Selasa, 14 Februari 2012

GELAP PANDANGAN (LSS)



sayembara puisi tempat ke 4

Apakah di ketika suatu hari nanti
pemandanganku menjadi gelap gelita
adakah hatiku akan berkata-kata
dan apakah otakku akan tertanya-tanya
apa yang terjadi pada jiwaku ini?
melayang ke langit terawang-awangan
mungkin dapatkah aku ke sini lagi
atau hingga tiba hari perbicaraan
baru ku sedar ketika penguasa
menyingkap hasil usaha dan amalan
kiniku hanya bertawakal kepada Ilahi
agar disana nanti aku ditempatkan
bersama orang-orang solehin yang dikasihi.

 
Oleh  Abul Hassan
sajak dari abang sy semasa dia strok dia bacakan sy tulis
apa yg dikatakan melalui sajak ni





30 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI AKHIR CITRARURI DARI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra Abul Hassan kembali lagi masuk pusingan akhir mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: GELAP PANDANGANKU.Tema bersiri kisah benar nampaknya Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima. Maksudnya Penulis ingin mengkhabarkan pada alam dan penghuninya bagaimana penyeksaan yang ditanggung di atas kesilapan yang telah dilakukannya selama ini. Semoga cepat sembuh .Amin ..Layak diberi peluang untuk tempat yang ke empat…..dalam sayembara Januari 2012 ini. (LSS).

    BalasPadam
  2. CERPEN UNTUK SAHABAT DAN TETAMU CITRA RASA TERSIAR MAJALAH WARTA JOHOR 1981 BERTAJUK P U L A N G ! Oleh: Nurimanja.Pk

    Siri ke 5

    SATU peristiwa yang terlalu sukar untuk dilupakan oleh ustaz Nur, malah mengakumkan hatinya.berlaku di hadapan matanya sendiri, sewaktu dia bersama Tok Wan Dollah berada di sebuah kedai kopi di sebuah kampung.

    “Kamu semua baliklah! Cukuplah tu. Jangan berjudi lagi. Tiada faedahnya. Percuma saja buang masa di kedai kopi ini. Baliklah tengok anak bini, makan ke tidak ke hari ini?”

    Begitu bunyi kata-kata Tok wan Dollah, sambil tangannya mengambil semua daun (pakau) atau judi yang berada di atas meja itu, kemudian dibakarnya melalui api lampu kaca kecil yang sengaja disediakan oleh tauke kedai itu untuk menghidupkan rokok.

    Lima orang manusia yang memang di kenali dengan kaki judi itu memerhati dengan terkelip-kelip biji mata, tanpa berani mengeluarkan sepatah kata. Sebelum Tok Wan Dolah pergi, dia mengeluarkan RM50.00 meletakan di atas meja tempat perjudian itu.

    “Ambil wang ini seorang RM10.00. Dan balik ke rumah kamu. Buat kerja yang memberi faedah. Kepada anak bini, Ingatlah kepada Tuhan. Dan hari kematiankamu , jangan asyik menghimpun dosa!” Tok Wan Dollah keluar dari kedai itu, tanpa menoleh ke belakang lagi, diikuti oleh Ustaz Nur.

    Dan satu lagi peritiwa yang tidak mudah Ustaz Nur lupakan bersama Tok Wan Dollah berlaku di dalam bulan puasa. Sewaktu dia mengajak Ustaz Nur menemaninya ke pekan kecil Parit Buntar. Alangkah terkejutnya Ustaz Nur , tiba-tiba Tok Wan Dollah mengajak Ustaz Nur masuk ke kedai kopi orang Cina di waktu siang hari , melalui pintu belakang kedai kopi itu.

    Tok Wan meminta secawan kopi untunya dari pekerja kedai itu. mulanya pekerja itu enggan memberi, kerana dia lihat Tok Wan Dollah dengan berpakaian jubah dan serban,tapi Tok Wan Dollah membayar harga kopi itu terlebih dahulu. Kemudian kopi O itu pun di letak di hadapan Tok Wan Dollah, Ustaz Nur Cuma memerhatinya sahaja.

    Beberapa orang penlangan dari orang islam yang tidak berpuasa sedang enak menghirup kopi di kedai Cina itu mulai sedar akan kehadiran Tok Wan Dollah, seorang demi seorang keluar meninggalkan kedai kopi cina itu. Malu agaknya bila melihat muka Tok Wan Dollah berada di situ. Akhirnya kedai kopi itu kosong tiada lagi pelangan melayu.

