Jumaat, 22 Jun 2012

JEJAKI PURNAMA YANG TENGGELAM (3)




Sayembara Mei tempat ke tiga

kulukiskan hati pada latar langit
Merah membara kadang-kadang
aku jejaki purnama yang tenggelam
diantara awan yang terbenam
dingin menghangat beri aroma rasa
gemerisik diantara sunyi
ada bisikan tentang kegelisahan

Oleh: Muhamad Rabbi

sajak simbolik/31 Mei 2012 12:56 PG




30 ulasan:

  1. PEMENANG SAYEMBARA PUISI AKHIR ATAU FINAL UNTUK BULAN MEI 2012.

    PUSINGAN AKHIR

    Sdra. Muhamad Rabbi layak masuk ke final dengan sajaknya bertajuk JEJAK PURNAMA YANG TENGELAM . Tema sajak bersimbolik berbau pilitik pula nampaknya.Pengucapannya bersahaja dan punya arti tersendiri.Mesejnya menyentuh isu semasa ada pihak yang ingin mencari pengaruh yang kini kian tengelam dengan perasaan resah dan meragukan.. Cuma andaian sahaja Setelah dinilai dan diamati Layak untuk tempat ke tiga (3)

    BalasPadam
  2. KISAH DAN TAULADAN
    BILA MERANCANG TIDAK TERANCANG

    Al Kisah kononnya ada seorang hamba Allah becadang hendak menebang sebatang pokok besar dua pemeluk. Bila orang lalu lalang bertaya ia berkata. Hendak buat sebuah perahu layar yang morden untuk membawa kawan-kawannya mengelilingi dunia

    Apa bila pokok ditebang. Dia mula menarahnya dan Nampak sebagai bentuk sebuah perahu layar. Akhirnya tarah punya tarah bertukar menjadi sebatang tiang

    Bila orang lalu lang bertanya, katanya untuk membuat Tiang seri rumah bumbung lima. Untuk keluarga, adik beradik, sahabat handai yang jauh dan dekat senang bertandang.

    Akhirnya tarah punya tarah , tidak sedar batang kayu itu sudah menjadi kecil, Nampak semacam sebatang tongkat pula. Bila orang lalu lang lihat dan bertanya. Katanya untuk buat tongkat bagi orang tua-tua.

    Akhirnya dia tarah lagi sehingga batang kayu itu menjadi satu serperhan kecil, Nampak semacam lidi. Bila orang lalu lalang bertanya. Lantas Dia menjawab Katanya. Semuanya tidak menjadi akhir kita buat kayu colek nasi lekat di gigi.


    Oleh: Qalam Mutiara
    Catatan buat yang mengerti.
    Bila kerja yang tidak terancang semuanya menjadi pincang!

    BalasPadam
  3. MENULIS DENGAN TINTA

    seperti menulis dengan tinta hitam
    dalam kertas yang putih
    demi kata kutorehkan
    karena ada gumpalan sesak di hati
    tak ingin rasanya berhenti
    namun apa daya yang tertulis
    selalu hitam dalam putih
    seharusnya meyakinkan
    aku kenyataan lebih pahit
    dari sebuah harapan

    Saizul Maizav
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. BERCANDA

    diam kubercanda dengan asiknya kata
    diam kumenangis dengan senyuman
    seperti pula nada
    terdengar lirih
    membuat jiwaku terhenyak

    Nurse Lisa
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  5. OMBAK MENDERU

    Kau lihatkah aku di sini?
    Ditemani ombak berderu menatapmu Ketika angin membasuh wajahku
    Beserta sisa tetesan air mata
    Aku tersenyum diantara
    batas penghujung hari mulai kelam sisa kerinduanku malam ini
    pasti dingin lebih dari biasanya

    Sang Arjuna
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. JENDELA KAMAR

    jiwaku menggigil pilu
    hatiku bergetar hebat
    Namun itu pasti baik-baik saja
    Setelah fajar menyingsing
    kian memeluk hangat
    semua sisa sebuah akhir
    kata selesai silau sinaran mentari
    Mengetuk samar jedela kamar

    Pak Ngah But
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. HIBA

    sejak terlahir hidup hanyalah
    selonggok penderitaan
    kesepian selalu menemani hati,
    tiada mengenal cinta
    nasib yang malang jatuh
    masih tertimpa merasa hiba

    Lagenda Pulau
    sajak sedih

    BalasPadam
  8. KESEPIAN

    jika hati membeku tak kenal haru…
    wajahnya angkuh tanpa senyuman..
    sekeras baja tak bisa ditekuk..
    sekukuh karang tak bisa digoyang…
    harus bagaimana mendengar
    penjelasan tak mahu mengerti…
    menerima pendapat dan memahami
    tapi selalu dan sentiasa kesepian…

