Sabtu, 10 Oktober 2015

KEDAMAIAN YANG MULAI DIRASA








87. KEDAMAIAN YANG MULAI DIRASA


Kini hamper 15 tahun aku di sini
Dulu di kenali kawasan pinggir bandar
Bukit guruh, Payah keladi, Kampung nelayan
Apabila corak pembangunan telah mulai menjalar
Ke tidak ketenteraan suara hiruk pikuk mulai dirasai
Dengan enjin kenderaan dan kebisingan jerit pekik manusia.

Hamper saja aku mahu angkat kaki
Untuk meninggal kan daerah terpencil ini
Yang baru saja mendapat gelaran Bandar baru
Kerana kebesingannya mengalahkan bandar besar
Kelihatan 24 jam anak-anak muda mudi belasan tahun
Berkeliaran dan berpelesaran tidak kira waktu bebas segalanya.

Kini Bandar Baru TK banyak berubah
kesunyian dan kedamaian malam dapat dirasai
Mungkin ada agenda setiap AJK , Masjid , Balai dan PIBG
Turun padang bagi membasmi ke haruan ini terus berluasa
Penyakit dadah, anak luar nikah lahir selang dua tiga biji rumah
Kini bila ada ketegasan ramai diberkas kedamaian dapat dirasai kembali.


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 5.30 pagi
Tanggal 10hb. Oktober 2015.

15 ulasan:

  1. PEJUANG BANJIR

    Wahai Pejuang Banjir di lapangan
    Anda adalah Insan mulia
    Berkorban diri selamatkan jiwa-jiwa
    Tanpa kira makan dan minum
    Tanpa hirau tidur di apa-apa sahaja
    Tanpa berkira di mana dan ke mana
    Teruskan wahai Pejuang Banjir
    Rakyat jelata dambakan tanganmu
    Menggapai erat jari-jemarimu,
    Tiada siapa mereka menanti
    Melainkan anda ketika arus menggila
    Tatkala air mencanak naik
    Semasa runtuh segala macam
    Andalah harapan mereka...

    Hero Kampung
    sajak utk mangsa banjir di kampung sy di kelantan

    BalasPadam
  2. EGO HATI

    dalam kesunyian
    aku cuba membaca setiap personamu
    membuatkan ruang hati ghairah
    memahat jejak rindumu dikalbu
    dalam hampa dan keresahan
    mendebarkan getaran dijiwa ini

    Mozaire
    sajak buat kekasih yg akan jd tunang sy thn 2016
    telok kumbar
    11.10.2015

    BalasPadam
  3. PERJUANGAN BELUM SELESAI

    suatu ketika dahulu
    kita bebas berlari di bumi ini…
    tapi kini tidak lagi
    kerna jarak usia semakin merangkak jauh….
    kita juga telah berbeza…
    Kita perlu sedar apakah hala tuju kita…
    apakah nasib kita nanti….
    Jiwa kita perlu dibajai…
    Hati kita perlu disirami…
    Ukhwah kita perlu dieratkan semula…
    Silaturahim kita perlu dirapatkan semula….
    Bersatulah kita di bawah satu naungan…
    agar senyuman dapat lagi terukir di bibir….
    kerna Perjuangan kita belum selesai !!!

    Raja Muda
    sajak patrotik selepas menonton filem kapsul di pawagan baru2 ni
    klang 11/10/2015

    BalasPadam
  4. BUKIT DAN RUMPUT

    aku cuma duduk bersimpuh di atas bukit
    Mata memandang alam sekitar dari jauh
    selepas itu aku merebahkan badan,
    bertilamkan rumput hijau itu
    Hingga satu ketika aku terngelam dalam rumput
    hingga aku tak terlihatnya oleh siapa-siapa
    indah sungguh ciptaan alam sekitar sini

    Dian Papinjey
    sajak ketika meriadah di taman kt putrajaya

    BalasPadam
  5. tadi kumpulan 1 punya sajak yg bawah ni utk kumpulan 2 plak

    BalasPadam
  6. ANAK BANGSAKU

    Anak bangsaku padam bara hatimu
    biarkan ia sedingin salju
    siramilah budimu biar subur selalu.
    terangilah dadamu iman di kalbu.
    Anak pertiwi hidup biar berfikir dahulu
    Menerimalah segala yang ada wahai anak bangsaku
    engkau tahu usul dirimu.
    sebelum bertindak melulu

    Panyair Agung
    sajak buat himpuan bersih yg mencemarkan imej msia
    Ulu Tembeling 11.10.2015

