Isnin, 12 Mac 2012

SENTUHAN ANGIN (4)



 Sayembara puisi tempat ke 4

Sentuhan angin yang ramah
deru ombak menghempas tebing
pasir berdesir daun menari
tiba-tiba seekor merpati putih
mengais-ngais pasir sendirian
bersandar di bawah rimbunan daun
hati tertarik awan berlari mengejar
lingkaran pelangi di ruang maya
antara jalur warna maya
tersimpan lembaran kenangan
helaian berguguran berganti gerimis
sebuah aturan roda hidup

 
Oleh: Roy Rashid
sajak simbolik/2 Mac 2012 4:11 PG



30 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI CITRANURI AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Roy Rashid Kali pertama berjaya melangkah ke akhir dengan sajaknya yang bertajuk: SENTUHAN ANGIN Tema sembolik tanpa penerangan. Pengucapannya bersimbolik pada alam punya pengertiannya tersendiri. Maksudnya semacam mencatat kisah peribadi sendiri sebagai manusia dalam hidup ini ada pasang surut nampaknya.. . Layak diberi tempat yang ke empat (4) dalam sayembara puisi Februari 2012 LSS)

    BalasPadam
  2. ERPEN BERTAJUK : MENCARI KETENANGAN OLEH: NURIMANJA BROWN GARDEN. GELUGUR, PULAU PINANG.

    Siri ke 2

    Jalan di sini agak lengang sadikit. Kebimbangan kian bersarang di hatiku, . Aku cuba memberanikan diri dengan pelahan aku memberhentikan enjin keretaku, kemudian menolak pintu kereta, aku turun untuk menghamperinya.

    Aku menapak pelahan-lahan sambil memerhati kiri dan kanan , tidak ada siapa pun disitu. Lalu aku cuba menghampiri lemaga itu biar lebih dekat lagi. Ahh! Alangkah anihnya. Dan terkejutnya aku; Apa yang aku lihat seorang anak gadis, cuma berpakain baju tidur dalam keadaan tidak sedarkan diri.

    DADAKU begitu kencang berdebar. Perasaan cemas dan bimbang datang menyerang dibenak hatiku, dan berbagai andaian yang datang bermain-main di ruang kotak pemikiranku.

    Aku cuba bertenang, namun, peluh kegelisahan memercik keluar. Aku cuba mengumpul tenaga bersama semangat yang menebal, untuk menghadapi segala rentangan yang mendatang .

    Pelahan-lahan aku menghampirinya.

    “Kasihan!” Dia tidak sedar diri, kemana dia hendak pergi?” Satu pertanyaan meloncat keluar dari benak hatiku. Perasaan seram juga mencengkam seluruh tubuhku,aku memberanikan diri, dan cuba membantunya.

    BERSAMBUNG ESOK.

    BalasPadam
  3. KUM 1

    1 Ayu Manja
    2 Pangeran Pertawa
    3 Taib
    4 Haji hamdan

    KUM 2

    1 syah inderapura
    2 haji khali
    3 Zuraifah
    4 Ungku Zubir

    KUM 3

    1 Nurul Syahirah
    2 Satria Juragan
    3 Nur ATikah
    4 tinta bayu

    KUM 4

    1 mentari Senja
    2 Puteri Lilin
    3 Putera Damien
    4 irham kesuma

    BalasPadam
  4. DARAH MENGALIR DISINI

    semua ini bukan kerana
    hujan angin atau kemarau
    Pada peta perjalanan masa
    Saat perjuangkan rakyat jelata
    bukan karena seksa atau tindasan
    kala itu malaikat memjelma
    bagai seorang peminta
    menghujamkan seribu bahasa
    Dimulai saat kata tak lagi mengisyaratkan kata-kata
    Terbuak sudah darah mengalir disini

    Pangeran Pertawa
    sajak pejuangan

    BalasPadam
  5. MENGHELA NAFAS

    Menghela nafas embun
    terasa di kulit tangan..
    Menyelinap butiran harapan
    tetapi pandanganku kini
    hanyalah tertuju pada langit
    keteguhan moral
    seakan dapat di bayar
    Nadi seakan merasuk otakku
    Teduh dalam kiasan..
    Sendu dalam lamunan..
    Embun merasuk hati
    Apakah ada rasa yang tertinggal…

    Ayu Manja
    sajak tentang sesuatu persoalan yang melanda diri sy

    BalasPadam
  6. MENGHANTUI

    masih disana menghantui hidupku
    Menghantui setiap masaku..
    aku berdiam berdiam
    di dalam sisi hidupku yang lain…
    moga selepas ini ada
    khabar yang lebih baik

    haji hamdan
    sajak kegelisahan

    BalasPadam
  7. MENDENGAR

    Hanya ingin mendengar
    Besar sekali rindu mendengar
    Masih adakah sisa bahagia di bumi
    ketika semua sudah pergi
    Jika saja aku diizinkan
    menjadi manusia tidak tahu diri,
    akan kuubah semua isi doaku
    Aku hanya ingin mendengar kembali

    Taib
    sajak sedih

    BalasPadam
  8. 1. Ali Conan-P
    2 Mona-P
    3. Dang Anum-P
    4. Penglipur Lara-P
    5. Maisarah An Nisa-P
    6. 2 Salina-P
    7. Salleh Muhamadon-P
    8. Hafiz Zikrillah-P

    Lapan orang ini juga layak kerana tak ramai dicalunkan semula ke pusingan kedua.