    Nuri Jaguh
    sajak kecewa

    BalasPadam
  9. AKHIR KISAH INI

    mengakhiri kisah ini saat
    ku berjalan menyusuri waktu lalu
    tak ada kata mahupun mendung kelabu
    merebak dalam hidup
    menangis dalam hujan
    tertawa saat pelangi hadir
    demikian kisah ini adalah terbaik
    kita sudah berbeza

    Ku Dania
    sajak perpisahan

    BalasPadam
  10. PIJAK KAKIKU

    jika tanah adalah pijak kakiku
    maka aku berakhir dengan kematian
    tak sempurna tak abadi
    aku hanya seorang manusia
    selalu salah dan berdosa
    bukan sebuah makna melainkan
    bahasa ini terlalu berbeza
    aku tak akan menyalahkan siapapun
    semua terserah kepada aku

    Ustaz Rahman
    sajak simbolik

    BalasPadam
  11. Saizul Maizav berkata...

    49.MENULIS DENGAN TINTA (TBD)

    Seperti menulis dengan tinta hitam
    dalam kertas yang putih
    demi kata kutorehkan
    karena ada gumpalan sesak di hati
    tak ingin rasanya berhenti
    namun apa daya yang tertulis
    selalu hitam dalam putih
    seharusnya meyakinkan
    aku kenyataan lebih pahit
    dari sebuah harapan

    Oleh: Saizul Maizav
    sajak simbolik/22 Jun 2012 3:25 PTG
    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra Saizul Maizav kembali lagi dengan sajakya yang bertajuk:MENULIS DENGAN TINTA Tema simbolik nampaknya Pengucapannya semacam kiasantapi ada sadikit mengelirukan. Mesejnya menyentuh kehidupan masyarakat setempat agaknya. Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini usaha lagi lain kali..(TBD)

    BalasPadam
  12. Nurse Lisa berkata...

    50.BERCANDA -P

    Diam ku bercanda
    dengan asyiknya kata-kata
    riangku melahirkan tangis
    dalam riang senyuman
    kerana sukar digambarkan
    seperti irama dan lagu
    mengalun nada dan lirek
    membuatkan jiwaku
    terhenyak dan terpaku

    Oleh: Nurse Lisa
    sajak jiwa2/22 Jun 2012 3:26 PTG


    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdri Nurse Lisa kembali dengan sajak bertajuk:BERCANDA .Tema pasrah jiwa2 nampaknya. Pengucapannya bersahaja dan punya arti tersendiri dan ada sadikit pembetulan.Mesejnya menyentuh kisah peribadi juga, mungkin jika kita melalui saat yang terlalu mengembirakan , bias mengalirkan air matatanda kesyukuran.. Apa pun diberi Perhatian untuk seterusnya (P)

    BalasPadam
  13. Sang Arjuna berkata...

    51.OMBAK MENDERU (LSS)

    Kau lihatkah aku di sini?
    Ditemani ombak berderu menatapmu
    Ketika angin membasuh wajahku
    Beserta sisa titisan air mata
    Aku tersenyum diantara derita
    di batas penghujung hari mulai kelam
    Bersama sisa kerinduanku malam ini
    pastinya bertambah dingin lebih dari biasa.

    Oleh: Sang Arjuna
    sajak simbolik/22 Jun 2012 3:28 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra.Sang Arjuna kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: OMBAK MENDERU Tema simbolik nampaknya .Pengucapannya.bersahaja tapi punya arti tersendiri Mesejnya menyentuh tentang kisah jiwa2 dan peribadi yang dialaminya mungkin perpisahan ditinggalkan kekasih agaknya .Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  14. Pak Ngah But berkata...

    52.JENDELA KAMAR (TBD)

    jiwaku menggigil pilu
    hatiku bergetar hebat
    Namun itu pasti baik-baik saja
    Setelah fajar menyingsing
    kian memeluk hangat
    semua sisa sebuah akhir
    kata selesai silau sinaran mentari
    Mengetuk samar jedela kamar

    Oleh; Pak Ngah But
    sajak simbolik/22 Jun 2012 3:29 PTG
    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Pak Ngat But kini kembali lagi dengan sajakya yang bertajuk: JENDELA KAMAR Tema simbolik nampaknya Pengucapannyaagak sadikit mengelirukan, tapi mungkin ada ceritanya yang tersendiri. Mesejnya semacam menyentuh hal kehidupan issu semasarasanya. Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini usaha lagi lain kali..(TBD)

    BalasPadam
  15. Lagenda Pulau berkata...

