Khamis, 7 Januari 2016

INILAH BUDAYA ORANG KITA





3.INILAH BUDAYA ORANG KITA

Inilah budaya kehidupan
setengah dari orang melayu kita
hidup mahu mewah cuma buat satu kerja
malah sanggup pula hutang keliling pinggang
biar hidup papa asalkan nampak cukup bergaya.

Berhutang cukup senang
Bila waktu bayar amat liat pula
Kerana berhutang luar kemampuan diri
Cuma mahu hidup nampak macam senang
Hati resah dihimpit kesusahan bolehkah tenang?

Sebaiknya buat dua kerja
Ramai orang yang hidup berjaya
Semuanya melakukan lebih satu kerja            
Mengapa kita perlu malu dan malas bekerja
Demi untuk memajukan kehidupan keluarga kita.


Oleh : Nuri Manja,
Catatan jam 8.10 pagi
Ahad 3hb Januari 2016.

20 ulasan:

  1. Raja Muda berkata...
    5.LELAKI TINGGI TEGAP (LS) 2

    lelaki itu tinggi dan berdiri tegap
    menghadap cermin dengan yakin
    walau hatinya hanya tuhan yang tahu
    dia cuba gagah tenang untuk menatap seantero dunia
    bagi mewarnai jiwa semua dengan sepenuh harapan
    agar tiada kesangsian yang berlaku lagi
    walau dituduh agar menipu rakyat
    hingga memerangkap orang yang mendengar
    tetapi dengan kemasyhuran yang dicapai
    bukanlah harga yang dicari
    tetapi kepercayaan yang ditagih
    penjuang rakyat ini harus dicontohi

    Raja Muda
    sajak buat PM
    selangor 2015

    ULASAN RENGKAS !

    Allah telah menetapkan sesaorang itu mengikut kemampuan , jika tidak maka tak layaklah dia menjadi seorang pemimpin atau PM dalam sebuah negara ? Maka Allah SWT telah menetapkan anak siapa keturunan mana ? Bila tiba masanya jadilah ia .sebagai ketentuan Allah yang maha esa.

    LAYAK SETERUSNYA!

    BalasPadam
  2. Hero Kampung berkata...
    6.USAH PERCAYA (LS) 3

    Usah percaya riuhnya ayam
    lalu menyangka ia sudah bertelur
    usah percaya guruh mendentum
    lalu menyangka hujan nak tiba.
    Usah percaya gemuruhnya kompang
    lalu menyangka dah tiba mempelai
    usah percaya hebohnya orang
    lalu menyangka YB yang sampai.
    Usah percaya buah di pokok
    lalu menyangka dapat dimakan
    usah percaya gahnya tepuk
    lalu menyangka hebatnya sokongan.
    Usah percaya pada orang
    kerana manusia zaman sekarang
    yang jujur terlalu kurang
    yang banyak kaki temberang.

    Hero Kampung
    sajak sinis
    Kelantan.

    ULASAN RENGKAS !

    Jangan terlalu menyangka dan mengharap pada sesuatu yang belum terbukti dan terjadi. Maka berhati-hatilah bila kita membuat andaian . Kerana lewat kebelakangan ini banyak berlaku yang terbalik dan sunsang itu jadi pujaan ramai , Malah yang kaki temberang pula mendapat tempat lagi hebat .

    LAYAK SETERUSNYA!

    BalasPadam
  3. Julia berkata.


    7..BAJU KESABARAN (TK)

    kehilangan sesuatu yang hilang
    Tidak perlukah bersedih
    Jika dunia menawarkan kemerlapannya
    Maka bersabarlah terhadapnya
    Sabar itu kunci cita-cita
    Selalu menolong tiada hentinya
    Sabarlah meski panjang beberapa malam
    Barangkali kedukaan akan bertukar kepada kesukaan
    Barangkali keberhasilan itu mungkin itu tidaklah ada
    Jika kau bertemu saat menyedihkan
    Itu biasa jadi Kenakan baju kesabaran

    Julia
    sajak simbolik
    jasin 29 disember 2015


    ULASAN RENGKAS !

