Rabu, 9 Mei 2012

JIKA KITA NILAI HIKMAH SOLAT




Jangan terlalu angkuh dengan kehidupan


Ketika kamu mengangkat kedua tangan untuk takbir
samalah seperti kamu menyerah diri mengaku kalah,
ketika kamu qiam berdiri tegak tidak bergerak
samalah seperti pokok nibong,pinang dan kelapa,
ketika kamu rukuk mendatar rasa tulang belakang
samalah seperti haiwan yang bejalan lembu dan unta,
ketika kamu duduk pula di antara dua sujud  itu
samalah seperti katak kera moyet lotong gorila,
ketika kamu sujud dan dahi ke tanah hinanya rasa
samalah seperti kekura ular cacing serangga melata.
Setelah kamu kenal akan nilai hikmah solat ini
berastaffarlah betapa hina dinanya kamu di sisi Allah
menjadikan dan mencipta segala petala langit dan bumi
betapa kita cuma dijadikan dari setitik air najis
percantuman di anatara binih lelaki dan perempuan
mengapa mesti angkoh, sombong, bongkak dan takabur
dari tanah asalnya kita dan kepadanya kita kembali
makan dan minumlah segala rezeki yang Allah berikan
jangan kamu lakukan kerosakan di muka bumi  ini?
sesungguhnya hidup dan mati kamu  kepadaNya juga kembali.

Oleh  : Nurimanja,
Balik kuliah Malam Telok Kumbar,
Jumaat, 19 Februari 2010




30 ulasan:

  1. ulasan sajak hikmah solat.

    Begitulah keadaannya , jika punya masa mencuri sejenak menilai akan hikmah solat lima waktu sehari semalam. ternyata kita akan insaf dan muhasabah diri akan kelebihan hikmah solat dengan apa yang allah swt jadikan segala mahkluk di atas muka bumi ini, justeru itu tidak wujudlah rasa angkuh dan takabur dalam hati seorang hamba allah yang dijadikan dari setitik air mani yang terlalu hina kejadiannya
    jika tidak mengikut saluran yang ditetapkan oleh agama.

    Oleh Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  2. SIRI 3 BERTAJUK : DENDEM GADIS IBAN OLEH : NURIMANJA SERAWAK

    Dengan tekat yang bulat, bersama rasa cinta yang menebal, Ilam bergerak ke bandar Sarikei, untuk menyusuli Sandin. Dengan bekalan wang yang sadikit, dia menumpang lori yang dipandu oleh Ngambab, sahabat karip Sandin sendiri dari kampung yang sama.

    "Buat masa ini, baik kau tinggal di rumah sewaku dahulu, aku tinggal seorang, hanya di sebuah pondok kecil, aku akan cuba mencari Sandin, aku tahu dia bekerja di bandar ini," Jelas Ngambab kepada Ilam, bila Ilam menceritakan tujuannya datang ke bandar sarikei ini.

    "Kau tahu apa kerjanya ngambab? Dimana dia tinggal?" Ilam rasa tidak sabar untuk mengetahuinya.

    "Tidak pula aku tahu apa kerjanya dan dimana dia tinggal, cuma sekali sekala aku jumpa dia memandu kereta, barangkali
    pekerjaannya lebih baik daripada aku,"

    "Oh, Sandin ! Sampai hati kau melupai aku. Tolonglah aku Ngambab, carikanlah Sandin, aku ingin mrnemuinya," Ilam cuba
    menerangkan harapannya yang tidak berbelah bagi itu

    "Bersabarlah Ilam, aku akan cuba mencarinya," begitu pengakuan Ngambab kepada Ilam .

    Seminggu kemudian, Ilam tidak menduga sama sekali, sewaktu dia berjalan-jalan ke bandar sarikei itu, dia menemui Sandin,tetapi nasibnya malang, Sandin yang ditemuinya itu telah berubah hati.

    "Perempuan gila! Aku tidak pernah mengenalimu!" Begitu kata Sandin, lalu masuk ke dalam kereta dan meninggalkannya.Betapa hancur dan luluhnya hati Ilam, bila orang yang sekian lama dia mencari menghinanya.