    53.PERSAAN HIBA (LSS)

    sejak terlahir hidup hanyalah
    berada di dalam selonggok penderitaan
    kesepian selalu menemani hati ini,
    tiada mengenal arti sebuah cinta bersemi
    nasib yang malang sering memanjang
    Menjadikan aku masih jatuh ditimpa perasaan hiba.

    Oleh: Lagenda Pulau
    sajak sedih/22 Jun 2012 3:31 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra.Lagenda Pulau kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: HIBA Tema kesedihan nampaknya Pengucapannya.cuma pendek dan bersahaja tapi punya arti tersendiri Mesejnya menyentuh tentang kisah periabadi yang dialaminya mungkin kisah nasib malang atau hiba yang sering menimpa tanpa henti. Ini mungkin ada hikmahnya nanti. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  16. Nuri Jaguh berkata...

    54.KESEPIAN (TBD)

    jika hati membeku tak kenal haru…
    wajahnya angkuh tanpa senyuman..
    sekeras baja tak bisa ditekuk..
    sekukuh karang tak bisa digoyang…
    harus bagaimana mendengar
    penjelasan tak mahu mengerti…
    menerima pendapat dan memahami
    tapi selalu dan sentiasa kesepian…

    Oleh: Nuri Jaguh
    sajak kecewa/22 Jun 2012 3:33 PTG
    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra Nuri Jaguh kini kembali lagi dengan sajakya yang bertajuk: KESEPIAN Tema kecewa nampaknya Pengucapannya bersahaja Mesejnya menyentuh kisah sepi dan jiwa2 nampaknya Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini usaha lagi lain kali..(TBD)

    BalasPadam
  17. Ku Dania berkata...

    55.AKHIR KISAH INI -P

    mengakhiri saat kisah ini
    aku berjalan menyusuri waktu lalu
    tiada ungapan untuk mendung kelabu
    merebak mencengkam kehidupan
    aku menangis dalam hujan
    dan tertawa saat pelangi hadir
    demikian kisah perpisahan ni
    punya hikmahnya yang tersendiri
    membutkan aku kini mulai rasa berbeza

    Oleh: Ku Dania
    sajak perpisahan/22 Jun 2012 3:36 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdri Ku Dania kembali dengan sajak bertajuk: AKHIR KISAH INI .Tema perpisahan nampaknya. Pengucapannya agak bersahaja dan punya arti tersendiri dan ada sadikit pembetulan. . Mesejnya menyentuh kisah peribadi juga, mungkin ada perbezaan jika semasa bersama dan bersendirian, Ini mungkin ada hikmahnya. Apa pun diberi Perhatian untuk seterusnya (P)

    BalasPadam
  18. Ustaz Rahman berkata...

    56.PIJAK KAKIKU (TBD)

    jika tanah adalah pijak kakiku
    maka aku berakhir dengan kematian
    tak sempurna tak abadi
    aku hanya seorang manusia
    selalu salah dan berdosa
    bukan sebuah makna melainkan
    bahasa ini terlalu berbeza
    aku tak akan menyalahkan siapapun
    semua terserah kepada aku

    Oleh: Ustaz Rahman
    sajak simbolik/22 Jun 2012 3:38 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Ustaz Rahman kini kembali lagi dengan sajakya yang bertajuk:PIJAK KAKIKU Tema simbolik nampaknya Pengucapannya perlu sadikit pembetulan untuk lebih mantap Mesejnya menyentuh kehidupan peribadi yang pasrah tidak menyalahkan sesiapa , melainkan diri sendiri. Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini usaha lagi lain kali..(TBD)

    BalasPadam
  19. AIS

    pejam dalam gelap malam hitam
    bisa melihat tanganku
    memegang kedua bola mataku
    meraba hening tembok kehidupan
    sedingin ais hingga nafasku
    bertukar berwarna putih
    mendengar jeritan seolah
    tak asing bagiku akankah
    aku menjerit pula seperti itu

    Ziarah Makrifat
    sajak simbolik

    BalasPadam
  20. KU LIHAT DIRIKU KAKU

    suaraku kini hilang tapi
    yangku lihat darahku
    sentiasa mengalir mahu menjerit tetapi mereka diluar
    dapat tak bisa mendengar
    aku hanya bisa membuka mulutku
    tapi tak dapat mengeluarkan suara
    ketika itu tulangku mulai retak
    saat itu ku hanya mampu melihat
    diriku sudah tak bermaya kaku

    Brader Joe
    sajak sedih terkenang arwah Bob Kuli (Borhan Kamarul bin Adnan) kerana semalam sy bermimpi berjumpa dengan arwah dan dia menceritakan detik dia nyawa2 ikan...

