Rabu, 6 Mei 2015

P.44 PARLIMEN PERMATANG PAUH




 
P.44 PARLIMEN PERMATANG PAUH


Parlimen Permatang Pauh
Kini ada percaturan pengundi
Kawasan jadi rebutan yang diidamkan
Antara parti lawan dan kawan dalam pakatan
Walaupun digelar pakatan rakyat  pada zahirnya
Nampak mesra, Tetapi tidur dan lena mimpinya  tidak sama

Sesiapa pun boleh jadi Yb
Jika ada peluang untuk menang
Sama sahaja seperti  di DUN Chempaka
Kalah menang belakang kira kalau ingin mencuba
Yang ada selama ini kita sudah tahu cara dan gayanya
Kini cari pengantin yang boleh diharap dan boleh dipercayai.

Harap jangan dibiarkan lagi
Kawasan gawat ini terus ternoda
Tersisih dari arus  pembangunan desa dan kota
Pandai-pandai lah pengundi memilih dan menilainya
Pemimpin yang boleh membawa keamanan kehidupan
Untuk warga pengundi dahagakan kemakmuran yang nyata.

Oleh: Nuri manja
Catatan selepas solat Jumaat
Jam 3.30 ptg  Tanggal 3 / April /2015.
 Ulang siar kembali sempena PRK esok. 7 Mei, 2015.

10 ulasan:

  1. Zaman Pemerentahan Najib untuk rakyat 1Malaysia semacam ada musibah pula sering sahaja ada pilihan raya , malah terlalu banyak pula nampaknya.

    BalasPadam
  2. Ada keramat darah datuk nenek orang Bugis agaknya? Orang kuat dalam parti lawan satu-satu tumbang dan hilang.

    BalasPadam
  3. Baru selesai P91 Rompin , kini ada pula P44 Permatang Pauh . Kepala pun belum habis pening , badan pun belum kering peluh . Pilihan raya kecil lagi?

    BalasPadam
  4. Kempen habis-habisan . PRU 13 dulu ada sedikit pengurang parti lawan
    kini cuba lagi jangan bagi free?

    BalasPadam
  5. Nanti rakyat yang berjiwa rasa tak tenang , akan merajuk membawa diri, mereka inginkan agin perubhan , supa warga Permatang Pauh tidak lagi jauh ketinggalan dari arus pembagunan .

    BalasPadam
  6. BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

    11.PAK THE BERBINI TUJUH

    Kemampuan yang dikurniakan
    Pada seorang lelaki
    Bukan untuk bermegah-megah
    Atau disalah gunakan bagi memuaskan nafsu
    Mengumpul sebanyak mungkin para isteri
    Tetapi sebenarnya satu ujian Allah SWT
    Untuk menilai rasa keadilan
    Tanggung jawab seorang suami
    Jika diseksa dan dizalimi mereka
    Di akhirat anda berjalan senget sebelah
    Itulah ganjaran daripada Allah
    terhadap perilaku kamu di dunia dulu
    ke atas isteri-isteri kamu.

    Oleh: Nurimanja.
    Catatan 22/4/2015

    BalasPadam
  7. BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

    12.SATU BATU TANDA
    Sekalong al fatihah buat keduanya.

    Kini bukan lagi satu batu tanda
    Tetapi telah menjadi dua peristiwa pula
    Dulu kehilangan abang kandung terbilang
    Kini kehilangan anak kandung tersayang
    Begitulah mengalirnya darah perwira
    Dalam tubuh kedua bapa dan anak saudara
    Yang terkorban dalam usaha mengekalkan
    Keamanan dan kedamaian sebuah kehidupan
    Demi bangsa, agama dan negara Malaysia tercinta.


    Oleh: Nurimanja.
    Catatan jam 6 pagi . 12/4/2015.



    BalasPadam

  8. BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

    13.MATAHARI MERAH DIREMBANG PETANG.

    Demi keamanan sejagat
    Dan semangat cintakan negara
    Kasih sayang seorang sahabat
    Sanggup bekorban menyabung nyawa

    Bagan semak Sarawak
    Satu tragedi menyanyat hati
    Berlaku di muara sungai bagan semak
    Darah mengalir merah dalam satru pertempuran
    Antara komunis dan pasukkan keselamatan tentera

    Bersama mentari merah dirembang petang
    Terkorbanlah perjuang dan bersama musuh negara
    Sehingga air sungai Bagan Semak mengalir merah
    Demi mempertahankan keamanan negara yang tercinta.

    Oleh: Nuri manja,
    21/4/2015. Pagi hari.

    BalasPadam

  9. BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

    14.TAHANA

    Tahana balasan pada pasyik dan syirik pada amalan
    Seperti durhaka ,mencela mentohmah dan fitnah
    Adalah hasutan yang di bantu daripada Syaitan
    Yang perdaya dan mempercayai pada kehendak hati
    Tahana bila durhaka kepada kedua ibubapak
    Sering meninggi suara, mengherdik, meningking
    Sanggup mengacam memukul dan membunuh
    Gagal dalam menjaga tidak melukan hati mereka
    Jauh sekali menjadi anak yang soleh tidak durhaka
    Malah tidak pernah sekali berdoa kepada ibubapa
    Sedangkan masuk Syurga itu dibawah kuasa keduanya.

    Oleh ; Nurimanja,
    Catatan Khutebah jumaat,
    tanpa Tarikh. 2015

    BalasPadam
  10. BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

    15.PERGINYA SEORANG MUALAF

    Seorang mualaf saudara baru kita
    Dalam penganut agama Islam
    Yang yakin dan percaya agama Allah ini
    Maka perlulah kita menunjuk ajarkannya.
    Selain dapat mengenal sariat Allah SWT
    Patut juga mengenal soal dunia dan akhirat
    Untuk kebahagian baik dalam keduanya.

    Tetapi sayang ada juga mualaf baru kita
    yang terbiar dan tidak ada pemantauan
    maka jadi mereka Islam yang tidak beramal
    melainkan Islam pada pandangan luaran sahaja
    amalan pada mengisi kekosongan hati dan jiwa
    tidak pula dilaksanakan seperti mana diajarkan
    justeruitu selalulah berdampingan dengan mereka.

    Oleh: Nurimanja,
    Catatan 2/4/2015

    BalasPadam