Jumaat, 30 Mac 2012

SELEMBUT AIR BISA JADI SEGANAS TSUNAMI








Lihatlah amaran Allah AWT
Bila gunung ganang menjadi pasak bumi runtuh
Segala yang gagah dan kukuh akan hancur
Lantas menjadi demu halus berterbangan
Bumi juga menjadi rata dan mendatar
Itulah petanda bahawa Allah maha berkuasa.


Bila gunung berapi meletup
Keadaan di dasar laut akan bertukar
Ombak menjadi lautan api ganas
Lalu menyerang pantai sebagai Tsunami
Waktu itu manusia sudah terlewat untuk sujud
Kepada Allah yang maha berkuasa.


Dikala itu manusia tidak kenal lagi
Diantara satu sama lain dan saudara mara
Cuma sedaya upaya berusaha menyelamatkan diri
Bagaikan orang dirasuk gila
Masa itu segalanya tidak berarti lagi
Itulah kekuasaan Allah yang dahsat dan ngeri. 


Oleh: Nurimanja,
Catatan tanggal 11/03/2012
Ketika di Bandar baharu Perda . Pulau Pinang.



30 ulasan:

  1. Ulasan:

    Biasa kita dengar api bila kecil menjadi kawan, setelah besar ianya menjadi lawan. tetapi air jarang orang pekatakan, selalunya untuk
    kita minum dan masak makanan , membasuh dan sebagainya, tiada air kita jadi susah, tak ada api tak mngapa lagi.

    Tetapi orang lupa air yang lembut itu bila jadi besar , ia juga boleh menganas seperti banjir dan Tsunami.... Renunilah kejadian tuhan yang maha kuasa.

    Qalam Mutiara

    BalasPadam
  2. Wajib tolak pemimpin biseksual

    Oleh AZRAN FITRI RAHIM
    azran.rahim@utusan.com.my

    KOTA BHARU 29 Mac - Dua tokoh ulama di negeri ini menyeru umat Islam supaya menolak pemimpin yang mengamalkan biseksual kerana amalan tersebut dilaknat oleh Allah.
    Malah kedua-dua mereka berpendapat wajib umat Islam berbuat demikian bagi mengelakkan negara ditimpa 'malapetaka' yang besar pada masa depan.
    Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah berkata, individu yang mengamalkan biseksual adalah golongan fasik yang tidak boleh diterima sama sekali sebagai pemimpin dan wajib ditentang.
    Beliau berkata, golongan itu juga akan merosakkan agama kerana mereka lebih mementingkan hawa nafsu dan terikut-ikut dengan budaya barat.
    "Dari segi agama Islam, biseksual adalah kelakuan yang dilaknat oleh Allah, mereka ini adalah golongan fasik dan wajib kita tentang habis-habisan.
    ...

    Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

    BalasPadam
  3. CERPEN BERSIRI BERTAJUK MENCARI KETENANGAN OLEH NURIMANJA.

    SIRI ke 8 (AKHIR)



    Aku lihat dia, seperti sedang memikirkan sesuatu. Entah apakah kenangan yang sedang bermain difikirannya, sesekali dia senum, sesekali dia menangis menitiskan air matanya. Aku pun menjadi hairan.

    “Tolonglah! Benarkan saya tinggal di sini , saya ingin mencari ketenangan, bimbingilah saya ke jalan yang benar, selama ini saya telah banyak berdosa kepada Tuhan” Dia menangis lagi, aku semankin bertambah terharu dibuatnya.

    Tiba-tiba mak tercegat di belakangku,di tangannya menatang se gelas air sambil dia
    menghulurkan gelas itu kepada Puteri Syahadah “Minum air penawar ini nak!” Kata mak , aku lihat Mak begitu bersimpati dengan anak gadis itu.

    Aku berkira-kira dalam hati, Ada rupa juga anak gadis ini, bertuah jika sesiapa dapat menjadikannya isteri atau pun teman hidup.Walau pun aku belum lagi mengenali siapa mama dan papanya dengan lebih dekat, tetapi aku yakin dia . mungkin anak tunggal.

    Setelah meminumnya , Puteri Syahadah tiba-tiba bangun memeluk Mak dengan erat sekali. Aku betambah terharu, “Sebenarnya Mak telah mendengar semua perbualan kau orang berdua tadi, “kata Mak tenang.