    Sejak peristiwa itu berlaku, Ilam tidak lagi mahu bertanya khabar tentang diri Sandin, tidak lagi seperti hari-hari yang lalu,
    bila Ngambab pulang saja dari kerja, nama Sandinlah yang dikemukakannya dahulu kepada Ngambab untuk mendapat khabar
    berita.

    Tetapi hari ini segala-galanya telah berubah, hatinya telah terbakar, dendamnya kian membara, seperti api yang sedang nyala
    menjulang-julang untuk meluahkan kepanasannya. Sehingga kini dia menemui keputusanya sendiri, memelih dendam bersama kehancuran dirinya sendiri.

    Di satu malam yang dicarinya, di waktu hujan turun dengan lebat, ilam memberanikan diri, cuma berkembankan kain sarung, dia memasuki bilik tidur Ngambab. Ilam ingin membalas dendam terhadap Sandin, cuma jalan ini sajalah yang dapat menyakiti hati Sandin, Ngambab yang sedang berbariang meniarap di atas katil itu menjadi cemas dan panit.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. KETETAPAN OLEHMU

    jarang aku terdiam
    merenung irama sunyi dalam
    kusadar nafas ini menciptakan
    rasa dan takdir yang berbeda
    tapi kini semua kukembalikan padaMu
    diantara runtuhan tiada kesan
    tataplah aku dengan cahaya
    agar langkahku kembali tegar
    meniti takdir ketetapan olehMu

    Kevin Khairudin
    sajak ketuahanan

    BalasPadam
  4. GEMURUH ANGIN

    Sebuah senja selepas hujan
    menyeksakan suasana senja yang beku, bisu dan penuh kepedihan..
    menemukan kesadaran duka
    bersambut dengan hujan gemuruh angin

    Pak Ngah But
    sajak sedih

    BalasPadam
  5. KASIH KITA

    tak jua beranjak disaat itu
    hingga hembusan kisah kita berakhir
    maka kini kupinta kepadamu
    wahai cahaya kasihku
    aku cintaimu dengan kesabaranmu
    keikhlasanmu demi meraih kasih kita

    panglima Ketot
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  6. TIDAK ADIL

    sungguh pun dalam hidupku
    adakalanya dikhianati disakiti,
    bahkan oleh orang paling ku sayangi
    kali ini ku rasakan tidak adil
    sebagai bukti ketegaran
    jiwa melawan menolak kepada takdir

    Gelora Maya
    sajak tak kecewa

    BalasPadam
  7. Kevin Khairudin berkata...

    21.KETETAPAN OLEHMU (LSS)

    Aku tidak membisu
    tetapi merenung irama sunyi
    ketika betahajud di hujung malam sepi
    kusadar nafas turun naik ini ada penciptanya
    bukan putaran alam atau takdir yang berbeda
    tapi kini semua keyakinan kukembalikan padaMu
    diantara runtuhan dan runtunan tiada berkesan
    semoga tatapkanlah aku dengan cahaya iman
    agar langkah-lankahku ini kembali tegar
    meniti takdir pada ketetapan olehMu

    Olh: Kevin Khairudin
    sajak ketuahanan/10 Mei 2012 3:28 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Kevin khairudin dengan sajaknya bertajuk: KETETAPAN OLEHMU Tema ketuhanan nampaknya. Pengucapannya terpaksa ada sadikit perbetulan agar lebih menyakinkan.Mesejnya ternyata bagaikan pasrah diri pada takdir atau ketetapan Allah swt yang menciptakan segala petala langit dan bumi dan yang maha agung.. Diberi peluang Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  8. Pak Ngah But berkata...