    BalasPadam
  21. PANGGILAN JIWA

    sederhana tersenyum ramah
    kini telah tiada pulang kesetiaan
    teguh terpegang tidak akan
    meninggalkan amanat
    tidak akan berapi walau
    apa pun yang terjadi.
    hidup adalah kesetiaan
    kepada panggilan jiwa.

    Abang
    sajak terkenang

    BalasPadam
  22. RAKUS DAN TERLUKA

    aku ingin sepertimu yang utama
    adalah di medan tugas
    bukan di tempat tidur nyaman.
    pulanglah dengan istirahat
    senyum sederhana dan tulus.
    semangat senantiasa aku bawa
    menjadi penerang hati dan jiwa-jiwa
    aku yang rakus dan terluka

    Yusmanira
    sajak simbolik

    BalasPadam
  23. PENGABADIAN

    pengabdian bukan kepada penguasa
    tetapi kepada hati nurani
    ingin selalu berdamping dengan alam
    menerima segala amarah
    setelah pulang menjadi inspirasi
    pada langkah hati gerak nurani
    menjaga alam pada pendirian.

    Pak Kassim
    sajak simbolik

    BalasPadam
  24. TITIK DISANA

    tak apa aku anggap adil
    jangan salahkan siapapun
    jika hidup sendirian
    jika saat manusia serupa itu
    hadir dalam hidup menyempurnakanku
    dia bukan kamu ingin salahkan
    masa depan ada sebuah titik disana

    Tengku Anita
    sajak simbolik

    BalasPadam
  25. CITA-CITA

    takdir tidak menjadi harapan
    cita-cita mahu yang terbaik
    seharusny bahagia mengkhiri ini
    berhenti membicarakan kisah ini
    membuatmu kelam hiduplah sewajarnya
    ikuti kata hati bernafas
    melihat,dengar bicara dan merasakan
    satu diantaranya harus kamu lakukan

    Pagok Lana
    sajak simbolik

    BalasPadam
  26. PELANGI INDAH

    kau tahu mengapa pelangi itu indah
    bukan kerana warna dan bentuknya?
    karena ia hadir tika hujan berhenti
    seperti itu aku ingin mengakhiri
    semua ini buka lembaran baru
    selalu berdoa untukmu
    hanya ingin kamu tersenyum sekarang..

    Sufian Al Zahri
    sajak sedih

    BalasPadam
  27. Ahli-ahli Cr dan P, blog yang belum
    pernah memangai sebarang penyetaan sepanjang dua tiga tahun sayembara ini akan diberi perhatian dan keutamaan. Demi memupuk semangat berkarya dikalangan anda danahabat Cr sendiri. Amin.


    En nuri.

    BalasPadam
  28. Kami juga berhak untuk membuat pembetulan mana puisi yang agak
    meragukan pengucapannya.

    Asalkan tidak lari dari isi atau maksud yang hendak disampaikan pada pembaca atau khalayak.

    Harap Maklum Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  29. Mereka yang layak melepasi ujian pusingan pertama kelayakansetakat ini.

    PEMENANG KE PUSIANGAN KE DUA JUNE 2012.


    1. Gibran Agi-P
    2. Putera Damien
    3. Panglima Ketot@
    4. Supain Sipaun@
    5. Asyar Mujid-P
    6. Madah Pujangga@
    7. Emily Oman-P
    8. Capricorn@
    9. Lelangit Biru-P
    10.Pak Bostaman@
    11.Hamba Allah@
    12.Adi MarhainP
    13.Ungku Zubir@
    14.Yusri NawabP
    15.Muhamad MualimP

    BalasPadam
  30. PEMENANG KE PUSIANGAN KE DUA JUNE 2012. SETAKAT INI.

    SAMBUNGAN;

    16.Nabil Quldi@
    17.JuliaP
    18.Geletek malam@
    19.Zain Issac-P
    20.Atan yahoo@
    21.Gelora Maya@
    22.Hadi Hamzah-P
    23.Nurse Lisa-P
    24.Sang Arjuna@
    25.Lagenda Pulau@
    26.Ku Dania-P
    27.Brader Joe@
    28.Yusmanira-P
    29.Tengku Anita-P
    30.Pagok Lana@

    BalasPadam