Rabu, 2 Januari 2013

BERGETAR TAK BERHENTI (3)






Sayembara November tempat ke 3 2012.


Aku anak bangsa Mendengus
gusar, marah, membara didada.
Ingin aku rombak negeriku,
tapi aku tidak punya kekuatan.
Terkadang aku ingin menangis
agar seisi dunia mendengar
Namun Hanya dengan sepasang mata
kaki ku bergetar tidak berhenti

Oleh: Tuan Wan Leman
sajak marah saya ingatkan kena berlawan dgn sapa2 sayembara tp raja munirah kata menang tanpa bertanding? sbb lagi 4 org lama x hntr sajak mereka jd kami org baru menang trus...29 November 2012 12:16 PG.


32 ulasan:


  1. SAYEMBARA PUISI CITRARASA / CITRANURI UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG AKHIR NOVEMBER 2012

    PUSINGAN AKHIR PENENTUAN

    Tuan Wan Leman, thaniah! buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan akhir penentuan dengan sajaknya yang bertajuk BERGETAR TAK BERHENTI Tema sajak marah nampaknya Pengucapannya sinis dan geram , namun punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam ingin bertanya dengan keadaan isu semasa mungkin politik tanah air yang sering mengharubirukan keadaan rakyat dalam negari. oleh pihak tertentu. Cuma andaian. Layak diberi tempat ke tiga (3)

    BalasPadam

  2. Bila aku fikir agak pelek juga sayembara puisi blog citarasa atau citranuri ini. Hadiah cukup lumayan
    juri seorang Qalam Mutiara dan selepas final ada lagi persaigan untuk menentukan tempat pertama hingga 12 pula .. Berak tahu kapor Qalam ...Hari ini aku tegok Qalam macam ayam mabuk tahi ...

    Maaf Bergurau Qalam!

    BalasPadam

  3. KUM 5

    17.TERSELUBUNG KABUS Hambali Maliki (LSS)
    18.MENGINTIP Penglipur Lara (TBD)
    19.OMBAK KEJAM - Penyair Agung (LSS)
    20 .BAHASA INDAH -Tuan Wan leman (TBD)

    BalasPadam

  4. Hambali Maliki berkata...

    17.TERSELUBUNG KABUS (LSS)

    Pagi yang terselubung kabus
    ditemani nyanyian burung
    bersama mimpi kemarin
    ku melangkah dengan waktu menipis
    seperti pelangi di pagi hari
    di hujung jalan yang tak bertepi
    mengisi hari-hari yang akan mati

    Oleh: Hambali Maliki
    sajak simbolik tentang kehidupan
    Jelapang 19.12.2012/1 Januari 2013 4:50 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

    Sdra Hambali Maliki Tahniah! Kini muncul lagi dengan sajaknya yang bertajuk:. TERSELUBUNG KABUS. Tema sajak simbolik tentang kehidupan nampaknya.Pengucapannya, bersahaja dan bersimbolik penuh persoalan namun punya artinya yang tersendiri dan tersembunyi Mesejnya ternyata soal peribadi, mungkin keadaan hidup yang mencengkam, lantas hari–hari yang dilaluinya terasa bagaikan diselubungi kabus pagi sama seperti pelangi yang akan hilang? Atau mati di hujung jalan yang tidak bertepi. Cuma andaian...(sajak ini berentap dengan sajak Mengintip) Apa pun anda layak terpilih untuk sayembara seterusnya calun ke final (LSS)

    BalasPadam

  5. Penglipur Lara berkata...

    18.MENGINTIP (TBD)

    Diriku rasa terpana sesaat
    melihat bintang dan bulan bersama
    tertawa bersuara di hening malam
    detak jantung berpacu dengan waktu
    tidak terasa pun masa cepat berlalu
    Lupakah kamu ada bintang disini
    menanti setia secerah cahaya mu
    keranaku tahu ia memerlukanmu
    walau pun aku hanya mengintip
    telah lama berdiri sebagai pemerhati….

    Oleh: Penglipur Lara
    Sajak simbolik
    tebuk panchor 7.4.2012/1 Januari 2013 4:54 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

    Sdr Penglipur Lara Tahniah! Muncul kembali dengan sajaknya yang bertajuk: MENGINTIP Tema sajak simbolik nampaknya.Pengucapannya, bersahaja dan bersimbolik namun punya artinya yang tersendiri dan tersembunyi. Mesejnya ternyata sebagai pengintip di satu keadaan atau kawasan, mungkin agak terpana dengan pergerakan dua kumpulan melayu ingin menjatuhkan satu kumpulan melayu yang lama membangun tetapi apa pun penulis cuma sebagai pengintip Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)



    BalasPadam


  6. Penyair Agung berkata...

    19.OMBAK KEJAM (LSS)

    Meskikah hari-hariku seperti ini
    dibiarkan tenggelam dalam kesepian
    di sudut hati tak ada yang tahu
    bahwa disini menyimpan mutiara indah
    tetapi setelah ku berusaha menemuinya
    datang pula ombak ganas dan kejam
    cuba menghempas dan menghentam
    kini menjadi hancur semuanya
    tidak berperasaan berotak kejam.

