Khamis, 29 Januari 2015

JANJI ITULAH

JANJI ITULAH 

Dicetusnya dedaun perang
pada saat ini
kelmarin ada getah merah
mengering di jejari halus.
biar bersungguh ia menyembunyikan
wajah hati berparut pahit segala.
sekilas kerdip cahaya songsang
tumbuh bebayang kesakitan,
serba gerun di kaca calar 
retak melintang semakin
bergelap dari cahaya
bertambah sulit nafasnya,
berbaur serba
kenangan ketika manisnya
menipis pergi
terjenguk wajah-wajah sinis
tersenyum, senyum yang sinis !
dedaun perang digetusnya
satu, dua melayah tanah
yang jarang-jarang rumputnya
memecah deretan semut-semut hitam.
janji itulah mesra rayu itulah
kekuatan lelaki kelemahan buatnya.
dan saat matanya tiba di deretan
semut-semut hitam yang tiada sukar
melepasi daun-daun perang di hujung kakinya
sebak hati kian membesarkan kekesalan, dialah
dedaun itu digetus dengan janji
mesra dan layu seorang lelaki.

Oleh:Syeikh Al Habib
sajak dgn bantuan rakan2 di majsid/2011 Februari 5 13:39
Seorang penulis berasal dari luar negara ahli blog Citeranuri

20 ulasan:


  1. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA

    Sajak bertajuk JANJIITULAH nukilan oleh Syeikh Al habib pengucapannya agak Sinis juga. Sajak ini agak sukar untuk ditangkap maksudnya, ternyata menjadi sajak yang orang tertentu saja yang mengetahui. Tetapi khalayak akan menolak untuk mencari maksud apa yang tersurat dan tersirat. kerana gagal menangkap maksudnya. Sekadar andaian saja. Mungkin ada komplot yang menabur janji untuk mempengaruhi keadaan mungkin cuba memberi sadikit imbuhan, walaupun cuba disembunyi, tetapi khalayak ada yang tahu, Tetapi bila janji tidak ditunaikan, kata sinis yang tajam pasti dihujani, kini dia menjadi lemah dengan kata janjinya sendiri .

    Biasanya jika seoarang yang membuat janji memujuk rayu mencari pengaruh, patutlah ditunaikan, jangan sekadar berjanji, tetapi tidak pula ditepati, ini menjadikan orang ramai atau individu itu marah kerana apa yang dikatakan tidak pula dikotakan dan jika ada yang membuat sinis tajam atau menempelak kita semula dengan rasa sinderan yang menyakitkan janganlah pula kita rasa marah dan tidak keharuan.


    Al Fatehah buat penulis yg telah kembali Allayarham Syeikh Al Habib.

    BalasPadam

  2. 4. SETELAH ABDULLAH BERKHAWIN DENGAN AMINAH

    Ada seorang bangsa Arab sanggup mengantikan 100 ekor untuk kepada Abdullah Mutalib syarat asalkan Abdullah sanggup khawin dengan Aminah anak Wahab, ponakan anak Khusyai dan anak Kilab.

    Sebenarnya Abdullah seorang yang telah ada gf di negeri Syam tempat dia kerap pergi berniaga, sehingga lupa nak balik ke Mekah. terpaksa abang pergi pujuk balik, cuma nak bagi khawin.

    Abdullah sebelum khawin seorang yang amat kacak, mempunyai cahaya muka atau aura memikat, ramai anakgadis yang tergila-tergilakan kepadanya.

    Setelah dipanggil balik engan berkhawin, setelah dipujuk, rupanya khawin sok juga. Aminah watak lemah lembut dan penyabar, membuat dolah tak keluar rumah

    Selepas wangnya pun sudah kian berkurangan dua atau tiga bulan, Abdullah bercadang untuk pergi berniaga kembali ke negeri Syam. sesampai di sana dia jatuh sakit, mungkin diganggu gf lama, atau mungkin terkenangkan Aminah isteri tersayang dengan jarak yang jauh untuk mencari rezeki.

