Isnin, 25 Jun 2012

PENAFIAN (4)




Sayembara Mei tempat keempat

Berkejaran dalam kenyataan
bulan setengah hampir terbentuk,
membujur bagai sebuah sabit
kelam dan sedikit muram.
sehingga hadir menyatakan
di tengah kesepian
tanpa pengkhianatan dan penafian

Oleh: Richard Sirosa
Serawak, Malaysia Timur.
sajak simbolik/31 Mei 2012 1:00 PG




30 ulasan:

  1. PEMENANG SAYEMBARA PUISI AKHIR ATAU FINAL UNTUK BULAN MEI 2012.

    PUSINGAN AKHIR

    Sdra. Richard Sirosa kini layak dan berjaya juga masuk ke pusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk; PENAFIAN Tema sajak bersimbolik nampaknya. Pengucapannya bersahaja cuma terasa ada sadikit mengelirukan walaupun ada rasa puitis. Mesejnya semacam membicarakan tentang isu semasa .yang penuh dengan keraguan untuk dapat menyakinkan bila sepi tanpa jawapan.Cuma andaian saja.. Setelah dinilai dan diamati Layak untuk tempat ke empat sahaja (4)

    BalasPadam
  2. Nampaknya lewat keblakangan ini . tidak ada ulasan dalam ruangan ini daripada P.blog atau ahli sahabat Cr?

    Ini bukan apa. Jika tidak diisi penceroboh tanpa nama akan masuk mengisi 30 ulasan.
    Harap maklum..

    BalasPadam
  3. Ziarah Makrifat berkata...

    57.AIS (TBD)

    pejam dalam gelap malam hitam
    bisa melihat tanganku
    memegang kedua bola mataku
    meraba hening tembok kehidupan
    sedingin ais hingga nafasku
    bertukar berwarna putih
    mendengar jeritan seolah
    tak asing bagiku akankah
    aku menjerit pula seperti itu

    Oleh: Ziarah Makrifat
    sajak simbolik/24 Jun 2012 2:44 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Ziarah Makrifat kini kembali lagi dengan sajakya yang bertajuk:AIS. Tema simbolik nampaknya Pengucapannya juga terlalu bersimbolik mungkin ada artinya tersendiri. Mesejnya mungkin menyentuh tentang cerita kehidupan peribadi yang, dialaminya selama ini . Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini usaha lagi lain kali..(TBD)

    BalasPadam
  4. Brader Joe berkata...

    58.KU LIHAT DIRIKU KAKU (LSS)

    suaraku kini hilang
    apa yang ku lihat darahku
    sentiasa mengalir laju
    mahu rasanya aku menjerit
    tetapi mereka mengawal diluar
    siapa pun tak bisa mendengar
    aku hanya bisa membuka mulutku
    tapi tak dapat mengeluarkan suara
    ketika itu tulangku mulai retak
    saat itu ku hanya mampu melihat
    diriku sudah tak bermaya lemah dan kaku.

    Oleh: Brader Joe
    sajak sedih terkenang arwah Bob Kuli (Borhan Kamarul bin Adnan) kerana semalam sy bermimpi berjumpa dengan arwah dan dia menceritakan detik dia nyawa2 ikan.../24 Jun 2012 2:55 PTG


    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra.Brader Joe kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: KULIHAT DIRIKU KAKU Tema kesedihan nampaknya Pengucapannya. bersahaja tapi punya arti tersendiri.Mesejnya menyentuh tentang mimpi yang dialaminya mungkin roh sahabat karibnya ingin meminta bantuan telah terakam semula dalam mimpinya. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  5. Abang berkata...

    59.PANGGILAN JIWA (TBD)

    sederhana tersenyum ramah
    kini telah tiada pulang kesetiaan
    teguh terpegang tidak akan
    meninggalkan amanat
    tidak akan berapi walau
    apa pun yang terjadi.
    hidup adalah kesetiaan
    kepada panggilan jiwa.