    BalasPadam
  7. AKU ANAK MERDEKA

    Bangkit dari persada luka
    Berdiri megah di pentas wira
    Inginku tebus maruah bangsa
    Terjaga dari ranjang kecewa
    Berpaksi gagah di panggung perkasa
    Ingin ku bela nasib bangsa
    Akan kutentang petualang negara
    Yang tegar membuat angkara
    Di hati semangat waja

    Sarjan Husin
    sajak kemederkaan sy buat utk arwah anak sy yg meninggal di lahad datu moga rohnya dicucuri rahmat al fatihah
    Perak 11/oktober/2015

    BalasPadam
  8. PUTERI PURNAMA

    Taukah kamu lamanya kumenunggu,
    Suburnya mimpi ditanah haru,
    Dengan terang cinta dipadang pasir,
    Cahaya menyilau darimu putri purnama.
    Adakah rasa jemu ku menanti,
    Dari luar biasanya saling menyayangi.
    Putri purnama telah sudi,
    Menari bersamaku malam ini.
    agar ku tersenyum dikemudian hari

    Badrolshah
    sajak jiwa-jiwa2 ketika dilokasi hrp2 boleh menang sbb en sanusi kata kalau sy menang sayembara? en nuri janji nk berlakon dgn wan hanafi su
    Selangor 5 ptg

    BalasPadam
  9. BENTANGAN LANGIT

    Dari bentangan langit yang indah,
    kemarau datang kepadamu tumbuh perlahan.
    Berhembus amat panjang
    Menyapu lautan tapi mengekalkan tanah
    senantiasa diam dingin dan tak menyapa

    Pilot Hafizah
    sajak simbolik

    BalasPadam

  10. PERTEMUAN SEMALAN HARI INI DAN ESOK

    Pertemuan semalam manisnya bagai madu yang diteguk
    segalanya indah membalut hati resah untuk tenang
    lupa pada kisah silam yang pilunya bukan kepalang
    tetapi Pertemuan hari ini terasa madunya kian susut
    bagaikan kian pudar yang mendatang
    mungkin Pertemuan hari esok
    aku meramalkan kemanisan itu akan hilang terus
    tapi aku pasti madu itu pasti akan kembali terisi
    andai pertemuan dulu diabadikan
    sebagai penentu hari ini dan esok.

    Julia
    sajak kenangan
    11/oktober/2015

    BalasPadam

  11. CUBA BERTANYA PADA CERMIN

    bila kita mencerminkan diri
    ada baliknya cuba menatap
    walau seminit dengan mendalam
    tanya satu soalan pada insan dicermin itu
    siapakah engkau sebenarnya
    meski sukar untuk dijawab……..
    namun pasti ada suratan
    pasrah akan menyahut biarpun pahit
    namun tetap akan ditelan
    kerana hidup sukar diertikan
    ibarat mimpi dalam khayalan.

    Seri Suri
    sajak simbolik
    Malim nawar 11/julai/2015

    BalasPadam
  12. BERKATA-KATA DISELURUH DUNIA

    andai diri aku bisa berdiri diatas persada
    ingin ku berkata-kata ke seluruh dunia
    tapi akan kulontarkan hanya satu kata
    dengan suara yang kuat bergema
    biar ia berserak tertusuk di sanubari semua
    bahawa dunia ini kian hampir akan hujungnya
    dunia ini sudah terlalu tua
    hanya menunggu masa untuk binasa
    hapuskanlah persengketaan
    koyakkan segala kekejaman
    lunturkan segala kejahatan
    bersihkan diri dengan air suci
    agar ia tidak hitam lagi
    seandainya itu yang bisa kulakukan
    alangkah damainya diri ini
    lantaran hati tidak tertanggung lagi
    melihat segala titik hitam
    yang semakin membesar…

    M.Hassan
    sajak tentang ketidakpuasan hati tapi atas sebab kerja dan utk ats dasar kawan sy terpaksa lakukan juga
    Negeri Sembilan
    26 oktober

    BalasPadam


  13. JASAD BERDIRI

    Di manakah letaknya kejujuran,
    Apakah sebenarnya erti pengorbanan,
    Meskipun pelbagai kesengsaraan menimpa hidupmu
    walaupun kesakitan dan keperitan menjadi bebanan
    tabahkan hatimu harungi pancaroba ini
    demi matlamat yang kau ingin gapai
    bangunlah sebagai jasad yang berdiri
    di bumi bertuah ini dengan semngat waja

    Abang Japp
    sajak memberi semangat
    Merlimau 11.malam

    BalasPadam
  14. sajak KUMPULAN 3 dilepaskan

    BalasPadam
  15. aku rasa atuk en nuri tu dtg dri zaman masa depan la

    BalasPadam