    Berita ini sampai kepada Abdul Muttalib,maka Haris abang Abdullah pergi menyusuli,tetapi sudah ditaqdirkan, sebelum Haris sampai Abdullah telah meninggal dunia Dan dikebumikanya di negeri Syam.

    Tinggallah Aminah dalam keadaan dia mengandung dua bulan, Abdul Muttalib terpaksalah memujuk menantunya Aminah semoga bersabar, semoga Tuhan memberi kau anak yang soleh.

    ada sambungan lagi.

    BalasPadam
  3. SAJAK TERBAIK PUSINGAN KE DUA

    Junaidi Jumai berkata..
    HAMPARAN JALANAN DURI DUKA (LS1)
    Pahlawan Terbilang berkata...
    HEBATNYA TUHAN (LS1)
    Pak Ya Nyabo berkata...
    DEBU MENJADI EMAS (LS1)
    Hilal Ashraf berkata...
    DICELAH KEKALUTAN (LS1)

    SAJAK: DEBU MENJADI EMAS Dipilih sajak terbaik pusing ke dua.

    DAN
    Yahya Husin
    Hero Kampung
    Maira Baidura
    Othman Hamzah

    Mereka yang tersengker 4 orang sahaja Harap maklum.

    BalasPadam
  4. Halilintar Hutan berkata...1
    17.SEMERAH MENTARI (LS2)

    Semerah mentari datang
    menyilau dari dasar
    hingga ke permukaan lautan
    Mengindahkan cahaya batu-karang
    Menyegarkan hati yang gemerlapan
    Pancaran mentari mengeringkan bumi
    Yang basah dihentaman badai
    Meredakan air bah di pantai
    saat langit berwarna merah saga,
    unggas meluncur laju
    laksana puluhan peluru,
    terbang bersama teriakan,

    Halilintar Hutan
    sajak tentang keindahan alam sekitar ketika bercuti di pulau langkawi
    8.8.201416 Januari 2015 10:25 PG

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: SEMERAH MENTARI

    Thema sajak sekadar memuji keindahan alam ciptaan Tuhan di Pulau Lagenda?.Pengucapannya menarik ada daya kreatif dan puitis tetapi ada juga yang kurang tepat dan lojiknya.semacam lebih pada menceritakan keindahan alam sahaja, Mesejnya tak ada apa-apa pun cuma terkenang keindahan ciptaan Allah yang maha kuasa menjadikan sebuah pulau di utara tanah air ini dengan kehendaknya . walau apa pun anda ada kemampuan utk menulis, menyusun keindahan bahasa dan kata Syabas anda layak menyertai sayembara ini seterusnyua (LS2)

    Oleh: Qalam Mutiar

    BalasPadam


  5. Maira Baidura berkata...2
    18.TANDUS (x)

    ku ungkap puitis merdu
    satu alunan gemerlapan nan suci
    tersingkap tabir nan berduri
    dalam mengenal cinta Abadi
    kususuri jalanan terlihat
    satu titisan embun salju
    menadah kerlipan bintang angkasa
    mengabur minda suram
    kutatapi keayuan sungai terapi
    ku lemparkan kesayuan nan tandus
    bantulah aku selagi terdaya

    Maira Baidura
    sajak kenangan di seremban
    1.1.201516 Januari 2015 10:25 PG

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: TANDUS

    Thema sajak cuma kenangan sahaja? Pengucapannya. menarik pada pemilihan kata ada daya kreatif dan puitisnya, Mesej terkenang tidak dinyatakan tentang apa ? Mungkin ketandusan dan ada rasa kerinduan cinta kisah orang muda punya biasa.agaknya Apa pun kami ucapkan syabas namun kerana adanya persaingan peserta lain yang lebih baik mesej atau cerita yang hendak diusampaikan anda terpaksa berhenti di sini dahulu . Maaf usaha lagi lain kali .(x)


