Isnin, 30 Januari 2012

JANGAN BIARKAN MELAYU MEREMPAT LAGI





Kata Atuk Aki
Aku dulu susah. Nak makan pun payah
Hidup kalian hari ini jangan lupa diri
Belajarlah berterima kasih sesama  manusia
Dan bersyukur kepada Allah  yang maha  berkuasa

Jika kamu pilih
Ketua berjiwa pengkianat. Negara akan lumpuh dan tenat
Jangan biarkan kemerdekaan ini hancur
Setelah datuk nenek kita bersusah payah
mengapa dibiarkan petualang meyebar dakyah

Ingat  PRU 13
Tentukan semangat juang. Jangan biarkan melayu merempat
Bersama pendurhaka yang mabuk kuasa
Pastikan murtabatkan  Ketuanan melayu terjaga
Agar  anak-anak  peribumi tidak hidup berputih mata 


Oleh: Nurimanja
5hb Disember, 2011. Ketika  jam delapan Malam.
Bila melihat kebenaran telah dipermainkan.



  

30 ulasan:

  1. Jalal Rafzee berkata...

    KUM 1
    1 Saizul Maizav-P
    2 Bos Kacak@
    3 Roy Rashid@
    4 ustaz muda@
    5 Abul Hassan@
    6 Tan Sri Yunus
    7 Tuan Haji
    8 Datin Maimun

    KUM 2
    1 Pak Kassim
    2 Kembara Budiman
    3 Mat Noh
    4 datuk hasbi
    5 Ziarah Makrifat
    6 Lagenda Pulau
    7 Jalal Rafzee
    8 Nur Atikah

    BalasPadam
  2. CERPEN INI PERNAH TERSIAR DALAM MAJALAH WARTA JOHOR 1980. BERTAJUK; H A T I O R A N G K A M P U N G . Oleh; Nurimanja.
    Siri 2.

    “Lapan tahun ke lima tahun,aku tak tahu,: jawab Pak Nda Mahmud rengkas,tetapi sayu bunyinya. Dalam hati Pak Ndak Mahmud, Mat Kasa dan Lebai Noh terbayang wajah Pak Cik Nur yang kurus dan kecil tubuh badannya itu, tetapi mempunyai wajah muka yang bersih , jernih dan menyenangkan hati bagi sesiapa sahaja yang memandangnya.Dengan berkat dari Pak Nur, Pak Ndak Mahmud di lantik orang kampung jadi Penghulu Masjid.

    Sesekali Pak Ndak Mahmud tersenyum sendirian dalam hatinya berkata, dari tuah anaknya Pak Ndah Mahmud mula merasai dirinya kini dihormati dan disegani sadikit di kampungnya .selama ini orang-orang kampung mula mengangkat tangan kepadanya..

    Kalau dulu Pak ndak Mahmud jadi bahan ketawa orang kampung, sebab Pak Ndak Mahmud tidak bersekolah, hendak eja nama pun tidak tahu, jauh sekali untuk menulis nama,kalau ada orang jemput dia mesyuarat di balai lintang, dia datang lebih awal daripada orang lain.

    Sebenarnya Pak Ndak Mahmud layak jadi tukang dengar , tambah suara, sokong ataupun tidak, kemudian angkat tangan, satu undi daripada Pak Nda Mahmud, itu saja.kalau ada pun Pak Nda Mahmud hendak bersuara atau beri pendapat atau cadangan, Jaafar gemuk dan Jaafar kurus akan membantah pendapatnya.

    Pak Ndak Mahmud pun sedar akan dirinya, lebih lagi bab agama, Pak Ndak Mahmud diam tidak bersuara, sebab ramai lagi yang akan membunuh pendapatnya, termasuk Pak Ngah Deraman, Pak Jang Sagor,Pak Ulung Hashim, kerana mereka tidak buta huruf, boleh juga membaca sadikit jawi, kalau tidak begitu lancar membaca rumi.

    Lagi pun orang ramai lebih suka mendengar cakap mereka daripada cakap dan pendapat Pak Ndak Mahmud yang tidak bersekolah itu, buta huruf pula, siapa yang mahu menilainya,Cuma layak jadi bahan lawak jenaka, kemudian mereka semuanya ketawa.

    Sambungan siri 3

    BalasPadam
  3. 1. Ziarah Makrifat berkata...

