Isnin, 31 Disember 2012

SENJA TAKKAN BERUBAH (2)





Sayembara tempat ke 2 November 2012


Mungkin waktu telah menepis
hingga membelenggu aku
satukan arti dalam sebuah mimpi
Menenggelamkan janji
Terlalu lelah untuk aku mengerti
Jejak kisah sepi tergores dihati
Menemani jalanku satu arah
Namun senja takkan pernah berubah
Masa lalu takkan mampu menunggu.

Oleh: Pak Manaf
sajak simbolik/29 November 2012 12:12 PG


31 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI CITRARASA / CITRANURI UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG AKHIR NOVEMBER 2012

    PUSINGAN AKHIR PENENTUAN

    Pak Manaf Thahniah! Telah terpilih ke pusingan penentuan akhir dengan sajaknya yang bertajuk: SENJA TAKKAN BERUBAH Tema sajak simbolik nampaknya Pengucapannya bersahaja ada kekuatannya dan punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam ada rasa kebimbangan dan kecelaruan perasaan dengan keadaan isu semasa yang pernah dialaminya selama ini , kini menjadi tanda Tanya yang sukar dimengerti, Apa pun penulis sekadar mampu pasrah kepada ketentuanNya !. Layak diberi tmpat ke dua (2)

    BalasPadam
  2. KUNTUMAN BUNGA

    Dari jauh aku datang
    semata mengambil kuntuman bunga
    tetapi apabila ku berjalan
    begitu banyak halangannya.,
    Namun itu tidak pula ku undur diri
    walaupun bunga itu berduri
    aku tetap jua memegangnya
    walau tangan penuh darah
    kerana bunga itu semenangnya
    bermakna dari nyawaku sendiri..

    Pedekar Waja
    sajak perjuangan
    Lumut 2.12.2012

    BalasPadam
  3. JEMARI KU TULIS

    jemariku membaca barisan haruskutulis
    memerintah bila harus berhenti
    ketika harus mulai menggoreskannya
    aku bukanlah penyajak
    mengetahui kaedah menulis syair
    namun aku hanya mengikuti suarahati
    apa yang dikatakan kemudian
    aku memerintah jemari menuliskan

    Pangeran Pertawa
    sajak simbolik tentang hati
    Brunei 12.11.2012

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. UCAPAN DAN TULISAN

    Setelah beberapa bulan berlalu
    kadang yakin kadang duka
    kehidupan beragam rasa
    siang dan malam begitu indah
    begitu hangat menyentuh rasa
    pengorbanan membuai mimpi
    terungkap dan termaktub
    ucapan dan tulisan kembali bertanya
    siapakah diri aku sekarang

    Nasruq Haqq
    sajak dalam dilema memilih mana yang benar
    Kelantan 9.12.2012

    BalasPadam
  7. BICARA PADA DINDING

    tak berdaya melawan bayang-bayang
    kerana iasemakin merosak sayapku
    Semakin tinggi ku terbang ke langit
    terjauh terhempas jua akhirnya
    ibarat sebuah syair tanpa nama….
    sebuah kata tidak dapat diukir
    bagaik berbicara pada dinding

    Irham Kesuma
    sajak simbolik
    Bukit Bintang 12.12.2012

    BalasPadam
  8. KUM 5

    TERSELUBUNG KABUS

    pagi yang terselubung kabus
    ditemani nyanyian burung
    bersama mimpi kemarin
    ku melangkah dengan waktu menipis
    seperti pelangi di pagi hari
    di hujung jalan yang tak bertepi
    mengisi hari-hari yang kan mati

    Hambali Maliki
    sajak simbolik tentang kehidupan
    Jelapang 19.12.2012

    BalasPadam
  9. MENGINTIP

    diriku terpana sesaat
    bintang dan bulan bersama
    tertawa bersuara di hening malam
    detak jantung berpacu dengan waktu
    tak terasa cepat berlalu
    Lupakah kamu ada bintang disini
    menanti secerah cahaya mu
    keranaku tahu ia memerlukanmu
    walau hanya aku hanya mengintip

    Penglipur Lara
    Sajak simbolik
    tebuk panchor 7.4.2012

    BalasPadam
  10. OMBAK KEJAM

    meskikah hariku seperti ini
    tenggelam dalam kesepian
    tersudut tak ada yang tahu
    bahwa disini menyimpanmutiara indah
    tetapi setelah ditemui
    kini semua hancur di hempas ombak
    tak berperasaan berotak kejam

    Penyair Agung
    Sajak Simbolik
    Ulu tembeling 8.2.2011

    BalasPadam
  11. BAHASA INDAH

    menatapi dalam kebisuan
    Semua mengalir ke dalam hati
    Matahari terbit dan ternggelam
    Hari yang terus berganti kegelapan
    Hanya akan ada suara gemuruh
    suara daun yang menari
    Bersama angin kadang datang mengusik hati dengan bahasa indah

