadam
  32. eh! info psl wakaf plak? hmm... wakaf ni lebih kurang mcm zakat jgk ker???

    BalasPadam
  33. brulah phm tentang wakaf... terima ksih en nuri....

    BalasPadam
  34. wakaf ni klau nk wakaf benda ke? boleh jgk ker???

    BalasPadam
  35. wakaf ni brg kepunyaan kita tp kita bg semua org guna kan??? brulah phm sedikit... tima ksih..

    BalasPadam
  36. semalam sy bru bertnya tentang wakaf terima ksih en nuri tolong huraikan.... sbb sblm ni sy ada bertnya kepada sorg ustaz di kmpung tp mmg sombong!!!!! ada ke dia kata kat saya "kalau x thu apa2 tentang wakaf baik jgn tanya??" salah ke sy bertanya???

    BalasPadam
  37. wakaf ni utk org kaya2 jer ker? klu org miskin nk wakafkan sesuatu boleh ker?

    BalasPadam
  38. dulu sy x brpa phm tentang wakaf tp selepas di terangkan oleh en nuri bru paham....

    BalasPadam
  39. en nuri pnh wakafkan sesuatu x sebelum ni???

    BalasPadam
  40. benda apa sesuai klau nk diwakafkan????

    BalasPadam
  41. wakaf tu mcm bg org pinjam barg kita ker? atau bg sedekah brg kita kps yg memerlukan?

    BalasPadam
  42. klu kita wakafkan sesuatu boleh dpt pahala ke! wah! nnt sy nk cari benda yg boleh di wakafkan lps ni...

    BalasPadam
  43. __________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    INFO AGAMA DERMA KHAIRAT Oleh ; Nurimanja
    __________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    Saya ingin menambah tentang derma khairat ini bagi apa yang saya faham, sewaktu saya sekolah pondok dahulu, rupanya pondok yang saya duduk itu, bukan sekolah punya, ada hamba Allah yang derma pondok itu dekat sekolah, jadi bila pondok
    itu agak senget kaki tiang pondok tengelam sebelah, saya dapat surat dari tuan yang ampunya, dia kata, saya tak ada apa yang hendak saya bantu, cuma pondok itulah derma, bagi siapa yang duduk pondok ini ingin pula belajar agama, tolong perbetul tiang pondok yang telah
    senget sebelah. Saya masa itu semput , panggil kawan-kawan tolong angkat, Si punya angkara ini pekerja ambil upah buat
    kelapa kering, mereka yang sumbat dalam pondok saya.berpikul-pikul beratnya.

    Betapa seksa saya kena tidur dengan isi kelapa kering yang belum masuk dalam guna. kekadang sampai bebulan baru habis kerja
    mereka buat kelapa kering, (kerja budak-budak kampung).

    Bayangkanlah daripada mereka kait, himpun, kopek, belah, jemur, kering , ikatjahit, akhr sekali
    masuk dalam guni hingga jual. Jadi mangsa gelabah panas tidur bersama isi kelapa kering saya, jangan buat main, hampir badan kita bau minyak kelapa kering. tapi sabar, hal ini langsung tak cerita kepada keluarga. simpan rahsia dalam hati.

    Hari ini terpaksa rahsia ini telah
    terbongkar. Pondok yang saya telah duduk itu kepunyaan Anak Pak Haji Haron simpang Tiga Kuala Kurau. Terima kasih banyak!

    Lagi derma khairat ini; Jika ada orang derma nak buat sekolah agama, surau atau masjid, jangan lokek bagi seringgit pun dah
    dapat setul bata. Selagi orang belajar atau bersolat di sekolah atau surau/masjid kita derma itu dikira pahala sedekah derma
    khairat. Buat masa ini tanah wakaf mereka buka kebun/ladang kelapa sawit, mereka nak beli anak sawit, dermalah sepokok
    dua, dapat pahala bonos bila mati bantu kita jalan ke Syurga. tapi biarlah tersembunyi dengan hati yang ikhlas, diam=diam saja.

    BalasPadam
  44. ULASAN

    Awang Leman dengan sajak SUPERHERO pendatang baru blog Sahabat CR.
    Kau nampaknya banyak berimanginasi kau dah masuk deminsi yang ke 5, pasti Sesuatu yang anih kau ingin jadikan kenyataan, jangan kau terjebak dalam filem Kartun, kau kena anjak pradigma hidup di alam nyata, tunjukkan kelelakian mu
    Barulah kau jadi manusia gentleman berpijak dibumi nyata. Jangan tunggu lagi!

    BalasPadam
  45. sebenarnya memang ada dua tiga lagi. sajak berbau politik, henti dulu saja sementara waktu, ini angin panas jika diikutkan boleh terbakar, tambah pula dengan suara pulau. cukuplah nanti tersasul atau terbabas pula.Minta maaf yang tersinggung jika ada yang tidak puas hati, kita boleh tarik balik sajak atau rencana atau kita keluar dari blog ini, supaya tidak ada sahabat CR yang berkecil hati

    BalasPadam
  46. -Pondok itu diwakaf untuk pelajar yg
    tinggal jauh dari sekolah .tak perlu
    bayar sewa percuma.

    -Kami guna semua bahasa BA dan BI
    dan Daerah lohgat kekadang macam
    itek dengan ayam tak faham apa.

    -Al Mashoor dulu dah runtoh pindah
    dekat masjid negeri PP. sebab bina
    komtar. dulu sekolah dikelilingi
    tiga buah pangung wayang.kedai tuak,hotel singapore, dlln.

    BalasPadam