Rabu, 13 Januari 2016

BILA KITA BERADA DI HUJUNG SENJA






5,BILA KITA BERADA DI HUJUNG SENJA


Wahai sahabatku!
Sebaiknya pada adat
Bila kita berada di hujung senja
Selama ini jauh kurang amal kebajikan.
Mendekatkan diri kita kepada rambull alamin
Berbanyakkanlah mengingati mati dan hari akhirat.

Bukan lagi ingin
Menjadi orang kuat
Mengajak orang lain bersama
Menjadi penegak hal kemungkaran
Dengan menarik perhatian orang ramai
Dengan menyokong kerja-kerja onar dan mungkar.

Ingatlah kepada
Dua malaikat mencatat
Yang berada di kiri kanan kita
Akan mencatat apa sahaja kita lakukan
Sama ada secara terang dan tersembunyi
Kerana Allah amat maha mengetahui isi hati kita.


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam  5.5 minit pagi
Isnin Tanggal 4hb Januari 2016

20 ulasan:

  1. Kami tak mahu bincang pasal tamak halobaknya org kita ? Tetapi terpaksa kita perkata juga dalam komentar petang ini.

    SEDIKIT KOMENTAR PETANG INI
    BAGAN SERAI PERAK


    Dua buah restoran menaikkan harga makanan sesuka hati telah diberi arahan tunjuk sebab dalam masa 14 hari ? Rasanya amaran begini semacam tidak setempal dan tidak cukup bagi menakutkan . Sebaiknya jika ada aduan orang ramai , mana-mana kedai makan atau Restoran menaikkan barang sesuka hati gantung saja lesennya setahun sebagai pengajaran.

    Bila ada rasa takut baru ada rasa kesedaran .

    BalasPadam

  2. HANYIR LUMPUR

    Kami kenal tanah ini
    selutnya pernah berbaur
    hanyir darah yang tumpah
    daripada derita para pejuang
    lumpurnya pernah tersimbah darah para pahlawan
    relung tanah ini pernah bergegar
    oleh jerit pekik pejuang melayu
    yang mencari benih kebebasan
    yang bangkit membina benteng
    bersama keris dan tombak dan bersabung nyawa
    demi tanah yang diragut ganas.

    Qalam Musoffa
    sajak pejuangan dari sarjan husin sy pinjam dri dia tapi minta izin dia dulu sebab sarjan husin nk msuk sayembara tapi zainal x bagi sbb dia dh pernah ke final dan kalau berjaya sepanjang sayembara sy pakai sajak sarjan husin la

    BalasPadam
  3. KERDIL DIRI INI

    Sungguh kerdil diri ini
    Begitu sedih aku mengenang
    Hidupku yang indah ini
    tapi aku terlupa mensyukuri nikmatNya sepenuhnya
    aku lupa melewati jalanMu sebaiknya-baiknya
    Maafkan diri ini esungguhnya aku rindukanMu
    Siapalah aku yang selalu leka dan alpa
    Dengan urusan duniawi
    Sesungguhnya Ku inginkan bahagia bersamaMu
    Jalani hidup ini bersama redhaMu
    Oh Tuhanku yang Maha Penyayang lagi Pengampun
    Ampunilah hambaMu ini setinggi kasih kupanjatkan
    Hanya padaMu yang Satu…

    Anjang AKi
    sajak ketuhanan
    27disember 2015

    BalasPadam

  4. PERSADA DUNIA

    Sedetik waktu berlalu mengingatkan diri
    pada sebuah perjuangan suci
    mekar subur mewangi di persada dunia.
    Kalimah-kalimah lantang terentang
    membangkitkan semangat juang
    Seketika kita dikejutkan dengan impian dan gagasan
    kita tidak lagi jatuh tersungkur
    hanyut dibawa arus globalisasi tanpa sempadan.
    Perjuangan tiada henti kita semakin berani
    melahirkan hasrat demi mendaulat maruah bangsa.
    Sorakan semangat jati diri
    melaung-laung di segenap pelosok
    menyambut kemenangan sebuah perjuangan
    menegakkan bangsa tercinta