    Tuan Wan leman
    sajak kecerian
    Machang Bubuk 4.4.2012

    BalasPadam
  12. KUm 6

    HUJUNG KEBAHAGIAN

    Dalam kebisuan kata
    semua rasa tak ada tempat berbagi
    Terdiam terpaku seperti
    kehilangan bayang-bayang
    Kata-kata semua rasa tertulis
    di kertas menjadi puisi
    semuanya akan terus berlalu
    Semoga berakhir dihujung
    saat kebahagian ku datang

    Muhamad Mualim
    sajak simbolik
    Kota Damansara
    7.6.2012

    BalasPadam
  13. MENDUNG

    Setelah tirai terbuka
    serlalu terdapat perbezaan ketara
    Mungkin telah lumpuh sementara
    memang awal dari suatu pertikaian..
    Nurani selalu merosak senja
    Di sisi hari suasana begitu indah..
    Sulit untuk mengulang mungkin
    hanya tersimpan di balik mendung
    perjalanan menuju pulang..
    walau tak semudah di waktu pergi..

    Richard Sariosa
    sajak simbolik
    Sarawak 4.2.2012

    BalasPadam
  14. SUARA BERDESING

    suara berdesing mengusik sekeliling
    keserakahan tangan manusia
    tidak akan pernah cukup
    digergaji tanpa diganti
    tanah yang lama tertidur
    gersang semua digali
    aku marah hujan badai datang
    kuterhanyutkan dan terhentam mungkin ratusan nyawa lagi melayang
    hanyut entah kemana
    banggakah kalian dengan hasil itu!

    Syah inderapura
    Sajak marah
    Pahang 10.11.2012

    BalasPadam
  15. REDUP

    alam redup perjalanan hidup
    walau ragu tapi mampu melangkah
    tertambat tujuan rapat pada diri
    seiring detak waktu tak alpa
    tercurah kilauan purnama
    terpetik makna wujudkan kesan
    kuredup dalam hidup
    Menghinakan dalam perjalanan

    Zain Issac
    sajak perjalanan hidup
    Sabah 8.8.2012

    BalasPadam
  16. sajak kami (gibran agi,adi marhain,fatimah dan raja munirah) lps semua sekaligus...

    sbb line intenet terlalu lembab kat tempat kami jadi kami lps smua la snang apa2pun terpulang kat qalam nak ulas berapa

    BalasPadam

  17. KUM 4.

    13.KUNTUMAN BUNGA- Pedekar Waja (LSS)
    14.JEMARI KU TULIS -Pangeran Pertawa (TBD)
    15.UCAPAN DAN TULISAN- Nasruq Haqq (TBD)
    16.BICARA PADA DINDING- Irham Kesuma (LSS)

    Pedekar Waja berkata...
    13.KUNTUMAN BUNGA (LSS)

    Dari jauh aku datang
    semata mengambil kuntuman bunga
    tetapi apabila ku berjalan
    begitu banyak halangannya.,
    Namun itu tidak pula ku undur diri
    walaupun bunga itu berduri
    aku tetap jua memegangnya
    walau tangan penuh darah
    kerana bunga itu semenangnya
    bermakna dari nyawaku sendiri..

    Oleh: Pedekar Waja
    sajak perjuangan
    Lumut 2.12.2012/1 Januari 2013 4:36 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

    Sdra Pendekar Waja dulu kopi susu Tahniah! Muncul kembali dengan sajaknya yang bertajuk: KUNTUMAN BUNGA Tema sajak perjuangan nampaknya. Pengucapannya bersahaja dan sadikit bersimbolik namun punya artinya yang tersembunyi dan tersendiri. Mesejnya mengambarkan satu cabaran yang hebat, perlu semangat yang kental dalam perjuangan untuk mendapatkan sesuatu menuju puncak terutama seorang komando..Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya calun ke final (LSS) STK4

    BalasPadam

  18. Pangeran Pertawa berkata...

    14.JEMARI KU TULIS (TBD)

    jemariku membaca barisan harus kutulis
    memerintah bila harus berhenti
    ketika harus mulai menggoreskannya
    aku bukanlah penyajak
    mengetahui kaedah menulis syair
    namun aku hanya mengikuti suarahati
    apa yang dikatakan kemudian
    aku memerintah jemari menuliskan

    Oleh: Pangeran Pertawa
    sajak simbolik tentang hati
    Brunei 12.11.2012/1 Januari 2013 4:41 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)
    Sdra Pangeran Pertawa kini tampel kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: JEMARIKU TULIS Thema sajak simboli tentang hati katanya. Pengucapannya bersahaja dan terlalu biasa namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya juga terlalu biasa bicara tentang idea atau ilham yang datang untuk diluahkan ke atas kertas melalui hati dan jari jemari .Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)


    BalasPadam
  19. Nasruq Haqq berkata...

    15.UCAPAN DAN TULISAN (TBD)

    Setelah beberapa bulan berlalu
    kekadang yakin kekadang duka
    kehidupan kini beragam rasanya
    siang dan malam berlalu indah
    begitu hangat menyentuh rasa
    pengorbanan membuai mimpi
    terungkap dan termaktub
    ucapan dan tulisan kembali bertanya
    siapakah diriku sebenar sekarang?

