Rabu, 14 Mac 2012

JANJI AKAN KEMBALI (5)




 sayembara tempat ke lima.

Dedaunan hijau melambai tiup angin
berbagai ragam jenis pohon jadi tayangan
memberi isyarat sesuatu untuk matahari
angin dari asap yang menggebur
Pasti akan runtuh bersama hijau daun
sesaat terdengar suara-suara yang  berbisik
mereka bawa khabar hingga mati
meski nyata ia telah jauh pergi
tapi aku berjanji akan kembali

Oleh: Haji Abkam
sajak simbolik/2 Mac 2012 4:19 PG



30 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI CITRANURI AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Haji Abkam pertama kali berjaya melangkah ke akhir dengan sajaknya yang bertajuk: JANJI AKAN KEMBALI Tema sembolik nampaknya .. Pengucapannya bersimbolik pada alam punya pengertiannya tersendiri. Maksudnya ternyata tegas bagaikan memberi amaran dalam percaturan hidup ini asas perjuangan parti mestilah betul dan leluhur, jika tidak ramai akan meninggalkannya. Layak diberi tempat yang ke lima (5) dalam sayembara puisi Februari 2012 (LSS)

    BalasPadam
  2. CERPEN BERTAJUK : MENCARI KETENANGAN OLEH: NURIMANJA BROWN GARDEN. GELUGUR, PULAU PINANG.

    Siri ke 3

    Dengan rasa belas kasihan dan bersimpati, aku mengangkatnya dan cuba meletakkannya ke dalam keretaku di tempat duduk belakang. Terkial-kial aku mengangkatnya seorang diri,tidklah tertalu berat, tetapi lembek bagai batang pisang dilindis lori. Aku menghidupkan kereta dan memecut pergi.

    Setibanya di depan pagar rumahku: Hatiku mulai cemas dan bimbang terhadap tuduhan mak nanti. Tapi , aku cuba memujuk hati menghapuskan kebimbangang itu, jika ternyata aku berada dipihak yang benar.

    Mak pun keluar membuka pagar, bila kereta masuk, injin kereta aku matikan, pelahan-lahan aku turun dan pergi ke pintu belakang kemudian membukannya dan mengangkat anak gadis yang berpakaian baju tidur itu masuk ke dalam rumahku.

    Tiba –tiba mak menyergahku :

    “Ehh, Jalil! Apa nak jadi dengan kau ini? Orang pergi solat berjumaah dekat masjid itu, hendak cari pahala yang berganda, tetapi engkau pergi solat, bawa balik apa ini ? Kenapa dengan budak permpuan ini?”,Gerutu mak padaku.

    “Suipp!” Aku meletakan hujung jari tanganku ke bibir, minta agar mak bercakap pelahan sadikit, aku amat khuatir jika jiran-jiranku terdengar dan melihat nanti. Dan lebih membimbangkan lagi kalau-kalau anak gadis itu pula tersedar.

    Anak gadis itu aku letak di ruang tamu di atas sofa panjang tempat aku selalu relax menonton tv. Aku meminta Mak memabawa air semangkok , kemudian meminta Mak untuk menyapu air dan membersih badannya, sementara aku pergi ke ruang dapur, mencari air minuman untuk mengilangkan dahaga .

    Seketika kemudian Mak keluar dan menemui aku di ruang dapur, “Aku lihat budak Itu tidak ada kecedraan, cuma dia dalam keadaan letih mungkin, tidak makan agaknya,” kata mak padaku. Aku menceritakan apa yang telah berlaku, sehingga aku bawa anak gadis itu pulang ke rumah. Mak aku lihat sesekali semacam cemas dan takut. Tetapi dia tetap membantuku.

    BERSAMBUNG ESOK. Siri ke 4

    BalasPadam
  3. MIMPI SIANG HARI

    Dari hati yang berbekal kecekalan
    Pagi itu hanya aku yang tahu..
    Bunga mekar menakjubkan…
    Angin riang menyanyikan..
    Embun datang menyerukan
    Kar’na aku masih ada di suatu pagi
    masih bisa bermimpi di siang hari

    Nur Atikah
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. API HATIKU

    Jika sekiranya aku bukan lagi
    dari taman khyalan itu….
    Ibarat bunga yang telah diluruh kemudian dicampakkan!
    Aku masih tetap akan menerima
    Namun aku tetap setia
    kerana engkau telah ditakdir
    menjadi jiwa dari api hatiku

    Satria JUragan
    sajak sedih

    BalasPadam
  5. PERANTARAAN DI REMBULAN

    sekiranya langit malam itu
    Ibarat bintang yang tidak mampu
    berkerlip karena tiada kuasa
    Aku tidak akan peduli kerana aku
    kini di tampat mentari
    Yang senantiasa menyinari alam dahulu ku terlewat
    di antara perantaraan rembulan

    Tinta Bayu
    sajak keinsafan sbb dlu sy dipihak yg salah

    BalasPadam
  6. SERBUK AJAIB

    kita adalah dua kutub yang berbeza,
    tarik menarik karena kasih
    menjadi seperti serbuk ajaib
    yang terbang di udara,
    kata orang hingga badai datang,
    takkan ada kebencian yang menjadi
    pemisah yang nyata kerana
    serbuk ajaib sentiasa di hatiku

    Nurul Syahirah
    sajak fantasi

    BalasPadam
  7. 41. Nur Atikah berkata...