    Oleh: Qalam Mutiara

    BalasPadam
  6. Haji Mustapa berkata...3
    19.LANGKAH TAKDIR (LS3)


    Pada fikiran rapuh tak bermaya
    kini nyata di hujung langkah takdir
    Bersama tabir mimpi yang terbuang
    Tanpa mengenal erti dijulang
    Lemas dimamah lebur dicelah gigi
    berterbangan liar bersama mimpi
    Di atas keangkuhan sikap jatidiri sendiri

    Haji Mustapa
    sajak peringatan buat anak muda yang hanyut ketika mengunjungi dikaki lima bukit bintang
    3.1.20156 Januari 2015 10:26 PG


    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: LANGKAH TAKDIR
    Thema sajak dari Tuan Haji sekadar satu peringatan cuma: ?.Pengucapannya agak sadikit rasa mengelirukan semacam ingin bermadah dan berseloka, Mesejnya ada gaya pencerahan untuk nasihat buat anak muda atau rangmuda punya biasa. Apa pun kami ucapkan syabas mempunyai kemampuan utk menulis atau merakamkan apa yang biasa berlaku ini , walaupun ada persaingan peserta lain yang lebih hebat. Namun anada diberi peluang dan terpilih utk meneruskannya lagi (LS3)

    Oleh: Qalam Mutiara

    BalasPadam
  7. Wak Kelana berkata...4
    20.BERMUSAFIR (LS4)

    bermusafir melihat kebesaran Tuhan (Allah)
    menuju ke masjid rumah Tuhan.
    membaiki diri mempunyai kelemahan.
    bertafakur merenung diri
    memikirkan keagungan Tuhan.
    mengingati Tuhan pada setiap masa.
    jauh berpandangan dengan wahyu
    bersama pertolongan dari Tuhan.

    Wak Kelana
    sajak ketika bermusafir di masjid di sungai petani
    2.1.201516 Januari 2015 10:26 PG

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: . BERMUSAFIR

    Thema sajak tidak dinyatakan? Mungkin Wak rasa ingin fasrah kepadaNya Pengucapannya menarik penuh dengan daya kreatif dan puitis cuma penyusunannya agak mengelirukan sadikit, tidak tahu adakah bait2nya telah lompat waktu penghantarannya.Mesej tentang pengabdian diri dalam mencari keredhaan dan fasrah kepadaNya. Apa pun ada berkemampuan untuk menulis puisi-puisi berthemakan Islamik syabas! Dan Thaniah anda layak seterusnya (LS4)

    Oleh: Qalam Mutiara


    BalasPadam

  8. Junaidi Jumai berkata..
    HAMPARAN JALANAN DURI DUKA (LS1)
    Pahlawan Terbilang berkata...
    HEBATNYA TUHAN (LS1)
    Pak Ya Nyabo berkata...
    DEBU MENJADI EMAS (LS1)
    Hilal Ashraf berkata...
    DICELAH KEKALUTAN (LS1)
    Halilintar Hutan berkata
    SEMERAH MENTARI (LS1)

    SAJAK: DEBU MENJADI EMAS Dipilih sajak terbaik pusing ke dua.

    BalasPadam
  9. Othman Hamzah berkata...5
    21.PEMIMPIN DISEBUAH NEGARA (x)

    Alangkah indahnya sebuah negara
    jika pemimpinnya laksana ayah
    bertanggungjawab kepada rakyatnya
    Ibarat guru memberi ilmu tunjuk ajarnya
    Memberi arahan kepada rakyatnya
    menghukum dengan adil tegas dan penuh hikmah
    Apabila berlaku sifat ini pada pemimpin
    Rakyat bekerja dengan penuh gembira
    ada juga sanggup mati agar negara terpelihara
    Hidup aman damai dan harmoni selamanya
    tapi itu tidak pernah berlaku dinegeriku duduki sekarang