    Oleh: Nasruq Haqq
    sajak dalam dilema memilih mana yang benar
    Kelantan 9.12.2012/1 Januari 2013 4:46 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

    Nasruq Haqq kini tampel kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: UCAPAN DAN TULISAN Thema sajak dilemma katanya. Pengucapannya bersahaja dan sadikit perlu diperbaiki, namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya semacam banyak mendengar dan membaca keadaan isu semasa mungkin hati menjadi celaru memikirkan sehingga diri teperangkap dalam dilemma mengenal diri, siapakah aku sebenarnya sekarang ?. .Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

    BalasPadam

  20. Irham Kesuma berkata...

    16.BICARA PADA DINDING (LSS)

    Tak berdaya melawan bayang-bayang
    kerana ia semakin merosak sayapku
    Semakin tinggi aku terbang ke langit
    walaupun jauh terhempas jua akhirnya
    ibaratkan sebuah syair tanpa nama….
    sebuah kata yang tidak dapat diukir
    bagaikan berbicara pada dinding …..

    Oleh: Irham Kesuma
    sajak simbolik
    Bukit Bintang 12.12.2012/1 Januari 2013 4:46 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

    Sdr Irham Kesuma Tahniah! Muncul kembali dengan sajaknya yang bertajuk: BICARA PADA DINDING Tema sajak simbolik nampaknya. Pengucapannya, bersahaja dan bersimbolik penuh persoalan tidak terjawab, namun punya artinya yang tersendiri dan tersembunyi. Mesejnya ternyata soal peribadi, mungkin keadaan hidup yang mencengkam, lantas bila seorang itu hidup tanpa nama atau kedudukan tiada siapa ingin peduli, sebaiknya lebih enak berbicara saja pada dinding.. Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya calun ke final (LSS)

    BalasPadam
  21. sajak sy tu pejuangan utk dptkan julia sebenarnya qalam sbb sblm kawin dlu mcm2 halangan sy tempuhi dgn keluarga mertua dia sbb sy hanya pangkat SPM je sedangkan julia tu master tp alhamdulilah keluarga mertua terima sy akhirnya....

    BalasPadam
  22. sajak sy lebih kepada apa yang sy fikir anggota sy lakukan sajak simple je?apa2pun sy terima kekalahan ni sbb tahun lps sy dh menang motosikal dri inspektor halim tahun ni xpe beri peluang org lain plak

    BalasPadam
  23. ingatkan boleh menang? sbb sy bernazar klu ke final sy rancang nak beri cuti seminggu kepada anak2 murid sy yg belajar silat? tp nampaknya dh tesingkir latihan kena teruskan lah apa2pun tahniah buat yg berjaya.... sajak tu berkenaan kecelaruan yg mana yg benar antara 2 parti politik

    BalasPadam
  24. sajak sy lebih kpd dh serik nak mengadu kepada pihak penguasa di tempat sy sbb kdg2 nak buat aduan pun x dilayan sbb tu bagi sy lebih baik mengadu pada dinding saja? x sangka menang utk kali ni... buat kali kedua la nampaknya mcm jalal jgk sbb hujung tahun 2011 sy ke final jgk masa tu dpt perabot hrp2 thn ni dpt benda lain

    BalasPadam
  25. sajak sy nampaknya smpai disini saja la rasanya... lgpn sajak yg lain2 byk yg lebih baik silap sendiri jgk sbb x buat betol2 sy ingat hadiah kali ni mcm bulan lps jgk

    BalasPadam
  26. sajak sy tu lebih kpd pemberontakan tp xdilayan tp kami x terus diam sbb 1 ari nanti kami akan bangkit kembali... terima kasih qalam pak saudara sy kirim slm kpd qalam dan dia mempelawa qalam bercuti di jawa

    BalasPadam
  27. akhrinya ke final nampaknya esk kena balik kmpung belanja adik2 KFC sbb mmg sy berhajat asalkan masuk final mmg sy nak balik kmpung minta mak tlg doakan hrp2 hujung bulan ni boleh dpt kereta sajak sy tu snang sajak psl kekesalan tentang sesuatu dosa

    BalasPadam
  28. tahniah la apa yg sy boleh katakan kpd pemenang rezeki sy smpai kat sini saja sbb sajak kali ni sy buat sendiri sbb tu kurang mememuaskan sikit dlu minta bantuan ayah tp ayah plak masuk hospital sb byk mkn durian hari tu....

    BalasPadam
  29. Maaf Qalam Mutiara balik lewat petang juga ada urusan luar pasal anak dekat USM ...

    Balik letih dia tidur , Al maklum turun bukit naik bukit cari pusat pengajian agaknya.

    Katanya macam nak pecah dadah , jangan buat main kalau tak biasa
    berjoging atau berjalan jauh...

    BalasPadam