Rabu, 29 Februari 2012

CINTA SEJENIS






Bila cinta sejenis berlaku,
lihat sajalah bahaya dan akibatnya sesuatu yang tidak normal dan ditebalikkan
malah siapa yang bersekongkol dan membenarkan
tunggu sajalah satu musibah atau bala laknatullah

Bila cinta sejenis berlaku,
banyak pengajarannya sebelum ini lihat angin saklon berlaku di zaman nabi lot
di mana zaman nabi syuid mereka tidak mahu khawin
anak-anak gadisnya yang ramai tidak diingini lelaki

Bila cinta sejenis berlaku,
maka Adam pun suka bersama Adam dan hawa pula lebeh bahagia bersama kaum hawa
lalu angin ribut pun turun sehingga ada menanam tubuh
itulah dahsat dan menjijikan yang Allah amat murkakannya.

 
Oleh: Nuimanja,
catatan dalam kes perbicaraan
yang amat meragukan dan mencurigakan. hanya laknat Allah yang dapat menentukannya.
Catatan berita pagi jumaat 11hb, Mach,2011




30 ulasan:

  1. Ulasan:

    Sajak bertajuk CINTA SEJENIS ini
    bukan perkara baru , malah dizaman nabi lut lagi ada berlaku, kenapa
    lelaki gemar sesama lelaki dan bgitu juga sebaliknya.

    Inilah budaya songsang yang amat keji dan jijik. Jika soal ini tidak ditakuti tunggu sja musibah atau pun bala akan menimpa ke atas gendarasi itu nanti,

    BalasPadam
  2. CERPEN BERTAJUK: PERGINYA BERSAMA IGAUAN OLEH: NURIMANJA BROWN GARDEN. GELUGUR, PULAU PINANG. 10/12/1983

    Siri ke 3

    Tuk Limah terasa semacam ternampak Tuk Wan Durani tercatuk di hujung anjung rumah mereka malam itu. Tuk Limah Nampak Tuk Wan Durani seperti membilang-bilang bilah buluh yang telah dirautnya untuk dibuat bubu.

    Seperti biasa Tuk Wan Durani akan berhenti seketika bila terasa jari tangannya lengoh dan letih.Tuk Wan Durani akan membuka celepak rokok daunya. Pelahan-lahan dia akan mengeluarkan rokok daun nipah bersama tembakau lambak kegemarannya. Kemudian membaluat sebatang rokok daun nipah dan mengisapnya.

    Sesekali Tuk Limah terdengar air dari dapur jatuh ke limbah. Mungkin Tuk Wan Durani membuang air kecil agaknya. Sesekali terdengar pula bunyi cawan berlaga dengan piring, ini menandakan Tuk Wan Durani sedang menghirup kopi panas yang telah tersedia terisi di dalam plas, kerana untuk menahan dari mengantok bila berjaga jauh malam.

    KEMUDIAN Tuk Wan Durani menyambung kembali kerja itu, dia meraut lagi bilah-bilah buluh yang belum dirautnya itu, mana yang telah siap disusun mengikut saiz dan dikara jumlahnya, barulah diiakt diletak di tepi dinding.

    Sesekalu Tuk Limah terdengar suara Tuk Wan Durani bagai menempek atau mengeluh serta mengertap gigi dan bibinya, jika bilah buluh yang dirautnya itu patah ataupun sayung. Hal ini amat difahami oleh Tuk Limah.

    Pada satu ketika , Tuk Limah Nampak wajah Tuk Wan Durani begitu berseri-seri nampaknya, lalu dia menghampiri Tuk Limah, lantas berkata; “Limah ini wangnya, harga bubu yang aku jual tadi, tidak banyak cuma tiga puluh ringgit sahaja, kau belilah apa yang patut,”

    BERSAMBUNG ESOK.

    BalasPadam
  3. KAKI YANG JATUH

    bukan seperti dikira
    setiap malam aku berdoa meminta
    mensyukurinya karenanya
    pada suatu malam aku lupa
    hingga tak lagi punya kata-kata
    hanya imaginasi tak bisa menyehatkan matatapi degup di dada seharusnya mendapatkan irama
    butir sepi jatuh di kaki
    melangkah jadi lalu pergi

    Ustaz Muda
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. MUAK MEMERHATI

    entah dimana aku berada…
    masih terpejam namun berdiri tegar
    sedikit terhuyung berjalan
    pada suatu ruang terdengar suara disekeliling mereka mencemooh.
    perlahan aku membuka mata kulihat terkadang muak untuk memerhati

    nahul Hidzar
    sajak tentang ragam manusia sekeliling

    BalasPadam
  5. KUM 1

    1 Karim Ghani
    2 Atan Yahoo
    3 Nahul Hidzar
    4 Ustaz Muda
    KUM 2
    1 Prof Lanang
    2 Roy Rashid
    3 Guru yahya
    4 Harimau Berantai

