Khamis, 10 September 2015

TIDAKKAH KALIAN TERASA?




TIDAKKAH KALIAN TERASA?


Di mana-mana pun kini
Perempuan lebih ramai
Daripada orang lelaki
Sama ada di jalan raya
atau pun minum kedai kopi

Dianatara mereka ini
Ada juga yang lebih berani
Menguasai meja kedai kopi
Bersembang hebat dari lelaki
Sehingga ada lelaki terus menyepi.

Tidak hairan gaya mereka
Boleh duduk di meja makan
Berbual ketawa sesama mereka
Dari jam 8 hingga jam 10 pagi
Entah cerita apa menggelikan hati.


Oleh: Nuri Manja,
Rabu jam  11.10 pagi
Catatan  tanggal 19 Ogos 2015.





6 ulasan:

  1. 68.BAI’ AH

    Bai’ah satu perjanjian dalam bersumpah
    Dengan lafaz Taat setia kerana Allah SWT
    Agar tidak bertukar hati atau pindah keyakinan
    Kepada ketaatan hati kepada kumpulan lain
    Atau diri keluar menyertai kumpulan lain
    Dengan bersandarkan gadaian talak isteri
    Jika berlaku kecurangan terhadap parti
    Jika berlaku keluar parti atau beralih parti
    maka terjatuhlah talak tiga ke atas isterinya
    sebagaimana ianya berlaku satu penceraikan
    ke atas seorang Isteri kesayangan selama ini.

    Catan Pensel Kontot.
    Tanggal 10 September 2015.

    BalasPadam
  2. PETIKAN AKHBAR TEMPATAN
    Asalamualaikum salam sejahtera rerakan Fb!
    MT UMNO: Tiada pemecatan; Muhyiddin dan Shafie setia
    Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

    KUALA LUMPUR 9 Sept. - Desas-desus kononnya Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir akan digantung atau dipecat keahlian mereka hari ini terbukti tidak benar.
    KOMENTAR:
    Ternyata selama ini macai-macai pro Pembangkang banyak membuat andaian tersendiri bagi mambakar semangat sentiment rakyat jelata utk membenci kerajaan BN dengan hasutan, tohmah dan fitnah ,memutar belitkan fakta dan beradu domba terhadap pemimpin –pemimpin BN.

    Sebaliknya, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Muhyiddin dan Shafie telah menyatakan kesetiaan kepada parti.

    BalasPadam
  3. SATU PETANDA BAIK UTK BN MENANG BESAR PRU14
    Bila rakyat jelata kembali sedar bahawa PM yang ditohmah dan difitnah hebat selama ini adalah agenda jahat pihak tertentu , Apa bila tohmah dan fitnah gagal mereka mengunakan pula hasutan, beradu domba dan memutar belitkan fakta sahih kepada Auta pula. Sebaiknya rakyat sudah matang dan amat memahami sikap puak-puak pembangkang < Sebaiknyalah rakyat 1 Malaysia mengambil sikap mudah. Apa yangmereka cakap kita sekadar boleh dengar tetapi percaya jangan sekali.

    BalasPadam

  4. BELI DATA PUN SAMPAI AS$2 JUTA .
    Beberapa akhbar hari ini mendedahkan, butiran siasatan kes membabitkan Justo, termasuk penga¬kuan bertulis yang dibuat atas ke¬re¬laan sendiri, mendedahkan Nu¬rul Izzah berminat membeli data mengenai lMDB yang dicurinya pada tahun 2011.
    Bagaimanapun, Nurul Izzah bukan pembeli berpotensi dimahukan Justo, yang mengakui dikuasai sifat tamak ketika itu. Dia mahukan bayaran tunai berjumlah AS$2 juta bagi dokumen berkenaan.
    KOMENTAR:
    Barangkali Si Justo ini cuma bermimpi dalam fantasinya bertemu dengan Nurul Izzah dan Tony Pua untuk membeli data IMDB ini. Bukan mengigau …? Apakah si Justo ada bukti sahih ?
    - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/nurul-izzah-pua-nafi-terlibat-1.133608#sthash.YWMUK4w8.dpuf

    BalasPadam

  5. Ahli Parlimen, ADUN langgar bai’ah dilaknat Allah, rasul - Abdul Hadi

    KUALA LUMPUR 4 Sept. - Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Pas yang mengkhianati bai’ah dilafazkan mereka sebelum menjadi calon parti pada pilihan raya umum yang lalu akan dilaknat Allah dan rasul.
    KOMENTAR:
    Amat dikhuateri ahli PAS serpihan yang mengkhianati bai’ah dilafazkan mereka akan dianggap sebagai kumpulan ahli dilaknat Allah dan Rasul ? Adakah anak-anak mereka selepas 18 atau 20 tahun nanti hidup mereka akan tertekan enggan orang mahu berkhawin kerana dianggap anak subahat ?

    BalasPadam

  6. PETIKAN AKHBAR TEMPATAN
    ROS perlu segerakan siasatan terhadap DAP

    PERMATANG PAUH 4 Sept. – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) digesa menyelesaikan segera siasatan berhubung status parti DAP yang sudah berlarutan lebih dua tahun bagi mengelak persepsi negatif rakyat terhadap badan itu.
    KOMENTAR:
    Kenapa ROS begitu lewat utuk menyelesaikan siasatan kedudukan parti DAP. Malah ada diantara ahlinya menjadi KM dan melibatkan ahlinya lebih ramai mengadakan perhimpunan haram BERSIH4. Kami harap Jangan biarkan rakyat jelata membuat andaian negetif yg kurang menyakinkan terhadap ROS?

    BalasPadam