Khamis, 1 Mac 2012

BILA KEMUNGKARAN DIBIARKAN




buat mereka yang asyik
 
Azab Allah itu amatlah pedeh
bila kemungkaran dibiarkan malah semuanya akan menerima
pembalasan di atas kesilapan bila masyarakat telah membiarkan
bersubahat menyokong kemaksiatan.

Maka terimalah azab Allah swt
tidak kira alim ataupun kejahilan akan diberi diazab kesemuanya
tidak kira  baik ataupun jahatnya itulah cara penyseksa amat dahsat
dalam cengkaman tanpa dilepaskan.


Oleh: Nurimanja,
Catatan Ahmad 8hb, Mei, 2011. jam lima pagi .



30 ulasan:

  1. ULASAN:


    Sajak catatan oleh en nuri mengingatkan kita pada tajuknya BILA KEMUNGKARAN DIBIARKAN. Sesungguhnya bila kemungkaran itu dibiarkan tidak ditegah , malah ada pula yang cuba bersubahat dan memberi sokongan. ternyata disatu masa dan ketika Allah akan menurunkan azabNya yang amat pedeh dan dahsat. Apa yang lebih membimbangkan. Musibah yang Allah turunkan tidak dikira bulu rupa atau agama, diborong semua, semacam tsunami. orang alim atau jahil pukul rata, kerana Allah tidak akan melepaskan cengkaman di tangannya. Kemudian di akhirat barulah diasingkan siapa yang baik dan mungkar. Apa yang amat menyedehkan dasar undang-undang semacam membiarkan buat orang tertentu, walaupun pemerentah berkata tidak kira bulu, tetapi kalau orang lain yang tidak punya nama kes begini mudah saja. ambil DNA habis cerita. Tidak ada berdolak dalih lagi.Jangan wujudkan panglima ketot ke dua di negara kita yang telah membuka pintu kota melaka kepada penjajah Sejarah memberi pengajaran renungkanlah..

    Oleh: Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  2. PETA TERKOYAK

    Kubaca peta kian terkoyak
    dimamah peluru di padang pembunuhan
    mendakap kematian demi kematian
    tanpa sempat disemadikan.
    peta kian rabak diterjah
    oleh desir api dan petir tragedi
    entah bila diselubungi harum damai

    Raja Muda
    sajak tentang isu semasa sumbangan dari ayahanda

    BalasPadam
  3. GUSAR

    walau gusar jangan lupa siapa dia
    kami pohon kau hanya daun berimbun
    kau tempat kami teduh bersama
    tiada gaduh jadi kami setuju
    akar menyatu jadi belukar

    Suara rakyat
    sajak nasihat

    BalasPadam
  4. HUJUNG SANA

    Dihujung sana ombak memukul pantai
    Kelihatan anak ikan bermain...
    Menari sambil bernyanyi...
    Terasa bebas indah sekali....
    Tanah subur dan takbur
    langit Khatulistiwa
    antara pohon pelbagai rupa
    merendang sembunyi
    menyusur beradab akar
    tebing bertaut kukuh

    Usop Nayan
    sajak tentang alam

    BalasPadam
  5. SANG FAJAR SURIA

    warna di ufuk timur memerah
    pertanda sang Fajar tiba
    menghantarkan kehangatan
    perlahan merayap memberikan cahaya
    pada kegelapan malam…
    Kedinginan menghimpit mulai memudar
    sang fajar membawa rona merah semakin menyala hingga suria
    tiba membawa cahaya dunia

    Pak Awang
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. 105. Raja Muda berkata...

    PETA TERKOYAK (LSS)

    Kubaca peta kian terkoyak
    dimamah peluru di padang pembunuhan
    mendakap kematian demi kematian
    tanpa sempat disemadikan.
    peta kian rabak diterjah
    oleh desir api dan petir tragedi
    entah bila diselubungi harum damai
    buat bumi tanah air yang tercinta ini….

    Oleh: Raja Muda
    sajak tentang isu semasa sumbangan dari ayahanda/1 Mac 2012 12:23 PTG

    SAYEMBARA PUISI KE SUKU AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Raja Muda Kali ini berjaya melangkah ke suku akhir dengan sajaknya yang bertajuk: PETA TERKOYAK : Tema isu semasa nampaknya.. Pengucapannya bersimbolik dan ada pengertiannya tersendiri. Maksudnya ternyata ada kerisauan pada mata baginda bila melihat anak bumi sendiri cuba mendurhaka dalam mengejar agenda mabuk berkuasa. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

    BalasPadam
  7. 106. Suara rakyat berkata...

