Ahad, 12 Februari 2012

BILA BINTANG BERNYANYI SENDU (LSS)-




sayembara pusisi tempat ke 3

Angin barat bergerak di langit
kalbu pula sedang melahap waktu

angkasa melayang hanya tersesat
sendirian tak tahu di mana jalan pulang.
Gugur musim jatuh bersama sunyi 

diantara noktah yang menjelma
mencari ribuan bintang yang sebenar
sampai mata tertutup gelap .tataplah dengan mata hati
kerana sebutir bintang yang telus
cuma nyanyian pengantar tidur .tapi sinar bintang yang palsu
hanya benderang dalam impiannya sahaja.



Oleh Mat Noh
sajak sinis pada rakyat4 Februari 2012 8:43 PTG







30 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI AKHIR CITRARURI DARI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra Mat Noh kini kembali lagi masuk kepusingan akhir mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:BILA BINTANG BERNYANYI Tema sinis pada rakyat membuta tuli katanya. Pengucapannya biasa dan bersahaja cuma sadikit kabur Mesejnya ada peringatan buat rakyat yang akan menghadapi PRU13 ini Bila anda minum air dari telaga, ingatlah orang yang mengalinya.belajarlah berterima kasih pada yang member. Jangan dengar nyanyian bintang yang bersinar palsu kerana ada agenda disebalik sinar cahayanya.! Layak diberi peluang untuk tempat ke ketiga dalam sayembara Januari 2012 ini. (LSS).

    BalasPadam
  2. CERPEN UNTUK SAHABAT DAN TETAMU CITRA RASA TERSIAR MAJALAH WARTA JOHOR 1981 BERTAJUK P U L A N G ! Oleh: Nurimanja.Pk

    Siri ke 4

    Wajah Tok Wan Dollah terbayang di ruang mata Ustaz Nur. Dia masih teringat lagi sewaktu dia berlajar di sebuah sekolah menengah agama rakyat Shamshul Maarif Al Wataniah, di pekan kecil Tanjung Piandang, Perak. Tok Wan dollah datang ke pondoknya.

    :Nur! Belajarlah bersungguh-sungguh, ilmu sangat berguna dan menilai dari harta.lagi pun pahala bagi orang yang belajar agam a ini lebih besar dari orang kerja solat sunat seribu raat. Ikan-ikan di laut, burung-burung di udara, dan segala para malaikat mengembangkan sayapnya memayungkan kita serta berdoa kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.

    Begitulah pesanan dan kata perangsang yang diucapkan oleh Tok Wan Dollah kepada Ulstaz Nur sebelum dia pulang meninggalkan pondok Ustaz Nur, Dia sempat menghulurkannya sepuluh ringgit untuk Ustaz Nur buat belanja harian.

    Ustaz Nur memang menghormati orang tua itu, dari wajah dan wataknya, sudah cukup menunjukkan seorang tua yang beriman dan kuat beribadat kepada Allah SWT. Disamping amal baktinya kepada masyarakat dan orang perseorangan.

    Nama Tok Wan Dollah memang dikenali di kalangan masyarakat di kampung mahu pun di pekan kecil Parit Buntar,di daerah kerian.Dia juga merupakan seorang tokok yang cukup disegani dan dihormati kerana kuat berpegang teguh dengan ajaran Islam.Dia meniggal setelah melawan cucu perempuannya yang berkawin dengan orang kampung Tanjung Nipis dan dikebumikan di perkampungan sempadan (diantara perak dan nibung tebal-pulau pinang ) itu.

    Bersambung siri 5.

    BalasPadam
  3. KISAH JAMBU MAWAR 1


    Bila ingat jambu mawar memang en nuri masa kecil-kecil dulu. Bapak dia ada benang atau sawah padi sesekali dia akan
    pergi ke bawah pokok jambu mawar tua yang condong dalam sawah padi. Apa yang menarik kata en nuribiji , setiap kali
    dia pergi mesti ada sebiji atau dua biji jambu mawar masak wangi untuknya makan. Patutlah isteri en nuri pun bila
    mengandung mengidam buah jambu mawar juga. susah payah jugalah en nuri cari. sampai dia rakam dalam cerpenya.JAMBU MAWAR.