    MIMPI SIANG HARI (TBD)

    Dari hati yang berbekal kecekalan
    Pagi itu hanya aku yang tahu..
    Bunga mekar menakjubkan…
    Angin riang menyanyikan..
    Embun datang menyerukan
    Kar’na aku masih ada di suatu pagi
    masih bisa bermimpi di siang hari


    Oleh: Nur Atikah
    sajak simbolik/15 Mac 2012 1:00 PG

    SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdri/Pn. Nur Atikah kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MIMPI SIANG HARI . Tema simbolik peribadi nampaknya .Pengucapannya bersahaja. Maksudnya: mungkin kisah rumah tangga yang melanda kehidupan perlu ada penyelesaian yang teliti. Kerana ada persaingan hebat Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti, usaha lagi lain kali (TBD)

    BalasPadam
  8. 42.Satria Juragan berkata...

    API HATIKU (LSS)

    Jika sekiranya aku bukan lagi
    dari taman khyalan itu….
    Ibarat bunga yang telah luruh
    kemudian dicampakkan!
    Aku masih tetap akan menerima
    Namun aku tetap setia
    kerana engkau telah ditakdir
    menjadi jiwa dari api hatiku


    Oleh: Satria Juragan
    sajak sedih/15 Mac 2012 1:07 PG

    SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra Satria Juragan kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: API HATIKU Tema sedih ada jiwa2 nampaknya. Pengucapannya bersimbolik danbersahaja. Maksudnya menyentuh soal hati orang muda apa pun pasrah kepadaNya... Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

    BalasPadam
  9. 43.Tinta Bayu berkata...

    PERANTARAAN DI REMBULAN (LSS)

    sekiranya langit malam itu
    Ibarat bintang yang tidak mampu
    berkerlip karena tiada kuasa
    Aku tidak akan peduli kerana aku
    kini di tampat mentari
    Yang senantiasa menyinari alam dahulu ku terlewat
    di antara perantaraan rembulan


    Oleh: Tinta Bayu
    sajak keinsafan sbb dlu sy dipihak yg salah/15 Mac 2012 1:10 PG

    SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra Tinta Bayu kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: PRANTARAAN DI REMBULAN Tema keinsafan nampaknya Pengucapannya amat berahaja namun punya erti tersendiri. Maksudnya segala kecelaruan mindanya selama ini telah pulih kembali demi menentukan masa depan bangsa dan negara tercinta... Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

    BalasPadam
  10. 44. Nurul Syahirah berkata...

    SERBUK AJAIB (TBD)

    kita adalah dua kutub yang berbeza,
    tarik menarik karena kasih
    menjadi seperti serbuk ajaib
    yang terbang di udara,
    kata orang hingga badai datang,
    takkan ada kebencian yang menjadi
    pemisah yang nyata kerana
    serbuk ajaib sentiasa di hatiku

    Oleh: Nurul Syahirah
    sajak fantasi/15 Mac 2012 1:12 PG

    SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdri. Nurul Syahirah kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: SRBUK AJAIB . Tema berfantasi nampaknya .Pengucapannya bersahaja. Namun sadikit meragukan. Maksudnya: mungkin kisah orang muda punya biasa dalam kehidupan sering diamuk kegelisahan rasa ingin cinta mencintai. . Kerana ada persaingan hebat Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti, usaha lagi lain kali (TBD)

    BalasPadam
  11. MENGAMBIL LANGKAH

    aku harus mengambil langkah..
    tak lagi memandang masa lalu,
    walau terkadang meronta ditelinga
    enggan aku memecahkan langit
    untuk menangis malam ini..
    kerna aku berada dalam pijakan kaki
    karena aku salah memilih..
    menyesal membuat cerita hitam
    tak lagi aku menulisnya..
    hanya membuat tangis dan trauma

    Mentari Senja
    sajak ketika di PKR dahulu sbb tu setahun sy x msuk blog ni sbb sy dlu ahli pemuda PKR lps sy keluar baru sy msuk blog ni semula hrp qalam terima sy

    BalasPadam
  12. USIA DEWASA

    Di Usia yang Sudah dewasa
    Berikan aku kata senja malam
    akan ku jadikan ia puisi
    aku mimpi hujan badai
    ku lihat di langir ada
    bintang matahari bulan serta awan
    resah aku bersama angin,api,air,
    senyum aku jangan tunda lagi
    karena sekarang sedang parah

    Putera damien
    sajak simbolik

    BalasPadam
  13. TITIS AIR

    Titis air beterusan berhembus
    Saat kulewati detak ia meninggalkan
    Di pinggir ia bersinar.
    Semua berpacu beradu.
    Mengejar waktu tak pernah berhenti.
    Di temaram senja telah kulukiskan.
    Sebuah getar yang berwana jingga.
    Di saat putaran roda menjelang tiba

    Irham Kesuma
    sajak simbolik tentang kehidupan manusia

    BalasPadam
  14. MENJAUH

    kepada hatimu aku tinggalkan
    tak semestinya terlalu cepat pergi
    menikam diri lalu menjerit membisu
    menjaga kata setia atas pengharapan
    dulu pernah kita janjikan
    tanpa harapan mengecup luka dihati
    singgah tenggelam dalam pedih
    menyapa titik akhir yang terkenang
    mungkin kini aku belajar menjauh

    Puteri Lilin
    sajak terkenang ketika remaja dahulu

    BalasPadam
  15. 45.Mentari Senja berkata...