    Oleh: Penyair Agung
    Sajak Simbolik Permata di rimba
    Ulu tembeling 8.2.2011/1 Januari 2013 4:57 PTG.

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

    Sdra Penyair Agung Thaniah! kini tampel kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: OMBAK KEJAM, sebaiknya PERMATA DI RIMBA Thema sajak simboli katanya.Pengucapannya bersahaja dan bersimbolik penuh sinis namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya menyentuh tentang kehidupan di perdalaman , dimana anak-anak adalah permata atau mutiara berharga untuk digelapkan. tetapi bila ada puak2 yang kurang senang mencetuskan ombak ganas dan kejam tidak berperasaan telah menghentamkannya.Cuma andaian Apa pun anda layak terpilih untuk sayembara seterusnya calun ke final (LSS) STK5

    BalasPadam

  7. Tuan Wan leman berkata...

    20 .BAHASA INDAH (TBD)

    menatapi dalam kebisuan
    Semua mengalir ke dalam hati
    Matahari terbit dan ternggelam
    Hari yang terus berganti kegelapan
    Hanya akan ada suara gemuruh
    suara daun yang menari
    Bersama angin kadang datang
    mengusik hati dengan bahasa indah

    Oleh: Tuan Wan leman
    sajak kecerian
    Machang Bubuk 4.4.2012/1 Januari 2013 4:58 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

    Sdra Tuan Wan Leman kini tampel kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: BAHASA INDAH Thema sajak kecerian katanya. Pengucapannya bersahaja dan terlalu biasa namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya juga terlalu biasa bicara tentang keceriaan alam untuk diluahkan ke atas kertas dengan bahasa yang indah. .Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

    BalasPadam
  8. KUM 6

    Pagi esok agaknya Qalam ulas, kata
    Qalam 4 sajak akhir ini sama hebat dan sama lemah pengucapannya banyak mengelirukan, apa mesej yang hendak di sampaikan ? . pening pala Qalam kata ...

    BalasPadam

  9. KUM 6. TERAKHIR PUISI MAHA

    21.HUJUNG KEBAHAGIAN- Muhamad Mualim (TBD)
    22.MENDUNG - Richard Sariosa (TBD)
    23.SUARA BERDESING- Syah inderapura (LSS)
    24. REDUP - Zain Issac (LSS)

    BalasPadam


  10. Muhamad Mualim berkata...

    21.HUJUNG KEBAHAGIAN (TBD)

    Dalam kebisuan kata
    semua rasa tak ada tempat berbagi
    Terdiam terpaku seperti
    kehilangan bayang-bayang
    Kata-kata semua rasa tertulis
    di kertas menjadi puisi
    semuanya akan terus berlalu
    Semoga berakhir dihujung
    saat kebahagian ku datang

    Muhamad Mualim
    sajak simbolik
    Kota Damansara
    7.6.2012/1 Januari 2013 5:00 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

    Sdra Muhamad Mualim kini tampel kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: HUJUNG KEBAHAGIAN Thema sajak simbolik katanya. Pengucapannya sadikit mengelirukan namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya juga agak samar dan terlalu biasa bicara tentang mengharap kebahagian datang dihujung perjalanan atau perjuangan kerjaya anda. Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

    BalasPadam

  11. Richard Sariosa berkata...

    22.MENDUNG (TBD)

    Setelah tirai terbuka
    terdapat perbezaan ketara
    Mungkin telah lumpuh sementara
    memang awal dari suatu pertikaian..
    Nurani selalu merosak senja
    Di sisi hari suasana begitu indah..
    Sulit untuk mengulang mungkin
    hanya tersimpan di balik mendung
    perjalanan menuju pulang..
    walau tak semudah di waktu pergi..

    Oleh: Richard Sariosa
    sajak simbolik
    Sarawak 4.2.2012/1 Januari 2013 5:03 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

    Sdra Richard Sariosa kini tampel kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk:MENDUNG Thema sajak simbolik katanya. Pengucapannya bersahaja dan sadikit mengelirukan namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya agak samar sukar menangkap maksud. Apa pun mungkin ada perbezaan pendapat atau seliseh faham menjadikan suasana tempat bekerja mendung walaupun keadaan nampak ceria tapi tak se indah pada mulanya dulu. . Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

    BalasPadam



  12. Syah inderapura berkata...

    23.SUARA BERDESING (LSS)

    suara berdesing mengusik sekeliling
    keserakahan tangan manusia
    tidak akan pernah cukup
    digergaji tanpa diganti
    tanah yang lama tertidur
    gersang semua digali
    aku marah hujan badai datang
    kuterhanyutkan dan terhentam
    mungkin ratusan nyawa lagi melayang
    hanyut entah kemana
    banggakah kalian dengan hasil itu!