    Kembara Budiman
    sajak memberikan semangat pada bangsa sendiri
    ketika di dalam flight apabila melihat bangsa2 lain yg dtg

    BalasPadam
  5. KESEPIAN

    Kubiarkan kesepian menyelimuti hidupku..
    Dalam kehampaan merona dalam jiwaku..
    Mewarnai setiap detik nafasku..
    Menghantui setiap getar dadaku..
    Di sela kehampaan kurasakan kesunyian..
    Terasa menyakitkan rasa kesepian..
    Kembalikaniwa yang selalu haus
    Lelah kaki melangkah yang tiada terarah..
    Merasakan letih hingga tak mampu merintih..
    Ingin hapuskan rasa kesepian ini..
    Siapakah yang mampu kembalikan jiwa ini kembali..

    Harimau Berantai
    sajak terkenang
    Negeri sembilan

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  7. SETIAP PERENGGAN

    Setiap halaman di dalam bab beza,
    tersusun setiap perenggan dan tulisan
    antara pengalaman dalam almari usia
    antara muram kecewa dan ledakan ketawa
    sering mentafsir walaupun dalam khuatir
    di atas helai-helai kertas perjuangan
    kita saling belum mengerti sejujurnya.

    Zainal Arifin
    sajak simbolik
    kuala selangor

    BalasPadam
  8. TERIMBAS KENANGAN

    tiba-tiba terimbas kenangan semalam
    ketika kita bersama-sama berjuang
    meletakkan diri sama taraf dengan pejuang yang lain
    tetapi bayaran kepada perjuangan ini
    tidak tertebus dalam minit-minit waktu
    Aku lemas dalam tipu daya
    nafsu dipagari teknologi
    Masihkah ada ubatnya
    walau tubuh ini sudah usang
    mencari cahaya dan kemanisan
    di sebalik diri yang menunduk


    Richard Sariosa
    sajak tentang kesusahan
    Sungai Bakap

    BalasPadam

  9. HIJAU KEHIDUPAN

    Andainya dapat kuungkapkan
    rasa rimbunan kesyukuran
    akan aku persembahkan seluruhnya
    Andainya dapat kusimpul
    aura bahasa pengorbanan
    akan aku perhambakan seluruh kudrat
    kerana betapa dari degup nadi ini
    aku telah dilimpahi segala keberkatan
    meletakkan aku di daerah hijau kehidupan.

    Hambali Maliki
    sajak kesyukuran
    Tangkak 25 disember 2015

    BalasPadam

  10. WILAYAH ASING

    Terdampar di wilayah asing
    diranduk rasa tidak puas hati
    ditegah oleh rasa gelisah
    kerna terpaksa mematuhi setiap bayangan
    Suatu ketika hati ini mahu mencabar semula
    akan tetapi hanya hati yang keras
    memaksa diri duduk diam membisu
    cuma melakukan itu dan ini
    sambil membutakan mata memekak telinga
    demi mendengar arahan dari suatu bayangan

    Nuri Jaguh
    sajak marah ketika baru berkeja di tempat baru
    seberang prai 29disember

    BalasPadam
  11. bagan serai kedai mana tu?

    BalasPadam
  12. semua naik harga atas alasan GST

    BalasPadam
  13. restoran pembangkang tu

    BalasPadam
  14. ceik darah suka2 hati naik harga

    BalasPadam
  15. aku rasa mcm pernah mkn kt restoran tu mmg mahal pun

    BalasPadam
  16. dorg suka naik harga x ikut semasa

    BalasPadam
  17. bleh kana saman mcm tu naik hrag suka hati

    BalasPadam
  18. boikot saja kedai tu

    BalasPadam
  19. silap2 takut pelanggan dia bakar kedai tu naik harga sangat

    BalasPadam
  20. Semua sajak sayembara akan di terbitkan bersama keputusan malam jumaat hadapan. Harap maklum. Makasih!!!

    Puisi-puisi soal peribadi sepatutnya dihindarkan dahulu takut nanti akan tersinggung hati -mana pihak . Harap maklum.

    BalasPadam