    KUM 3
    1 Usop Nayan
    2 Raja Muda
    3 Suara Rakyat
    4 pak awang

    KUM 4
    1 haji abkam
    2 Pak Hussin
    3 teksi manaf
    4 gelora maya

    BalasPadam
  6. DINDING BERSERAWANG

    mungkin tanpa di sedari
    Dalam bahasa abstrak
    tak mampu diingkarinya
    jadi ku hanya terdiam
    menyadari ku tak ingin menjadi angin menyelusuri tapak langkah itu
    walaupun berhias kelopak bungahitam
    Tapi jangan berpalingkan muka
    kearah dinding berterawang itu

    Karim Ghani
    sajak simbolik nasihat

    BalasPadam
  7. HAMPARAN RUMPUT HIJAU

    di tengah hamparan rumput hijau..
    aku memejamkan mata..
    biarkan jiwa ini rasakan
    angin senja menari tarian keindahan
    sungguh damai hatiku ketika ini
    ketika aku menari bersama senja..
    perlahan aku rebahkan tubuhku..
    tenggelam dalam rumput yang hijau..
    sejenak aku mengatur nafasku
    agar seirama dengan keindahan..
    sedamai mentari pagi disini

    Atan Yahoo
    sajak ketika di pantai tenangkan diri apabila tekanan dgn masalah kerja yg byk

    BalasPadam
  8. KUM 1

    1 Karim Ghani
    2 Atan Yahoo
    3 Nahul Hidzar
    4 Ustaz Muda
    KUM 2
    1 Prof Lanang
    2 Roy Rashid
    3 Guru yahya
    4 Harimau Berantai

    KUM 3
    1 Usop Nayan
    2 Raja Muda
    3 Suara Rakyat
    4 pak awang

    KUM 4
    1 haji abkam
    2 Pak Hussin
    3 teksi manaf
    4 gelora maya

    senarai peserta yg di hantar datuk hasbi

    BalasPadam
  9. 97. Ustaz Muda berkata...

    KAKI YANG JATUH (TBD)

    Bukan seperti dikira
    setiap malam aku berdoa meminta
    mensyukurinya karenanya
    pada suatu malam aku lupa
    hingga tak lagi punya kata-kata
    hanya imaginasi tak bisa menyehatkan mata
    tapi degup di dada seharusnya mendapatkan irama
    butir sepi jatuh di kaki
    melangkah jadi lalu pergi

    Ustaz Muda
    sajak simbolik/29 Februari 2012 2:52 PTG

    SAYEMBARA PUISI KE SUKU AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Ustaz Muda kini masuk ke suku akhir dengan sajaknya yang bertajuk: KAKI YANG JATUH Tema simbolik tanpa penerangan . Pengucapannya agak mengelirukan penuh tanda tanya?. Maksudnya juga gagal membuat andaian atau menangkap isi cerita yang hendak disampaikan.. Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

    BalasPadam
  10. 98. Nahul Hidzar berkata...

    MUAK MEMERHATI (LSS)

    Entah dimana aku berada…
    masih terpejam namun berdiri tegar
    sedikit terhuyung haying berjalan
    pada suatu ruang tidak menentu
    terdengar suara disekeliling
    mereka sering mencemoh.
    perlahan aku membuka mata
    terkadang aku terasa muak
    untuk memerhati semuanya

    Oleh: Nahul Hidzar
    sajak tentang ragam manusia sekeliling/29 Februari 2012 2:54 PTG

    SAYEMBARA PUISI KE SUKU AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Nahul Hidzar Kali ini Berjaya masuk ke suku akhir dengan sajaknya yang bertajuk:MUAK MEMERHATIKANNYA .Tema tentang ragam manusia Pengucapannya bersahaja dan ada pengertiannya tersendiri. Maksudnya.cukup membosankan atau rasa muak melihat gelagat manusia ( anak muda atau ahli politik) yang betentangan dengan syariat Allah swt. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

    BalasPadam
  11. 99. Karim Ghani berkata...

    DINDING BERSERAWANG (LSS)

    Mungkin tanpa di sedari
    dalam bahasa abstrak
    tidak mampu diingkarinya
    jadi aku hanya terdiam
    menyadari aku tidak ingin menjadi angin
    menyelusuri tapak langkah itu
    walaupun berhias kelopak bunga hitam
    tapi jangan berpalingkan muka
    kearah dinding yang berserawang itu

    Oleh: Karim Ghani
    sajak simbolik nasihat/29 Februari 2012 2:58 PTG

    SAYEMBARA PUISI KE SUKU AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Cikgu Karim Ghani Kali ini Berjaya masuk ke suku akhir dengan sajaknya yang bertajuk:DINDING BERSERAWANG .Tema simbolik nasihat.. Pengucapannya bersahaja dan ada pengertiannya tersendiri. Maksudnya. semacam nasihat jangan menghampiri diri dengan kerja onar dan mungkar betentangan dengan syariat Allah swt. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

    BalasPadam
  12. 100. Atan Yahoo berkata...