    GUSAR (TBD)

    walau gusar jangan lupa siapa dia
    kami pohon kau hanya daun berimbun
    kau tempat kami teduh bersama
    tiada gaduh jadi kami setuju
    akar menyatu jadi belukar

    Oleh: Suara rakyat
    sajak nasihat/1 Mac 2012 12:27 PTG

    SAYEMBARA PUISI KE SUKU AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Suara Rakyat kali ini berjaya masuk ke suku akhir dengan sajaknya yang bertajuk: GUSAR Tema nasihat nampaknya Pengucapannya sadikit meragukan Maksudnya juga mengelirukan sekadar andaian, mungkin mengharap pembaharuan dalam situasi hidup agaknya Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

    BalasPadam
  8. 107. Usop Nayan berkata...

    HUJUNG SANA (TBD)-P

    Dihujung sana ombak memukul pantai
    Kelihatan anak ikan bermain...
    Menari sambil bernyanyi...
    Terasa bebas indah sekali....
    Tanah subur dan makmur
    langit iklin Khatulistiwa
    antara pepohon pelbagai rupa
    merendang merimbun sepi
    menyusur beradab akar
    tebing bertaut kukuh

    Oleh: Usop Nayan
    sajak tentang alam/1 Mac 2012 12:27 PTG

    SAYEMBARA PUISI KE SUKU AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Yusof Nayan kali ini berjaya masuk ke suku akhir dengan sajaknya yang bertajuk: HUJUNG SANA Tema tentang alam nampaknya Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima. Maksudnya mengambarkan keindahan kedamaian alam semula jadi ciptaan tuhan. . Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

    BalasPadam
  9. 108. Pak Awang berkata...

    SANG FAJAR SURIA (LSS)

    warna di ufuk timur memerah
    pertanda sang Fajar tiba
    menghantarkan kehangatan
    perlahan merayap memberikan cahaya
    pada kegelapan malam…
    Kedinginan menghimpit mulai memudar
    sang fajar membawa rona merah
    semakin menyala hingga suria
    tiba membawa sinar cahayanya ke dunia ….

    Oleh: Pak Awang
    sajak simbolik/1 Mac 2012 12:30 PTG

    SAYEMBARA PUISI KE SUKU AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Pak Awang Kali ini berjaya melangkah ke suku akhir dengan sajaknya yang bertajuk: SANG FAJAR SURIA Tema sembolik juga nampaknya .. Pengucapannya juga bersimbolik dan ada pengertiannya tersendiri. secara rengkas maksudnya kita berharap keadaan semula jadi ciptaan tuhan ini sama simboliknya kekal pada pemerentah masa kini. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

    BalasPadam
  10. TAK INGAT APA-APA

    dosa apakah yang telah aku lakukan
    Aku sebatangkara kenapa Tuhan
    Apakah orang lain tak merasakannya
    Kenapa ketika aku bicara
    tiada yang mendengar…
    semua membis diam seribu bahasa
    ketika kuraba sebuah wajah
    penuh dengan darah dibawah,
    tiada yang bergerak…
    Hari itu dunia mendadak gelap
    hingga aku tak ingat apa-apa

    Gelora Maya
    sajak persoalan

    BalasPadam
  11. TAK SENDIRI

    Berakhir sudah dingin berganti
    ada yang mengamuk berlari
    bangun kembali sebagai percundang, Lalu tanganku bertepuk habis daya,
    Lalu kembali larut dalam angan
    Pasti kiniku tak sendiri

    Pak Hussin
    sajak simbolik

    BalasPadam
  12. KECUNDANG

    Terlelap sebagai pemenang
    Aku terjaga di tepian kelam
    Terhempas di ceruk terdalam
    Bisikkan rayuan lalu aku tenggelam
    saat tersadar aku cuma pecundang

    Haji ABkam
    sajak sinis

    BalasPadam
  13. CAHAYA REMBULAN

    sinar rembulan yang indah kulihat
    dibawah ini tapi disini
    tak ada terlihat bayangan
    hairan aku dimana bayanganku
    atau hanyalah khayalan semata
    walau bulan ada disana
    tak terlihat cahayanya disini

    Teksi manaf
    sajak sinis

    BalasPadam
  14. 109 .Gelora Maya berkata...

