Isnin, 8 Jun 2015

.MATI ANAK ADAM ADA EMPAT PERAMPAS






 .MATI ANAK ADAM ADA EMPAT  PERAMPAS

Mati anak Adam 
Malikat maut pun
Merampas nyawanya

Cacing tanah pun
 merampas isi daging
dijadikan baja untuk pokok

Anak cucunya pun 
Merampas segala pusaka
Digunakan untuk baik atau buruk

Kawan dan musuh pun 
Akan merampas segala
Kedudukan darjat dan pangkatnya.

Itulah kehidupan 
Yang dikira tidak abadi
Sebab semua benda baharu
Tidak akan kekal buat selama-lamanya.

Oleh : Nurimanja,
Catatan  di sudut ceramah bebas,
Tanggal dua tiga hari lalu 20hb, mach, 2011.

10 ulasan:

  1. 12..DAILONG TERKUKUR MERPATI DAN MERBUK

    BALAM berkata:
    Aku ingin menaluk pulau
    Menjadikannya sebuah negeri aman

    KETITIR mencabar:
    Kau cuma pandai becakap
    Tetapi tidak pernah turun padang

    BALAM berkata lagi:
    Aku punya penyokong tertentu
    Ia itu Merpati dan kakak tua

    KETITIR bertnya lagi:
    Benarkah Merpati dan kaka tua?

    MERPATI Dan KAK TUA: menjwab
    Benar, selagi ada kacang dan pisang

    KETITIR bertanya lagi:
    Jika kacang dan pisang habis?

    MERPATI DAN KAK TUA menjawab:
    Pastinya hati kami juga akan beralih tempat.

    Oleh: Nurimanja,
    Catatan Sedenyutrasa sehari dua lalu.
    Pagi jumaat tanggal 18hb. Mac, 2011 sajak lagenda

    BalasPadam

  2. 13 .KEMANA HILANGNYA MUTIARA

    DAP jangan cuba mengaku mudah
    58 tahun Pulau Mutiara merdeka
    Bukan mengunakan lampu Aladin
    99 peratus usaha BN berpanjangan
    Menyinarnya cahaya mutiara dini hari

    Amat muustahil 7 tahun boleh maju
    Dengan 10 kejayaan yang dibanggakan
    Cuma sekadar datang memangku sahaja
    Itupun angkara PKR anda dapat berkuasa
    Jika tidak DAP jangan mimpi di siang hari
    Boleh memakmurkan pulau mutiara ini ?

    Lim Guan Eng jangan jual temberang
    Bercakap nampak tegang urat tengkok
    Kini bangku tetamu banyak yang kosong
    jangan menabit dada berlagak sombong
    Cakap sadikit lebih banyak yang bohong
    Kini selepas PRU 13 ada 17 pembohongan .

    Oleh; Suara Pulau
    Catatan menyakitkan dan merisaukan
    Tanggal 27hb, mac, 2011. Pagi hari sabtu.

    BalasPadam
  3. 14.PERLU BERKATA JIKA BENAR


    Ucapan siapakah ini?
    Bila ekonomi j atuh dan merudum
    Tidak layak mentabir negara Malaysia.
    Bila ekonomi pulih dan naik mendadak
    Ini kerajaan ciplak edia mereka pula.

    Bila subsidi minyak pitrol disel
    Dan yang lain hendak dihapuskan
    Wah! Ini bukan cara hendak bela rakyat,
    Bila subsidi kerajaan BN beri
    Wah! Ini agenda nak pancing undi

    Inilah namanya bahasa putar belit
    Cakap sikit , banyak penyakitkan hati
    Menjadikan wajah tiada sinar keikhlasan
    Jauh sekali mendapat aura dan cahaya muka
    jikalau hati seorang itu ada niat busuk sahaja


    Oleh: Nurimanja,
    Catatan selepas membac a akhbar 3 bulan lalu.
    Terbit tanggal 27hb Mac, 2011. Lapan malam waktu malaysia.


    BalasPadam
  4. 15.SAUDAGAR PERDAGANG JANJI


    Aku lihat!
    Ada seorang saudagar
    licik memperdagangkan janji
    pada rakyat jelata rakan dan lawan
    dengan putar belitnya yang mempersona.

    Aku juga!
    Pernah sekali tertipu
    Dengan janji dan kata manis
    Tetapi ternyata kini cuma janji palsu
    Kini dia mula memperdagangkan janji baru.

    Gila apa!
    Buat siapa terpedaya
    Tidak kira kawan dan rakyat
    Janjinya cuma cerita belum dapat
    Bila berjaya kita semua jadi mangsa muslihat.

    Oleh: Nurimanja,
    Catatan buat rakyat bumi serawak.
    Renung dengan matang sebelum bertindak.
    Sehari yang lalu 19hb Mac, 2011 malam hari berita tv.

