Isnin, 26 Januari 2015

SATU PERJANJIAN BANGSAMORO!


SATU PERJANJIAN BANGSAMORO!
-buat umat Islam bangsamoro-

Satu perjanjian
Termeteri di antara dua ikatan
Bangsamora dan Kerajaan Filipino
Bagaikan sebuah sinar membawa kegimbiraan
Setelah hampir 4 dekat  bergelumang  dengan peperangan.

Kini kedamaian
Terserlah dan mulai dirasakan
Hidup cemas dan membimbangkan
Telah hilang dengan Perjanjian Komprehensif
Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Sinar harapan !
Yang diimpikan sekian lama
membuahkan hasil untuk bangsamoro
Warga Mindanou, Maguindanao ,Cotabato City
Kini  penuh mengharap pembangunan ekonomi  dalam kehidupan .

Oleh : Qalam Mutiara,
Catatan tanggal 27 Mac, 2014.
Malam hari sebelum terbit fajar sadeq masuk subuh 


12 ulasan:


  1. SAMBUNGAN SIRAH NABI MUMAMAD SAW.

    3.KISAH SALASILAH KETURUNAN NABI MUHAMAD SAW.

    3.1.Bangsa Arab keturunan Quraish. Muhamad ibni Abdullah ibni Abdul Mutalib ibni Qusai ibni Qilap... hingga ke pada nabi Ismail Keturunan adnan ibni Ismail sehibgga nabi Irahim..
    3.2.Keturunan datuk nabi bernama Muad,selalu berberang dengan bani Israil, tidak pernah kalah, pandai bermain pedang dan menunggang kuda,
    Kita ambil pengajaran;
    1.kita keturunan baik, tetapi tidak boleh buat apa-apa dalam masyarakat.
    2.kita keturunan jahat, tetapi lebih terkenal dalam masyarakat setempat.
    3.Kita sepatutnya menjaga hak keturunan supaya disenangi di dalam masyarakat.





    KELAHIRAN NABI;


    1. Sebelum bulan Rabiul awal bulan Sabar ertinya kuning, musim daun luruh.

    2. Nabi lahir pada malam isnin, 12 rabiul awal, 20hb, April, 570 mesihi.

    3. Nabi berumur 63 tahun, 3 jam, 8.30 pagi, nabi pula meninggal dunia pada 12 Rabiul awal.

    4. Nabi mula berhijerah pada 12 Rabiul awal juga.

    sambungan lagi ms 22.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Hilal Ashraf berkata...
    9.DICELAH KEKALUTAN (LS1)

    Di celah kekalutan
    Ku menghitung kembali,
    Siapa diriku sebenarnya….
    Diciptakan tuhan sebagai hamba,
    atau khalifah pentadbir dunia,
    mungkin juga sebagai pembela agama
    Akan ku teruskan perjalanan itu,
    Semoga redha Allah mengiringiku…
    Langkahku kekadang tersungkur,
    Rebahku mengundang luka,
    Namun kugagahkan jua…
    Berpaut pada pepohon doa
    Ya Allah bantulah aku…
    Jangan biarkan aku terkulai layu
    Tenggelam bersama bisikan palsu…

    Hilal Ashraf
    sajak peringatan untuk diri sendiri supaya tak termakan dengan hasutan sedara mara
    Terengganu
    1.1.2015/16 Januari 2015 12:41 PG

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: . DICELAH KEKALUTAN

    Thema sajak peringatan Pengucapannya bersahaja tetapi menarik penuh dengan daya kreatif dan puitis Mesej tentang kekalutan dan kecelaruan minda yang amat sangat bila saudaramara mudah menerima cerita yg mengelirukan terutama hasutan tohmah dan fitnah.. Justeruitu bagi seorang penulis yg memperjuangkan dakwah Islamiahnya tidak mudah bertputus asa terus berusaha mencari jalan dan fasrah kpd keredhaanNya. Apa pun ada berkemampuan untuk menulis puisi-puisi berthemakan Islamik syabas! Dan Thaniah anda layak seterusnya (LS1)