    TAK INGAT APA-APA (TBD)

    dosa apakah yang telah aku lakukan
    Aku sebatang kara kenapa Tuhan
    Apakah orang lain tak merasakannya
    Kenapa ketika aku bicara
    tiada yang mendengar…
    semua membisu diam seribu bahasa
    ketika kuraba sebuah wajah
    penuh dengan darah dibawah,
    tiada yang bergerak…
    Hari itu dunia mendadak gelap
    hingga aku tak ingat apa-apa….

    Oleh: Gelora Maya
    sajak persoalan/1 Mac 2012 9:34 PTG

    SAYEMBARA PUISI KE SUKU AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Gelora Maya kali ini berjaya masuk ke suku akhir dengan sajaknya yang bertajuk: TAK INGAT APA-APA. Tema persoalan diri nampaknya Pengucapannya bersahaja tapi penuh tanda tanya? Maksudnya semacam orang ditimpa musibah sehingga pensan tak ingat apa-apa Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

    BalasPadam
  15. 110.Pak Hussin berkata...

    TAK SENDIRI (TBD)-P

    Berakhir sudah dingin berganti
    ada yang mengamuk berlari
    bangun kembali sebagai percundang,
    Lalu tanganku bertepuk habis daya,
    Lalu kembali larut dalam angan
    Pasti kiniku tak sendiri

    Oleh: Pak Hussin
    sajak simbolik/1 Mac 2012 9:34 PTG

    SAYEMBARA PUISI KE SUKU AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Pak Hussin kali ini berjaya masuk ke suku akhir dengan sajaknya yang bertajuk: TAK SENDIRI Tema simbolik tanpa penerangan nampaknya Pengucapannya agak sadikit meragukan Maksudnya juga mengelirukan munkin anda menyangka tidak bersendirian alam perjuangan.. Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

    BalasPadam
  16. 111.Haji Abkam berkata...

    KECUNDANG (LSS)

    Terlelap sebagai seorang pemenang
    Kini telah kembali terjaga di tepian kelam
    Terasa bagaikan terhempas di ceruk terdalam
    Dengan bisikkan dan rayuan lalu aku tenggelam
    Saat kini aku tersadar sebenarnya dalam kecundang

    Oleh: Haji Abkam
    sajak sinis/1 Mac 2012 9:37 PTG

    SAYEMBARA PUISI KE SUKU AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Haji Abkam Kali ini berjaya melangkah ke suku akhir dengan sajak pendeknya yang bertajuk: KECUNDANG Tema sembolik sinis politik nampaknya .. Pengucapannya ada sadikit pembetulan, namun bersahaja punya pengertiannya tersendiri. Maksudnya terasa semacam terperangkap dalam mimpi bila tersedar ternyta khayalan igauan begitulah jijiknya politik.. . Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

    BalasPadam
  17. 112. Teksi manaf berkata.

    DIMANA CAHAYA REMBULAN? (LSS)

    sinar rembulan yang indah kulihat
    dibawah ini tapi tiada disini
    tak ada terlihat bayangan
    hairan aku dimana bayanganku
    atau hanyalah khayalan semata
    walau bulan ada disana
    tak terlihat cahayanya disini…

    Oleh: Teksi manaf
    sajak sinis politik /1 Mac 2012 9:40 PTG

    SAYEMBARA PUISI KE SUKU AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Teksi Manaf Kali ini berjaya melangkah ke suku akhir dengan sajaknya yang bertajuk: DIMANA CHAYA RAMBULAN? Tema sembolik sinis politik nampaknya .. Pengucapannya juga bersimbolik dan ada pengertiannya tersendiri. Maksudnya Ternyata apa yang kita lihat tidak semestinya boleh diharap untuk mendapat kebaikannya. . Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

    BalasPadam
  18. BULAN TIADA LAGI

    Malamku bertukar siang
    siangku berganti malam
    tapi bulan yang aku kasihi
    tetap jua tidak muncul lagi
    bulan biasa ku masih setia di situ
    aku makin resah menanti
    ketika mentari menunjuk diri
    angin berhembus lembut
    sekadar mengkhabarkan
    bulan yang ku nanti selama ini
    kini tiada lagi dihati