    BINGIT (TBD)- P

    walau suasan membingitkan pagi ini
    tapi aku tertidur mendengarnya,
    mimpiku bumi hampir merekah
    aku tak ingin terjaga
    Langit yang mendung dibulan
    demi kesatuan yang ku mimpikan.
    Langit tumpahkan hujan perlahan
    menyaksikan ia meledak dijalan
    Aku terjaga hampir senja
    hingga kini belum mengerti
    jika hidup ditakdirkan melawan

    Oleh: Ziarah Makrifat
    sajak tentang mimpi30 Januari 2012 10:14 PTG


    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Ziarah Makrifat kini kembali masuk pusingan ke 3 dengan mengetengahkan sajaknya yang diberi tajuk: BINGIT. Tema kisah dalam mimpi nampaknya. Pengucapannya semacam sinis poltik dan bersahaja. Mesejnya kisah mimpi isu semasa. dalam kehidupan masyarakat yang masih mengcurigaipemerentah nampaknya. .Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)-P

    BalasPadam
  4. 2. Kembara Budiman berkata...
    MENANTI RINDU (TBD)

    Aku begitu lama menanti
    bagaikan hidup tidak bernyawa pun
    keana aku ingin khabarkan kebosanan ini
    seingga mual perut ini menanti sesuatu
    Sampai gila sasau aku menulis puisi
    semua ceita puisi kucatatkan
    kepada awan,angin,dan hujan
    Terhempas hembus nafasku
    Tapi suara membisikan dalam hatiku,
    Dari kuyup laut biru…?
    hati begitu berat menelan rindu

    Oleh: Kembara Budiman

    sajak simbolik/30 Januari 2012 10:21 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra Kembara Budiman kini kembali masuk pusingan ke 3 dengan mengetengahkan sajaknya yang diberi tajuk: MENANTI RINDU Tema semacam jiwa2 tapi simbolik kataknya. Pengucapannya terlalu biasa tapi penutup ada sadikit kecacatannya.. Mesejnya semacam menanti sebuah kerinduan yang tidak kunjung tiba nampaknya. Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

    BalasPadam
  5. 4. Mat Noh berkata...

    PINCANG KAKI MELANGKAH (LSS)

    semua pertanyaanku hanya terlempar
    ke langit kelabu yang masih asing
    rasa menggores kebimbangan
    jiwa yang mengaku hanya diam
    bagai pengecut dalam tempurung
    Disetiap hujam kata memaku pilu
    semakin terhampar jatuh
    mengapa masih ada tak percaya,
    benci masih saja melemah di logika
    pincang kaki enggan melangkah
    mengemas tajam tatapan mata
    yang lebih jujur daripada bicara

    Oleh: Mat Noh
    sajak sinis/30 Januari 2012 10:27 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra Mat Noh masih setia kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: PINCANG KAKI MELANGKAH Tema sinis politik nampaknya Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima Maksudnya sinis tajam isu politik tanah air yang seang bergolak khuusnya orang melayu yang berpecah belah minat kepaa kerja onar dan mungkar. di dunia ini. . Layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

    BalasPadam
  6. 5. Jalal Rafzee berkata...

    BIARKAN! (LSS)

    Entahlah mengapa aku sudah tak peduli
    Biarkan apa saja yang akan terjadi
    kerana sudah letih berharap jawapan
    sebaiknya aku menghempas semua persoalan
    biarkan saja semua permasalahan ini
    Jauh terlontar ke atas awan
    agar bintang dan bulan mengerti
    dimanakah kebenrannya nanti?

    Oleh: Jalal Rafzee
    sajak politik/30 Januari 2012 10:29 PT

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra Jalal Rafzee masih setia pengelolah blog Cr. Kini kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: BIARKAN. Tema simbolik berbau politik nampaknya Pengucapannya bersahaja tdani boleh diterima Maksudnya menyentuh tentang isu politik tanah aiar yang sedang bercelaru khususunya orang melayu. Biarkan mereka menilaikannya sendiri. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

    BalasPadam
  7. 6. Lagenda Pulau berkata...

