Jumaat, 9 Oktober 2015

AWAS! IMAN KITA JUGA BOLEH TERCABUT





86.AWAS! IMAN KITA JUGA BOLEH TERCABUT

Iman seorang juga boleh tercabut bila kita menolak
Bila tidak bersyahadah kepada dua syahadahtain
Malah iman juga boleh tercabut bila kita beritiqat
Terutama pada hati, perbuatan dan ungkapan kata
Contoh paling mudah berniat dalam hati kita terasa
Karut Islam buat apa solat puasa, zakat dan kerja haji
Pada perbuatan pula kita menyangka kita perlu sujud
Pada pokok, busut, sungai gunung, hantu jin, syaitan,
Lalu kita pun meminta pada dukun, bomoh atau pawang
Mereka boleh bantu menyelesaikan masalah kita seharian.
Pada ungkapan kata pula kita sering terlupa atau sengaja
Alamak, Ya Rabbi budak ini?, Tok Pawang ini ada kuasa
Kalau bukan kerana doktor merawat kami dah lama mati
tiga perkara yang perlu kita jaga dan pelihara setiap masa
Agar iman kita tidak mudah tercabut dari hati kita semua
Maka waspada lah pada niat, perbuatan dan ungkapan kata kita


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 7.40 pagi
Hari Jumaat 9 Oktober 2015.

15 ulasan:

  1. Mengucaplah dalam dua kalimah syahadah seperti mana yang melayakkan seoramng itu memeluk agama Islam

    BalasPadam
  2. Mengucaplah dalam dua kalimah syahadah seperti mana yang melayakkan seoramng itu memeluk agama Islam

    BalasPadam
  3. Bahawa aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik syaksi Nabi Muhamad itu pesuruh Allah .

    BalasPadam
  4. Selepas kita jadi Islam baka atau Baru masuk iman kita atau aqidah kita juga boleh tercabut dengan tiga perkara ini , niat dalam hati, tingkah laku kita dan ungapan kata kita.

    BalasPadam
  5. Contoh niat dalam hati, tetiba kata terlintas dalam hati dengan niat buat apa aku solat bukan dapat apa ? sudah tercabut iman seorang .

    BalasPadam
  6. Contoh perlakuan kita , jumpa busut atau pokok kita sembah minta bantuan number ekor atau letak kepercayaan 100% pada bomoh atau tukang tenun nasib. juga tercabut iman seoorang muslim

    BalasPadam
  7. Contoh ungapan kata pula seperti Allah mak . Ya Rabbbi budak ini, Mak kita bukan Allah, Tuhanku budak ini. dan sebagainya .
    Justeru itu bila kita tercabut iman kembalikan dg mengucap dua kalimah syahadah . Hanya org yg mengerjakan solat 5 waktu tidak tinggal kalau murtad pagi akan Islam balik sebelah petang dan malam nya. Walla huaklam.

    BalasPadam
  8. sajak kumpulan 4 dilepaskan

    BalasPadam
  9. AKU PERKASA MENCARI PENDERHAKA

    Kuharungi sungai kususur bukit
    hingga ke gua yang silam
    aku bagaikan perkasa mencari penderhaka
    Aku tidak pandai berselindung
    kerna suaraku tak mungkin semerdu seruling
    Aku baru pulang dari tanah Makkah yang suci
    ingin kulihat tanah darahku tanpa penjajah
    kubaca Jamaluddin Al-Afghani
    kugenggam ideologi Rashid Redha
    Aku pulang dengan siap sedia
    mula sebagai anak jantan perkasa
    siap sedia menitiskan darah ke ranting
    Mutiara tetap mutiara
    meskipun terpendam di perut tiram
    jauh pada dasar lautan!


    Pak Kassim
    sajak ketika selesai menghadiri ceramah ustaz zahazan
    6 pagi di teluk kumbar

    BalasPadam

  10. LANGIT BIRU AWAN PUTIH GEBU

    Aku melihat ke langit biru
    tiada awan putih gebu
    lautan langit begitu meluas
    tenang dan masih membiru
    dapat ku rasakan angin meniup lembut
    saat ku terbang tinggi dengan sayap gah
    menjuru terbang ke laluan destinasi
    dan aku tetap masih terbang
    senyap indah sesunyi kedamaian dihati
    dirimu sudah pergi menghilang sepi
    aku tidak tahu khabaran mu yang menyayat hati
    aku tidak sanggup menerima beritamu yang ngeri
    aku tidak mahu pengakhiran mu terkubur dilautan hindi
    aku enggan mahu menitis air mata ini
    aku enggan mahu percaya sebenarnya
    untuk ku terima kebenaran tragis begini

    Saizul Maizav
    sajak kesedihan utk MH370 yg hilang di lautan hindi
    ayir itam 8 mac 2015

    BalasPadam

  11. TENGGELAM OLEH CINTA

    Aku tenggelam oleh cinta
    cinta yang hanya satu warna
    menyakiti hati ini
    saat aku di permukaan cinta
    indah nya senyuman bulan
    hangatnya pelukan matahari
    memekarkan bunga-bunga di hatiku
    kini semua telah dirubah
    cintaku telah layu
    mengharapkan cahaya darimu
    yang tak bisa tergeserkan
    terperangkap di samudera cinta
    hilang untuk menemukan dataran cinta

    Arif Bakar
    Sajak kenangan apabila kekasih diambil org
    Yong Peng 8malam

    BalasPadam


  12. HATI TERLUKA

    Ada hati yang terluka,
    Ada tangisan di bibir
    Ada derita merintih dijiwa,
    Ada jiwa tiada bernyawa…
    Hati ini sedih sekali,
    Ada derita silih berganti,
    Ingin pergi membawa diri,
    Moga luka boleh diubati,
    Moga jiwa hidup kembali,
    Moga hati tidak mati,
    Moga derita berlalu pergi….

    An Saley
    sajak sedih
    Pagoh 22.sept.2015

    BalasPadam
  13. wah! mcm mana dia tahu zaman ke depan

    BalasPadam
  14. eh! sapa atuk en nuri tu???

    BalasPadam
  15. eh! mmg ajaib dia tahu masa depan

    BalasPadam