    Oleh: Syah inderapura
    Sajak marah
    Pahang 10.11.2012/1 Januari 2013 5:08 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

    Sdra Syah Inderapura Thaniah! kini tampel kembali lagi dengan mengutarakan sajaknya yang bertajuk:, SUARA BERDESING Thema sajak marah katanya. Pengucapannya bersahaja dan bersimbolik penuh sinis dan marah namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya menyentuh tentang bising gentera penerokaan manusia terhadap alam sekitar, dimana hutan dan bukit bukau rangkus dimusnah oleh tanagan manusia sesuka hati mencari kekayaan, sehingga alam semulajadi teruk terjejas maka berlakulah bencana alam banjir dan sebagainya. Cuma andaian Apa pun anda layak terpilih untuk sayembara seterusnya calun ke final (LSS) STK6

    BalasPadam

  13. Zain Issac berkata...

    24. REDUP (LSS)

    alam redup perjalanan hidup
    walau ragu tapi mampu melangkah
    tertambat tujuan rapat pada diri
    seiring detak waktu tak alpa
    tercurah kilauan purnama
    terpetik makna wujudkan kesan
    kuredup dalam hidup
    Menghinakan dalam perjalanan

    Zain Issac
    sajak perjalanan hidup
    Sabah 8.8.2012/1 Januari 2013 5:13 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

    Sdra Zain Issac Thaniah! kini tampel kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: REDUP, Thema sajak perjalanan hidup katanya.Pengucapannya bersahaja dan bersimbolik penuh makna namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya menyentuh tentang kehidupan yang dilaluinya Mungkin pada hati nuraninya cukup menyenangkan dengan pegangan agama yang dipilih,tetapi pada adat dan kaumnya agak menyukarkan untuk diberi keyakinan sebenarnya.(sajak ini bersaing dengan MENDUNG ) Cuma andaian Apa pun anda layak terpilih untuk sayembara seterusnya calun ke final (LSS)

    BalasPadam

  14. Ahamdulillah!
    Semua ulasan dapat dijalankan dengan lancar walaupun dengan seorang juri yang merupakan manusia biasa saja kekadang sihat dan kekadang pitam
    pula . Tidak pernah berlaku dalam sejarah sayembara puisi sedunia kecuali dalam blog citrarasa sahaja.

    BalasPadam

  15. PUSINGAN KE EMPAT SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG KE FINAL PENENTUAN KEDUDUKAN TAHUN 2012.

    12 ORANG KINI AKAN BERSAING MENENTUKAN KEDUDUKAN AKHIR.

    1.JALAN BERLIKU- Ayu Manja (LSS)
    2.LEMAH KERANA BENCANA- Raja Munirah (LSS) STK1
    3.SIMPONIS BERIRAMA-Jalal Rafzee (LSS)
    4.TERBONGKAR- Fatimah Zahrah (LSS) STK2
    5.TAHAJUD MENANGIS- Abdullah Sani (LSS)
    6.SURIA TAKKAN TERLELAP Sanantee Krisnasari (LSS)
    7.KUNTUMAN BUNGA- Pedekar Waja (LSS)
    8.BICARA PADA DINDING- Irham Kesuma (LSS)
    9.TERSELUBUNG KABUS Hambali Maliki (LSS)
    10.OMBAK KEJAM - Penyair Agung (LSS)
    11.SUARA BERDESING- Syah inderapura (LSS)
    12. REDUP - Zain Issac (LSS)

    SEKIAN TERIMA KASIH. DIATAS KERJASAMA ANDA!
    QALAM MUTIARA.

    BalasPadam
  16. terima kasih qalam sajak tu lebih kepada menghayati semua benda ciptaan ilahi.. x sangka boleh ke final? hehehe thnkz byk2 qalam... apa2pun rezeki aku hujung bulan ni nampaknya menarik la... hehehe

    BalasPadam
  17. ingatkan boleh menang sajak pengintip tu? sbb klu menang hajat nk lepas ayah sy tolong ganti sbb sy sibuk sikit menguruskan KFC ni sbb sy manager KFC.... sajak politik tu asalnya sy mengintip perkerja sy yg asyik mengutuk kerajan saja dia xthu sy ni BN sedap2 mereka kutuk najib...