    Oleh: Abang
    sajak terkenang/24 Jun 2012 3:04 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra Abang kembali lagi dengan sajakya yang bertajuk:PANGGILAN JIWA Tema terkenang nampaknya Pengucapannya bersahaja mengenang kisah berlalu. Mesejnya menyentuh kehidupan seharian yang dirasakan penuh dengan keraguan dan kemelut kehidupan.apapun terserah kepada keluhuran jiwa kita.. Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini usaha lagi lain kali..(TBD)

    BalasPadam
  6. Yusmanira berkata...

    60.RAKUS DAN TERLUKA (P)

    aku ingin sepertimu yang utama
    adalah di medan tugas
    bukan di tempat tidur nyaman.
    pulanglah dengan istirehat
    dengan senyum sederhana dan tulus.
    bersama semangat senantiasa aku bawa
    menjadi penerang hati dan jiwa ini
    mengubati hatiku yang rakus dan terluka

    Oleh: Yusmanira
    sajak simbolik/24 Jun 2012 3:08 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdri Yusmanira kembali dengan sajak bertajuk:RANGKUS DAN TERLUKA.Tema sembolik nampaknya. Pengucapannya agak bersahaja dan punya arti tersendiri dan ada sadikit pembetulan. Mesejnya menyentuh kisah peribadi juga, mungkin ada perbezaan jika semasa bersama dan bersendirian, Ini mungkin member pengajaran dan ada hikmahnya. Apa pun diberi Perhatian untuk seterusnya (P)

    BalasPadam
  7. Pak Kassim berkata...

    61.PENGABADIAN (TBD)

    pengabdian bukan kepada penguasa
    tetapi kepada hati nurani
    ingin selalu berdamping dengan alam
    menerima segala amarah
    setelah pulang menjadi inspirasi
    pada langkah hati gerak nurani
    menjaga alam pada pendirian.

    Oleh: Pak Kassim
    sajak simbolik/24 Jun 2012 3:08 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Ustaz Rahman kini kembali lagi dengan sajakya yang bertajuk:PIJAK KAKIKU Tema simbolik nampaknya Pengucapannya perlu sadikit pembetulan untuk lebih mantap Mesejnya menyentuh kehidupan peribadi yang pasrah tidak menyalahkan sesiapa , melainkan diri sendiri. Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini usaha lagi lain kali..(TBD)

    BalasPadam
  8. Tengku Anita berkata...

    62.ADA SEBUAH TITIK DISANA (P)

    Tidak ada sesuatu perlu dibanggakan
    atau aku menganggap satu keadilan
    jangan salahkan siapa pun dalam hal ini
    jika hidup ini perlu perpisahan dan bersendirian
    saat manusia sering menempah musibah
    ada pengajaran hidup menyempurnakan ku
    bukan kau dan aku yang ingin disalahkan
    kerana masa depan seorang itu telah ditetapkan
    pasti terdapat ada sebuah titik disana.

    Oleh: Tengku Anita
    sajak simbolik/24 Jun 2012 3:14

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdri Tengku Anita kembali dengan sajak bertajuk:TITIK DI SANA .Tema simbolik nampaknya. Pengucapannya telah diperbetulkan sadikit masih punya arti tersendiri. Mesejnya menyentuh kisah peribadi juga, mungkin ada perbezaan jika semasa bersama dan bersendirian, Ini mungkin ada hikmahnyadan pengajarannya dari sebalik kegagalan itu. . Apa pun diberi Perhatian untuk seterusnya (P)

    BalasPadam
  9. Pagok Lana berkata...