    Pak Awang
    sajak sinis

    BalasPadam
  19. SENTUHAN ANGIN

    Sentuhan angin yang ramah
    deru ombak menghempas tebing
    pasir berdesir daun menari
    tiba-tiba seekor merpati putih
    mengais-ngais pasir sendirian
    bersandar di bawah rimbunan daun
    hati tertarik awan berlari mengejar
    lingkaran pelangi di ruang maya
    antara jalur warna
    tersimpan lembaran kenangan
    helaian berguguran berganti gerimis
    sebuah aturan roda hidup

    Roy Rashid
    sajak simbolik

    BalasPadam
  20. SUNTUK

    Mata mengantuk tangan ditekuk
    kepala tertunduk hari sudah suntuk!
    dingin ini juga terkutuk
    Lebih baik kita takhluk kembali
    Namun rasa ego tinggal sedikit
    di dalam satu ceruk
    Sementara batu di taman
    masih belum juga begitu

    Nahul Hidzar
    sajak simbolik

    BalasPadam
  21. JANJI AKAN KEMBALI

    Dedaunan hijau melambai tiup angin
    ragam jenis pohon jadi tayangan
    memberi sesuatu untuk matahari
    angin dari asap yang menggebu
    runtuh bersama hijau daun
    sesaat terdengar suara berbisik
    mereka bawa khabar hingga mati
    meski nyata ia telah jauh pergi
    tapi aku berjanji akan kembali

    Haji Abkam
    sajak simbolik

    BalasPadam
  22. KANVAS LUKISAN

    biru tergurat kerana bekas hijau
    mula mengalun menuju merah
    yang dari dulu tergambar disitu
    pada latar biru dan titik hijau.
    merah hadirkan pagi
    diatas kanvas lukisan itu
    terbangun dalam permainan warna.
    Saat tergetar imej berpacu
    penglihatan terbentuk rona
    citrakan kecerahan kemerahan.
    Karena aku melukis lukisan
    masih tak terlihat rupanya

    Raja Muda
    sajak buat sendiri maaf ayat agak tak menarik tp sajak ni tema politik semasa

    BalasPadam
  23. SAAT AKU MENULIS SAJAK

    Saat aku menulis sajak ini,
    sebuah sajak sederhana
    di ambang petang nan temaram
    berteman burung-burung pulang
    angin samar menebarkan wangi
    lewat kecupan sang kupu-kupu
    riang bertandang sebentar
    telah meninggalkan
    bulu halusnya di putik madu
    lalu jatuh menetes rasa manis
    pada jejak yang membisu


    Teksi manaf
    sajak simbolik

    BalasPadam
  24. TITIAN USIA INI

    pada sepanjang titian usia ini
    hanya bagai sebentang mimpi
    berada ditengah terjaga dan tidur
    hingga waktu semakin getir
    berbincang kepada senja kian memudar
    langkah yang telah menyimpan bayang

    Karim Ghani
    sajak tentang kehidupan

    BalasPadam
  25. TERDIAMNYA DIA

    Saat dia terdiam kita fikir
    dia memilih untuk tenggelam
    hanyut begitu dalam lautan kata Ribuan kisahnya terpapar
    memikat jiwa yang terpegaruh.
    tapi apa benar realitinya?
    Hanya sesekali dia menyapa
    supaya tidak disangka gila.
    tapi belum lagi dia menjawabnya sementara semua terdiam dan menguap
    Kembali dia tenggelam
    kisah tiap malam terbungkus diam
    Semoga dia belum terlupa
    akan adanya kertas dan pena
    untuknya menulis semua
    kisahnya dari relung jiwa…

    Guru yahya
    sajak buat sipolan yang pandai main muslihat

    BalasPadam
  26. kenapa la jalal masuk smua sajak kt sini nak ulas pun susah

    BalasPadam
  27. hanya tinggal 5 saja ruangan kosong?

    BalasPadam
  28. sajak dilepaskan ada 8 sajak en qalam pilih tempat pertama sampai ke 8 trus la sbb datuk hasbi kata tempat pertama dpt laptop lenovo tempat kedua smpai kelapan dapat hadiah wang tunai rm300 saja

    BalasPadam