    Othman Hamzah
    Permatang Pauh
    1.1.201516 Januari 2015 10:27 PG

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: PEMIMPIN DISEBUAH NEGARA

    Thema sajak tidak dinyatakan mungkin dakyah politik: ?.Pengucapannya agak bersahaja dan biasa namun sadikit rasa mengelirukan semacam ingin bermadah dan berseloka, Mesej ada gaya pencerahan untuk nasihat buat kyalayak tetapi semacam berbau politik cuba menafikan dan menidakkan apa yang sebenar berlaku di negara ini. Apa pun kami ucapkan syabas mempunyai kemampuan utk menulis atau merakamkan apa yg berlaku itu dengan benar dan ikhlas hati, walaupun bagaimana pun kerana ada persaingan peserta lain yang lebih hebat. Maaf! nampaknya anda salah seorang yang terpaksa berhenti disini terlebih dahulu. Usahala lagi lain kali (x)

    Oleh: Qalam Mutiara

    BalasPadam
  10. Panah Angkasa berkata...6
    22.BERJUANG (LS2)

    Berjuang menempoh susah
    Menanggung derita menongkah fitnah
    Itulah gelombang hidup sduka
    Seorang mujahid membela taufiq..
    Dipisah dia berkelana
    Dibelenggu jiwa tetap marak
    Berjuang tak pernah senang
    Ombak derita tiada henti
    resah silih berganti
    Inilah sunnah orang berjuang..
    Malamnya bagai merintih sayu
    Dihiris dosa air mata
    Siangnya bagaikan singa di rimba
    Memerah keringat mencurah tenaga
    Berjuang memang pahit..
    Kerana syurga itu manis
    Bukan sedikit pedih yang ditagih
    Berjuang ertinya terkorban
    Rela terhina kerna kebenaran

    Panah Angkasa
    sajak perjuangan
    Kuala Terengganu
    10.1.201516 Januari 2015 10:27 PG

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: . BERJUANG

    Thema sajak perjuangan Pengucapannya menarik penuh dengan daya kreatif dan puitis cuma penyusunannya ayat perlulah dimatapkan lagi, tidak tahu adakah bait2nya telah lompat waktu penghantarannya kpd admin?. Mesej tentang pahit getel yang dirasai seorang pengabdian diri dalam memperjuangan untuk menegak kebenaran dan mencari jalan keredhaan Allah SWT. Apa pun ada berkemampuan untuk menulis puisi-puisi berthemakan Islamik syabas! Dan Thaniah anda layak seterusnya (LS2)

    Oleh: Qalam Mutiara

    BalasPadam

  11. Pahlawan Terbilang berkata...7
    23.HEBATNYA TUHAN (LS1)

    Hebatnya Tuhan kerana
    tidak pernah rehat dari bekerja,
    berbuat dan bertindak
    Setiap detik Dia menghidupkan dan mematikan
    Menjatuhkan, menaikkan seseorang
    Memberi rahmat dan memberi nikmat
    hingga dari sekecil-kecil perkara
    hinggalah sebesar-besar benda
    berlaku pada makhluk setiap masa
    Tapi Tuhan tidak pernah letih
    Tidak pernah sakit dan jemu,
    Ia adalah Khaliq pencipta
    Dia adalah Maha Suci dan Agung
    Hebat Tuhan tak dapat dibayangkan

    Pahlawan Terbilang
    sajak ketuhanan
    kota kubu baru
    1.2.201516 Januari 2015 10:28 PG

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: . DICELAH KEKALUTAN

    Thema sajak ketuhanan .Pengucapannya baik dan menarik ada daya kreatif dan puitis tetapi pemilihan perkataan dan penyusunan ayat dan baitnya agak ada sadikit kurang tepat dan lompat atau terputus tidak tahu sewaktu penghantaran kpd admin? Mesejnya baik bicara tentang kekuasaan dan kebesaran Allah swt ke atas manusia salah satu sebagai makhluknya, Biasanya bagi seoprang penulis yg memperjuangkan dakwah Islamiahnya pasti tidak mudah leka dan lalai menjaga hati dan keimanannya. Apa pun ada kemampuan untuk anda menulis puisi-puisi berthemakan Islamik syabas! Dan Thaniah anda layak seterusnya (LS1)