    LUSUH (LSS)

    Kau tampak tua , lusuh dan berdebu
    garis hitam merona kelopak matamu
    Ku tahu kau lelah saat senja dimamah usia
    kau duduk termenung menatap jalanan
    Yang selalu menghantarkan kehidupan
    Ketika lelah menyerang menangung beban
    tetapi jiwa kau masih tetap tegar
    Tiap malam beserta doa kuberharap
    Tuhan murahkan rezeki ayah
    Jagakan kesihatan jauhkan mara bahaya

    Oleh: Lagenda Pulau
    sajak buat ayahanda sajak sambungan dulu kerana ayah sy diserang angin ahmar/30 Januari 2012 10:32 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra Lagenda Pulau masih setia kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: LUSUH Tema keresahan hati nampaknya Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima Mesejnya menyentuh kisah orang tuanya yang banyak berkoban kini sakit diserang angin ahmar. Semoga cepat sembuh . Amin Layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

    BalasPadam
  8. 7.datuk hasbi berkata...

    NAMA (TBD)

    sebuah nama itu sentiasa
    mengalir di pembuluh nadiku ini
    mengintip dalam relung hati
    namanya selalu dalam goresan hati,
    terbingkai kata saat gemuruh ombak
    terhapus kala ku rapatkn jemariku
    agar menyakinkan hati
    kaulah bertahta dalam sanubari

    Oleh: datuk hasbi
    sajak sedih dan terkenang/30 Januari 2012 10:37 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Datuk Hasbi kini kembali masuk pusingan ke 3 dengan mengetengahkan sajaknya yang diberi tajuk: NAMA Tema sedih nampaknya. Pengucapannya biasa dan bersahaja. Mesejnya berusaha mencari satu nama untuk merelakan kedamaian hidup sebagai Adam dan Hawa bila usia sudah melewati setengah abad. .Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

    BalasPadam
  9. 8. Pak Kassim berkata...

    BILA KUPEJAMKAN MATA (LSS)

    Bila ku pejamkan mata
    hilang sudah bulan
    tapi ke manakah perginya matahari?
    Saat ku dikelilingi kegelapan
    ku inginkan cahaya matahari
    tapi yang ku temui hanya
    kerlipan bintang yang menyakitkan
    Deru angin tidak kurasai lagi
    Kicauan burung bagaikan lenyap
    Dimanakah diriku ini?
    kerana tempat ini tak seperti
    yang selalu aku harapkan

    Oleh: Pak Kassim
    sajak tidak puas hati atas kepimpinan di negeri tempat sy ni/30 Januari 2012 10:41 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Pak Kassim masih setia bersama blog CR. kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: BILA KUPEJAMKAN MATA Tema simbolik politik nampaknya Pengucapannya bersahaja tetapi boleh diterima Maksudnya menyentuh tentang isu politik tanah aiar yang sedang bergolak khuusnya orang melayu Pulau Pinang yang telah berpecah belah sanggup meninggalkan aqidah dan merelakan onar dan mungkar. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

    BalasPadam
  10. KUM 2
    1 Pak Kassim@
    2 Kembara Budiman
    3 Mat Noh@
    4 datuk hasbi
    5 Ziarah Makrifat-P
    6 Lagenda Pulau@
    7 Jalal Rafzee@
    8 Nur Atikah

    KUM 3
    1 Ustaz Rahman
    2 Prof Lanang
    3 Inspektor Halim
    4 Bulan Terang
    5 En Sanusi
    6 Prof Naquib
    7 Sufian Al Zahri
    8 Doktor Hasmawi

    BalasPadam
  11. Selamat berseyembara puisi Cr. sehingga suku akhir dan akhir.


    Syabas! dan Tahniah buat mereka yang melewati ke pusingan ke 3.


    Brsedia untuk ke suku ahir dan akhir.
    lewat kbelakangan ini ramai yang menulis berpuitis dan senang menangkap maksudnya.


    Terima kasih! Truskan usaha anda.

    BalasPadam
  12. 3.Nur Atikah berkata...

    PURA PURA (TBD)

    hanya sebuah mimpi di bawah senja,
    danau lebur terhempas angin lalu
    Jiwaku menjadi roboh , pedih, perih
    Bagai ribuan busur panah menujam …
    menyimpan rindu cinta yang busuk…
    Ratusan minit sudah terdetik…
    Apa yang ingin di dusta?
    dalam bening mata tak bisa sembunyi
    Pura-pura merindu…
    Dengan derai air mata hati…
    terlarut dalam arus waktu

