Isnin, 4 Mei 2015

ROMPIN PAHANG







ROMPIN PAHANG

Rompin Pahang,
Sesuatu yang tidak diduga
Parlimenmu kini kosong pula
Bila tragedi menyayat hati melanda
Maka hilangnya pemimpin pejuang bangsa
Bersama enam rakan dan pengawal peribadinya.

Rompin Pahang,
Kini di kawasanmu ada pemilihan
Beberapa parti berentap cari pengaruh
Maka terserahlah kepada  warga pengundi
Melaksana kan tanggung jawab menentukan kedudukan
Dalam mencari pemimpin yang berwibawa dan berakhlak mulia.


Oleh: Nuri Manja,
Catatan 20 April 2015.  5 ptg.
Ulang Siar kembali

10 ulasan:

  1. Ulang siar kembali puisi Rompin Pahang . Bagi mengingati Allayarham
    Yb Jamaludin Jarjis yang pergi tampa kembali lagi.

    BalasPadam
  2. Dan esok juga PRK berlaku di kawasan Rompin. Kita berdoa agar pengantinya akan kekal menyambung segala tugas yang belum selesai.

    BalasPadam
  3. Terutma anak orang Asli di kawasan rompin yang telah ramai menukar corak gaya hidup dinihari , hasil usaha dan keperihatianan setelah mendapat pendidikkan tinggi dari jasa Yb Jamaludin Jarjis.

    BalasPadam
  4. Selamat turun mengudi esok hari buat warga pengundi bagi menentukan kerusi Di Rompin Pahang ini.

    BalasPadam
  5. Rompin kawasan udang galah, Harap penduduk turun mengundi tentukan kedudukan jangan terus mengalah .

    BalasPadam
  6. BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

    6.PERGINYA TIADA UMPAT CELA LAGI

    Seorang yang kita sangka bahil dan kedekut
    Belum tentu batinya walau pada zahirnya begitu
    Ada cerita keikhlasannya yang tersembunyi
    Jadi elaklah dari kata caci dan umpat nesta
    Kerana orang yang kita kata itu lebih bahagia.

    Seorang yang zahirnya semacam kejahilan
    Belum tentu dalam hatinya juga nampak begitu
    Kerana orang yang zuhud tidak menunjukkan
    Amal makryupnya melainkan kerana Allah SWT.
    Jadi jangan kita mudah menghukum sesaorang itu.


    Oleh: Nuri Manja
    20 April 2015 jam 11. Malam.

    BalasPadam

  7. BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

    7.MUSNAH SATU PENANTIAN

    Dalam hidup kita ini
    Jangan terlalu mengharap
    Pada sesuatu yang belum pasti
    Terutama pada hati yang sentiasa berubah.

    Kerana hati dan pantai
    Lebih kurang sama sahaja
    Setiap kali air bah pantai berubah
    Itulah bicara resam dunia dalam kehidupan.

    Oleh: Nurimanaja,
    Catatan 3/4/2015

    BalasPadam

  8. BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

    8.AKU, MAMA , TUGAS DAN ALAM-ALAM

    Dalam hidup dan bekerjaya kita seharian
    Biasanya ada hubung kait dengan alam sekeliling
    Kasih sayang terhadap keluarga terutama ibu dan ayah
    Kaum keluarga, rakan setugas, anak didik dan sebagainya

    Bagi pendidik kecil di daerah pendalaman
    Terlalu banyak cabaran dan rentangan dihadapinya
    Tetapi demi cintakan bangsa perlu sadikit pengorbanan
    Bagi memajukan hasrat celek minda rakyat kita satu Malaysia.


    Oleh: Nuri manja
    Catatan jam 5. Pagi Tanggal 12 April 2015.

    BalasPadam
  9. BICARA PUISI DALAM CERPEN

    9.AHH SHU NAIK ANGIN

    Angin kemarahan
    Jika tidak dapat dikawal
    Pastinya merosakkan diri sendiri
    Terutama pada hati, limpa dan sarap kita

    Kemarahan yang melampau
    Adalah daripada hasutan syaitan
    Yang selalu memasuki urat darah kita
    Maka terjadilah apa saja yang perlu dirasakan

    Biasanya kemarahan ini
    Jika terlalu sangat berlaku
    Menjadikan orang lain menjauhkan diri
    Tak kira siapa ? kita akan hilang segala-galanya.

    Oleh; Nurimanja.
    Catatan jam 5. Pagi Tanggal 12 April 2015.

    BalasPadam
  10. BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

    10.SE BUAH MIMPI DIPETANG HARI

    Tidur dan mimpi satu permainan fantasi
    jasad berehat sedangkan roh masih berkeliaran
    Kekadang mimpi ini ada juga kebenaranya
    Orang tua-tua dahulu kala selalu berkata
    Jangan tidur di petang hari pendek umur
    Kerana kurang baik dan sadikit fadhilatnya

    Kecuali badan kita terlalu letih bekerja
    Tidurlah sadikit bagaikan lena-lena ayam
    Orang jepun mengamalkan tidur sadikit
    waktu tengah hari utk menghilangkan letih
    Bagi menyambung semula kerja-kerja mereka
    Setelah rasa segar dari budaya bangsa mereka.

    Oleh: Nurimanja
    Catatan jam 5. Pagi Tanggal 12 April 2015.

    BalasPadam