    BalasPadam
  18. syukur sbb tahun ni ke final lagi sama mcm tahun lps cuma tahun lps dpt hadiah radio saja? hrp2 tahun ni boleh dpt kereta.... benar ulasan anda qalam sayang tempat sy byk bakat yg bagus tapi semua dicantas oleh pihak tertentu tu yg amat menyedihkan sy rugi bakat2 disini semuanya terpendam begitu saja

    BalasPadam
  19. mmg dh dijangka sbb 1 kumpulan dgn penyair agung mmg susah nk menang la sbb sy dgr penyair agung sajak dia bgus2.... apa2pun tahniah kepada semua! x sangka sajak2 kalian lebih hebat walaupun sajak2 dari rangmuda

    BalasPadam
  20. sajak sy berkenaan perjalanan hidup saya sendiri apa2pun tahniah walaupun sy tulis ringkas saja ingatkan terisngkir tp alhamduluih ada rezeki ke final jgk.... syukur esk kena buat kenduri la nampaknya... hehe

    BalasPadam
  21. sajak sy berkenaan psl yg heboh kluar dalam paper tu yg penduduk diarah pindah? sy duduk kat situ la bru sebulan duduk situ lps berkwin tiba2 kena arah pindah! mana x marah padahal ni smua kerja2 perkeja tu la toreh bukit mcm menggila skrg kami kena tanngung akibatnya.... sy skrg terpaksa duduk umah mak mertua kat seberang jaya buat sementara waktu ni... aduh... tp syukur jgk ke final? hrp2 boleh dpt kereta...

    BalasPadam
  22. sajak sy berkenaan tmpt kerja sbb kerana lain pahaman politik smuanya bermasam muka? alahai... xthu nk kata apa? nampaknya xda rezeki nk ke final plak tahun 2012 ni...

    BalasPadam
  23. sajak sy lebih kpd alam rumah tangga sbb lps kawin mmg kerja sy makin snang dan bahagia sbb badan pun dh naik ni... hehe walaupun terisngkir x mengapa sbb byk lagi penjaga blog ke final? hrp2 penjaga blog yg menang? hehehe tahniah semua!!!

    BalasPadam
  24. 12 ORANG KINI AKAN BERSAING MENENTUKAN KEDUDUKAN AKHIR.

    1.Ayu Manja
    2.Raja Munirah
    3.Rafzee
    4.Fatimah Zahrah
    5.Abdullah Sani
    6.Sanantee Krisnasari
    7.Pedekar Waja
    8.Irham Kesuma
    9.Hambali Maliki
    10.Penyair Agung
    11.Syah inderapura
    12.Zain Issac

    BalasPadam
  25. disebabkan raja munirah dgn fatimah masuk final aku yg kena lps sajak? tp buat masa ni yg hntr sajak cum penyair agung,irham,syahindera dgn hambali yg lain2 bila nk hntr sajak ni?

    BalasPadam
  26. tadi fatimah dgn abdullah sani dh hntr sajak kat aku nnt aku send kat kau adi marhain

    BalasPadam
  27. 1.Ayu Manja
    2.Raja Munirah
    3.Jalal Rafzee
    4.Sanantee Krisnasari
    5.Pedekar Waja
    6.Zain Issac

    tinggal lagi 6 org ni masih x hntr sajak pergi bertapa ke apa ni?

    BalasPadam
  28. ha! mana mereka pergi raja munirah dgn sanantee pun dorg ambik cuti seminggu sbb nnk balik kmpung smpai skrg xda khabar berita? adoiyai.. sajak pun x hntr mcm mana nak umu pemenang ni

    BalasPadam
  29. Depa pi betapa ke cari bomoh minta menang kereta..

    Patutlah senyap saja ...Nampaknya Qalam pun baru ada tenaga sidikit.

    Apa pun terpulang kepada En Sanusi nak bagi tempuh berapa lama dekat 6 orang ini?

    BalasPadam




  30. KEPUTUSAN SAYEMBARA PUISI MAHA CINTRANURI AKHIR TAHUN 2012

    Raja Munirah
    BISIKAN PALSU (1)

    Pendekar Waja
    MENAPAK LANGKAH (2)

    Jalal Rafzee
    POLITIKAL (3)

    Penyair Agung
    JANGAN KORBANKAN MARUAH (4)

    Abdullah Sani
    TAKKAN MENYERAH (5)

    Irham Kesuma
    PENINGGALAN YANG SUKAR DIKIKIS (6 )

    Hambali Maliki
    BIDADARI MENARI (7)

    Zain Issac
    BULAN SENDU (8)

    Sanantee Krisnasari
    MEMBUAT MIMPI (9)

    Shah Inderapura
    EGO DAN SIMPATI (10)

    Ayu Manja
    DEMENSI KEGELAPAN (11)

    Fatimah Zahrah
    BERJALAN DI TEPI ANGIN (12 )

    BalasPadam