    Oleh: Nur Atikah
    sajak jiwa2/30 Januari 2012 10:24 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Pn Nur Atikah kini kembali masuk pusingan ke 3 dengan mengetengahkan sajaknya yang diberi tajuk: PURA-PURA Tema jiwa2 katanya mungkin sajak lama. Pengucapannya terlalu biasa dan bersahaja. Mesejnya bagaikan ada kekecewaan dalam harapan dengan apa yang telah dialaminya. Di dunia kehidupan kerumajaan atau perkhawinannya. .Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

    BalasPadam
  13. BASUH WAJAHMU

    sudahkah kalian membasuhmu?
    kerana malam kian dingin,
    gelap kian merangkul kesunyian,
    mungkin angin ketika ini
    sedang marah pada daun,
    kerana daun memilih diam
    meniru seperti batu
    walau perang telah tamat,
    api tercabik hujan tapi
    bulan berlari menghindarkan diri

    En Sanusi
    sajak simbolik

    BalasPadam
  14. TERAWANG-AWANG

    di mana kuntum bunga yang kujaga
    ku bertanya pada kunang-kunang tapi semua menghilangkan cahaya,
    mendesis marah dan pergi.
    namun sang tanah tetaplah baik hati
    meniupkan rasa hingga
    aku kembali berpijak di rerumput
    matahari masih terjerat pada tali digantungkan di pada bintang
    masih terawang-awang

    Ustaz Rahman
    sajak simbolik

    BalasPadam
  15. BERLARI ANAK

    Berlari-lari anak dari bukit
    menuruni lembah demi setitis air
    penghilang dahaga anak
    demi secebis ketaatan
    contohi luhur kasih seorang ibu
    demi anaknya yang masih kecil

    Sufian Al Zahri
    Sajak cerita zaman nabi dahulu

    BalasPadam
  16. SERPIHAN

    khayal aku dengan senja tak sudah
    malap melopong tanpa menutup rahsia
    perkara ini tempohnya
    sudah terlalu lama
    walau baki-baki yang masih subur.
    serpihan perasaannya terlalu angkuh
    sebuah jasad tak lagi ada bernyawa.
    noktah ertinya tamat tiada lagi

    Bulan terang
    sajak marah

    BalasPadam
  17. KEYAKINANKU

    seharusnya malam ini
    aku tak cuma diam saja
    bagai batu kerikil di jalanan
    Seharusnya malam ini aku bersujud,
    memohon apa bisa kumohon
    tapi ketika aku harus bicara,
    lidahku tak juga bergerak,
    mulutku tak juga terbuka
    Maka sebaiknya aku berjalan kembali
    Tanpa tahu akhir cerita disini
    Karena dengan keraguan ini
    aku tergetar dengan keyakinanku,

    DOktor Hasmawi
    sajak dalam dilema

    BalasPadam
  18. BERLAKU TIKA ITU

    aku terdiam tapi kubuka telingaku
    hingga hembusan angin terdengar Tanpa peduli hujan mengiringi
    karena samudera yang melanda
    masih sanggup menampungku
    mungkin seharusnya aku
    Mungkin ini balasanku saat ini
    apa yang berlaku tika itu

    Prof Naquib
    sajak rasa bersalah atas apa yang berlaku

    BalasPadam
  19. BUTA MANUSIA BIASA

    benarkah ada nyanyian keterasingan
    tidak ada yang harus dijawab
    Karena hati ini bukan batu terpahat
    Karena segalanya menjadi lapuk
    Seiring hujan badai di tengah hari
    Karena aku manusia biasa
    Yang menjadi buta seiring waktu

    Inspektor Halim
    sajak simbolik

    BalasPadam
  20. ORANG SIAL

    orang sudah mencecah bulan
    melihat bintang dari awan
    kita masih di pawagam
    orang sudah bina jentera gergasi
    memanipulasi tenaga matahari
    kita masih di jalan raya saban hari
    orang sudah mendidik anak
    menjadi teruna menjadi puteri
    kita masih dalam kereta dalam semak
    menjadi kera menjadi babi
    Orang sudah membina negara
    semakin maju hari-hari
    kita masih politik kedai kopi.
    apa nak jadi? lalu salahkan Tuhan,
    bila bala menjadi-jadi macam sial.

    Prof Lanang
    sajak sinis

    BalasPadam
  21. 1. En Sanusi berkata...