    Sajak ini semacam ada mengisah sesuatu yang , mungkin amat berharga nampaknya.Kini terpaksa berusaha lagi untuk menadapatkannya. Mungkin ada hikmah dan pengajaran dengan apa yang telah kita lakukan dengan penuh kesabaran . Maaf thema simbolik soal peribadi. (TK)

    MAAF TERPAKSA KELUAR.

    BalasPadam

  4. Mozaire berkata...
    8.MEMETIK CINTAMU (LS) 4

    Malam ini akanku tinggalkan sebuah mimpi
    Kali ini akanku cari diri sendiri
    Hadirku bagai ilusi sekadar menjadi impian
    Hati tak dapat ku miliki
    cuma hanya di alam fantasi
    Mungkin seratus tahun lagi
    Impian menjadi realiti
    Mungkin jua seribu tahun lagi
    Aku masih di sini
    Menunggu di pintu hati
    Menanti sesuatu yang tak pasti
    Akan ku terima hakikat ini
    Yang ingin memetik cintamu

    Mozaire
    sajak jiwa-jiwa untuk tunang
    teluk kumbar 29 Disember 2015 5:20 PTG

    ULASAN RENGKAS !

    Begitulah keadaan kita sebagai manusia yang lemah ini , sering sahaja mengharap akan Satu Impian yang boleh dijadikan kenyataan . Teruma sudah bertunang pastinya rasa tidak sabar untuk bersama dan bergelar pasangan suami isteri. Tetapi hati selalu menjadi cemas berbagai andaian bermain di kepala. Sebaiknya pasrah kepada yang maha esa.

    LAYAK SETERUSNYA!

    BalasPadam
  5. akhirnya setelah 3 tahun menunggu lepas jgk aku pusingan pertama terima ksih qalam!!!!!

    BalasPadam

  6. MURUNG

    jika Krisis ekonomi tiba-tiba
    akan muncul pantas tanpa diduga
    malu jika kita tidak bereksperimen
    mencabar akal mencari yang murni
    di alam semesta diatur selesa
    sedangkan langit belum runtuh
    matahari masih terbit di Timur
    murai terus bernyanyi
    setiap yang wujud masih berfungsi
    sederap langkah ni aku pasti akan tertanya
    kenapa harus murung berputus asa?

    Pak Kassim
    sajak tentang isu semasa dapat idea pada 29 disember ketika menyambut hari jadi yang ke 60

    BalasPadam

  7. AWAN HITAM

    hati ini masih diselubungi awan hitam
    ku lihat langit masih tampak kelam dan sunyi
    Sepertinya bintang terus bersembunyi
    Di antara kabut dan hujan yang bernyanyi
    Malam ini aku pasrah atas segalanya
    Melepas semua kisah suka duka
    tetapi aku yakin dalam perjalanan ini nanti
    tetap berjalan menelusuri lorong waktu
    Terus berlari dalam setiap serpihan rasa yang tinggal
    dalam mengejar harapan dalam genggaman

    En Sanusi
    sajak dalam dilema dalam sesuatu perhubungan
    10 september ketika pulang dari mahkamah

    BalasPadam
  8. zaman skrg mmg la biar papa asal bergaya

    BalasPadam
  9. baik x dapat dari hutang ni sbb hutang mmg membebankan

    BalasPadam
  10. skrg byk org bangkrap sbb hutang la

    BalasPadam
  11. jgn risau kami mendoakan en nuri mampu menulis puisi smpai la bila2.... hrp sihat selalu

    BalasPadam

  12. MEMANAH SEGALA HASUTAN

    Bersatulah kita menjana minda
    membentuk bangsa yang benci tohmah
    dengan memanah segala hasutan
    dengan menghala tepat ke jantung si durjana
    lakarkan sebuah kemenangan hakiki
    demi menjulang bendera kemurniaan diri.
    Cantaskanlah segala ranting yang menganggu
    keratkanlah segala dahan yang menjalar
    cabutkanlah akar yang mencengkam
    lalu menggugurkan dedaun keiklasan
    agar tumbuh pohon generasi yang sihat
    daripada baja penghasut yang meracunkan bangsa kita