    MENGAMBIL LANGKAH(LSS)

    Aku harus mengambil langkah..
    tak lagi memandang masa lalu,
    walau terkadang meronta ditelinga
    enggan aku memecahkan langit
    untuk menangis malam ini..
    kerna aku berada dalam pijakan kaki
    karena aku salah memilih..
    menyesal membuat cerita hitam
    tak lagi aku menulisnya..
    hanya membuat tangis dan trauma

    Oleh: Mentari Senja
    sajak ketika di PKR dahulu sbb tu setahun sy x msuk blog ni sbb sy dlu ahli pemuda PKR lps sy keluar baru sy msuk blog ni semula hrp qalam terima sy/16 Mac 2012 12:18 PG

    SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra Mentari Senja kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MENGAMBIL LANGKAH Tema kesedaran nampaknya Pengucapannya ternyata benar.. Maksudnya bagai mahu melepaskan segala kekeliruan mindanya selama ini dengan isu semasa yang sering mumutar belitkan keadaan. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya (LSS).

    BalasPadam
  16. 46. Putera damien berkata...

    USIA MELEWATI DEWASA (LSS)

    Di usia yang sudah dewasa
    berikan aku kata senja malam
    akan aku jadikan ia puisi
    mencatat mimpi hujan badai
    ku lihat di dada langit ada
    bintang matahari bulan serta awan
    resah aku bersama angin,api,air,
    senyum mereka bagai dipaksa
    karena sekarang sedang parah….

    Oleh: Putera damien
    sajak simbolik/16 Mac 2012 12:22 PG

    SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra Putera Damien kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: TIKA USIA MELEWATI DEWASA Tema sembolik kegelisahan nampaknya Pengucapannya ada sadikit pembetulan namun punya erti tersendiri. Maksudnya menyentuh isu semasa (PTA) yang begitu resah bila difikirkan. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

    BalasPadam
  17. 47. Irham Kesuma berkata...

    TITIS AIR (TBD)-P

    Titis air beterusan berhembus
    Saat kulewati detak ia meninggalkan
    Di pinggir ia bersinar.
    Semua berpacu beradu.
    Mengejar waktu tak pernah berhenti.
    Di temaram senja telah kulukiskan.
    Sebuah getar yang berwana jingga.
    Di saat putaran roda menjelang tiba

    Oleh: Irham Kesuma
    sajak simbolik tentang kehidupan manusia/16 Mac 2012 12:24 PG

    SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Irham Kesuma kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk :TITIS AIR. Tema cuma simbolik kehiupan nampaknya .Pengucapannya menarik dan punya arti. Maksudnya: Sekadar mengambarkan sembolik alam dengan kehidupan manusia dini hari,.kerana ada tema persaingan yang hebat Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali (TBD)

    BalasPadam
  18. 48. Puteri Lilin berkata...

    MENJAUH (TBD)

    kepada hatimu aku tinggalkan
    tak semestinya terlalu cepat pergi
    menikam diri lalu menjerit membisu
    menjaga kata setia atas pengharapan
    dulu pernah kita janjikan
    tanpa harapan mengecup luka dihati
    singgah tenggelam dalam pedih
    menyapa titik akhir yang terkenang
    mungkin kini aku belajar menjauh

    Oleh: Puteri Lilin
    sajak terkenang ketika remaja dahulu/16 Mac 2012 12:27 PG

    SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdri/Pn. Puteri Lilin kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MENJAUH. Tema terkenang nampaknya .Pengucapannya biasa dan bersahaja. Maksudnya: menyentuh kisah peribadi sewaktu muda dan jiwa2 dahulu agaknya Kerana ada persaingan hebat Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti, usaha lagi lain kali (TBD)

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  20. dia bawak pmpuan plak!!!

    BalasPadam
  21. berani dia bawak pmpuan malama2

    BalasPadam
  22. org kmpung thu hbis la

    BalasPadam
  23. pmpuan tu anak sapa plak tgh2 malam tgh2 jalan?

    BalasPadam
  24. kalau org jahat la ambik pmpuan tu hbis la kena rogol

    BalasPadam
  25. eh! pmpuan tu nama apa

    BalasPadam
  26. pmpuan tu tua ke muda?

    BalasPadam
  27. cerpen psl en nuri ke rekaan je ni

    BalasPadam
  28. bila dh siang ada org nmpk msti kena tuduh bukan2 la

    BalasPadam
  29. klu pmpuan tu mngandung hbis la

    BalasPadam
  30. pmpuan tu msti bohsia ni

    BalasPadam