    BalasPadam
  4. KISAH JAMBU MAWAR 2

    SATU lagi kisah pasal jambu mawar juga seorang hamba Allah . Dia duduk di tengah bandar , isterinya mengidam buah jambu mawar.
    agak merisaukan juga anak sulung ini. Sedangkah halaman rumahnya ada pokok pelam harum manis saja. Nak jadikan cerita, mungkin
    hamba Allah ini orang kuat beibadat solat malam agaknya. Bila satu pagi dia bangun buka pintu ada buah jambu mawar tergolek dua
    tiga biji,di bawah pokok pelam harum manisnya.Anih juga ya? Qalam kata dia boleh buat andaian ,mungkin musang buah yang
    bawa makan di atas pokok pelam harum manisnya , lalu jatuh , rezeki buat siibu yang mengandung...

    BalasPadam
  5. oh nama 3 rupanya sy pnya sajak sy ingatkan dpt no akhir sbb sy jangka abul yg menang

    BalasPadam
  6. ustaz nur ni ke mana smpai 3 tahun x balik?

    BalasPadam
  7. ustaz nur lari dari rumah ke sebelum ni

    BalasPadam
  8. ustaz nur balik sorg je bini dia x bawak sekali ke

    BalasPadam
  9. aik! ustaz nur balik dari indon ke

    BalasPadam
  10. dia x kwin ke walau dh balik semenajung

    BalasPadam
  11. ustaz nur ni x cari jodoh ke msa dok sana

    BalasPadam
  12. tok wan dollah meninggal sbb lawan cucu perempuan??? pelik jgk

    BalasPadam
  13. mcm mana boleh meninggal ketika lawan cucu perempuan?

    BalasPadam
  14. xphm la dia meninggal sbb lawan cucu perempuan????????

    BalasPadam
  15. mmg berguna nasihat tok wan dollah bagi

    BalasPadam
  16. dia tok guru ke tok wan dollah tu

    BalasPadam
  17. msti dia guru silat

    BalasPadam
  18. pelik la cara dia meninggal

    BalasPadam
  19. cucu perempuan dia bunuh dia ke

    BalasPadam
  20. inspektor halim rupanya juara bulan 1

    BalasPadam
  21. mmg rezeki la inspektor halim menang kali ni

    BalasPadam
  22. sayembara kali ni ada kosong lagi x jalal? aku dgn syah inderapura nak masuk ni

    BalasPadam
  23. ustaz nur x kwin ke msa ni

    BalasPadam
  24. aik! ingatkan dia balik dgn bini dia rupanya dia balik sorg je bini dia tinggal sawarak ke

    BalasPadam
  25. kisah benar ke en nuri tulis ni? mcm cerita btol je

    BalasPadam
  26. ustaz nur ni jd ustaz sekolah mana

    BalasPadam
  27. UDARAKU HIRUP

    Hatiku tergenggam pejamkan mata
    Jiwaku merindu bayangan masih hitam
    Memang belum saatnya aku tak tahu
    Karena peluh belum kering
    ketika sekali lagi kukatakan
    Keindahan tak selalu berarti
    hanya untuk saat ini
    memang kesombongan kutunjukkan
    di depan kesunyian tersentak
    di atas jalan yang udaranya
    tak nyaman lagi ku hirup

    jengking perak
    sajak simbolik

    BalasPadam
  28. DIAM BAGAI BATU

    kehidupan ketika ku merangkai kata
    terasa jantung yang berdegup
    pergi entah kemana tanpa perlu
    disekat keringat di jemariku
    Aku tak bertanya meski aku tahu,
    aku harus tak peduli
    Karena seharusnya malam ini
    aku cuma diam bagai batu

    Guest
    sajak kesedihan

    BalasPadam
  29. INGIN CAHAYA SEMULA

    Bisakah Undur waktu bina mahligai
    untuk melengkapkan cerita?
    hadirnya sepi jika hingarnya pergi
    gelapnya hati hadirkah cahaya?
    bila waktu sudah suntuk
    adakah bisa semua mula terkubur?
    adakah ufuk di bulan yang cantek
    bila semua telah terjadi
    perlukah menyesal
    bila terkurung mula inginkan cahaya

    Nahul Hidzar
    sajak tentang masalah peribadi sy

    BalasPadam
  30. KELU

    kelu bila bahagia menyinsing,
    rebah jauh dari sudut hati
    masih banyak laluan dan halangan
    terus melangkah walau seorang diri
    walaupun pedih membawa kosong,
    tetapku percaya bahawa
    semuanya bukan berakhir
    jangan pernah menyesal
    dengan apa yang ku pilih ini,
    walaupun tak pasti apakan terjadi..

    Nuri Jaguh
    sajak mengeluh

    BalasPadam