    HAMPARAN RUMPUT HIJAU (TBD)

    Di tengah hamparan rumput hijau..
    aku memejamkan mata..
    biarkan jiwa ini rasakan
    angin senja menari tarian keindahan
    sungguh damai hatiku ketika ini
    ketika aku menari bersama senja..
    perlahan aku rebahkan tubuhku..
    tenggelam dalam rumput yang hijau..
    sejenak aku mengatur nafasku
    agar seirama dengan keindahan..
    sedamai mentari pagi disini

    Oleh: Atan Yahoo
    sajak ketika di pantai tenangkan diri apabila tekanan dgn masalah kerja yg byk/29 Februari 2012 3:03 PTG

    SAYEMBARA PUISI KE SUKU AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Cikgu Atan Yahoo kali ini berjaya masuk ke suku akhir dengan sajaknya yang bertajuk: HAMPARAN RUMPUT HIJAU Tema semacam bersantai nampaknya Pengucapannya bersahaja boleh diterima Maksudnya sekadar relax menenangkan fikiran melihat keindahan alam semesta.Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

    BalasPadam
  13. TERPALUNG CEMBURU

    Sentuh hatiku seluruh rasa
    Aku telah jauh berlari
    mengejar cerita penuh coretan
    tak berpaling tapi langkah
    berat menuju disana
    bawa aku berlari dari bayangan
    Teriakkan di relungku
    Ku tak mampu menepis ragu ini
    Aku terpalung cemburu…

    ROy Rahshid
    sajak pasrah

    BalasPadam
  14. JALAN YANG INDAH

    berjalan di tepi pantai..
    menggengam tanganku penuh keyakinan
    saat buih putih menyapa.
    ombak menari dengan indahnya..
    burung pantai bersautan..
    melukiskan sebuah keindahan
    dalam deguban nafasku ketegaran inikah sebuah jalan yang indah

    Prof Lanang
    sajak simbolik


    saat aku kehilangan arti dari sebuah ketegaran…
    sesaat kita terpejam..
    dalam hati aku ingin berucap seribu kata,,..
    tentang makna Cinta..
    tentang makna matahari terbenam..
    Cinta yg terlukis dalam kanvas putih..
    merah semerah darah..suci sesuci matahari..
    sesaat pula badai dan ketakutan datang..
    hanya ada kau disampingku..
    dan aku Cakrawala…
    kutantang badai..
    kuubah sesuatu yg gelap dan ngeri.. menjadi sebuah keindahan sunset..
    dan aku Kupu2 Kertas..
    menghapus letihmu dgn keindahanku..
    hingga kau menemukan ketegaran yg kau ingini..
    aku berusaha yg terbaik untukmu..
    I’m always Beside you.. My Sunset..
    I’m always in your beautifuly of your wings.. My Butterfly

    BalasPadam
  15. BERANJAK

    Beranjak naik mengalun membebaskan bunyi dari makna kemudian sepi, merambat terhenti, hening.
    riuh kembali beranjak
    memainkan nada terus
    mengalun tanpa tanya
    sampai sebuah saat berseru

    harimau berantai
    sajak simbolik

    BalasPadam
  16. BUKAN DIBUANG

    Tiada niat menongkah kebiasaan
    kuturut saja gerak arus
    seperti menjemur pada kala panas
    menadah air pada waktu hujan
    Kubangga pada kebijaksana
    lalu terbuka pintu hati
    berkongsi idea untuk hidup bererti
    seperti sepinggan nasi yang sedap
    biar habis dimakan bukan dibuang.

    Guru yahya
    sajak simbolik sinis

    BalasPadam
  17. 101.Roy Rahshid berkata...

    TERPALUNG CEMBURU

    Tersentuh hatiku seluruh rasa
    telah jauh aku berlari
    mengejar cerita penuh coretan
    tak berpaling tapi terus langkah
    btapa berat menuju disana
    bawa aku berlari dari bayangan
    teriakkan di rung hatiku
    tidak mampu menepis ragu ini
    kini aku masih terpalung cemburu…

    Oleh: Roy Rahshid
    sajak pasrah/29 Februari 2012 9:02 PTG

    SAYEMBARA PUISI KE SUKU AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Roy Rahshid Kali ini Berjaya masuk ke suku akhir dengan sajaknya yang bertajuk:TERPALUNG RASA CEMBURU Tema pasrah katanya .. Pengucapannya bersahaja dan ada pengertiannya tersendiri. Maksudnya ada rasa cemburu dengan keadaan orang lain tapi apakan daya terpaksa pasrah sahaja kepada Allah swt. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

    BalasPadam
  18. 102. Prof Lanang berkata...