    Penduga Akal
    sajak sinis utk parti yang mengamalkan fitnah
    20 disember 2015

    BalasPadam

  13. MIMPI KEMARAU

    Harus bagaimana mentafsir mimpi
    yang sering menjengah lena
    bila gelap malam seribu rahsia
    menjengah gelita di mana-mana.
    aku selalu mimpikan tentang sawah bendang
    kontang bagai padang jarak
    sayang tiada indah tidak lagi mesra menyambut
    lesu bagai kemarau dan tengkujuh
    tidak lagi akur dengan giliran
    mengikut musimnya seperti dulu.
    Sukarnya mentafsir mimpiku ini


    Abang Japp
    sajak tentang mimpi aneh ketika terlelap msa tgh membaiki kereta dibengkel

    BalasPadam


  14. MENYULAM ALAM DITITIAN JATI DIRI

    Dalam malam menyulam alam…
    aku letih sambil berlatih…
    dalam hujah yang menerjah wajah…
    melangkah merekah terpanah khazanah…
    Dalam malam menyelam alam…
    Lembut disambut dalam serabut…
    Basah gelisah kian menjadi susah…
    Kalimat yang tersemat
    Menyelam dalam kolam alam ini
    menusuk masuk ke seluruh pelusuk
    dalam menanti mati di dititian jati diri

    Lagenda Pulau
    sajak simbolik kehidupan
    Sarawak 17 disember 2015

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  16. PENA MELUKIS

    bilaku genggam pena dan mula untuk melukis
    dan aku hampar satu lembaran kertas putih,
    Inginku lukis satu wajah tersenyum
    tetapi pena tiba melayang,
    kertas putih terus menghilang,
    idea dan ilham terus menghilang
    Hanya warna mengisi ruang,
    Baruku sedar banyak yang kurang,
    Tidak seperti apa dirancang dan dipandang,
    Warna warni dipinta tetapi hitam yang datang,
    Terasa ingin saja lukisanku buang.

    Satria JUragan
    sajak buat pelukis seperti aku bila nak melukis idea dan ada masa
    tu jugak macam-macam masalah datang ketika melukis di Masjib India

    BalasPadam
  17. SETIA BERJANJI

    Tika fajar menyinsing suasana
    Dalam desas-desus nafas jiwa
    tangan menadah berdoa
    Tangis sedih, sendu dan duka
    Mengadu pada Yang Mendengar Bicara
    Berharap pada Yang Memenuhi Segala Cita.
    Tercambahlah benih di sawah hati
    Diairi dan menghijau bawah lembayung nurani
    Dipagar serta dijaga rapi
    Dengan sebuah janji termeterai
    Dihiasi dengan rimbunan pekerti dan budi
    Walaupun ia sunyi dan sepi kini
    Apabila tibanya takdir Ilahi
    Namun ia tetap terjaga rapi
    Sehingga waktu masa datang lagi
    Ia pasti akan indah kembali
    Sebagaimana yang telah kita lalui
    Selama mana kita bersetia janji

    Tetamu Malam
    sajak ketika melangsungkan perkawinan dgn bekas isteri semula
    Sungai Ara 2015

    BalasPadam
  18. LADANG

    Terima kasih kerana membawaku ke ladang
    dengan sabar tak kenal jemu
    kini kupetik buah kejayaan itu
    dari pohon jasa seharum kasturi
    Terima kasih yang budiman
    merungkai erti kehidupan
    menanam benih-benih kemanusiaan
    memadam puntung-puntung kesombongan
    bagai bintang di kegelapan malam
    di tengah lautan jadi pedoman.

    Nahul Hidzar
    sajak tentang mengapai satu kejayaan
    kuala sepetang

    BalasPadam
  19. sayembara dh bermula ke aku nk join jgk aku dh hantar harap tersiar lgpn aku skrg bukan kt msia sbb aku ada kt thai skrg sbb kerja kat sini baiki enjin

    BalasPadam
  20. apa khabar semua? salam perkenalan muka2 baru aku tgk yg baca ni ahli lama2 pergi mana? en nuri dh warga citra rasa sihat ke????

    BalasPadam