    MEMBASUH WAJAHMU (LSS)

    Sudahkah kalian membasuh wajah?
    kerana malam mencenkam kedinginan,
    kegelapan kian merangkul kesunyian,
    mungkin sang angin ketika ini
    sedang marah pada dedaun,
    kerana dedaun memilih diam
    meniru seperti batu kelu dan bisu
    walaupun perang telah haper tamat,
    tetapi api tercabik pada hujan
    bila melihat bulan muram
    Yang cuba menghindarkan diri

    Oleh: En Sanusi
    sajak simbolik/31 Januari 2012 5:30 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    En Sanusi masih setia kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: MEMBASUH WAJAHMU Tema simbolik pada alam nampaknya Pengucapannya kaur dan bersahaja tapi boleh diterima Maksudnya hal politik tanah air dimana pengikut bulan dalam dilemma bila ketuanya cuba menghindarkan diri dan diam membisu bila situasi mengharu birukan.berlaku Cuma andaian .Layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

    BalasPadam
  22. 2. Ustaz Rahman berkata...

    TERAWANG-AWANG (TBD)

    di mana kuntum bunga yang kujaga
    ku bertanya pada kunang-kunang
    tapi semua menghilangkan cahaya,
    mendesis marah dan pergi.
    namun sang tanah tetaplah baik hati
    meniupkan rasa hingga
    aku kembali berpijak di rerumput
    matahari masih terjerat pada tali
    digantungkan di pada bintang
    masih terawang-awang

    Oleh: Ustaz Rahman
    sajak simbolik/31 Januari 2012 5:33 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Ustaz Rahman kini kembali masuk pusingan ke 3 dengan mengetengahkan sajaknya yang diberi tajuk:TERAWANG-AWANG . Tema simbolik katanya. Pengucapannya sadikit kabur dan mengelirukan. Mesejnya semacam ada satu kesalahan telah berlaku tanpa diberi perhatian atau tindakan sewajarnya, Cuma andaian..Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

    BalasPadam
  23. 3. Sufian Al Zahri berkata...

    BERLARI ANAK (TBD)-P

    Seorang ibu berlari-lari anak
    di antara bukit safa dan maruah
    menuruni lembah dan paya
    gigih mencari setitis air
    untuk menghilang dahaga anaknya
    demi rasa secebis ketaatan
    contohi luhur kasih seorang ibu
    demi anaknya yang masih kecil

    Oleh: Sufian Al Zahri
    Sajak cerita zaman nabi Ibrahim alaihisalam dahulu/31 Januari 2012 5:35 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    \Sufian Al Zahri kini kembali masuk pusingan ke 3 dengan mengetengahkan sajaknya yang diberi tajuk:BERLARI ANAK. Tema kisah siti Hajar nampaknya. Pengucapannya bersahaja. Namun perlu dikemaskan lagi. Mesejnya kisah pengorbanan eorang ibu siti hajar dengan anaknya nabi Ismail. .Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)-P

    BalasPadam
  24. 4.Bulan terang berkata...

    SERPIHAN KEANGUHAN (LSS)

    Khayalanku dengan warna senja kala
    bagaikan tiada penghujungnya
    malap melopong tanpa menutup rahsia
    tempohnya sudah lama berlarutan
    ada saki-baki yang masih subur.
    serpihan perasaan yang terlalu angkuh
    menjadikan jasad tidak bernyawa
    kerana lontaran kata yang diberi
    tiada lagi erti noktah penamatnya

    Oleh: Bulan Terang
    sajak marah/31 Januari 2012 5:38 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra Bulan Terang masih setia kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: SEPIRHAN KEANGKUHAN Tema marah nampaknya Pengucapannya kabur bersahaja dan punya dua maksud yang berbeza Pertama boleh di kategorikan jiwa2 dan kedua politik tanah air. Penulis cuba mengambarkan keangkuhan individu atau kumpulan yang diberi nasihat tidak akan diterima . Layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

    BalasPadam
  25. 5.Doktor Hasmawi berkata...

    KEYAKINANKU (LSS)

    Seharusnya malam ini
    aku tidak cuma diam saja
    bagai batu kerikil di jalanan
    Seharusnya malam ini aku bersujud,
    memohon apa bisa kumohon
    tapi ketika aku harus bicara,
    lidahku tak juga bergerak,
    mulutku tak juga terbuka
    Maka sebaiknya aku berjalan kembali
    Tanpa tahu akhir cerita disini
    Karena dengan keraguan ini
    aku gementar dengan keyakinanku,

    Oleh: Doktor Hasmawi
    sajak dalam dilemma/31 Januari 2012 5:41 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra Doktor Hasmawi kini kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: KEYAKINANKU Tema dalam dilemma nampaknya Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima Maksudnya Si penulis dalam dilemma untuk memilih dan mencari pasangan jodohnya dalam menentukan teman sejati dalam kehidupnya.. . Layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

    BalasPadam
  26. 6.Prof Naquib berkata...