    JALAN YANG INDAH (LSS)

    Berjalan di tepi pantai..
    menggengam tanganku penuh keyakinan
    saat buih putih menyapa.ombak menari dengan indahnya..
    burung pantai bersautan.. melukiskan sebuah keindahan
    dalam deguban nafasku ketegaran inikah sebuah jalan yang indah
    saat aku kehilangan arti dari sebuah ketegaran…
    sesaat kita terpejam..dalam hati aku ingin berucap seribu kata,,..
    tentang makna Cinta..tentang makna matahari terbenam..
    Cinta yang terlukis dalam kanvas putih..
    merah semerah darah..suci sesuci matahari..
    sesaat pula badai dan ketakutan datang..
    hanya ada kau disampingku..dan aku Cakrawala…kau cerita tantang badai..
    kuubah sesuatu yangg gelap dan ngeri.. menjadi sebuah keindahan sunset..
    dan aku Kupu2 Kertas.. menghapus letihmu dgn keindahanku..
    hingga kau menemukan ketegaran yg kau ingini..
    aku berusaha yangg terbaik untukmu..
    I’m always Beside you.. My Sunset..
    I’m always in your beautifuly of your wings.. My Butterfly
    Oleh: Prof Lanang
    sajak simbolik 29 Februari 2012 9:04 PTG

    SAYEMBARA PUISI KE SUKU AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Prof Lanang Kali ini berjaya melangkah ke suku akhir dengan sajak panjangnya yang bertajuk: JALAN YANG INDAH Tema sembolik katanya .. Pengucapannya bersahaja dan ada pengertiannya tersendiri. secara rengkas maksudnya kita perlu kekalkan nekmat keadaan semula jadi ciptaan tuhan ini dengan kemesraan dan keindahannya. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

    BalasPadam
  19. 103. harimau berantai berkata...

    BERANJAK (TBD)

    Beranjak naik mengalun
    membebaskan bunyi
    dari makna kemudian sepi,
    merambat terhenti, hening.
    riuh kembali beranjak
    memainkan nada terus
    mengalun tanpa tanya
    sampai sebuah saat berseru

    Oleh: Harimau Berantai
    sajak simbolik/29 Februari 2012 9:06 PTG


    SAYEMBARA PUISI KE SUKU AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Harimau Berantai kali ini berjaya masuk ke suku akhir dengan sajaknya yang bertajuk: BERANJAK Tema simbolik tiada penerangan nampaknya Pengucapannya sadikit meragukan Maksudnya Maksudnya juga gagal kami membuat andaian atau menangkap isi cerita yang hendak disampaikan...Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

    BalasPadam
  20. 104. Guru Yahya berkata...

    BUKAN DIBUANG (TBD)

    Tiada niat menongkah kebiasaan
    kuturut saja gerak arus
    seperti menjemur pada kala panas
    menadah air pada waktu hujan
    Kubangga pada kebijaksanaan
    lalu terbuka pintu hati
    berkongsi idea untuk hidup bererti
    seperti sepinggan nasi yang sedap
    biar habis dimakan bukan dibuang.

    Oleh: Guru Yahya
    sajak simbolik sinis/29 Februari 2012 9:07 PTG

    SAYEMBARA PUISI KE SUKU AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Harimau Berantai kali ini berjaya masuk ke suku akhir dengan sajaknya yang bertajuk: BUKAN DIBUANG Tema simbolik sinis tiada penerangan nampaknya Pengucapannya sadikit meragukan semacam bermadah saja Maksudnya juga mengelirukan sekadar andaian, mungkin mengharapkan satu pembaharuan dalam situasi hidup agaknya Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

    BalasPadam
  21. sedih plak cerpen kali ni

    BalasPadam
  22. cerpen kehidupan di kampung nampaknya

    BalasPadam
  23. agak menghibakan apa la nasib mereka ni

    BalasPadam
  24. dorg x minta bantuan ke

    BalasPadam
  25. apa la kesudahan cerpen kali ni

    BalasPadam
  26. xda yg membantu ke

    BalasPadam
  27. eh! cerpen kali ni berkahir dua2 mati ke

    BalasPadam
  28. anak2 dorg berdua mana

    BalasPadam
  29. susah btol mereka berdua ni

    BalasPadam
  30. cerpen ni baru ke sbb xpnh bca lagi

    BalasPadam