    “Makcik, benarkanlah saya tinggal di sini buat sementara waktu, mama dan papa saya telah keluar negara, saya tidak mahu tinggal di rumah mak saudara yang bukan beragama Islam,


    walaupun mereka sepupu mama berketurunan Siam, papa berketerunan serani, Mereka memeluk Islam , tetapi mereka tidak mengamalkan seperti apa yang diharapkan,” katanya sambil menangis pilu.

    “Jangan bersedih nak, makcik telah beri anak minum air zam-zam dan penawar selawat nabi, semoga Allah buka pintu hati anak, dengan memberi taufik an hidayah kepada anak, agar mendapat ketenangan nanti, Insyaallah,” kata Mak tenang saja.

    “Saya ingin belajar dengan makcik tentang agama Islam, ajarlah saya makcik, sembahyang dan baca quran, saya ingin mencari ketenangan makcik,” kata Puteri beria-ia bunyinya.

    “Esok, kau bawalah dia pulang ke rumahnya, dan ceritakan apa yang telah berlaku kepada mak saudaranya, jika mereka membenarkan anak saudaranya belajar di rumah kita, Mak sedia memberi bimbingan kepadanya,” kata Mak dengan rela hati.

    Aku melihat Puteri Syahadah begitu sedih sekali. Air matanya begitu banyak mengalir, sedu sedannya tidak juga berhenti, seperti ada sesuatu penyesalan yang terpendam dalam hidupnya selama ini.

    Namun aku tetap yakin: Kewibawaan Mak sebagai bekas seorang guru agama akan dapat membimbing Puteri Syahadah ke jalan yang direhai Allah. Aku juga berdoa kepada Allah: Semoga anak gadis ini segera menemuit ketenangan daripadaNya. Amin!

    S E L E S A I.

    BalasPadam
  4. BULAN 4

    KUM 1

    1 Mozaire
    2 Nasruq Haq
    3 Ustaz Sahzan
    4 Megat Iskandar

    KUM 2

    1 Dam Catur
    2 Hadi Hamzah
    3 Nuri Jaguh
    4 Malik Wariya

    KUM 3

    1 Lukiee
    2 SUlaiman EMbong
    3 Pak Bostamam
    4 Asyar Mujid

    KUM 4

    1 Raju Linggam
    2 Ambuyak
    3 EN Sanusi
    4 Syed Faizal

    KUM 5

    1 Sarah
    2 Mawar Harum
    3 Nur ATikah
    4 MOna

    KUM 6

    1 Sharifah AL habsi
    2 Ummu AKilah
    3 Nur Lisa
    4 Puteri Lilin

    KUM 7

    1 Ungku ZUbir
    2 ustaz Majusi
    3 Pendekar Waja
    4 Saizul Maizav

    KUM 8

    1 Jalil Janggut
    2 Ustaz Saad
    3 Qalam Musoffa
    4 Lagenda Pulau

    KUM 9

    1 Nabil QUldi
    2 Saudagar Emas
    3 Tinta Bayu
    4 Jupri Helmi

    KUM 10

    1 Pak Hussin
    2 Pak Ngah BUt
    3 Tuan Haji
    4 Guest

    KUM 11

    1 Mei Ling
    2 Maisarah An Nisa
    3 Shuhadah
    4 Balqish

    KUM 12

    1 Saidatul Husna
    2 Dang ANum
    3 Nurul Husna
    4 TUna Tatiati

    KUM 13

    1 Puan Rosnah
    2 Hajjah Jamilah
    3 Mak Mah
    4 MEk Jah

    KUM 14

    1 Hamba Allah
    2 Capricorn
    3 Badrolshah
    4 Atan Yahoo

    KUM 15

    1 Sufian AL Zahri
    2 Hambali Maliki
    3 Paloi Atang
    4 Bulan Terang

    KUM 16

    1 Kembara Budiman
    2 Petualang Tiga
    3 Putera Damien
    4 Ustaz Zamree

    BalasPadam
  5. SALAM PERCAKAPAN SENYAP

    ingin rebah menghirup segar udara
    mencuri debar ketenangan yang rapi
    ada senyum samar mekar
    ketika kelopak rembulan ranum ketika putik bintang jatuh
    sehingga aroma yang sunyi
    selagi purnama belum bertakhta
    gugusan bintang belum disambut
    salam percakapan di dalam senyap