    Tok Wan Dollah mengeleng-gelengkan kepalanya , sambil mengurut jangutnya, tanpa berkata sepatah kata, dengan renungan yang tajam dia melihat telatah manusia yang sungguh berani melanggar perentah Allah swt mendustai diri dalam hidup ini dengan melakukan perkara kemungkaran dan kemaksiatan.’

    Bersambung siri ke 6.

    RALAT: siri semalam: melawat cucunya . bukan melawan . Harap maaf dan maklum!

    BalasPadam
  3. 13. jengking perak berkata...

    UDARAKU HIRUP (TBD)

    Hatiku tergenggam pejamkan mata
    Jiwaku merindu bayangan masih hitam
    Memang belum saatnya aku tak tahu
    Karena peluh belum kering
    ketika sekali lagi kukatakan
    Keindahan tak selalu berarti
    hanya untuk saat ini,
    memang kesombongan kutunjukkan
    di depan kesunyian tersentak
    di atas jalan yang udaranya
    tak nyaman lagi ku hirup

    Oleh: Jengking Perak
    sajak simbolik/14 Februari 2012 1:05 PG

    SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Jengking Perak kini kembali ke ujian kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: UDARAKU HIRUP Tema simbolik katanya . Pengucapannya agak sedikit mengelirukan, unk menghdupkan cerita .Maksudnya sukar untuk menilai, mungkin isah kesepian peribadi..Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti di ini (TBD)

    BalasPadam
  4. 14.Guest berkata...

    DIAM BAGAIKAN BATU (LSS)

    Kehidupan ketika ku merangkai kata
    terasa jantungku kian kencang berdegup
    hatiku pergi entah kemana tanpa restu
    keringat di jari jemariku bagaikan tersekat
    aku tidak bertanya meski pun aku tahu,
    perlukah aku harus tidak perduli
    karena sekiranya malam ini
    aku cuma berdiam bagaikan batu.

    Oleh: Guest
    sajak kesedihan/14 Februari 2012 1:10 PG

    SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Guest kembali lagi masuk kepusingan kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: DIAM BAGAI BATU .Tema kesedihan nampaknya. Pengucapannya agak kabur tapi boleh diterima Maksudnya seakan pasrah dengan kesedihan yang dialaminya.. . Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

    BalasPadam
  5. 15. Nahul Hidzar berkata...

    INGIN MENCARI CAHAYA SEMULA (LSS)

    Bisakah undur kembali waktu membina mahligai
    untuk melengkapkan semula cerita yang tertinggal?
    mestikah hadirnya sepi jika hingarnya pergi
    atau pastikah gelapnya hati hadirkah cahaya?
    kini bila waktu yang kulalui sudah terlalu suntuk
    apakah bisa semuanya mulai terkubur?
    adakah pengaruh ufuk di bulan yang cantek
    menyebabkan semuanya telah pun terjadi
    perlukah kita menyesal berpanjangan
    bila diri terasa terkepung dan terkurung
    bolehkah hati ingin mencari cahaya semula.

    Oleh: Nahul Hidzar
    sajak tentang masalah peribadi sy/14 Februari 2012 1:15 PG

    SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Nahul Hidzar kembali lagi masuk kepusingan kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: INGIN MENCARI CAHAYA SEMULA.Tema peribadi nampaknya. Pengucapannya agak kabur tapi boleh diterima Maksudnya seakan mengharap hidayah Allah agar memberi kekuatan berdepan dengan segala masalah keperibadian Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

    BalasPadam
  6. 16. Nuri Jaguh berkata...
    KELU (TBD)

    kelu bila bahagia menyinsing,
    rebah jauh dari sudut hati
    masih banyak laluan dan halangan
    terus melangkah walau seorang diri
    walaupun pedih membawa kosong,
    tetapku percaya bahawa
    semuanya bukan berakhir
    jangan pernah menyesal
    dengan apa yang ku pilih ini,
    walaupun tak pasti apakan terjadi..