    Oleh: Qalam Mutiara. (TBK1)

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam



  5. Junaidi Jumai berkata...
    3.HAMPARAN JALANAN DURI DUKA (LS1)

    Hamparan jalanan itu,
    Bertebaran duri-duri duka,
    Yang bisa menggamit seribu rasa,
    Yang jelas terasa pahit maungnya…
    Tatkala ku lewati daerah itu,
    Aku tergamam harus ku tempuh jua,
    Meniti jalan penuh onak derita…
    Kalbuku segera mencongak rasa,
    Apakah ku mampu harungi semua,
    Aku tak punya ilmu cukup di dada,

    Junaidi Jumai
    sajak ketika hari pertama minta kerja jaga blog en nuri
    1.1.201511 Januari 2015 7:59 PTG

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: HAMPARAN JALANAN DURI DUKA.

    Thema Tidak dinyatakan mungkin perjalanan hidup agaknya?.Pengucapannya terasa ada sadikit kemampuan punya daya tarikkan kreatif dan puitis, Mesej yang hendak disampaikan mungkin ada kesambungan dari puisi pertama tentang perjalanan hidup dan tugas yg mencabar sedangkan hati dan jiwa terasa semacam resah kerana kurang pengalaman, walaupun apa pun syabas anda mempunyai kemampuan tersendiri utk menulis dan sedia persaingan dg sajak yg lebih hebat. Anda diberi peluang utk layak seterusnya (LS1)

    Oleh: Qalam Mutiara.

    BalasPadam

  6. Pak Ya Nyabo berkata...
    7.DEBU MENJADI EMAS (LS1)

    Kemerdekaan ibarat debu jadi emas
    Di batas ada kisah sejarahnya
    Demi kebebasan yang terangkul
    Pada kalimat keramat yang dilaung.
    Di jalan-jalan keras dan kering
    kebebasan wujud hasil peluh darah pejuang
    Bersama air mata rakyat tumpah
    Dalam riak dendam amarah musuh
    Tersimpan kukuh di generasi tua

    Pak Ya Nyabo
    sajak kemerdekaan
    31.8.201411 Januari 2015 8:04 PT

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: . DEBU MENJADI EMAS

    Thema sajak tentang perjuangan kemerdekaan, Pengucapannya bersahaja tetapi menarik penuh dengan semangat patriotik , mempunyai maksudnya yang tersurat dan tersirat. Malah memberi kesan keyakinan kepada pembacanya. Mesej tentang nilai kemerdekaan sebagai seorang yang cintakan negaranya DEBU itu kepahitan hidup perjuang utk mencapai kemerdekaan kini setelah merdeka umpama EMAS rahmah yang tidak ternilai baginya.. Justeruitu; kini kita perlu memelihara dan menjaga kemerdekaan yang ada . Apa pun ada kemampuan untuk menulis puisi yg patriotik agar lebih puitis lagi, syabas! Dan Thaniah anda layak seterusnya (LS1)

    Oleh: Qalam Mutiara. (TBK1)

    BalasPadam

  7. Pahlawan Terbilang berkata...
    23.HEBATNYA TUHAN (LS1)

    Hebatnya Tuhan kerana
    tidak pernah rehat dari bekerja,
    berbuat dan bertindak
    Setiap detik Dia menghidupkan dan mematikan
    Menjatuhkan, menaikkan seseorang
    Memberi rahmat dan memberi nikmat
    hingga dari sekecil-kecil perkara
    hinggalah sebesar-besar benda
    berlaku pada makhluk setiap masa
    Tapi Tuhan tidak pernah letih
    Tidak pernah sakit dan jemu,
    Ia adalah Khaliq pencipta
    Dia adalah Maha Suci dan Agung
    Hebat Tuhan tak dapat dibayangkan

    Pahlawan Terbilang
    sajak ketuhanan
    kota kubu baru
    1.2.201516 Januari 2015 10:28 PG