    Nasruq Haqq
    sajak sinis

    BalasPadam
  6. MENYEBUT NAMAKU

    ada suara yang menyebut namaku kini
    sepanjang malam tanpa henti
    disaat itulah aku tersedar
    semua ruang beku disini
    aku coba mengeja
    setiap bait perjalanan
    suara riang sumbang datang
    tiba-tiba mengejang kucoba menenang
    tibalah aku memandang kunang-kunang
    mimpi diceritakan wujudnya sekarang

    LUkiee
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. SEMPURNA KESEDIHANKU

    Hari-hariku sepi aku rindumu
    apakah kamu tahu itu
    Malam yang sunyi memeluk jiwaku
    gundah karena memberontak
    akhirnya sia-sia kucari hatimu.
    Ingin kuingat lagi wajahmu
    tapi kini menghilang.
    Sempurnalah kesedihanku.

    Mozaire
    sajak sedih

    BalasPadam
  8. DRAMA CINTA

    cinta itu teman
    tak ada topeng atau pura-pura
    semuanya nyata bukan karna
    takut kehilangan dan sendirian
    tapi adanya cinta itu nyata
    pahit dibilang tidak dibilang manis
    walau sesekali ditambahi gurauan
    dalam tawa ada air mata
    saling melengkapi bukan karena sama
    kadang jalan berjauhan
    tapi tetap saling menjaga
    karna cinta adalah realiti
    bukan drama di TV

    Guest
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  9. 1. Nasruq Haqq berkata...

    SALAM PERCAKAPAN SENYAP (LSS)

    ingin rebah menghirup segar udara
    mencuri debar ketenangan yang rapi
    ada senyum samar mekar
    ketika kelopak rembulan ranum
    ketika putik bintang jatuh
    sehingga aroma yang sunyi
    selagi purnama belum bertakhta
    gugusan bintang belum disambut
    salam percakapan di dalam senyap

    Oleh: Nasruq Haqq
    sajak sinis/simbolik 28 Mac 2012 3:51 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Nasruq Haqq dengan sajak bertajuk: SALAM PERCAKAPAN SENYAP. Tema sinis politik Pengucapannya bersimbolik nampaknya. Mesejnya samacam menyentuh isu semasa (PTA) mungkin ada pergerakan senyap yang berlaku pada PRU12 dulu yang penuh dengan janji kosong ingin berulang lagi, jika menang ramai orang Islam yang tersasar Aqidah. Jika kalah teruk mungkin rakyat telah menolaknya. Tunggu sahaja PRU13 nanti . Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  10. Lukiee berkata...

    2.MENYEBUT NAMAKU(LSS)

    ada suara yang menyebut namaku kini
    sepanjang malam tanpa henti
    disaat itulah aku tersedar
    semua ruang beku disini
    aku coba mengeja
    setiap bait perjalanan
    suara riang sumbang datang
    tiba-tiba mengejang kucoba menenang
    tibalah aku memandang kunang-kunang
    mimpi diceritakan wujudnya sekarang

    Oleh: Lukiee
    sajak simbolik/4 April 2012 9:01 PTG

    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Lukiee dengan sajaknya bertajuk: NENYEBUT NAMAMU Tema sajak bersimbolik ketuanan rasanya. Pengucapannya juga bersimbolik tapi perlu diperbaiki lagi agar lebih menyakinkan. Mesejnya kurang jelas munkin menyentuh soal peribadi tentang mencari kebenaran dalam kehidupan beragama agaknya. Semoga Allah Swt member taufik dan hidayah kepadanya. Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  11. Mozaire berkata...

    3.SEMPURNA KESEDIHANKU (TBD)

    Hari-hariku sepi aku rindumu
    apakah kamu tahu itu
    Malam yang sunyi memeluk jiwaku
    gundah karena memberontak
    akhirnya sia-sia kucari hatimu.
    Ingin kuingat lagi wajahmu
    tapi kini menghilang.
    Sempurnalah kesedihanku.