    Oleh: Qalam Mutiara. (TBK1)

    BalasPadam
  12. Adiwra Samesta berkata...8
    24.PROMOSI (LS3)

    Setiap hari dunia dipromosikan orang
    walaupun tidak seindah mana
    Semua golongan mengenalinya
    orang gila mahupun rakyat jelata
    Bahkan ulama turut terpesona
    Sedangkan Akhirat dia terlupa
    kerana ramai orang buru dunia,
    habis masa dan tenaga kerananya
    Hasil semuanya inilah
    setiap golongan dalam ketakutan
    Buru dunia mana ada keselamatan,
    Buru Tuhan Akhirat rahsia keamanan
    Tapi itu tidak pula dipromosikan

    Adiwira Samesta
    sajak sinis
    Kelantan
    1.1.2015 16 Januari 2015 10:28 PG

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: .PROMOSI.

    Thema sajak sinis katanya; Pengucapannya biasa dan bersahaja kurang daya kreatif dan puitis perlu diperbaiki lagi utk lebih mantap Mesej sinis tentang sikap manusia yang suka promosi dalam kekalutan dan kecelaruan minda manusia mudah untuk orang lain mempengaruhinya sehingga lupa segala diantara perbezaan hidup untuk duniawi dan akhrawi.. Apa pun ada berkemampuan untuk menulis puisi-puisi berthemakan sinis dan pencerahan untk kyalayak dan pembaca anda bernasib baik masih layak mengikuti sayembara seterusnya (LS3)

    Oleh: Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  13. Sehingga habis bulan February 2015
    kami rasa admin Fb1 dan Fb2 akan membatalkan sahaja sayumbara puisi di blog ini .

    Kerana QM sebuk dg tugas-tugas lain yang perlu diselesaikannya okey! Harap maklum. SELAMAT.

    BalasPadam

  14. Nurimanja 1147

    Agenda Penjajah
    Antara Tidur dan Lenanya
    Dulu Kita dibelenggu
    Kita Sepatutnya
    Melayuku
    Sebuah Citra
    NURIMANJA
    Telok Kumbar
    Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka
    Segmen H: Pegawai Kerajaan / Pesara / Swasta

    BalasPadam
  15. 1.AGENDA PENJAJAH

    Dulu Melayuku mundur
    Tiada berjiwa besar
    Akal fikirannya telah disemai
    dengan canai bacaan
    Maka jadilah sahsiahnya
    Seperti cerita rekaan penjajah

    Awang kenet
    Kononnya sekadar boleh
    Panjat pokok peranjut.

    Mat Jenin
    Angan-angan atau wawasannya
    Dimusnahkan
    Kerana jatuh dari pokok kelapa.

    Pak Pandir
    Watak lelaki yang sukar
    Menjadi ketuanan Melayu
    Kerana kebebalannya.

    Kini, jangan biarkan
    Penjajah memasung atau
    Mengilas tangan kita
    dengan penalokkan cara baru.

    NURIMANJA
    Telok Kumbar
    Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka

    BalasPadam
  16. 2.ANTARA TIDUR DAN LENANYA
    (situasi sesudah merdeka)

    Tidur dan lenanya
    seorang tua usia tujuh puluhan
    mimpinya sering dicuit kesayuan anak cucu
    kerana khuatir menganggu anak menantu dan cucu.

    Tidur dan lenanya
    seorang buruh kontrak binaan
    mimpinya hanyut dibuai keletihan
    kerana bekerja di bawah terik matahari.