    BalasPadam
  9. 31. Pangeran Pertawa berkata...

    DARAH MENGALIR DI JIWA(LSS)

    Semua ini bukan kerana
    hujan angin atau kemarau
    pada peta perjalanan masa
    saat perjuangkan rakyat jelata
    bukan karena seksa atau tertindas.
    Dikala itu malaikat memjelma
    sebagai seorang peminta
    menghujamkan seribu bahasa
    dengan hujah mengisyaratkan kata
    terbuak sudah darah mengalir dijiwa
    demi menghiupkan suasana di daerah ini …

    Oleh: Pangeran Pertawa
    sajak pejuangan/12 Mac 2012 9:50 PTG

    SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Pangeran Pertawa kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: DARAH MENGALIR DI JIWA Tema perjuangan katanya Pengucapannya ada sadikit pembetulan namun punya erti tersendiri. Maksudnya menyentuh keadaan terkini, biar apa pun yang berlaku, darah semangat juang tetap akan mengalir di jiwa. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

    BalasPadam
  10. 32.Ayu Manja berkata...

    MENGHELA NAFAS (TBD)

    Ketika menghela nafas
    terasa embun di kulit tangan..
    menyelinap butiran harapan
    tetapi pandanganku kini
    hanyalah tertuju pada langit
    dengan keteguhan moral
    seakan dapat di bayar
    nadi seakan merasuk otakku
    teduh dalam kiasan..
    sendu dalam lamunan..
    embun merasuk hati
    apakah ada rasa yang tertinggal…

    Oleh: Ayu Manja
    sajak tentang sesuatu persoalan yang melanda diri sy/12 Mac 2012 9:52 PTG

    SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdri Ayu Manja kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MENGHELA NAFAS .Tema sajak peribadi nampaknya .Pengucapannya bersahaja. Maksudnya: mungkin kemelut yang lenda hidup dini hari. Ada persaingan hebat .Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali (TBD)

    BalasPadam
  11. 34. Haji Hamdan berkata...

    MENGHANTUI (LSS)

    Masih juga aku terasa kini
    ketika hati menghantui hidupku
    malah melanda setiap saat dan masaku..
    aku cuma berdiam dan terus berdiam
    di dalam hati di sisi kehidupanku yang lain…
    aku sering berdoa semoga selepas ini, Tuhan!
    ada khabar yang lebih baik dan mengembirakan…

    Oleh: Haji Hamdan
    sajak kegelisahan/12 Mac 2012 10:03 PTG

    SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra Haji Hamdan kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MENGHANTUI Tema kegelisahan katanya Pengucapannya ada sadikit pembetulan namun punya erti tersendiri. Maksudnya menyentuh tentang keraguan yang menganggu fikiran Hanya pasrah kepada Allah mengharap kebahagian. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

    BalasPadam
  12. 35.Taib berkata...

    MENDENGAR (TBD)

    Hanya ingin mendengar
    Besar sekali rindu mendengar
    Masih adakah sisa bahagia di bumi
    ketika semua sudah pergi
    Jika saja aku diizinkan
    menjadi manusia tidak tahu diri,
    akan kuubah semua isi doaku
    Aku hanya ingin mendengar kembali

    Oleh: Taib
    sajak sedih/12 Mac 2012 10:04 PTG

    SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra Taib kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MENDENGAR. Tema sajak sedih nampaknya .Pengucapannya bersahaja. Maksudnya: mungkin kisah peripadi yang melanda kehidupan dini hari. Ada persaingan hebat .Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali (TBD)

    BalasPadam
  13. PENGHUJUNG AKAL

    Meranaku di penghujung akal
    Lemah tak diasah seketika
    hilang tak berbisik
    Sunyi ini menyenandungkan perih
    hati terlupa hidup tanpa peranan
    tak terurus jiwa merindu
    akan warna langit
    Gemerisik membangunkan benak
    Sebuah peranan jiwa kembali
    bangkit dibalik rasa bergejolak
    Sekali lagi berdiri teguh
    tapi tak dapat lenyap dilenyapkan

    Ungku ZUbir
    sajak peribadi

    BalasPadam
  14. MEMBUAT CERITA

    berhentilah membuat cerita..
    tak ada keraguan kebimbangan
    tak peduli karena itu
    yang terbaik untuk semua..
    layaknya sebuah malam..
    bintang nun indah gemerlapan,
    aku hanya bisa melihat
    gumpalan awan mendung samar…

    Syah Inderapura
    sajak sinis

    BalasPadam
  15. BUANG WAKTU

    Jangan buang waktu
    mengetuk pintu kamarku.
    Hari ini aku enggan keluar
    meski udara pagi segar.
    Entahlah mungkin moodku berubah
    resah melangkah sengaja
    kubiarkan telefonku mati,
    setidaknya untuk hari minggu ini.
    Aku baik saja. Hanya lelah di hati
    Aku perlu sendiri di kampung ini

    Zuraifah
    sajak masalah rumah tangga

    BalasPadam
  16. BEBAN

    Kelelahan kelusuhan diri ini
    Karena beban yang menumpuk diatas
    Semakin mendidihkan kepala
    Namun selalu pudar tanpa sisa
    Menenangkan jiwa yang kadang resah
    Secangkir kopi panas
    ku hirup diberanda rumah
    menghilangkan kepenatan jiwa
    berfikirku sejenak kerena
    hidup yang selalu berubah

    haji khali
    sajak ketika pulang dari mangajar di farhu ain

    BalasPadam
  17. 37.Ungku Zubir berkata...