    Oleh: Mozaire
    sajak sedih/4 April 2012 9:05 PTG

    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Mozaire dengan sajaknya yang bertajuk: SEMPURNA KESEDIHANKU Tema sajak berkesedihan rasanya. Pengucapannya bersahaja. Mesejnya jiwa2 kisah peribadi tentang mencari sekeping hati yang telah hilang menjadikan hatinya bersedih dan tidak sempurna lagi penuh keharuan nampaknya. Maaf terpaksa brhenti di sini . berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  12. Guest berkata...
    4.DRAMA CINTA (TBD)

    cinta itu teman
    tak ada topeng atau pura-pura
    semuanya nyata bukan karna
    takut kehilangan dan sendirian
    tapi adanya cinta itu nyata
    pahit dibilang tidak dibilang manis
    walau sesekali ditambahi gurauan
    dalam tawa ada air mata
    saling melengkapi bukan karena sama
    kadang jalan berjauhan
    tapi tetap saling menjaga
    karna cinta adalah realiti
    bukan drama di TV

    Oleh: Guest
    sajak jiwa2/ 4 April 2012 9:05 PTG
    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Guest dengan sajaknya yang bertajuk: DRAMA CINTA Tema sajak menyentuh jiwa2 rasanya. Pengucapannya bersahaja. Mesejnya kisah jiwa2 tentang orang muda punya biasa bila hatinya sedang dilamun cinta ternyata pula cintanya pula berbalas pasti semuanya indah sahaja baginya. Maaf terpaksa berhenti di sini . berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  13. MALAM TIDURKU

    Malam tadi kau ganggu aku
    Dengan hadir dalam mimpi
    Bagaimana bisa melupakanmu
    Lama sudah berlalu masa
    Namun kini kau hadir dalam tidur
    Mengingat senyummu merindu wajahmu
    Aku hanya indah sisi lain

    JUpri Helmi
    sajak terkenang

    BalasPadam
  14. TERPANAH

    aku terpanah merana
    terbujur tubuh ini dalam raga
    sisa tanpa sayap melekat
    aku seharusnya melepaskan
    sebelum nyawaku habis
    kurang udara akan bertahan
    duduk di pinggiran sambil mendengar
    cerita namun payah untuk
    dapat bertahan lebih lama
    tidak ada airmata sesal

    Hadi Hamzah
    sajak simbolik

    BalasPadam
  15. ANGIN MARAH

    Angin marah menyerang bumi.
    dua ekor singa muncul manghancurkan
    Berkali aku mencari manakah ia
    Apakah tuhan adalah seniman ajaib
    hanya peduli dengan hal besar
    Seribu jari menudingku
    tapi aku Takkan kembali.
    Saat amarah bangkit memberi harapan
    sebagai laut yang beku
    Terkaca kesunyian berdarah
    terluka karena masa laluku

    Raju Linggam
    buat sajak sy tp sy pnya kawan juga yang buat ini sajak dia orang melayu

    BalasPadam
  16. BUKAN KERANA ANGIN

    saat waktu berharga telah terbuang
    menanti hari di hujung diri
    senja menyulam kenangan terdiam
    marah manghampiri jiwa yang sepi
    lelahnya hati genggaman tangan
    riak berlalu menyapu rindu
    setitis embun diam disitu
    bukan kerana angin

    Megat Iskandar
    sajak sindiran kepada sesuatu

    BalasPadam
  17. kenapa nak cari ketenangan kt umah org plak?

    BalasPadam
  18. smpai rumah org nak cari ketenangan pelik btol

    BalasPadam
  19. jalil kwin dgan pmpuan tu ke akhir sekali

    BalasPadam
  20. pmpuan tu melayu ke?

    BalasPadam
  21. jauh terpeson nampaknya pmpuan ni

    BalasPadam
  22. baik suruh jalil kwin je dgn dia

    BalasPadam
  23. kisah benar ke en nuri

    BalasPadam
  24. akhir sekali dia kwin dgn jalil ke

    BalasPadam
  25. aik! dia tinggal trus ke umah jalil

    BalasPadam
  26. nnt org kmpung tuduh jalil culik pmpuan tu plak

    BalasPadam
  27. mcm kisah benar je cerpen ni

    BalasPadam
  28. jalil tu xkwin ke dgn pmpuan tu

    BalasPadam
  29. family pmpuan tu x ambik thu ke anak dorg hilang

    BalasPadam
  30. pmpuan tu umo brpa

    BalasPadam