    22.GEMURUH ANGIN (TBD)

    Sebuah senja selepas hujan
    menyeksakan suasana senja yang beku,
    bisu dan penuh kepedihan..
    menemukan kesadaran duka
    bersambut dengan hujan gemuruh angin

    Oleh: Pak Ngah But
    sajak sedih/10 Mei 2012 3:30 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Pak Ngah But kini dengan sajaknya yang bertajuk: GEMURUH ANGIN L Tema sajak sedih tetapi bersimbolik nampaknya. Pengucapannya pendik dan bersahaja.Mesejnya menyentuh kisah peribadi bersama keadaanyang penuh dengan kemelut kehidupan. Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  9. panglima Ketot berkata...

    23.KASIH KITA (TBD)

    tidak jua beranjak disaat itu
    hingga hembusan kisah kita berakhir
    maka kini kupinta kepadamu
    wahai cahaya kasih jantungku
    aku cintaimu dengan kesabaranmu
    keikhlasanmu demi meraih kasih kita

    Oleh: Panglima Ketot
    sajak jiwa2/10 Mei 2012 3:32 PG


    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Panglima ketot kini dengan sajaknya yang bertajuk: KASIH KITA. Tema sajak jiwa2 nampaknya. Pengucapannya ternyata penuh rasa jiwa2 tetapi bermasalah .Mesejnya menyentuh kisah peribadi bersama kekasih si jantung hati agaknya Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  10. Gelora Maya berkata...

    24.TIDAK ADIL (TBD)-P

    Sungguh pun dalam hidupku
    adakalanya dikhianati dan disakiti,
    bahkan oleh orang paling ku sayangi
    kali ini aku rasakan tidak begitu adil
    sebagai bukti ketegaran dalam berbalahan
    jiwa melawan menolak kepada segala kata takdir
    jika tanpa berusaha berikhtiar berdoa sebelumnya.

    Oleh: Gelora Maya
    sajak tak kecewa/10 Mei 2012 3:35 PG




    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Gelora Maya lama menghilang kini dengan sajaknya bertajuk TIDAK ADIL : Tema sajaknya sedih dan kecewa nampaknya. Pengucapannya bersahaja dan punya arti tersendiri Mesejnya samacam menyentuh soal peribadi mengenangkan keadaan dialaminya semacam tidak adil jika terus menyerah tanpa berusaha dan ikhtiar.. Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)-P

    BalasPadam
  11. PENGKIANATAN

    mati dalam pengkhianatan,
    simbol kasih yang tulus.
    masihkah ada yang berduka
    terkhianati olehmu
    ketika hujan itu masih turun deras
    aku tahu engkau tak ingin
    orang menanggung duka pengkhianatan
    sakit hatiku meradang
    dalam hujan dingin.

    Sohibul Wakdiamin
    sajak kecewa

    BalasPadam
  12. KEFANAAN

    Aku beranjak berjalan …
    menuju hening, sepi dalam senja
    melewati penuh ketegaran.
    Walau dalam remang aku lihat jejak
    ketegaran masih membekas
    angin bergemuruh membawa udara
    walau menelan seribu percikan api
    aku tetap berkata manusia
    tertambat pada kefanaan

    Ustaz Rahman
    sajak simbolik

    BalasPadam
  13. TERBEBAS

    inikah sayap sebaris rasa
    sepi tajam memahat dinding dadaku
    melukis harapan seperti salju
    mulai dibelai matahari
    apakah setiap huruf tercicir memenuhi lantai malam
    bisakah hatiku terbebas dari itu?

    Haji Khali
    sajak simbolik

    BalasPadam
  14. BERSENANDUNG

    biar kuterus menunggu danbersenandung
    agar semua tahu betapa dalamnya
    lautan kerinduan ini kepadamu
    tapi akankah lelahku
    tersandar disini buat selamanya

    Harimau berantai
    sajak sedih

    BalasPadam
  15. Sohibul Wakdiamin berkata...

    25.PENGKIANATAN (TBD)-P

    mati dalam pengkhianatan,
    simbol kasih yang tulus.
    masihkah ada yang berduka
    terkhianati olehmu
    ketika hujan itu masih turun deras
    aku tahu engkau tak ingin
    orang menanggung duka pengkhianatan
    sakit hatiku kian meradang
    dalam hujan dingin dini hari.