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: . DICELAH KEKALUTAN

    Thema sajak ketuhanan .Pengucapannya baik dan menarik ada daya kreatif dan puitis tetapi pemilihan perkataan dan penyusunan ayat dan baitnya agak ada sadikit kurang tepat dan lompat atau terputus tidak tahu sewaktu penghantaran kpd admin? Mesejnya baik bicara tentang kekuasaan dan kebesaran Allah swt ke atas manusia salah satu sebagai makhluknya, Biasanya bagi seoprang penulis yg memperjuangkan dakwah Islamiahnya pasti tidak mudah leka dan lalai menjaga hati dan keimanannya. Apa pun ada kemampuan untuk anda menulis puisi-puisi berthemakan Islamik syabas! Dan Thaniah anda layak seterusnya (LS1)

    Oleh: Qalam Mutiara. (TBK1)

    BalasPadam
  8. SAJAK TERBAIK PUSINGAN KE DUA

    Junaidi Jumai berkata..
    HAMPARAN JALANAN DURI DUKA (LS1)
    Pahlawan Terbilang berkata...
    HEBATNYA TUHAN (LS1)
    Pak Ya Nyabo berkata...
    DEBU MENJADI EMAS (LS1)
    Hilal Ashraf berkata...
    DICELAH KEKALUTAN (LS1)

    SAJAK: DEBU MENJADI EMAS Dipilih sajak terbaik pusing ke dua.

    BalasPadam
  9. HARAP MAKLUM!

    Lain kali jangan lepas terlalu banyak sajak cukup 4 sahaja QM kata dia jadi pening , habis berserabut bila nak cari sajak terbaik dalam pusingan kedua ini,

    Apa pun sajak terbaik telah dibuat sajak DEBU menjdai EMAS daripada Pak Ya Nyabo .

    Dan maaf ada kekeliruan sajak Datin (TP) sepatutnya (LS1).

    Semua 6 orang yg tersingkir bukan 4 orang .Yang layak kini tinggal 18 orang sahaja.

    Srikandi Dunia
    Sagennta Kuri
    Yahya Husin
    Hero Kampung
    Maira Baidura
    Othman Hamzah

    Mereka yang tersengker 6 orang sahaja Harap maklum.

    BalasPadam
  10. PERINGATAN!

    Blog ini selalu kami dapati terbuka
    atau Log Keluar , sepatutnya ditutup. dikhuatiri akan diceroboh oleh pengodam .

    Harap biar selalu tertutup Kami warga blog en nuri boleh membuka dan menutupnya. Okey!

    HARAP MAKLUM.

    BalasPadam
  11. BOLA OH BOLA!

    Pasukan Bola sepak Seladang agak membimbangkan dari dulu sampai sekarang penyakit pakat nak bagi kecundang dan tersingkir dari Liga Super belum berhasil lagi nampaknya?

    Tahun lalu hamper nak tersingkir, tetapi nasib masih juga kental dapat menyelamatkan sang Serladang
    dari terus tersingkir, kini masih bernafas dalam Liga Super 2015.

    Tetapi ingat semua peminat Perak, musuh pemain bukan saja lawan dalam padang , malah pengadil, juru acra , pengulas sukan Tv1 dan tv3, Pengulas sukan akhbar tempat.


    Ramai peminat Seladang marah bila buat laporan meragukan di Tv dan akhbar tempatan , tak kan dalam bola sepak pun ada politik cara nak menekan sesuatu pasukan kerana belum pernah tersingkir dari Liga Super ? BIar Betul ?


    Catatan Viger.

    BalasPadam
  12. Kita lihat pula esok atau lusa perlawanan Seladang dg ATM bagai mana kesudahannyaSeladang setiap kali main sewajibnya pasti ada kad merah.

    Terutama bagi pihak pertahanan dan penyerang utama ? Kena jadi semacam ini ? Semacam ada tekanan yang pemain Seladang silap sikit terimalah nasib malang dari pengadil di Padang.


    Catatan Viger,

    BalasPadam