    BalasPadam

  5. 16.CINTA SEJENIS

    Bila cinta sejenis berlaku,
    lihat sajalah bahaya dan akibatnya
    sesuatu yang tidak normal dan ditebalikkan
    malah siapa yang bersekongkol dan membenarkan
    tunggu sajalah satu musibah atau bala laknatullah

    Bila cinta sejenis berlaku,
    banyak pengajarannya sebelum ini
    lihat angin saklon berlaku di zaman nabi lot
    di mana zaman nabi syuid mereka tidak mahu khawin
    anak-anak gadisnya yang ramai tidak diingini lelaki

    Bila cinta sejenis berlaku,
    maka Adam pun suka bersama Adam
    dan hawa pula lebeh bahagia bersama kaum hawa
    lalu angin ribut pun turun sehingga ada menanam tubuh
    itulah dahsat dan menjijikan yang allah amat murkakannya.

    Oleh: Nuimanja,
    catatan dalam kes perbicaraan
    yang amat meragukan dan mencurigakan.
    hanya laknat Allah yang dapat menentukannya.
    Catatan berita pagi jumaat 11hb, Mach,2011

    BalasPadam
  6. 17.CERITA PENGEMIS ASING


    Pengemis yang kita lihat mengemis
    adalah terdiri geladangan pendatang asing
    boleh berbangga dengan pulangan pendapatan
    nilai sebulan 28 hinga 30 ribu ringgit Malaysia
    dengan berbagai cara dan gaya dilakukan
    Cuma berpura sakit minta simpati belas ihsan

    Pengemis yang ramai berkeliaran
    curi kesempatan dari rakyat tempatan
    sebenarnya masyarakat kita terlalu pemurah
    mudah memberi jika ada orang meminta derma
    akhirnya lebih ramai pula pendatang pengemis
    dari yang datang asal tujuan mencari kerja

    Begitu pemurahnya rakyat di Malaysia
    tanpa bertanya asal usul dan soal periksa
    sedia memberi dan membantu apa sahaja
    sama ada pengemis itu benar atau pendusta
    soalnya apa yang penting buat pengemis asing
    setiap hari wang masuk ke dalam kantung mereka.


    Oleh: Nurimanja,
    Catatan sewaktu bejalan corridor
    suatu masa dalam sadikit masa yang lalu
    tanggal 13hb. Mac, 2011


    BalasPadam
  7. 18.BILA ALAM MULA MARAH
    mengenang tsunami lalu


    Apabila alam mula marah
    tercetuslah ombak pelabuhan
    keadaan menjadi kucar kacir
    bumi dan langit menjadi sendu
    makhluk lain jadi mangsa sensara
    yang parah dan resah adalah manusia


    Kemungkaran yang berluasa
    Allah pun menurunkan musibah
    bila lantai laut bergegar rasa
    ombak pun menjadi gila dan ganas
    dasar laut bagaikan tebelah dua
    lalu menolak air laut melempah ruah


    sekali disedutnya kembali
    menarik kesemua ke tengah laut
    iputarnya ligat membunuh semuanya
    itlah Tsunami petaka yang mngerunkan
    bisa memusnah an mhancurkan segalanya
    keindahan alam dan ciptaan jagat manusia.


    Oleh: Nurimanja,
    Catatan dua tiga hari lalu 14.03.2011
    bila melihat kemusnahan yang mengerunkan

    BalasPadam




  8. 19,SIMPAM EMAS DAN PERAK BERLEBIHAN HARAM



    Siapa Menyimpan harta berlebihan haram
    terutama barang kemas emas dan perak
    kerana Allah memasak emas dan perak itu
    menjadi panas distereka ke atas mereka

    Seksa pada orang yang menyimpan harta
    di dahi mereka tempat wajah sesaorang
    diperut mereka kerana makan berlebihan
    di pnggung mereka berpaling dari si miskin


    Kecuali tidak meragukan perentah Allah
    boleh menyimpan harta benda berlebihan
    kenalah keluarkan zakat bila cukup syarat
    rezeki si miskin ada pada harta si kaya


    Oleh: Nurimanja,
    catatan sehari lalu
    penceramah bebas tangal 17 Mach, 2011.

    BalasPadam

  9. 20 .MATI ANAK ADAM ADA EMPAT PERAMPAS


    Mati anak Adam Malikat maut pun
    Merampas nyawanya

    Cacing tanah pun merampas isi daging
    dijadikan baja untuk pokok

    Anak cucunya pun Merampas segala pusaka
    Digunakan untuk baik atau buruk

    Kawan dan musuh pun Akan merampas segala
    Kedudukan darjat dan pangkatnya.

    Itulah kehidupan Yang dikira tidak abadi
    Sebab semua benda baharu
    Tidak akan kekal buat selama-lamanya.



    Oleh : Nurimanja,
    Catatan di sudut ceramah bebas,
    Tanggal dua tiga hari lalu 20hb, mach, 2011.

    BalasPadam

  10. 20 .MATI ANAK ADAM ADA EMPAT PERAMPAS


    Mati anak Adam Malikat maut pun
    Merampas nyawanya

    Cacing tanah pun merampas isi daging
    dijadikan baja untuk pokok

    Anak cucunya pun Merampas segala pusaka
    Digunakan untuk baik atau buruk

    Kawan dan musuh pun Akan merampas segala
    Kedudukan darjat dan pangkatnya.

    Itulah kehidupan Yang dikira tidak abadi
    Sebab semua benda baharu
    Tidak akan kekal buat selama-lamanya.



    Oleh : Nurimanja,
    Catatan di sudut ceramah bebas,
    Tanggal dua tiga hari lalu 20hb, mach, 2011.

    BalasPadam