    Oleh: Sohibul Wakdiamin
    sajak kecewa/11 Mei 2012 3:09 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Sohibul Wakiamin dengan sajaknya bertajuk PENGKIANATAN: Tema sajaknya sedih dan kecewa nampaknya. Pengucapannya bersahaja dan punya arti tersendiri Mesejnya samacam kecewa mengenangkan peristiwa yang berlaku kepada sesaoang diatas kelicikan sesaorang sehinga sanggup melakukan pegkianatan pada bangsa agama dan ngara. Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)-P

    BalasPadam
  16. Ustaz Rahman berkata...

    26.KEFANAAN (TBD)

    Aku beranjak berjalan …
    menuju hening, sepi dalam senja
    melewati penuh ketegaran.
    Walau dalam remang aku lihat jejak
    ketegaran masih membekas
    angin bergemuruh membawa udara
    walau menelan seribu percikan api
    aku tetap berkata manusia
    tertambat pada kefanaan

    Oleh: Ustaz Rahman
    sajak simbolik/11 Mei 2012 3:12 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Ustaz Rahman kini dengan sajaknya yang bertajuk: KEFANAAN Tema sajak simbolik nampaknya. Pengucapannya pendek dan bersahaja. Mesejnya bagai merenung keadaan (isu semasa) melanda kemelut kehidupan manusia sudah lalai dan leka dengan kefanaan yang ingin berkuasa sanggup melakukan apa sahaja.. Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  17. Haji Khali berkata..

    27.TERBEBAS (LSS)

    Inikah sayap sebaris rasa
    sepi tajam memahat dinding dadaku
    melukis harapan seperti salju
    mulai kurasai dibelai matahari
    apakah setiap huruf tidak tercicir
    memenuhi ruang lantai malam
    bisakah hatiku terbebas dari itu?

    Oleh: Haji Khali
    sajak simbolik/11 Mei 2012 3:15 PG


    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Haji Khali lama menghilang kini kembali dengan sajaknya bertajuk: TERBEBAS Tema simbolik nampaknya. Pengucapannya ada rasa sinis tapi punya arti tersendiri. Mesejnya ternyata bagaikan pasrah pada keadaan (isu semasa) tapi berharap agar usaha itu biarlah ada keikhlasan yang sebenar dari pihak tertentu untuk semua... Diberi peluang Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  18. Harimau berantai berkata...


    26.BERSENANDUNG (TBD)

    biar kuterus menunggu dan bersenandung
    agar semua tahu betapa dalamnya
    lautan kerinduan ini kepadamu
    tapi akankah lelahku
    tersandar disini buat selamanya

    Oleh; Harimau berantai
    sajak sedih/11 Mei 2012 3:18 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Harimau Berantai kini dengan sajaknya yang bertajuk: BERSANANDUNG Tema sajak sedih nampaknya. Pengucapannya pendek dan bersahaja.Mesejnya menyentuh kisah peribadi menghadapi keadaan yang penuh dengan sebuah harapan dalam menhayati kehidupan ini. Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  19. mcm ada 18sx je cerpen ni? hahhha

    BalasPadam
  20. org islam ke dorg smua ni pelik je nama

    BalasPadam
  21. hbis la terhanyut dgn godaan syaitan

    BalasPadam
  22. baik kwin dgn ngambab je snang

    BalasPadam
  23. santin tu mati agaknya

    BalasPadam
  24. cerpen ni kisah benar ke

    BalasPadam
  25. habis la ilam tu dia nak rogol ngambab ke? hahahhahahaha

    BalasPadam
  26. hbis bergelumang dosa la

    BalasPadam
  27. kena serbu dgn jabatan maksiat padan muka! hahaha

    BalasPadam
  28. aik! dia nak tekel ngambab plak ke

    BalasPadam
  29. sandin xda ngambab pun dia balun? dasar pmpuan jalang la ilam ni!

    BalasPadam
  30. hbis rosak2 mereka berdua ni

    BalasPadam