    Tidur dan lenanya
    seorang pemimpin negarawan dunia
    mimpinya diancam musuh-musuh politik
    kerana ingin mempertahankan kepopularitiannya.

    Tidur dan lenanya
    seorang tokoh alim ulamak dinihari
    mimpinya bermain antara dunia dan ukhrawi
    kerana terlalu sukar untuk menilai petua yang ikhlasi.

    Tidur dan lenanya
    seorang penyair agung
    mimpinya cuma mengharap agar ilham datang lagi
    kerana esok jika tiada karya, namanya akan terpadam di hati.


    NURIMANJA
    Telok Kumbar,
    Pulau Pinang
    Segmen H: Pegawai Kerajaan / Pesara / Swasta


    BalasPadam
  17. 3.DULU KITA DIBELENGGU

    Dulu,
    kita dibelenggu
    dipasung ratusan tahun
    dari jari jemari penjajah
    maka jadilah kita selama ini
    bangsa yang lemah dan rendah.

    Kini,
    keadaan telah berubah
    tiada lagi sikap yang lemah
    malulah, cukuplah, jadilah, sudahlah
    kerana nasib tiada siapa akan mengubah
    melainkan kita sendiri yang akan mengubah.

    Akan datang,
    bayangkan sendiri
    tiap pergerakan di hujung jari
    tiada mustahil yang boleh terjadi
    kerana hidup di dunia tanpa sempadan ini
    hanya ilmu dan pengetahuan yang boleh menguasai


    NURIMANJA
    Teluk Bayu,
    Pulau Mutiara
    Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka

    BalasPadam
  18. 4.KITA SEPATUTNYA

    Kita sepatunnya telah lama hancur
    tetapi mujurlah ada penyelamat
    bernama perpaduan
    hari ini Negara besar cemburu
    merenung curiga
    kemakmuran yang melimpah
    ingin diregut berbagai cara
    kita yang bernama rakyat Malaysia
    mesti waspada jangan alpa
    erti sebuah kemerdekaan
    kerana kewujudannya
    hasil buah fikiran
    pemimpin yang bijaksana


    NURIMANJA
    Telok Kumbar
    Pulau Mutiara
    Segmen H: Pegawai Kerajaan / Pesara / Swasta

    BalasPadam
  19. 5.MELAYUKU

    Melayuku
    tidak mudah pecah
    walaupun dunia berkata begitu
    semangat ukhuwah Islamiah
    telah lama terjalin dan salawatun nabi,

    Melayuku
    bisa membangunkan
    tanah airnya dengan acuan sendiri
    bersama etnik bukan bumiputera
    atas rasa toleransi sesama bangsa,

    Melayuku
    hidup setiasa luhur
    dengan etnik lain berdiri sama tegak
    percayalah kerana Melayuku
    terbentuk dari rasa lemah lembut
    bersopan santun dan berbudi tinggi.

    Melayuku
    tidak suka dicabar
    kerana darah Melayuku biasa bangkit
    jika sudah kehabisan rasa kesabarannya
    itulah Melayuku satu bangsa bernama
    tidak akan Melayu hilang di dunia
    di bumi merdeka ini


    NURIMANJA
    Padang Kota, Pulau Pinang
    Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka

    BalasPadam
  20. 6.SEBUAH CITRA

    Seorang pengambara
    bermalam di sebuah pondok
    seorang nenek tua di hujung kampong.

    Waktu makan;
    nasi tidak cukup
    pengambara;
    sambil mengangkat pinggan kosong
    berapa harga sebiji pinggan ini?

    Nenek tua ke dapur
    dengan sopan dia menjawab
    sambil mengangkat periuk kosong
    sama dengan periuk ini.

    Nenek tua mengharap:
    pengembara faham.
    Begitulah sebuah citra
    adap sopan orang Melayu
    gaya dan bahasa
    nilai bangsa di bumi merdeka.


    NORIMANJA
    Pulau Mutiara

    BalasPadam