    PENGHUJUNG AKAL

    Meranaku di penghujung akal
    Lemah tak diasah seketika
    hilang tak berbisik
    Sunyi ini menyenandungkan perih
    hati terlupa hidup tanpa peranan
    tak terurus jiwa merindu
    akan warna langit
    Gemerisik membangunkan benak
    Sebuah peranan jiwa kembali
    bangkit dibalik rasa bergejolak
    Sekali lagi berdiri teguh
    tapi tak dapat lenyap dilenyapkan

    Oleh: Ungku Zubir
    sajak peribadi/14 Mac 2012 1:37 PG
    SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    SdraTengku Zubir kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk :PENGHUJUNG AKAL. Tema soal peribadi nampaknya .Pengucapannya bersahaja. Maksudnya: mungkin kisah peripadi yang melanda kehidupan dini hari. Ada persaingan hebat Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali (TBD)

    BalasPadam
  18. 38. Syah Inderapura berkata...

    MEMBUAT CERITA (LSS)

    Berhentilah membuat cerita..
    tak ada keraguan kebimbangan
    tak peduli karena itu
    yang terbaik untuk semua..
    layaknya sebuah malam..
    bintang nun indah gemerlapan,
    aku hanya bisa melihat
    gumpalan awan mendung samar…

    Oleh: Syah Inderapura
    sajak sinis/simbolik 14 Mac 2012 1:38 PG

    SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra Syah Inderapura kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MENBUAT CERITA Tema sinis bersimbolik nampaknya Pengucapannya bersahaja dan punya erti tersendiri. Maksudnya menyentuh tentang cerita rekaan yang meragukan fikiran boleh menjadikan samar harapan.. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

    BalasPadam
  19. 39.Zuraifah berkata...

    BUANG WAKTU (TBD)

    Jangan buang waktu
    mengetuk pintu kamarku.
    Hari ini aku enggan keluar
    meski udara pagi segar.
    Entahlah mungkin moodku berubah
    resah melangkah sengaja
    kubiarkan telefonku mati,
    setidaknya untuk hari minggu ini.
    Aku baik saja.
    Hanya lelah di hati
    Aku perlu sendiri di kampung ini

    Oleh: Zuraifah
    sajak masalah rumah tangga/14 Mac 2012 1:41 PG

    SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdri/Pn. Zuraifah kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: BUANG WAKTU. Tema masalah peribadi nampaknya .Pengucapannya bersahaja. Maksudnya: mungkin kisah rumah tangga yang melanda kehidupan perlu ada penyelesaian yang teliti. Ada persaingan hebat Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali (TBD)

    BalasPadam
  20. 40. haji khali berkata...

    BEBAN (LSS)

    Keletihan dan kelesuan diri ini
    karena sering nenanggung beban
    semakin berat menindihkan kepala
    namun akhirnya selalu pudar tanpa sisa
    untuk menenangkan jiwa yang resah
    aku hirup secangkir kopi panas
    bersandar di kerusi beranda rumahku
    bagi menghilangkan kepenatan jiwa
    bila fikiranku sejenak berkecamuk
    kerena hidup yang selalu berubah-ubah.


    Oleh: Haji Khali
    sajak ketika pulang dari mangajar di farhu ain/14 Mac 2012 1:43 PG

    SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra Haji Khali kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: BEBAN Tema kegelisahan nampaknya Pengucapannya ada sadikit pembetulan namun punya erti tersendiri. Maksudnya letih beban yang ditanggung menganggu fikiran Hanya pasrahkepadaNYa dengan dunia yang sering berubah-ubah.. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

    BalasPadam
  21. huh! pmpuan x pakai baju tidur???

    BalasPadam
  22. klu aku angkat bawak balik je gadis tu hahaha

    BalasPadam
  23. org gila ke pmpuan tu?

    BalasPadam
  24. tengah2 hutan ada pmpuan ke? sah bunian ni

    BalasPadam
  25. jelmaan pontianak apa pmpuan tu

    BalasPadam
  26. perempuan tu msti ada org nak rogol dia ni

    BalasPadam
  27. eh! en nuri tumpang ke pmpuan tu?

    BalasPadam
  28. hrp2 la en nuri x tumpangkan pmpuan tu nnt org kmpung pikir lain plak

    BalasPadam
  29. pmpuan tu mcm sakit jiwa je

    BalasPadam
  30. pmpuan tu mangsa culik ke

    BalasPadam