    63.CITA-CITA (LSS)

    Takdir tidak menjadi halangan
    Jika cita-citamu mahu yang terbaik
    seharusnya kebahagian mengkhiri
    tidak berhenti membicarakan kisah ini
    membuatmu kelam hiduplah sewajarnya
    ikuti kata hati mati, perlu ikut kata akal
    melihat,mendengar berbicara dan merasakan
    semua diantaranya harus kamu lakukan
    demi memburu cita-cita mu yang tinggi……

    Oleh: Pagok Lana
    sajak simbolik/24 Jun 2012 3:16 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra Pagok Lana kembali dengan sajak bertajuk:CITA-CITA.Tema simbolik bersemangat nampaknya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan. dan punya arti tersendiri. Mesejnya menyentuh kisah memberi semangat untuk sesaorang yang ingin memburu cita-citanya yang mengunung tinggi rasanya. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  10. Sufian Al Zahri berkata...

    64.PELANGI INDAH (TBD)

    kau tahu mengapa pelangi itu indah
    bukan kerana warna dan bentuknya?
    karena ia hadir tika hujan berhenti
    seperti itu aku ingin mengakhiri
    semua ini buka lembaran baru
    dan selalu berdoakan untukmu
    hanya ingin kamu tersenyum selalu..

    Oleh: Sufian Al Zahri
    sajak sedih/24 Jun 2012 3:19 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra Sufian Al Zahri kini kembali lagi dengan sajakya yang bertajuk:PELANGI INDAH Tema sedih nampaknya Pengucapannya semacam bermadah dan berfalasah . Mesejnya menyentuh kehidupan peribadi yang pasrah tidak menyalahkan sesiapa , melainkan mendoakan kesejahteraan selalu. Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini usaha lagi lain kali..(TBD)

    BalasPadam
  11. Pak Kassim berkata...

    61.PENGABADIAN (TBD)

    pengabdian bukan kepada penguasa
    tetapi kepada hati nurani
    ingin selalu berdamping dengan alam
    menerima segala amarah
    setelah pulang menjadi inspirasi
    pada langkah hati gerak nurani
    menjaga alam pada pendirian.

    Oleh: Pak Kassim
    sajak simbolik/24 Jun 2012 3:08 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.
    Pak Kassim kembali lagi dengan sajakya yang bertajuk:PENGADIAN Tema simbolik nampaknya Pengucapannya bersahaja dan ada artinya tersendiri Mesejnya menyentuh kehidupan peribadi yang pasrah tidak menyalahkan sesiapa , melainkan diri sendiri. Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini usaha lagi lain kali..(TBD)

    BalasPadam
  12. tarah pnya tarah jd kecik trus ke? hahah

    BalasPadam
  13. baik x payah tarah pokok dari besar jd kecik

    BalasPadam
  14. patutnya biarkan pokok tu nk tarah buat apa

    BalasPadam
  15. mcm ada mksud politik semasa saja pokok besar ni

    BalasPadam
  16. eh! pokok yang dh besar mcm tu xpyh la tarah kesian pokok tu

    BalasPadam
  17. klu x thu nak buat apa baik xpyh tarah rugi2...

    BalasPadam
  18. kesian pokok jd mangsa elok2 tumbuh terus hilang

    BalasPadam
  19. klu x ada tujuan nak buat apa seeloknya xpyh tarah

    BalasPadam
  20. kerana kepentingan sendiri pokok jd mangsa

    BalasPadam
  21. pokok tarah sekali dh la tarah berkali-kali jd kecik la

    BalasPadam
  22. tarah pnya tarah apa pun x jd? hahaha

    BalasPadam
  23. tarah sekali dh la ni smpai tinggal lidi gila ke apa?

    BalasPadam
  24. kerja yang sia2 saja tarah pokok lps tu apa pun dia xbuat

    BalasPadam
  25. sama la dgn si anu tu nak buat kerajaan baru entah lingkup la nnt...

    BalasPadam
  26. klu ada tujuan baru la tebang ni belum apa2 nak tebang dh

    BalasPadam
  27. pokok jd mangsa dgn ketamakan manusia

    BalasPadam
  28. pengajaran cerita ni kalau x reti tebang pokok jd tebang

    BalasPadam
  29. pengajaran cerita ni jgn la aniaya tumbuhan....

    BalasPadam
  30. pokok dh membesar biarlah jgn la usik rugi btol

    BalasPadam