    Oleh: Nuri Jaguh
    sajak mengeluh/14 Februari 2012 1:17 PG

    SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Nri Jaguh kini kembali ke ujian kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: KILU UNTUK BERKATA Tema semacam mengeluh nampaknya. Pengucapannya agak sedikit mengelirukan, jika diperbaiki , boleh diangkat lagi sajak ini. Maksudnya mungkin sukar untuk mengisi kehidupan yang mencabar hal peribadi..Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti di ini (TBD)

    BalasPadam
  7. Oh ya! Azimad Mahmud abang kepada en nuri. Kini dikenali dengan Pak Uda di kampung tersusun , menghabiskan masa dengan berkebun di tanah pusaka warisan peninggalan aruah ayahndanya (pak ndak Mahmud)

    Mat noh dengan usof nayan bapak jefri
    mungkin kenal...

    BalasPadam
  8. Sadikit masa dahulu. Di daerah krian terkenal juga dengan beberapa orang
    penlis dengan PERENTAS . contohnya
    Jaafar Rahim, Pena Mutiara, Noory Ahmy, Azimad Mahmud, Jedan En nuri dimasa itu cuma dikenali dengan kartunis saja. (YUSMA)

    BalasPadam
  9. aik! tok wan dollah bakar daun judi

    BalasPadam
  10. zaman dlu2 bdk2 kaki lepak kt kedai kopi ni mmg x berani melawan x hairan sgt kalau tahun 2000 tok wan dollah buat mcm tu rasanya free saja dia kena pukul

    BalasPadam
  11. aik! lps bakar boleh bagi duit plak rm50

    BalasPadam
  12. patutnya jgn bagi dui bagi pelempang je

    BalasPadam
  13. aduhai.... malu tgk anak2 muda melayu berjudi

    BalasPadam
  14. eh! tok wan dollah order kopi buat apa

    BalasPadam
  15. aik! tok wan dollah pun x puasa ke

    BalasPadam
  16. lbih kurang mcm mendian kiyai jgk tokw ang dollah ni selalu nasihatkan org yg buat kerja x berfeaedah ni

    BalasPadam
  17. meninggal masa melawat cucu??? meninggal mcm mana?

    BalasPadam
  18. dia kemalangan ke msa nak melawat cucu

    BalasPadam
  19. aik! meninggal masa melawat cucu??? mcm mana? sakit tua ke

    BalasPadam
  20. tok wan dollah xde anak ke

    BalasPadam
  21. eh! tok wan dollah ni jawa ke indon

    BalasPadam
  22. sekali kena dgn tok wan dollah malu jgk org kmpung yg main judi tu

    BalasPadam
  23. aik! blah mcm tu je org yg x puasa kt situ? hahahhaha

    BalasPadam
  24. tok wan dollah ni xde gmbar dia ke en nuri

    BalasPadam
  25. mmg hebat la tok wan dolllah ni

    BalasPadam
  26. BERSUJUD

    malam ini aku bersujud
    memohon apa sahaja
    yang harus kumohon dengan hati
    ketika aku harus bicara,
    lidahku tak juga bergerak terbuka
    mungkin aku harus berjalan kembali
    Tanpa harus peduli badai
    Mungkin itu alasanku sampaisaat ini

    Atan Yahoo
    sajak pasrah

    BalasPadam
  27. TELATAH HARI JUMAAT

    jumaat datang lagi
    gembira rasa hati boleh rehat diri
    kerja separuh hari tenang rasa hati
    berlagu riang dari pagi
    kaum adam baju melayu kacak sekali
    walau mahu ke rumah ilahi
    tak salah bergaya lagipun ini
    cuma seminggu sekali…

    Jalil Janggut
    sajak cerita

    BalasPadam
  28. PENDIDIK JIWA

    Kamu tahu dalam dunia
    masih wujud pendidik jiwa
    masih berjalan di tengah perjalanan
    agar jadi serasi meredah
    titis air dari langit,
    sambil bekerja keras
    mengeluarkan suara kegunaan hadapan
    hargai pengorbanan bukan setimpal
    kerana jasa mereka berteraburan

    Karim Ghani
    sajak buat rakan-rakan sy

    BalasPadam
  29. LEMBARAN

    Bermula dari sebuah kosong
    Ku mulakan perjalanan ini
    Mengembara di alam tanpa batasan
    Mencari mereka yang sudi
    Memberi aku erti persahabatan
    Terpahat indah Dalam kenangan
    Sudah sampai waktunya¡­
    Setiap yang bermula pasti berakhir
    Langkah aku di akhir nokthah
    Bukan untuk selamanya kerana
    Lembaran baru pasti bermula

    En Sanusi
    sajak simbolik

    BalasPadam