    BERLAKU TIKA ITU (TBD)

    Aku terdiam tapi kubuka telingaku
    hingga hembusan angin terdengar
    Tanpa peduli hujan mengiringi
    karena samudera yang melanda
    masih sanggup menampungku
    mungkin seharusnya aku
    menerima balasanku saat ini
    di atas apa yang berlaku ketika itu

    Oleh: Prof Naquib
    sajak rasa bersalah atas apa yang berlaku/31 Januari 2012 5:45 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Prof Naguib kini kembali masuk pusingan ke 3 dengan mengetengahkan sajaknya yang diberi tajuk: BERLAKU KETIKA ITU . Tema kisah kekesalan nampaknya. Pengucapannya bersahaja tetapi sadikit suspen Mesejnya semacam ada rasa keinsafan dan keksalan engan apa yang te;ah ber;aku tanpa diseari kesalahannya..Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

    BalasPadam
  27. 7. Inspektor Halim berkata...

    AKU MANUSIA BIASA (LSS)

    Benarkah ada nyanyian keterasingan
    tidak ada siapa yang harus menjawab
    karena hati ini bukan batu terpahat
    bagi segalanya akan menjadi lapuk
    seiring dengan hujan badai di tengah hari
    sebenarnya aku cuma manusia biasa
    kekadang terlepas dari pandangan
    akhirnya aku menjadi buta seiring waktu,

    Oleh: Inspektor Halim
    sajak simbolik/31 Januari 2012 5:47 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra Inspektor Halim masih setia dan kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: AKU MANUSIA BIASA .Tema simbolik nampaknya Pengucapannya bersahaja dan sadikit kabur tapi boleh diterima Maksudnya.sebagai seorang insan biasa hamba Allah kita sering terlepas pandang akan keadaan yang dilalui seiring dengan waktu. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

    BalasPadam
  28. 8. Prof Lanang berkata...

    ORANG SIAL (TBD)

    orang sudah mencecah bulan
    melihat bintang dari awan
    kita masih di pawagam
    orang sudah bina jentera gergasi
    memanipulasi tenaga matahari
    kita masih di jalan raya saban hari
    orang sudah mendidik anak
    menjadi putera dan puteri jejadi
    kita masih dalam kereta dalam semak
    menjadi kera menjadi babi
    Orang sudah membina negara
    semakin maju hari-hari
    kita masih politik kedai kopi.
    apa nak jadi? lalu salahkan Tuhan,
    bila bala menjadi-jadi macam sial.

    Oleh: Prof Lanang
    sajak sinis/31 Januari 2012 5:49 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Prof Lanang kini kembali masuk pusingan ke 3 dengan mengetengahkan sajaknya yang diberi tajuk:ORANG SIAL . Tema sinis nampaknya. Pengucapannya biasa dan perlu daya puitis sadikit Mesejnya semacam tidak puas hati melihat sesuatu kesalahan yang kurang menyeangkan hati nuraninya / Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

    BalasPadam
  29. KUM 3
    1 Ustaz Rahman
    2 Prof Lanang
    3 Inspektor Halim@
    4 Bulan Terang@
    5 En Sanusi@
    6 Prof Naquib
    7 Sufian Al Zahrip-P
    8 Doktor Hasmawi@

    KUM4
    1 Ustaz Nasarudin
    2 Zainal Arifin
    3 Datuk Borhan
    4 Datuk Murad
    5 Raja Muda
    6 Ustaz Mahfuz
    7 Sulaiman Embong
    8 Penyair Agung
    29 Januari 2012 2:43 PTG

    BalasPadam
  30. Kekadang Qalam berhak membetulkan ungapan yang kurang menyakinkan pada sebuah puisi anda.

    Tetapi tidak semestinya diberi kemenangan. Adakalanya bila ada pesaingan mungkin yang diberi pembetulan juga menerima kekalahan.

    Harap maklum!

    BalasPadam